Showing posts with label Cerita Ceriti. Show all posts
Showing posts with label Cerita Ceriti. Show all posts

ASTRO TERMINATION



Saya adalah pelanggan Astro sudah agak lama.  Dari pakej biasa, kemudian upgrade ke pakej HD....dr cuma simple pakej, upgrade gak mcm2, then tambah lagi 2nd decoder.  Kos sebulan untuk langganan astro termasuk GST adalah sekitar RM201.00.

Sudah lama sebenarnya berkira-kira untuk menamatkan perkhidmatan, tapi saya menunggu satu tempoh kontrak sejak penambahan 2nd decoder kerana tidak mahu terikat ngan sebarang tunggakan pembayaran.

Semalam, by hook or by crook....dengan nekadnya saya menelefon Service Centre Astro.  Selepas survey beberapa blog, ramai yang saya lihat tersangkut kes tunggakan pembayaran.  Tapi saya standby sahaja apa yang patut.  Bab payment rasanya tiada masalah sejak dari awal saya melanggan.

Sebelum menelefon, saya standby dulu bil astro yang setiap bulan diposkan ke alamat rumah.  Ini untuk memudahkan bila customer service request no akaun astro 10 digit.  Of course, saya tak hafal jadi kena le ada bil tersebut.  Tiap2 bulan pun dah mmg payment via M2U dah under permanent account so main click sahaja.

Once ringing, akan ada pilihan nombor yang kita kena tekan.  Saya pilih sahaja Bahasa Malaysia (1)...kemudian ada pilihan lain....part ni saya tak tahu nak pilih yang mana, jadi saya main tekan saja.  Luckily ada orang pick up.

Astro : Boleh saya bantu?
Me : Saya nak buat pertanyaan, saya nak terminate astro...nak berhubung dengan siapa?
Astro : Boleh saya dapatkan no account astro?
Me : bla bla bla....
Astro : Boleh saya tahu puan kenapa puan nak terminate astro?
Me : emm....tak de sebab, saja je...
Astro : Ok, boleh puan....kami bagi penggunaan sebulan sehingga tarikh termination, slps tarikh tu akaun puan akan terminate.  Adakah puan pemilik akaun?
Me : Ya saya
Astro : Boleh bagi no kad pengenalan puan untuk pengesahan?
Me : bla bla bla....
Astro : Ok puan, semua ok.....
Me : oo..ok....itu aje ke? Ada pembayaran apa2 kena buat?
Astro : x de puan, mengikut akaun, puan dah buat pembayaran pada tarikh ....... dan ada baki puan terlebih bayar, pihak Astro akan buat refund
Me : oo....ok....so saya tunggu termination je le ya
Astro : ya puan....

TQ Astro for such a good response.  Perbualan di atas sekadar apa yang teringat je, Astro ada buat rakaman perbualan untuk rujukan sebenarnya.

Alamak....mudah pulak mcm ABC.  So the end le Astro by Mac 2017 nanti.  Anak2 this year akan berdepan ngan exam besar so no more le korean movie, no more korean pop nak dilayan.  My kids antu korean, siap boleh baca, siap boleh cakap lagi.  Nak kata bad influence idok le juga, cumanya non stop tv ngan korean dah mcm melekat le pulak.  Tegur dah tak jalan so kita sekat terus je penggunaan.  Akhirnya ngan mak nyer gak tak dpt dah nak layan cake bos kesukaan.....terpaksa berkorban supaya masa anak2 ditumpu pada pelajaran dahulu buat masa ini.

For note, decoder and piring tetap milik kita gak, setakat ni takde diberitahu mesti dipulangkan.

WELCOME 2017


Lama betul rasanya tinggalkan blog ni.....but now I am happy to move on.....hidup ni orang kata tak mati dek keji, tak hidup gak dek puji.....jangan difikir sangat kerenah manusia, x membantu pun....

Ok le...mulakan tahun baru ngan semangat baru....selepas down beberapa ketika, mcm rugi masa pula bila ingat balik.....skrg x mahu fikir sangat, kita fokus mencari yang lebih berkat dalam hidup....biar orang mengeji, jangan cepat melatah....

