TauFu Fah



TAUFU FAH

300 gm kacang soya (direndam selama 8 jam dan dibuangkan kulitnya)
7 1/2 cawan air (sukatan metrik)

Bahan di atas dikisar hingga halus dan ditapis dengan menggunakan kain muslim. Panaskan periuk dan masak hingga ia mendidih, kacau sekali sekala untuk mengelakkan ia melimpah.

3 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh GDL
1/2 cawan air

Bahan ini diadun bersama dan dimasukkan ke dalam bekas yang bertutup. Bila air soya tadi telah mendidih, tuangkan ke dalam bekas yg bertutup tadi (pastikan semasa menuangnya dari kedudukan yg tinggi, hati2 agar tidak tumpah).....kemudian buangkan perlahan2 buih yg terbentuk selepas menuang air soya tadi. Selesai, tutup bekas tadi dan biarkan ia selama 1 jam sebelum boleh dimakan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...