Saturday, January 31, 2009

Al Kisah Cuppies....










Tempahan ini diterima dari seorang taukeh caterer yg berpengaruh di Perlis.....kenapa ya saya cakap begitu....sbb malam sblm hari kenduri diadakan majlis makan malam yang dihadiri hanya dari kalangan-kalangan VIP sahaja.....di mana kelihatan majlis penuh dengan protokol......khemahnya pun grand giler.....al maklum ler.....yg menganjurkan majlis pun seorang caterer, semua kelengkapan milik sendiri....siap ada tukang serve di meja2......temanya putih campuran sedikit pink dan sedikit biru......eventnya macam kat hotel..

Dah selesai semua mmg fuuhhhh......legaaa.......tapi bila dah siap terasa pinggang pun dah bengkok.....tangan pun dah x leh nak angkat.....mmg penat giler2.......dari awal proses sampai akhir terpaksa sendirian berhad sbb hubby kena pulak pergi kursus......jadi x dapek nak menolong.....mujur ler time delivery hubby sanggup balik untuk tolong angkut kotak2 tu.....cheq x daya nak angkat.....karang jatuh berdebub.....

Ini bukan kali pertama prepare order untuk order ribu2 ni dan rasanya idok ler sepenat pernah buat sblm ni..... sbb sebelum ni sampai x larat langsung nak angkat kamera.....tak sempat langsung nak snap gambar..........kalu nak kira, dulu mmg hubby tolong dr awal sampai akhir......kiranya ini penat2 pun sempat lagi cheq singgah merata2 lepas pi hantar kek.....hehehe......

Friday, January 30, 2009

Udang Lax Xi

Udang Lax Zi
Source : Mingguan Wanita

500 gm udang yang telah dibersihkan
2 batang Serai
100 gm cili merah
100 gm bawang merah
100 gm bawang putih
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
5 sudu makan minyak masak
30 ml air

Kisar serai, bawang putih, bawang merah, cili merah. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga garing. Masukkan semua bahan sos kecuali udang. Masak hingga pekat dan akhir sekali masukkan udang. Biar masak seketika.

Kek Keju Beri Biru



Kek Keju Beri Biru
Source : Catherine Lau

Bahan Kulit

110 g mentega, dicairkan
200 g biskut digestive, dihancurkan
2 sudu besar gula perang
50 gm badam panggang, dicincang (kita guna badam kisar)

Adunan cheese

500 gm cream cheese, dilembutkan pada suhu bilik
30 gm mentega
120 g gula castor
Parutan kulit lemon
1 biji Perahan lemon
1 biji 30 gm tepung jagung
300 ml krim putar
4 biji telur, dipukul sedikit
150 g inti pai beri

Untuk hiasan atas

1 sudu teh serbuk gelatin
30 ml air
150 gm inti pai beri

Sediakan dasar kek dengan mencampurkan semua bahan hingga sebati dan diletakkan ke dalam acuan kek, tekan kemas2 dan sejukkan dahulu di dalam peti sejuk sebelum dituangkan inti ke atasnya.

Pukul cream cheese dengan mentega hingga tidak berbintil-bintil. Tambahkan gula, jus lemon, parutan kulit lemon dan tepung jagung dan kacau hingga sebati. Masukkan krim putar dan kacau lagi hingga adunan pekat. Tambahkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati. Tuangkan separuh adunan ke dlm acuan tadi dan letakkan inti pai beri perlahan2 secara merata di atasnya. Kemudian tuangkan adunan yang lagi separuh hingga penuh.

Bakar adunan secara bain marie selama 1 jam atau sehingga intinya keras tapi bahagian tengahnya masih goyang-goyang sikit gitu. Kemudian tutup suis ketuhar dan biarkan kek di dalamnya selama 30 minit. Kemudian keluarkan alas berisi air tadi dan terus sejukkan kek tadi di dalam oven sehingga ia benar-benar sejuk dengan pintu direnggangkan sedikit. Barulah alihkan kek untuk disejukkan ke dalam peti sejuk selama beberapa jam.

Inti pai beri tadi boleh ler dihiaskan di atas kek sebelum kek disejukkan di dalam peti sejuk.

Selamat mencuba....

Marble Chocolate Cheese Cake



Marble Chocolate Cheese Cake
Source : Agnes Chang/Resipi ditulis oleh rohayah (forum diana)

Bahan A

180 gram mentega
20 gram serbuk koko, diayak
170 gram gula kaster
3 biji telur
120 gram tepung naik sendiri, diayak
1 sudu teh baking powder, diayak

Bahan B

250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur

Cara-caranya

1. Pukul butter and gula.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan bahan B hingga kembang.
5. Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
6. Tuangkan baki adunan A.
7. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins.
8. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.
9. Selamat mencuba

Monday, January 26, 2009

Want A Slice??



