Pandan Chiffon Cake


KEK CHIFFON PANDAN
Sumber : Irene Chia

Bahan A

150gm tepung kek
1 camca teh baking powder

Bahan B

4 biji kuning telur saiz B
70gm gula castor
1/4 camca teh garam halus (x letak)

Bahan C

85ml minyak masak
115ml jus pandan (tak guna jus pandan - buat campuran santan, air, pandan paste & pewarna hijau)

Bahan D

4 biji putih telur saiz B
70gm gula castor
1/2 camca teh cream of tartar

Cara-cara :

Putar putih telur sebentar hingga berbuih. Masukkan cream of tartar. Putar lagi. Kemudian masukkan gula castor sedikit hingga sedikit sehingga ia menjadi soft peak. Maknanya, bila whisk diangkat ia melentuk, bukan tegak berdiri gitu..... Ketepikan sebentar. Kuning telur diputar bersama gula hingga ia kembang sedikit. Masukkan minyak masak. Kemudian masukkan campuran santan tadi dan diputar lagi hingga ia sebati. Kemudian dengan menggunakan whisk, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga semuanya bercampur sebati. Ambil sedikit putih telur tadi dan kaup balik hingga ia rata. Kemudian tuangkan adunan tersebut ke dalam adunan putih telur yang berbaki tadi dan kaup balik hingga semuanya rata. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang tidak digriskan dan dibakar selama 45 minit pada suhu 170'C (ini suhu oven saya ler) atau sehingga sebelah atasnya dah brownies sedikit....atau hingga tiada adunan melekat pada lidi bila diuji pada kek.....telangkupkan loyang kek semasa hendak menyejukkan kek supaya adunan tidak mendap.


3 comments:

rizaida84 said...

hyee...kak nina.....smlm sy wat chifon nie.....seronoknyer time baking dlm oven tu naik cun je...tapi bila dah 45 minit masak nk kuag oven tu dia ranap plak dah....kek chifon jadik kek ranapfon...naper......?

*bleh kak bg komen skt...

BabyBatriesyia aka NINA said...

Sori akak lmbt balas....terlepas pandang....

Psl kek tu, lepas masak kena terbalikkan....lepas dah sejuk baru boleh keluarkan dari loyang....adat kek chiffon mmg akan mengecut....

BabyBatriesyia aka NINA said...

Sori akak lmbt balas....terlepas pandang....

Psl kek tu, lepas masak kena terbalikkan....lepas dah sejuk baru boleh keluarkan dari loyang....adat kek chiffon mmg akan mengecut....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...