Nak citer psl tahun baru, atas request anak-anak....maka mula2 paksa le diri gak untuk buatkan mereka bekal....sekarang musim lauk2 basah mcm ikan pun sangat le mahal, ayam pun asik kehabisan di supermarket besar2 pun.....this is not type of bento le..anak2 dah besar dah pun, tak perlu fancy2 deco semata nak suh anak makan....ini menu berat untuk orang2 dewasa dah pun.....tiap2 hari tak de le perlu bangun seawal 4 pagi, memadai kul 5.30 atau kul 6, yg penting mana-mana lauk yang masih beku tu, sebelum tidur dan kuarkan untuk defrost.....nasi n sumer lauk mmg masak fresh2 bila bangun tuh....sempat aje...10-5 minit sebelum kul 7 pagi kami dah kuar rumah untuk antar anak-anak ke sekolah....

Peminat setia menu bekal tiap2 hari mmg le si kakak, katanya kelas jauh dari kantin sekolah...masa rehat x cukup untuk berkejar2 ke kantin....kesian le pulak kan....la ni bila masak ada lebih, terus le automatik mama n papa pun makan bekal dari rumah gak....mula2 makan kat opis, pastu en papa ajak bawak bekal makan kat cafe.....nampak gaya nya pasni kena pk menu2 gempak sikit sbb ni salah satu langkah berjimat cermat kan....



Mee Goreng ngan Muffin


Ayam Masak Kunyit Asam ngan Telur Dadar


Ayam Masak Merah ngan Taugeh Goreng

Citer Chocolate Cake dan Pelanggan


Kek surprise untuk tunang customer, tak banyak kerenah....chit chat tak sampai 1/2 jam terus buat pembayaran....oleh kerana diminta buat delivery, saya ada terms and condition saya, tempahan untuk RM80 ke atas sahaja saya buat delivery bagi sekitar Perlis tapi tanpa kos delivery dan untuk luar dari Perlis tu tempahan melebihi RM100 dan sebagainya......untuk self pick up no problem....ini mengambil kira masa dan kos minyak saya...kerana saya anggap masa tu emas, misalnya untuk ke Padang Besar perjalanan pergi balik makan masa dekat 1 jam.....minyak kereta saja dah berapa ringgit kan....kalau ke alor setar pergi balik minyak kereta saya dah abis rm30, belum lagi mengambil kira masa dan penat saya kena travel pergi balik 2 jam, tak faham situasi saya tak perlu le order.....kalau tak banyak kerenah, silakan kita berurusan....saya sebenarnya mudah bertolak ansur..

Memandangkan saya tak ambik kos delivery untuk ke sekitar perlis, kecuali ke Padang Besar dalam RM5 kos delivery....jadi saya tetapkan kos tempahan berapa baru saya buat delivery, kira win win situation.  Kalau nak order bawah dari tu boleh le self pick up, tak ada masalah, tapi tempahan kek mesti le min 1 kg ke atas.  Saya bukan buat kek ari2 dan bukan le sekali buat banyak2, kena ambil kira kos elektrik dan kos gas oven.  Kalau nak 1/2 kg tak berbaloi saya nak bakar kek.  Orang kata tak balik modal.

Lagi satu, jangan minta saya buat delivery pada waktu pejabat pada hari bekerja.  Maaflah, kerana saya juga bekerja sepenuh masa.  Prinsip saya masa kerja tidak sekali2 saya gunakan untuk urusan biz kek saya.  Jadi saya tidak boleh layan.  Sebab itu masa delivery saya hari kerja hanya selepas jam 6 petang dan seboleh sumer urusan melalui whatsapp sahaja, elakkan le sms kerana kdg2 bertalu2 saya jawab sms, last2 cancel order....sms bukan free jadi seperti dah merugikan masa melayan mesej2 yang ada.  Hatta entry blog pun saya taip malam2 n set posting pada masa sekian2 keesokkannya.  Mudah je sekarang....

Balik kisah customer tu, turn out to be kenal le pulak keluarga bakal mentuanya....kecik je dunia.....sehari lepas delivery ibu penerima kek siap tepon le pulak tanya camne bakal menantu leh kenal kita.....hehe.....hendak dijadikan rezeki saya le nampaknya, dah mmg kenal dia orang....

