Friday, January 9, 2009

Nasi Kerabu

Untuk Nasi - Gunakan Nasi Putih sahaja

Sambal Tumis

Bahan Dikisar

2 batang serai
3-4 batang Cili Kering
Sedikit Halia
2 ulas Bawang Putih
4 ulas Bawang Merah
1 mangkuk pati santan + sedikit air
Garam Gula Asam Keping

Jerang santan biar hingga ia pecah minyak. Tidak perlu dikacau kecuali sekali sekali untuk mengelakkan ia melekat pada dasar periuk. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar tadi bersama dengan garam, gula dan asam keping. Biar ia sebentar dan boleh diangkat.

Sambal Kelapa

Bahan Ditumbuk

Bawang Merah
Halia Lada Hitam
Isi Ikan (yg telah digoreng)
Gula @ Gula Melaka Kelapa Parut (yg digoreng sebentar)
Garam

Gaul kelapa parut bersama dengan bahan yang telah ditumbuk tadi hingga ia rata dan perasakan.

Bahan-Bahan Sampingan Nasi Kerabu

Budu
Sambal Lada
Solok Lada
Daging Bakar
Ayam Percik
Bawang Putih Jeruk
Telur Masin

Ulam-Ulaman (hiris halus)

Taugeh (yg ni x perlu hiris)
Daun Serai Wangi
Daun Kadok
Bunga Kantan
Serai
Timun batang
(Etcetera - tambahan pilihan sendiri)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...