~Menu Iftar 2012 - Siakap Masak Tiga Rasa~

Menu simple sahaja.....Siakap Masak Tiga Rasa......sbb tak dak idea nak buat apa, jadi buat mana yang cepat dan pantas sahaja....hehe.....



Ikan Siakap (saiz sederhana) dilumur garam dan digoreng masak

5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan

Campur semua sos bersama.

2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 inci halia - dihiris halus
6 helai daun limau purut
Lobak merah - dipotong panjang2
Nenas (saya guna dalam tin sahaja) potong dadu
2 ulas bawang merah - dipotong dadu
1/2 ulas bawang besar - dipotong dadu
Daun Ketumbar

Tumiskan bawang putih dan halia.  Masukkan semua sos tadi.  Kemudian masukkan sayuran dan bawang merah/bawang besar bersama daun ketumbar.  Jika terlalu pekat, tambah air sedikit, masak hingga sayuran cukup masaknya.  Kemudian, curahkan sos ke atas ikan.

~Menu Iftar 2012 - Gulai Ikan Tongkol~

Masak ala2 masak kuning lemak lagi.....sebenarnya buat atas request si kakak.....memandangkan dalam stok ada ikan tongkol, so saya terfikir nak buat gulai nasi berlauk, gulai popular di kelantan....makan ngan nasi putih dan sambal lada....tu je.....dulu2 masa kat kampung, laku sungguh kedai yang berjualan menu gini tiap2 pagi......selain nasi lemak, nasi dagang, laksam dan kuih muih, nasi berlauk adalah menu terbaik untuk sarapan pagi di kampung saya.....


~GULAI IKAN TONGKOL~

2 ekor ikan tongkol (saiz sederhana) - dipotong2
1 keping asam keping
Air secukup menenggelamkan ikan
Garam

Rebus ikan hingga masak dan air sedikit kering.

1 kotak santan (200 ml)
Sedikit air
2 biji lada hijau
1/2 biji timun batang - potong2
Asam keping

Bahan Kisar
Lengkuas - 3 hiris halus
3 ulas bawang merah
2 hiris halus halia
2 inci kunyit hidup
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar rempah gulai nasi dagang

Campurkan bahan kisar + rempah bersama santan di dalam periuk.  Masukkan juga asam keping.  Kemudian masukkan ikan tadi bersama dengan timun batang dan lada hijau.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.


Arini, mengidamnya saya nak makan kuih2 kampung halaman kegemaran saya....tiba2 lak pren kat fb kat opis lama di Kelantan upload lak gambor2 kuih ni.....adus....terus kempunan je saya rasa.....tahun ni tak berkesempatan rasanya saya nak makan makanan2 kegemaran saya ni....nak buat sendiri saya tak reti le....sangat susah + tak sesedap air tangan sifu2 kuih di Kelantan......macam gak saya teringin nak makan Bubur Asyura Kelantan aka 'sugho'....nak buat bukan mudah.....dulu2 mak dok buat, meletup2 dalam kawah.....masak dari pagi sampai petang baru siap........makan pulak dengan telur dadar hiris halus......sedapnya!!!  aaah....kempunan saja le sbb versi kat sini tak kena langsung ngan anak tekak saya.....saya mmg tak boleh makan......saya tetap setia ngan versi negeri sendiri......apa nak buat.....tekak saya masih jati lagi dan akan tetap gitu sampai bila2.....huhu.....

Gambar kredit to K Samsuria @ fb

  Buah Tanjong dan Jala Mas ni kuih tradisi kegemaran saya sejak kecil.....peberet anak teruna saya jugak.....dok di sini kalau pun ada yang jual, tak setanding tempat sendiri.....buat sendiri pun saya tak nak sbb kena makan air tangan orang2 pakar yang buat gak.....lain rasa dia....huhu.....



Gambar kredit to Google

Bubur Asyura

~Menu Iftar 2012 - Masak Lemak Telur Itik~



Tak tahu pernah boh resipi mcm ni sebelum ni ke tak.....apa pun, saya taipkan aje le resipinya ya.....ini kegemaran anak kedua saya....masak stail gulai lemak mcm ni.....ni pun soh saya buatkan lagi....pening bila dlm satu rumah tiap sorang lain2 citarasanya.....sbb tu lauk saya kena mcm2.....kena pk selera orang yang pelbagai.....saya sendiri bab makan2 tak kisah sangat sebenarnya.....leh makan telur goreng ngan kicap pun jadi dah.....

