Friday, January 30, 2009

Kek Keju Beri Biru



Kek Keju Beri Biru
Source : Catherine Lau

Bahan Kulit

110 g mentega, dicairkan
200 g biskut digestive, dihancurkan
2 sudu besar gula perang
50 gm badam panggang, dicincang (kita guna badam kisar)

Adunan cheese

500 gm cream cheese, dilembutkan pada suhu bilik
30 gm mentega
120 g gula castor
Parutan kulit lemon
1 biji Perahan lemon
1 biji 30 gm tepung jagung
300 ml krim putar
4 biji telur, dipukul sedikit
150 g inti pai beri

Untuk hiasan atas

1 sudu teh serbuk gelatin
30 ml air
150 gm inti pai beri

Sediakan dasar kek dengan mencampurkan semua bahan hingga sebati dan diletakkan ke dalam acuan kek, tekan kemas2 dan sejukkan dahulu di dalam peti sejuk sebelum dituangkan inti ke atasnya.

Pukul cream cheese dengan mentega hingga tidak berbintil-bintil. Tambahkan gula, jus lemon, parutan kulit lemon dan tepung jagung dan kacau hingga sebati. Masukkan krim putar dan kacau lagi hingga adunan pekat. Tambahkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati. Tuangkan separuh adunan ke dlm acuan tadi dan letakkan inti pai beri perlahan2 secara merata di atasnya. Kemudian tuangkan adunan yang lagi separuh hingga penuh.

Bakar adunan secara bain marie selama 1 jam atau sehingga intinya keras tapi bahagian tengahnya masih goyang-goyang sikit gitu. Kemudian tutup suis ketuhar dan biarkan kek di dalamnya selama 30 minit. Kemudian keluarkan alas berisi air tadi dan terus sejukkan kek tadi di dalam oven sehingga ia benar-benar sejuk dengan pintu direnggangkan sedikit. Barulah alihkan kek untuk disejukkan ke dalam peti sejuk selama beberapa jam.

Inti pai beri tadi boleh ler dihiaskan di atas kek sebelum kek disejukkan di dalam peti sejuk.

Selamat mencuba....

1 comment:

|| syazwaniadnan || said...

kak nina, biasenye kan if a cheesecake recipe guna banyak bahan2 selain bhn asas utk baked punya; cheese, sweetener, telur etc, (yg mcm dlm entry akk kali ni), loyang besar mana yg kena guna?

wani biasa guna recipe yg guna 250g cis, 1 telur, gula/susu pekat - loyang 6".

need ur advice :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...