Terima kasih pelanggan yang sudi tempah tanpa banyak soal.  Saya menghargai pelanggan yang tidak berkira dalam setiap segi, jadi saya pun tidak akan berkira untuk memberi yang terbaik buat mereka.  Saya berpegang kepada prinsip tidak mengejar kuantiti, semua kek fresh made dan tidak disimpan lebih sehari, kebiasaannya untuk tempahan esok, malamnya baru saya bakar tp tak boleh tempahan mendadak dan tiba2 kerana saya juga ada banyak kerja lain dan ada perancangan sendiri.  Penting untuk organize masa kerana saya suka concentrate satu2 kerja pada satu masa.

Anak-Anak Scoby



Alhamdulillah....anak2 mud/scoby ni dah mula menebalkan diri, dah membesar bagai johan.....sebenarnya bila tengok benda ni sekali sekala baru le leh nampak perubahan....kalu ari2 tengok dah mcm tak bergerak je.....skrg ni dah boleh pecah2kan bahagi kepada beberapa bekas....sukanya......

PAHIT DAN MANIS PENGALAMAN BERSALIN

Beberapa hari lepas agak viral kisah seorang ibu muda yang terkeluar gauze slps bersalin 3 hari tu.....tiba2 teringat pula pengalaman yang sebenarnya membuatkan saya pun serik bersalin di hospital kerajaan.....tak kisah le orang lain mungkin lain pengalamannya tp saya yang mengalami tak tahu le nak cakap mcm mana......pengalaman bersalin paling perit le rasanya seumur hidup yang saya tak boleh lupakan.  Bagi yang tidak melalui kesukaran maka perjalanan kelahiran tidak banyak yang boleh diceritakan atau dikongsi.  Apa pun kita harus bersedia dengan segala kemungkinan.  Kdg2 kita rancang lain, yang jadinya lain.  Kalau ada sesiapa biasa menonton rancangan 'One Born Every Minute' di saluran astro tentu boleh perasan apa yang jadi mengenai perancangan.  Ada nurse sendiri yg dah siap plan nak melahirkan secara water birth, dia yg biasa mengajar pesakit suruh bersabar semasa proses kelahiran, dilihat dia sendiri tidak mampu melalui proses pilihannya kerana sakit bersalin yang melampau....itu le namanya proses itu terjadi sendiri, kdg2 ada yg tidak mampu memilih.

Sewaktu bersalinkan anak pertama, saya melahirkan secara caesarean di Hospital USM Kubang Kerian.  Tak ada yang sukar di situ, semuanya berjalan lancar.  Semasa itu hospital ada menawarkan pakej swasta walaupun ia adalah hospital kerajaan.  Saya memang memilih pakej swasta yang membolehkan pesakit mendapat bilik persendirian di dalam wad.  Tujuannya hanyalah untuk membawa ibu dan suami masuk bila2 masa sahaja berbanding di wad luar yang menghadkan kemasukan pelawat.  Maklum le anak sulung, takut tu ada...apalagi saya terpaksa berdepan dengan pembedahan kerana kedudukan janin yang songsang.

Saya sebenarnya 'having fun' di wad tersebut kerana layanan bak puteri gitu oleh kakitangan hospital.  Secara kebetulannya ada ramai kenalan suami yang berjawatan doktor di situ hingga setiap masa mereka asik datang melawat dan meninjau keadaan saya.  Bahkan selepas bersalin pun, hanya sister yang menguruskan saya dan datang mengambil anak untuk dimandikan, saya bangun pun tidak hatta tandas cuma depan mata pun tetap malas nak bangun.  Fobia kena bius masih ada menyebabkan kaki terasa lumpuh beberapa hari untuk berdiri.  Takut juga nak menguruskan luka jahitan sehingga semuanya mak sahaja yang uruskan.  Namun tempoh berpantang berjalan dengan baik walaupun ada masa saya demam kerana bengkak susu.