~MASAK LEMAK TELUR ITIK~

3 biji telur itik

Bahan kisar
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 hirisan nipis lengkuas
 2 hirisan nipis halia
3 biji cili kering

1 batan serai - dititik
1 keping asam keping

1 kotak santan @ secukupnya
Air secukupnya
Garam/Gula secukupnya

Masukkan air dan santan di dalam periuk dan campurkan semua bahan kisar bersama serai dan asam keping.  Biarkan hingga mendidih kemudian masukkan telur satu persatu....kecilkan api dan jangan kacau, tunggu hingga telur sudah agak masak kuningnya...baru digaulkan sekali sekala.

~Menu Iftar 2012 - Daging Ketumbar~



Salam Ramadhan masuk hari ke 5 sudah ya.....sekejap je masa berjalan......kerja saya pun masih banyak yang tertangguh.....tak tahu le bila masa free nak ada.....semalam hajatnya hendak mula buat cookies tp tiba2 bilik kerja saya kebocoran le pulak.....semalam hujan lebat.....bila fikir2 mmg patut pun terminate kerja2 kontraktor tu dulu......saya yang tak reti bab rumah2 pun leh buat andaian tentang hasil kerja dia orang, jadi sepatutnya dia orang buat kerja lebih sempurna....walaupun en hubby masih rasa ralat, saya yakinkan dia bahawa tak ada apa yang salah.....tengok le apa hasilnya, kami jugak yang terpaksa tanggung untuk kerja baik pulih, bukannya orang senang nak buat kerja2 tak abis sepanjang masa......maka disebabkan itu, kerja2 tak leh berlangsung le....tangguh lagi......nasib2....

Apa pun, semalam menunya biasa2 sahaja.....salah satu menu terlupa nak snap, jadi apa yang ada je le arini ya.....semuanya simple2 sahaja.....

~DAGING KETUMBAR~
Source : Majalah Keluarga
Ubahsuai Oleh : Nina

Segenggam daging (dihiris nipis2)
Garam + Serbuk Kunyit secukupnya

Goreng dulu daging yang telah digaul dengan garam dan serbuk kunyit hingga garing.

Bahan lain
1 ulas bawang besar
1 biji lada merah
2 inch halia
2 ulas bawang putih

Semua bahan dihiris halus.

Kacang Panjang - dipotong2
Daun Ketumbar
1 sudu besar Serbuk Ketumbar

Tumiskan bahan hirisan tadi hingga wangi.  Kemudian masukkan semula daging yang telah digoreng tadi.  Gaul sebati.  Kemudian masukkan serbuk ketumbar dan daun ketumbar.  Gaul2 rata lagi.  Akhir sekali taburkan sedikit daun ketumbar untuk hiasan.

~Menu Iftar 2012 - Nasi Kuning~



Nasi Kuning ni nama saya saja2 letak.....suka hati le kan.....saya yang masak.....hehe.....lagipun mmg warna dia kuning......saya tak namakan Nasi Beriani ke apa ke walaupun guna pewarna utk beriani sebab saya tak suka nasi2 ala2 nasi kandar.....rasa berlemak terlebih....sbb saya tak boleh telan sangat.....yg ini agak2 ikut selera anak tekak saya je....

~NASI KUNING~

3 cawan beras basmathi - dibersihkan dan disukat air seperti biasa memasak nasi

Bahan Tumis

2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 hirisan nipis halia

Buah Pelaga
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis

Untuk menumis:
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar butter
1/2 tin susu cair
Garam secukupnya
Pewarna Beriani

Cairkan minyak sapi + butter dan tumiskan bahan2 tumis tadi.  Masukkan beras (tanpa air) dan kacau2 seketika.  Masukkan air secukupnya dan tuangkan susu cair.  Masukkan garam dan pewarna beriani kemudian teruskan memasak nasi seperti biasa hingga masak.


~Menu Iftar 2012 - Ayam Masak Sos Bermadu~

Saya buat ni atas permintaan anak dara saya....yang suka sangat makan ayam ala2 macam ni...macam ayam masak pedas.....since bulan2 pose ni tak boleh nak merasa, saya elakkan le dr guna cili boh saja takut nanti kalau pedas anak2 tak boleh pulak nak makan.....sikit je memadai....anak teruna saya jenis tak tahan pedas.....rugi pulak kan....

