Monday, January 12, 2009

Pulut Kuning

Pulut kuning ni saja2 buat, dah lama tak makan pulut kuning ngan telur dadar......hiris halus2.....ish....teringat zaman kecik2 dulu...kita rendam punya ler lama......rendam pukul 2 petang, esoknya baru kita kukus......hehehe....ini cara mudah jer....

Pulut Kuning

1 kg beras pulut
Air secukupnya untuk merendam
2 sudu besar serbuk kunyit

1 kotak santan pekat
Sedikit garam

Rendam sekurang-kurangnya 8 jam untuk mendapatkan pulut yang lembut.

Selepas direndam, toskan dan letak di atas kukusan.....kukus selama 15 minit terlebih dahulu. Kemudian angkat, keluarkan pulut tadi dan gaulkan dengan santan dan garam. Letak balik di atas kukusan dan sambung mengukus selama 30 minit lagi atau hingga lembut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...