Sewaktu melahirkan anak kedua, saya bersalin di hospital lain di kota bharu, sebuah hospital kerajaan.  Sebenarnya sebelum itu saya telah mengalami keguguran dan telah melakukan D&C di sebuah hospital swasta di Kota Bharu juga.  Saya terpaksa admit ke wad untuk kelahiran kedua kerana kandungan sudah terlebih usia tp tidak ada gesaan untuk melahirkan.  Pada hari kelahiran tu, saya diberikan ubat untuk gesaan bersalin pada paginya....tidak ada apa2 kesan.  Kemudian, satu lagi ubat diberikan.  Hanya selepas 3 kali telan ubat dan sudah hampir pukul 4 petang sakit baru mula terasa.  Tapi sakitnya lain macam, teruk sangat2 rasanya sampai saya nak buka mulut untuk bersuara pun tidak mampu.  Suami dan mak pula secara kebetulannya baru keluar untuk makan kerana mereka tak makan2 dari pagi.  Masa tu le baru saya terasa sakit.  Nasib baik ada makcik di sebelah yang menemankan anak beliau ternampak saya yang dah mengerekot kesakitan dan beliau le yang memanggil nurse.

Saya ditolak ke wad bersalin tp wad bersalin penuh.  Maka duduk le saya di tengah2 hall bersalin, tambah stress dah le sakit, orang2 nak bersalin lak ada di sekeliling...ada yang tak sempat apa2 dah terbersalin atas katil di tengah2 hall.  Saya ditolak ke ruang yang disediakan dengan kain langsir terbukak mengadap hall.  Duduk lak mengadap hall..alahai....  Masa tu ramai doktor pelatih dan saya difahamkan cuma ada seorang doktor wanita yang monitor dan bertugas, doktor tu pulak punya le garang dan tengah mengandung.  Saya tengok doktor wanita tu mmg agak moody malam itu.  Sekejap dia jenguk, sekejap doktor pelatih lelaki yang jenguk.  Kemudian ada yang lain lagi jenguk, tak tahu dah berapa ramai asik menjenguk free show.  Malu tak usah cakap le....tapi sbb kita dah tengah sakit nak beranak, tak fikir dah pasal tu sumer.....

Pukul 10.10 malam, saya selamat melahirkan.  Teruk juga luka bersalin.  Seingat saya selepas bersalin, tak de sapa entertain saya.  Saya ditinggalkan je di atas katil.  Rasanya selepas sejam baru ada nurse yang dah berumur datang untuk menjahit luka.  Bayangkan le tanpa bius dan sakit bersalin saya dah hampir hilang.  Sakit tuhan aje yang tahu bila dia mula menjahit...tiap tusukan dia saya rasa......saya siap tanya lagi nurse tak siap2 lagi ke jahit sbb sakit.  Lama sangat proses jahitan yang dia buat.  Yang paling saya tak tahan, bila ada nurse lain yang lalu dan tanya nurse yang tengah menjahit saya "nampak ke tu?"...alahai....rasa nak luruh jantung.

Saya dah exhausted....letih yang amat.  Sampai satu tahap, saya mintak air dengan nurse yang ada kerana selepas bersalin, saya dengar nurse bercakap saya hilang banyak darah.  If doktor tak cakap pun saya leh rasa....mmg saya rasa banyak kehilangan darah.....okay....cara nurse ckp mcm benda tu biasa2 saja n tak penting....tapi tekanan darah saya actually drop dari 120/90 jatuh ke 60/40...platelet darah pun mmg drop gile2.....itu saya dengar doktor ngan nurse yang bercakap sesama mereka.......Lepas tu saya ditinggalkan je di atas katil dewan bersalin di ruang tersebut dari jam 10 malam sampai le ke pagi sekitar jam 6 pagi.  Secara kebetulannya ada sepupu saya yang bekerja sebagai nurse di situ masuk untuk shift beliau pada pagi tersebut, terkejut dia tengok saya masih ada di katil bilik bersalin.  Katanya dia cari saya di wad tp tak ada.  Tak ada siapa uruskan tempat saya yang penuh darah dan dengan diri saya yang tidak diselia.  Sepupu saya le yang bersihkan saya dan uruskan saya untuk ditolak ke wad.  Suami saya dah separuh mati menunggu dari petang sampai le ke pagi di luar wad bersalin, tak ada siapa maklumkan apa2 kepada dia mengenai perkembangan saya dah bersalin atau belum, bagaimana keadaan saya dan sebagainya.  Kasihan dia.