Menu ni sedap sangat buat makan dengan nasi ala2 beriani atau nasi minyak....kali ni saya prepare ngan Nasi Kuning gitu namanya....hehe....sebab hajat mula2 tu nak gunakan saffron....ingatkan stok saffron ada dalam gobok saya, rupanya sudah rosak huhu.....nampak sangat saya tak ambik kisah pasal saffron yang dah lama saya beli tu.....


~AYAM MASAK SOS BERMADU~

8 ketulan ayam (saiz sederhana, dilumur garam dan digoreng separuh masak)

Bahan ditumbuk halus:-
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
4-5 hirisan nipis halia
2 ulas bawang putih

Bahan Rempah:
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga

1 sudu besar cili giling
1 cawan sos tomato
2 sudu besar madu
1/2 tin susu cair
 1/2 labu bawang besar - dihiris bulat

Tumiskan bahan tumbuk bersama dengan bahan rempah hingga naik wangi.  Masukkan cili giling tadi dan tumis lagi hingga wangi.  Masukkan sos tomato bersama madu dan sedikit air.  Masukkan susu cair.  Masukkan ayam dan biarkan hingga menggelegak dan sedikit pekat.  Masukkan bawang besar yang dihiris bulat tadi dan gaul hingga sebati.

~Menu Iftar 2012 - Dalca Sayuran~



Menu iftar kali ni yang ringkas sahaja.....Dalca Sayuran.....nak partner ngan nasi kuning dan ayam sos bermadu......semalam kepala pusing2 jadi tak nak sibuk2 pk menu pelik2.....resipinya pun ala2 reka2 je le sebab setengah bahan tak de pun.....apa pun, yang penting berbuka puasa dengan apa yang ada ni pun sudah memadai.....



~DALCA SAYURAN~

Daging (dihiris halus) secukupnya
3 batang putik jagung - dibelah panjang2
3 batang kacang panjang - dipotong2
1 biji ubi kentang - dipotong dadu
1 batang karot - dihiris panjang2
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
1 biji tomato - dibelah2

Bahan Tumbuk:
2 ulas bawang merah
3 hirisan nipis halia
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih

Rempah:
4 biji buah pegaga
1 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih

3 sudu besar serbuk kari (saya guna rempah mak siti)
air secukupnya utk jadikan rempah sebagai pes
2 cawan air @ secukupnya utk mencairkan kuah
1 kotak santan pekat
1 helai daun pandan - dicarik
2 tangkai daun kari
Garam/Gula
Air Asam Jawa

Tumiskan bahan tumbuk dengan rempah hingga naik bau.  Kemudian, masukkan pes serbuk kari tadi bersama dengan daun pandan dan daun kari.  Biar hingga pecah minyak.  Kemudian masukkan daging dan gaul2 sebentar.  Masukkan air dan boleh dimasukkan sayuran yang agak keras terlebih dahulu seperti karot dan ubi kentang, diikuti dengan sayuran lain.   Masukkan tomato bila nak angkat dalca ini.  Masukkan santan dan perasakan dalca tadi.

~Puding Buih Tembikai~



Tak lengkap le kan buka puasa kalu tak de kuih muih kan....beza kali ni saya buat puding buih ni je...ni kegemaran saya sebenarnya.....tapi masih tak bape nak jadi sikit sebab saya nak cepat2 buat jadi bahagian agar2 separuh turun ke bawah  huhu......anyway sib baik bahagian buihnya masih tebal.....maybe next time leh try lagi......macam makan kapas je....best....

~PUDING BUIH TEMBIKAI~

25 gm serbuk agar2
4 biji putih telur
350 gm gula castor - next time leh kurangkan, sedikit manis
1 liter air
Pewarna merah/hijau
Kismis sebagai biji

Masakkan serbuk agar2, air dan gula castor hingga mendidih.  Tutup api.  Putih telur tadi diputar hingga jadi meringue (bila angkat tak jatuh).  Masukkan 1 senduk serbuk agar2 tadi ke dalam meringue dan kacau perlahan2 hingga ia sebati, kemudian, campurkan semua agar2 hingga semua bahan sebati.  Basahkan loyang separuh bulat dan tuangkan adunan tadi.  Pewarna merah digunakan untuk mengisi tengah loyang dan kacau2 sebati tanpa menyentuh loyang.  Bila dah keras, keluarkan dan warnakan luarnya hijau sebagai kulit kemudian sejukkan semula.  Biji boleh guna kismis atau agar2 hitam.

