Kek Lapis Horlicks



Actually, the following recipes to be ni adalah recap dari my fp.....i am going to close my fp for good now......it will be deleted.....so i am taking this effort to collect everything and store it here for my own easy reference....

KEK LAPIS HORLICKS

Bahan A
300 gm butter
150 gm horlicks
300 gm kaya
194 gm susu pekat manis
180 gm tepung gandum (diayak bersama 1 sudu teh baking powder)

Bahan B

10 biji telur
100 gm gula castor

Bahan C

1/2 sudu teh pewarna hijau, ungu, kuning, merah jambu
1/2 sudu teh pes coklat

Cara :

Pukul butter sampai kembang. Masukkan horlicks, kaya, susu pekat manis dan tepung. Adunkan adunan sehingga sebati. Di dalam bekas yg lain, pukul telur hingga ringan dan kembang. Jangan tambahkan gula sekaligus tetapi sedikit demi sedikit. Pukul sehingga gula larut dan adunan menjadi agak pekat dan berkrim. Pukul lebih kurang 15 minit. Masukkan adunan telur ke dalam adunan tepung dan satukan.

Bahagikan adunan tadi kepada 6 warna iaitu warna asal, warna ungu, warna hijau, warna kuning, warna coklat, warna merah jambu. Bakar dalam bekas segiempat 8" dan alas dengan greaseproof paper. Gunakan loyang yg agak tinggi. Kukus setiap adunan mengikut susunan . Pastikan setiap adunan benar2 masak sebelum melapis adunan yang lain. Sejukkan kek dalam acuan sebelum dikeluarkan. Setiap adunan selalunya memerlukan masa kukusan selama 10-15 minit sebelum melapis adunan yang lain.Agak sukar untuk memanaskan semula lapisan atau adunan yang tidak masak secukupnya. Pastikan tepung gandum tepung yg baru. Jika tidak, pastikan tepung dijemur dan ayak tepung sebelum digunakan. Air untuk mengukus mesti benar2 panas sebelum mula mengukus kek.

1 comment:

Anonymous said...

ala kak nina... jgn la tutup fp kak nina tu.... bleh jue refer apa2 resepi yang kak nina tak masuk dlm blog nie.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...