Simple Cuppies


A simple cuppies order from amie....

All 3 In One





All 3 In One.....ketiga2 kek ni untuk orang yang sama....first kek ala2 garden ni....kedua kek ultraman dan ketiga cheese cake.....tp bila deliver, topping cheesecake sudah berat sebelah dek masa dlm keta duduknya senget sebelah.....aiseh....mcm2 ler pulak....



Pastel Cream Cuppies






Order dr Fisya of Taman Desa Seraya, Alor Setar untuk majlis pertunangannya....2 boxes of cuppies with pastel cream swirl......kita add small royal icing flowers yg kita prepare mlm sblmnya untuk diletakkan pada cuppies untuk menaikkan sikit serinya......sbb warnanya lembut betul...Thanks for the order ya Fisya...

A Grey Theme Cake



Kek kali ni tema warnanya adalah grey....or kelabu.....borders semua buat dr royal icing....kek ni untuk majlis pernikahan opismate.....kita turut sediakan request dr teman ni untuk prepare bakul buah2an ni.....simple sahaja.....





Friday, January 23, 2009

.::Cuppies Untuk Elly::.


Cuppies ni order dari Elly......masa Elly tepon bagitau nak repeat order, akak lupa lak Elly yang mana......sori ya Elly......dah ramai2 ni tak ingat yg mana satu lak.......lepas tu baru teringat Elly yang comel lote yang dtg pick up sendiri cuppies kat rumah akak ari tu.....hehehe.....(psttt.....hubby akak rupanya ingat lagi kat elly...hehe...sbb masa Elly datang ari tu dia tanya mcm2 kan.....)..design ngan kaler Elly serah bulat2 kat kita......senang berurusan ngan Elly....thanks Elly....lenkali order lagi....hehehe....

::Yummy Chocolate Cake......::

Chocolate cake ni request dr opismate......cake ni akan travel dr perlis ke kuala lumpur dan dari kuala lumpur ke pahang.......kawan nak celebrate birthday adiknya nanti......jadi ganachenya kita lebihkan belah atas sahaja takut nanti kalu terlebih panas meleleh lak jika side kek pun letak ganache bnyk2......cuaca skrg kan panas.......design simple2 jer......




Note :

Siti asked in shoutbox about how to make the ganache.....simple ajer siti......actually akak x pernah sukat2 tau......semua main campak ajer.....tp ini roughly how to make it....this is in a small quantity....should be ok for experiment...

1/2 cup whipping cream
Cooking Chocolate
(part ni akak x sukat.....first make sure potong dulu choc bar kecil2, get prepared)

Panaskan whipping cream tadi hingga keluar bubble....make sure api kecik ajer....once dah kuar bubble, stop api. Cepat2 masukkan choc bar tadi sikit demi sikit.....kacau biar semua melt. Sambil angkat2 sudu buat kacau tu, tengok ler konsistensi ganache tu, kalau laju jer jatuh tu meaning terlalu cair....tambahkan coklat bar lagi.....kacau......kita suka nampak sedikit pekat......sbb kita suka tuang terus ganache ke atas kek selepas ganache siap......kita tak pernah tunggu ganache sejuk melainkan untuk buat swirl ke apa ke....yg tu kena make sure ganache prepare lebih awal......sebaiknya kalau nak paip pagi, mlm dah siap buat ganache tu.......

Another Basketweave Garden



Kek ala2 garden dengan basketweave tempahan dari customer.......

Wednesday, January 21, 2009

Tart Kerang

Tart Kerang

100 gm mentega
50 gm gula aising
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
30 gm tepung beras
50 gm tepung jagung
70 gm tepung gandum
Sedikit pewarna ungu
Inti blueberry

Semua bahan digaul bersama hingga menjadi doh yang lembut. Canaikan adunan, letakkan inti dan letak satu adunan nipis di atasnya. Tekan dengan cutter kerang. Bakar pada suhu 160'c selama 20-25 minit.

Almond Cookies

Recap from My FP



ALMOND COOKIES

Bahan
120gm butter
80 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
60 gm badam kisar
180gm tepung gandum
badam flake
kuning telur untuk sapuan

Cara

1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung gandum dan gaulkan lagi.
4. Canai dan ratakan adunan.
5. Tekan dengan sebarang acuan dan letakkan badam flake dan sapukan kuning telur atasnya.
6. bakar dalam suhu 180'C selama 15 minit atau masak.
7. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

Roti Blueberry

Recap From My FP




Resipi roti ni actually diadaptasi.... LOL from a chinese cook book.....jgn le tanya betul ke tidak resipi sebab mmg x tahu sepatah habuk pun apa makna dlm buku tu.....tp setakat ni ada 3-4 buah buku yg totally in chinese.....semuanya gara-gara buku tersebut ada step by step yg memang worth it buying.....hmm....tak kisah le.....janji boleh dpt idea from that book.....walau apa pun, roti tetap jadi cantik.....gebu dan putih je.....