~Menu Iftar 2012 - Sup Kaki Ayam~



Menu sup kaki ayam ni menu kakak sebenarnya......since kuah tak de, saya prepare je sup mudah ni untuk budak2 makan....lagipun kaki ayam ni peberet kakak....asal gi supermarket lalu kat seksyen barang basah, mesti dia terjah kaki ayam.....huhu....dia sorang je pun yang redah makan.....

~SUP KAKI AYAM~

1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Sedikit bunga lawang
Sedikit buah pelaga
Sedikit bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
3 sudu besar rempah sup (saya guna Rempah Sup Faiza) - campur air dan jadikan pes
1 ketul pati ayam
Air secukupnya
Seketul Ubi Kentang - dipotong2 dadu
Kaki Ayam secukupnya
Batang Seleri - dipotong2 kecil
Daun Sup/Daun Bawang secukupnya
Garam/Gula jika perlu - maybe pati ayam dah cukup bagi rasa, so sikit je memadai


Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris halus.  Masukkan bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis.  Tumis hingga wangi.  Masukkan rempah sup yang telah dijadikan pes tadi.  Tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan air secukupnya bersama pati ayam.  Masukkan kaki ayam tadi bersama ubi kentang.  Masukkan batang seleri dan biar hingga masak.  Taburkan daun sup dan daun bawang jika suka.

~Menu Iftar 2012 - Ayam Percik~

Masak Percik ni masakan common saya dah.....kira mmg wajib kena ada tiap kali pose.....belajar dari mak dan ubahsuai sendiri je le....kalau buat ayam percik saya tak suka kering2.....saya suka cicah kuah tu sekali masa makan.....percik versi kelantan takde banyak lada, dan saya mmg elakkan guna lada kering sebab takut pedas nanti anak2 tak boleh makan......cuma sedikit cili giling untuk bagi warna.....biasa2 kat mana2 di Kelantan, warnanya mesti putih santan gitu....



~AYAM PERCIK~

3 ketul dada ayam (direbus terlebih dahulu dengan sedikit air + halia + bawang merah + bawang putih yang ditumbuk halus)....rebus sehingga masak dan air sedikit kering + 1 batang serai dititik

Bahan Kuah

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia (semua bahan di atas ditumbuk halus)
1 1/2 kotak santan (santan kotak)
1 sudu kecil cili giling
1 keping asam keping
1 batang serai dititik
1 sudu kecil tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
Garam
Gula
Perasa secukup rasa

Semua bahan dicampurkan sekali dan kacau sehingga ia pekat.  Sedia untuk dicurahkan di atas ayam selang seli dibakar sehingga ayam cukup masaknya.





Kali ni prepare kuah banyak sikit......

~Menu Iftar 2012 - Udang Galah + Ikan Bakar Cicah Air Asam~

X de apa sangat yang special dengan yang ini....cuma ikan bakar ngan udang galah yang saya bakar kosong je, tanpa perisa gitu.....cuma bakar guna dapur arang....back to traditional.....siap pi beli lagi bekas untuk bakar sbb selalu hentam bakar guna dapur gas @ guna pan je....hah....siap pedih2 mata le ngan asap.....




~AIR ASAM~

3 ulas bawang merah - dihiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu
1 biji cili merah - dipotong2 bulat
2 biji cili padi - dipotong2 bulat
Sedikit belacan
1 sudu besar asam jawa (saya guna yang adabi)
Air panas secukupnya untuk menggaul asam jawa bersama gula dan garam

Sebatikan semua bahan bersama, sedia untuk dihidangkan sebagai cicahan udang bakar dan ikan bakar.