Anak saya pula ditolak ke wad bayi kerana jaundice dan selama seminggu saya berulang alik ke wad dengan luka bersalin yang memang amat teruk sangat.  Selepas seminggu saya diserang demam teruk dengan tidak mampu duduk kerana terlalu sakit di tempat jahitan saya.  Dua minggu kemudian pula saya dimasukkan ke wad kerana jangkitan pada jahitan tersebut.  Teruk sangat kerana bila saya check sendiri, luka tersebut rupanya hampir bernanah....sbb itu saya demam teruk....bayangkan le traumanya saya.  Sedihnya kerana terpaksa saya berpisah dengan anak yang masih kecil dan beliau banyak terlepas tempoh menyusu kerana sakit tersebut.  Setelah seminggu di wad, dan doktor pun tak buat apa2 sangat kecuali menunggu penderma darah....kata doktor dapat le 1 pain, lepas pemindahan tu platelet darah saya naik sedikit....kemudian saya minta kebenaran keluar wad....atas risiko sendiri.  Duduk wad lagi teruk keadaan saya, hanya saya je yang rasa semuanya.  Doktor lepaskan dan berikan antibiotik untuk saya makan.  Alhamdulillah selepas abis antibiotik, jangkitan pada luka semakin sembuh hasil penjagaan rapi di rumah.   

Sejak peristiwa tu, saya serik yang amat.  Taubat tak masuk dah hospital kerajaan untuk bersalin.  Bila mengandungkan yang ke tiga, saya dah nekad nak ke hospital swasta tak kira le berapa kosnya.  Jadi dari semasa mengandung saya buat check up hanya di swasta di INS Specialist....yang bestnya sebab doktor boleh dipilih dan dari mengandung sampai bersalin hanya doktor tersebut yang monitor.  
Saya melalui proses mengandung yang ketiga dengan tenang.  Dan alhamdulillah saya tak pernah merasa braxton hicks (false contraction) sehingga sampai saat melahirkan....Bila sakit nak bersalin pun saya lebih relax.  Malam tu bila dah nampak tanda2 kontraksi yang agak hampir, pagi2 tu bangun dari tidur saya minta suami hantar anak2 ke rumah pengasuh.  Saya masih relax siapkan barang2 tunggu suami balik dan kemudian bertolak ke INS dengan jarak perjalanan dari rumah ke sana sekitar 1 jam lebih.  Sampai je di hospital sempat lagi singgah makan roti canai, saya makan sikit2 untuk tenaga...rasanya yang lebih gabra en suami le.  

Di hospital, bila buat check up bukaan baru 4 cm.  So masih panjang lagi perjalanan nak bersalin.  Memandangkan saya bukan species yang sakit2 je terus nak beranak, so saya mmg cool saja.  Sumer baby2 saya dilahirkan dengan berat lebih 3.4 kg, agak besar utk org yg kecik mcm saya, jadi saya beranggapan saya takan melahirkan semudah 1 2 3 push...baby saya sumernya ada pada kedudukan tinggi, org kata tak jatuh perut pun walaupun dah sampai masa....Tapi doktor suruh saya berehat saja di katil wad bersalin kerana hari tu cuma ada saya dan seorang lagi pesakit yang akan melahirkan anak sulung.  Saya tenang saja di katil hospital, sesekali ada kontraksi tp gesaan bersalin belum sampai.....mmg lambat le jugak.  3-4 kali pakar bius masuk bertanya jika saya mahu mengambil epidural untuk tidak merasa sakit, tapi saya pun tak tahu kenapa saya menolak mentah2.  Sepertinya sakit kontraksi tu saya sangat relax.  Sampai pakar bius pun cakap saya sangat tenang menahan sakit tidak seperti seorang lagi pesakit di sebelah saya yang dari awal2 lagi sudah meminta epidural.  Mungkin sbb sudah ada pengalaman, saya nak merasai sakit itu sendiri.  Tepat jam 7.10 minit malam, saya selamat melahirkan anak ke tiga.  Keluar2 je nampak muka anak yang saling tak tumpah papanya.  Kemudian doktor arahkan nurse masukkan ubat tidur via drip sebab katanya saya dah nampak letih, dia suruh berehat.  Kata doktor dia nak mulakan proses menjahit luka jadi dia suruh saya tidur sahaja.  