Roti Blueberry

500 gm tepung high protein
90 gm gula castor
1 biji telur
10 gm yis segera
5 gm garam
20 gm mentega
220 ml air

Semua bahan diadun sekali kecuali air dan mentega. Setelah bercampur rata, masukkan air sedikit demi sedikit - banyak atau sedikit air bergantung kepada tepung......jgn tuang sekaligus air. Setelah adunan bercampur sebati, masukkan mentega dan uli hingga doh menjadi lembut. Kemudian biarkan sebentar dalam 10 minit sebelum dibahagikan sebanyak 50 gm tiap doh dan biarkan sebentar. Uli doh mengikut bentuk kesukaan sendiri.

Inti Blueberry

Pie Filing
Telur - untuk disapu di atas roti

Setelah adunan dibentuk dan dibiarkan naik 2x ganda, barulah disapukan telur di atas roti baru paipkan inti di atasnya....

Home Made Mee and Mee Goreng Mamak

Recap From My FP



Mee Goreng Mamak memang favorite hubby....tp cuma kali ni je cuba buat sendiri.....since Mesin Pasta Master Falcon tu dah sampai....so petang ahad tu terus tuang-tuang semua bahan dalam mesin dan keluarkan mee.....cepat je siap.....malam tu baru masak.....yang seronoknya, buat separuh dari mee yang telah dicelur tu....banyak le jugak.....anak anak dan hubby tambah dan tambah sampai licin bekas tu.....eiii....seronoknya....sampai anak siap cakap.....mama....lain kali buat lagi ekk....sedap ler....untuk resipi kena berterima kasih pada sahabat blog, Mamafami.....dan tuan punya resipi, PhalinOii.....mmg marvelous....cuma tambah sayur dan udang....x de daging.

Untuk mee kuning pula....kali ni guna tepung superfine....sebab tepung biasa dah habis guna....x de stok pulak.....tp mujur le mee jadi elok....ada org kata susah buat keluar....tp dah ikut petua, rendam acuan dlm minyak....cantik je bila mee tu keluar....







MEE KUNING


4 cawan tepung superfine
1 biji telur + air (dijadikan 200-220 ml)
1 sudu teh air abu


MEE GORENG MAMAK

1/2 kilo mee kuning
2 ulas bawang putih
1 in halia - bawang putih dan halia ditumbuk
Sos tiram Kicap pekat
2 biji telur
Sedikit serbuk cili
Udang
Sotong
Sayur lobak
Sayur campuran
Daun Sup
Daun Bawang
Sedikit buah limau nipis
Timun batang

Goreng udang dengan sotong sebentar. Masukkan bawang putih dan halia. Masukkan serbuk cili. Goreng lagi. Pecahkan telur dan gaul rata. Masukkan kicap pekat dengan sos tiram. . Masukkan sayur-sayuran dan goreng sebentar. Masukkan mee dan gaul rata. Kemudian hidangkan dengan limau nipis dan timun batang. Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang...

Red Velvet Cake



Recap From My FP

Kek ni nama Red Velvet - kek ni sejenis kek coklat juga sebenarnya tp kandungan dia sedikit berbeza....yg jadikan dia Red Velvet ni sebab warnanya dark red atau dark brown gitu....tp x letak le warna banyak-banyak, takut org terkejut nak makan....kek ni mmg sedap dan gebu....untuk kek ni, me cuma guna tepung gandum biasa sahaja....

RED VELVET

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bicarbonate
1 cawan/226 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
1 1/2 cawan gula castor
4 biji telur - sederhana besar
1 cawan krim masam / sour cream
1/2 cawan susu segar
1 sudu teh perasa vanila
Pewarna Merah - terserah mengikut terang warna dikehendaki

Cara

Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170'C. Sediakan acuan 9" yang telah digriskan. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan soda bicarbonate. Ketepikan dahulu. Putar butter dan gula hingga kembang selama lebih kurang 5-7 minit. Kemudian masukkan telur satu demi satu. Adunkan sour cream, susu, pewarna dan perasa vanila. Kaup balikkan tepung sehingga bercampur rata. Jangan terlebih putar.