~Menu Iftar 2012 - Udang Goreng Berempah~

Dah masuk hari ke 3 berpuasa dah pun.....so mcm mana uols?  Baru berkesempatan untuk masak on d first day sahaja sebab hari kedua en suami ajak berbuka di luar....maklum le....masih dalam mood hari minggu on d second day puasa kan.....saya keletihan sebenarnya sebaik lepas sahur tu....maklum le, kita ni bukan surirumah sepenuh masa, kerja2 banyak tertangguh pada hari minggu.....hari Ahad tu saya kemas2kan dapur, kemas2 rumah, sapu lantai, mop lantai, lipat2 baju.....bila tengahari saya dah flat dah....en suami kata dia kesian, so dia soh rest sbb nanti nak ajak saya ngan anak2 berbuka di luar....menu untuk hari ni dah siap fikir semalam, so tengahari ni just keluarkan bahan2 beku dalam peti ais.....esok le kita tengok apa lagi menunya ya....hehe....

Orait....ini sebahagian menu iftar untuk hari pertama actually....kali ni saya x mau boh semua menu under satu posting sbb nanti susah nak search nama2 lauk....so saya boh solo gitu.....1 menu 1 entry....mudah nak cari kan....



~UDANG GORENG BEREMPAH~
Idea Asal: Majalah Rasa
Ubahsuai oleh : Nina


Segenggam udang tanpa kulit (saya guna frozen type)

Bahan Kisar :
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 batang serai

1 camca besar serbuk kari daging
1 sudu kecil cili giling
2 camca besar sos cili|
2 camca besar sos tomato
1 camca besar sos tiram
1 batang kacang panjang - dipotong2

Panaskan minyak.  Tumiskan udang terlebih dahulu.  Kemudian masukkan bahan kisar bersama dengan rempah kari dan cili giling.  Gaul sebati.  Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.  Masukkan garam dan gula secukup rasa.  Akhir sekali masukkan kacang panjang dan biar sedikit kering.

~Salam Ramadhan



SALAM RAMADHAN......alhamdulillah....tahun ini kita diberi kesempatan sekali lagi untuk menjalani ibadah puasa....semoga bulan penuh mulia ini kita sambut dengan penuh kesyukuran dan ketakwaan di hati....

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat dinanti2kan....sebenarnya satu2 bulan saya dapat memasak setiap hari.....dengan excitednya....hari2 biasa mood tak bape nak datang....bulan puasa saya mmg bersemangat memasak.....sekali sekala en hubby bawa berbuka di luar, tapi lebih banyak memasak di rumah setiap hari....dari balik kerja sampai di rumah jam 5.30 petang.....baru le episod masak2 bermula.....alhamdulillah, tak de lauk2 tambahan dari kedai, sumer air tangan sendiri.....bayangkan betapa tergopoh gapahnya untuk menyiapkan semua hidangan......sebab dah memang wajib 4 menu mesti terhidang di atas meja.....sayuran dan menu berkuah adalah yang mesti ada....lagi extra 2 adalah untuk penambah lagi selera makan....

Tahun ni sedikit sibuk dengan nak siapkan tempahan biskut raya lagi....mudahan2 diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT.....begini le hidup mencari rezeki untuk anak2 dan keluarga......petang kerja, malam kerja lagi.....tahun ini juga anak bongsu saya berazam tidak mahu meninggalkan puasa.....semangat dari cikgu rasanya yang berjanji untuk memberi ganjaran RM3 jika dapat berpuasa penuh.....itu le budak2.....cuma RM3 je, tp sebab cikgu yang sebut, asyik menghitung hari je bila le nak puasa.....

Jangan lupa penuhkan bulan ini dengan amal ibadat dengan ikhlas kepada Allah SWT.....nawaitu kita dalam mengerjakan apa2 sahaja perkara amat penting untuk mendapat ganjaran daripada Allah SWT....jangan beramal dengan riak dan takbur atau hendak menunjuk2 kepada orang lain.......

Ramadhan adalah bulan menundukkan hawa nafsu, maka yang seharusnya terbayang dalam fikiran kita adalah kita buang jauh-jauh seluruh apa jua perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Wallahuallam....

~Citer Kebun 'Petite' Saya~

Projek mini kebun ni dah lama berhajat nak buat.....tanah tak ada, maklum le....umah kampung saja, ruang tanah pun dah takde....kawasan dalam umah penuh berturap simen, jadi tak boleh dah nak bercucuk tanam.....nasib baik umah kedudukannya pada jalan mati, maka guna le tanah sekangkang kera yang ada di luar pagar umah untuk buat tanam sikit2....