Saya sedar semula sekitar jam 10 malam, bangun2 tu rasa mcm fresh sangat dan segar dan kemudian ditolak ke wad.  Yang bestnya, tak tahu le mcm mana sempurnanya luka tu dijahit sebab hari pertama saya bangun ke tandas, benda yang paling seriau untuk orang lepas bersalin sebenarnya adalah untuk bangun kencing atau buang air besar.  Ada orang akan merasa pedih di bahagian luka.  Tapi bagusnya doktor ni sebab saya tak rasa apa2 kesakitan.  Memandangkan doktor nak tahan anak untuk check up sebentar takut2 ada masalah paru2, jadi saya duduk le di wad dalam 2 hari.  Masuk hari khamis, keluar hari Sabtu selepas doktor bagitau semuanya okay.  Alhamdulillah semuanya berjalan baik. Saya jalani tempoh berpantang dengan rasa badan yang sangat segar dan lebih ceria berbanding kelahiran2 anak sebelum ini.

Apa pun pilihan, itu terserah masing2.  Hospital mana pun tak kisah if layanan yang diberikan mesra dan kita sebagai pesakit tidak merasa tekanan.  Kadang2 dalam sesetengah kes, itu nasib yang dah tertulis.  Dalam kes saya, saya sudah membuat pilihan.  Yang penting bagi ibu bersalin, tempoh berpantang dijalani dengan penuh ketenangan kerana itu akan banyak mempengaruhi emosi ibu dan sekaligus akan memberi kesan kepada anak.  Sakit bersalin ni adalah sesuatu yang kita kena hadapi sebagai seorang wanita, tapi tidak sumer orang sama.  Ada yang terlalu mudah, ada juga pada kelahiran yang lain akan menjadi susah, ada yang biasa2 sahaja, tak mudah atau susah....ia pengalaman yang mesti dirasai sendiri, tak ada siapa boleh mentafsirkan senang atau susah bersalin itu bagi pihak orang lain....mudah bagi si A, mungkin tidak bagi si B....jadi tidaklah kita boleh mengecilkan tahap orang lain berbanding dengan kita.

Saya telah melalui 4 proses termasuk D&C, Caesarean, Forced Forcep and Normal Delivery....berbeza pengalaman semuanya....apa pun saya mendoakan yang terbaik buat kita semua.....

Cuti2 Di Krabi, Thailand

Saja update untuk kenangan.....ini kenangan percutian di Krabi, Thailand yang mana sebenarnya sudah lebih 4-5 kali bercuti di sekitar Krabi dan Phuket.....dan setiap kali kami sekeluarga menginap di hotel yang berbeza cuma asik lupa nak snap pic untuk kenangan.  Perjalanan ke Krabi mengambil masa sekitar 6 jam, n if ke Phuket mengambil masa tambahan lagi 3 jam sbb suka buat pit-stop.  If nak ke Phuket kena make sure bertolak awal2 pagi, begitu juga ke Krabi supaya tidak terlajak sampai ke malam.   Kami selalu travel sendiri by car, tak pernah join trip berkumpulan sebab kami suka buat aktiviti sendiri.  Pendek kata kami zero knowledge pasal tempat2 di sana tapi seronok explore tanpa apa2 pengetahuan sebenarnya.  Sekadar berpandukan google map sahaja.  Once sampai di 7-Eleven yang banyak terdapat di sepanjang lebuhraya, kami akan singgah beli simcard baru untuk kegunaan semasa percutian. Ini untuk tujuan kemudahan internet.  Selalunya bila sampai di sana, kami akan menyewa motosikal dan turun buat pelbagai aktiviti seperti go kart ngan naik atv masuk hutan.  Kebetulan kami sekeluarga tak berapa suka aktiviti snorkelling ataupun menaiki bot ke pulau2 di sana.  Yang ini antara hotel yang paling selesa menginap semasa di sana, iaitu di Aonang Miti Beach Resort....