Tuangkan acuan ke dalam bekas dan bolehlah dibakar selama lebih kurang 1-1 1/2 jam atau sehingga lidi yang dicucuk ke tengah kek keluar bersih. Sejukkan dahulu sebelum dialihkan ke atas rak dawai. Potong kek bila kek telah benar-benar sejuk atau ia akan mudah berderai.

Home Made KueTeow

Recap From My FP

4 cawan tepung gandum (tp saya guna 2 cawan tepung serbaguna + 2 cawan tepung superfine)
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh air abu @ air kapur

Putar tepung, telur dan air abu @ air kapur dan masukkan air sedikit demi sedikit. Adunan ini agak keras. Kemudian, boleh le bentukkan bulat kecik2, uli sedikit dan dimasukkan ke dalam mesin mee. Didihkan air dengan 3 sudu besar minyak + garam sedikit - celurkan mee selama lebih kurang 3-4 minit dan toskan. Bila sejuk, masukkan minyak dan gaulkan mee tersebut.

Strawberry Tart

Recap From My FP

STRAWBERRY TART

Malam tadi dok beria-ia nak buat tart....bila belek2 kat dapur, takde pulak blueberry filling....hmmm.....nak ganti ngan apa yek....rupa2nya ada strawberry filling kat dalam peti ais...so, bantai je le....janji boleh buat tart.....so start baking pukul dlm 9.30 malam.....x boleh nak start awal, baby demam panas pulak....kena tidurkan dia dulu....kesian baby, sebelum ni batuk ngan selsema, pastu kena sakit mata, elok hilang sakit mata, kena demam selsema ngan batuk balik.....kena pulak kat sini, hujan x tentu masa.....kejap panas terik, kejap hujan lebat mcm nak banjir.....

Bila dah uli2, bnyk jugak adunan dapat.....bila dah bakar separuh, terus isi inti cheese tu, then baru bakar other half....mata dah ngantuk dah....hai....si 'M' dah bertenggek kat bahu ni....utk second round case isi inti bnyk2...dah malas nak berkira2 pulak....tu pasal yg first round, rata je, then masuk second round, gemuk pulak....


Ini resipi asal....

Bahan Pastry

250 gm butter
125 gm gula icing
1 biji telur gred A
440 gm tepung - (terpaksa tambah almost 80-100 gm sbb terlampau lembik)

Filling

500 gm cream cheese (resipi asal 250 gm je...)
60 gm butter 120 gm gula castor (asal - 60 gm je)
1 biji telur gred A Cara

Untuk Pastry

Putar butter dengan gula hingga kembang. Masukkan telur dan putar lagi. Kemudian masukkan tepung sehingga adunan dpt dibentuk. Uli doh dan terap dengan acuan bulat (yg lebih kurang sama besar dengan acuan tart - tekan) - kemudian tekan doh dengan garpu - bakar selama 10-12 minit atau 3/4 masak.

Untuk filling

Putar cream cheese, butter, gula castor dengan telur hingga sebati. Ketepikan


Tuesday, January 20, 2009

Playing With Editing


Just playing around with this sketchy image found on the web......it's a fun thing to do.....pictures of me and family.....hmmm.....perhaps should spend some time with my pencil.....it's been a long time since i last made my personal sketch....i do love black and white photos....




Blueberry Cheese Cake & Tapai Pulut

Is that my cake on the wall?? Hahaha......






Semalam siapkan cheesecake untuk repeat order dr regular customer.......just a simple blueberry topped cheesecake......on top kita letak buahnya secara kebetulan ada stock in fridge......

Sementara mengadun cheesecake, kita tanak sekali pulut yg telah kita rendam semalaman.......elok2 jer kita letak cheesecake dlm oven, pulut pun dah siap masak......terus kita sejukkan. Bila cheesecake dah masak, pulut pun dah sejuk.......dah lama tak buat tapai pulut.....peberet hubby ngan along ni......memandangkan ari tu ada stok daun pisang, maka separuh dr pulut kita bungkus dlm daun pisang.....separuh lagi letak dlm bekas jer.......skrg tengah peram.....2-3 hari lagi ok ler leh makan.......hehehe...









Monday, January 19, 2009

It's A Car With Strawberry.....








Kek ni request dr Fizah from UniMAP......kek coklat ngan deco keta ngan stoberi......keta tu dilukis hasil dr gambar ori keta yang diberi customer.....kecik jer kita letak pasal dah plan nak tepek stoberi bnyk2 kat atas kek.....since customer tak pernah banyak soal bab harga, maka kita pun tak pernah nak berkira gak.....jadi atas kek sedap ler menjamah stoberi.....penuh atas kek....hampir sekotak stoberi kita letak.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...