Kebanyakan pokok2 yang ada sebelum ni dah ditanam dalam pasu, tapi semasa proses pengubahsuaian rumah dekat setahun tu, banyak pokok2 sudah mati dek kerja2 tak 'berhati perut' en kontraktor.....mujur le ada yang tetap bekerjasama untuk terus hidup dengan subur......

Untuk buat kebun ni guna sahaja apa yang ada, kira recycle barang yang ada saja....tak de fancy2 ala2 kebun inggeris seperti diidamkan, tak de fulus dan tak pandai nak merekacipta le pulak....buat je le mana yang boleh buat gitu.....


Aloe Vera - pokok ni mmg baik hati, tak pernah pun guna, tapi tumbuh subur di dalam pasu sampai berhimpit2 keluar dari pasu pun ada.....belum alihkan lagi ke pasu yang besar....tengah fikir nak buat camne....


Pokok yang wajib ada untuk kegunaan di dapur....sudah kontot pokok2 ni sebab sudah ditebas oleh en suami.....gara2 tumbuh terlalu subur sampai dah jadi cam semak.....terlalu banyak.....sekarang ini je yang tinggal.....dan satu lagi en suami semai dlm pasu takut pupus semasa proses tebas2 aritu....


Daun Kunyit - alahai....hidup segan mati tak mau pokok ni asal2nya....asal2 saya tanam atas tanah.....tapi tak bape nak hidup....lalu saya korek dan saya tanam dalam pasu.....nampak subur, saya alih semula ke atas tanah.....harap2 beranak pinak le lepas ni ya.....


Daun Kari - hmm...yang ni tak payah sibuk2 nak semai sebenarnya....dari sepokok sekarang dah tumbuh2 melata.....cuma asal pokok yang besar dah ditebang.....


Pokok Serai - tanah makin susut, menyebabkan serai pun sumer dok tinggi dr tanah.....ni kira sisa2 yang tinggal, dari serimbun pokok sebelum ini....


Pokok Limau Purut - yang ini saya baru tanam, ada satu lagi pokok yang dah besar tp rasanya yang tu nak kena cantas sikit nanti sebab dok tepi ngan bendang.....karang traktor lalu nak tuai padi, abis kena tebang lak....


Pokok Mint - tak tahu tanam untuk apa...tapi hajat nak tanam pokok herba mmg dah ada....dah berpaket2 beli bermacam jenis herba cuma tak mula tanam saja lagi....kena beli tanah dulu sbb tanah asal di sini berbatu2....sangat keras.....ini bukan saya tanam dari biji, yang ni saya beli pokoknya dan biarkan berakar sebelum saya semai batangnya sahaja....now daun2 dah tumbuh, alhamdulillah....


Pokok Parsley - saja2 tanam....banyak sebenarnya sbb aritu main semai hentam2 aje....sampaikan rapat2 tumbuhnya.....ni dah alih2 jarak2kan sikit...


Daun Kaduk - pokok ni pokok feberet saya....bawak dari Kelantan lagi.....kat umah mak berlambak.....masa proses ubahsuai umah aritu, saya ingat pokok ni dah mati ditimbun simen2.....rupanya masa kemas2kan laman depan tu, terjumpa pokok ni masih terkontang kanting ada sehelai dua daun, masih hidup rupanya.....saya cabut dan saya semaikan semula di dalam pasu.....pasu besar, biarkan pokok2 tu hidup sorang2.....karang nak menjalar senang sikit.....moga2 hidup subur lepas nih....


Pokok Cili Api - beli dari Cameron Highland.....lebat berbuah....ni dah dogol sebab dah petik2 sumer yang dah masak dan buat jeruk....


Ini le pokok limau purut yang dah besar....dok tepi bendang.....


Pokok Mata Kucing - sedang berbuah....


Daun Pandan - semai dalam pasu.....biarkan aje le....


Yang ni bukan saya yang tanam.....hehe....ni le padi yang sedang tunggu untuk dituai....


Pokok Belimbing - dah lama tanam.....nampaknya dah mula nak berbuah sulung.....


Rupa kebun yang ntah apa2.....tengok tu.....tu le dikatakan recycle....hehe.....yg kotak2 kuning tu grill umah lama....sayang nak buang, buat je jadi pagar.....sekali ngan tingkap kaca umah lama.....bata2 guna lebihan dari renovate rumah dulu...



Nanti saya nak penuhkan lagi rupa kebun cinonet nih.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...