Yang ini semasa di Songkhla......apa yang menarik di Thailand seperti di Songkhla dan Krabi adalah harga2 bilik yang super besar sangat2 murah berbanding kos harga di tempat kita....cari2 gambar lama tak jumpa mana saya letak, banyak hard disk yang terpaksa scroll satu persatu, kalau jumpa saya share lagi.

JUALAN TIKET TAYANGAN PERDANA "CHOWRASTA"

KHUSUS UNTUK WARGA PERLIS DAN BERDEKATAN

Tayangan Perdana CHOWRASTA lakonan Nora Danish, Dato' Rosyam Nor, Chem Amar, Fauzi Nawawi dan ramai lagi akan diadakan pada 10 dan 11hb September 2015 bertempat di UiTM Perlis.  Filem ini akan ditayangkan kepada umum mulai 03 Disember 2015.  Waktu tayangan adalah pada jam 8.30 malam.

Sesiapa yang berminat, boleh hubungi pihak kami, Nina (0194242226) atau Fairuz (0174939366) untuk mendapatkan tiket bernilai RM10.

Nora Danish, Dato' Rosyam Nor, Chem Amar dan Fauzi Nawawi antara selebriti yang terlibat yg akan turun bersama2 menonton tayangan perdana tersebut nanti.

Cabutan Bertuah berupa IPHONE 6





SEKETIKA DI RIMBA HERBA, PERLIS

Hari minggu bawa anak2 ke taman herba....sepanjang 13 tahun tinggal di Perlis tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke sini.....alhamdulillah anak2 suka melihat pokok2 dan meninjau hutan yang segar mata memandang.  Tak rugi mengenal pokok2 herba ini dengan 1001 khasiatnya yang ada.  Saya sempat rembat hampir 16 pokok herba, itu pun di hati masih banyak lagi yang teringin untuk ditanam.  Kita tengok sebahagian yang ada.....

 
 
  

  


   

  

  

  

  

  

  

  

  




HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN 2015

Sampai jugak ke Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2015 pada Sabtu aritu....nasib baik singgah awal, sebab petang tu dapat berita khemah2 di situ diterbangkan angin sebab hujan ribut.  Luckily hubby selalu ikut serta minat orang rumahnya nih, sebab tu apa2 hal lebih suka dengan famili.  Awal2 dah bagitau hubby nak ke sini, yang best last2 en hubby yang merembat pokok mcm2 hehehe....en hubby tolong gak belikan rak besi buat letak bekas2 pokok comel2 yang orang umah dia dah penuhkan kat koridor atas.

Sempat le beli pokok ajaib, limau kasturi, limau purut nak buat stok dalam pasu, pandan wangi, pokok gajus n borong stok benih dekat booth Mardi. Ada jugak borong telur masin sekotak....50 biji RM20 aje.....huh....hari2 makan telur masin le nampak gayanya nih.  


Cuaca sangat panas terik, kalau tidak dah tentu merembat lagi banyak pokok.  Lagi pulak parking jauh, dah senget2 bahu usung pokok.  Sumer berat2.

RAYA 2015

Raya dah berlalu....masih dalam mood raya rasanya sumer orang....hampir terlupa ngan citer pasal raya.....tahun ni mcm biasa beraya di Kelantan n juga di Kedah.....memandangkan dah mmg menetap di sini, maka raya puasa wajiblah balik kampung saya....rindu kampung dan famili tuhan aje yang tahu......tp anak2 selalu teruja nak balik walaupun boleh balik sekejap sahaja.....

Tahun ni menjahit baju last minute....yang teruja sumer jahit sendiri..eh...tiap2 tahun mmg jahit sendiri tp tahun ni jahit sumer complete ngan tudung sekali.  Tu psl berangkut mesin jahit bawak balik sebab masa tu le baru nak menjahit.  Kakak ngan request tudung nak awning, yg adik x pe, ikut je.....lenkali tak boleh dah buat kerja last minute, kena settle sendiri punya paling awal kalu dak mmg kelam kabut.....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...