Showing posts with label Lain Lain Resipi. Show all posts
Showing posts with label Lain Lain Resipi. Show all posts

ROTI JALA

24 Ogos 2017

 

Roti Jala adalah sebahagian dari menu tempahan yang saya buat.  Ada banyak teknik, ada banyak resipi untuk buat roti jala.  Terpulang pada cara masing2 dan juga selera masing-masing.  If nak makan sendiri, tak ada masalah, kita yang buat jadi kita le yang makan.  Sediakan pulak dengan kuah kari ayam ke, kari daging ke atau mungkin serawa durian pun boleh sahaja.  Ada juga suka makan dengan kuzi, saya pun suka.

Resipi ni resipi yang saya buat, kadang-kadang tak perlu sukat bagai, main letak je pastu agak je adunannya ok ke tidak.  Untuk yang ini, saya bagi sukatannya.  Jika untuk menu berniaga, saya guna resipi lain yang saya belajar.  Namun, resipi ini pun boleh sahaja.

ROTI JALA
*dapat dalam 70-80 keping roti jala

6 cawan tepung gandum
7 cawan air - lebihkan jika perlu cairkan
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
Pewarna Kuning
3 biji telur
1/4 cawan santan pekat

Mixer semua bahan dan tapiskan supaya tiada ketulan yang menyebabkan ia tersumbat pada lubang botol untuk mengirai.  Kiraikan dan gulung atau lipat


 


MENU BEKAL - NASI GORENG KAMPUNG


Untuk bekal hari ni, kita siapkan yang mudah2 sahaja....cuma Nasi Goreng Kampung, untuk mama ngan papa...tambah sikit timun jepun ngan pisang....

NASI GORENG KAMPUNG

5 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis - dua bahan ini ditumbuk
1 sudu besar cili boh

Isi ayam - hiris dadu kecil2
Ikan bilis segenggam - digoreng garing terlebih dahulu
3 biji telur
2 urat kacang panjang - hiris kecil2
2 btg sayur sawi

3 pot cawan beras - dimasak terlebih awal, sejukkan.

Tumis bawang putih yang ditumbuh dengan ikan bilis hingga naik bau dengan sedikit minyak.  Masukkan cili boh, tumis garing.  Masukkan ayam dan biar hingga ayam masak.  Ketepikan di dalam kuali, dan masukkan telur.  Kacau2 sebati semuanya.  Masukkan nasi putih dan kacau lagi.  Masukkan sayuran, ikan bilis goreng,  Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.

POP CORN BERKARAMEL

Moh kita buat popcorn sendiri....request dari anak-anak....sambil2 plannya sambil tngk Gegar Vaganza....


POPCORN BERKARAMEL

1 cawan jagung kering - beli di bakeri
1 sudu besar mentega

Cairkan butter, masukkan jagung kering, gaul2kan dan tutup dengan tudung.  Gunakan bekas besar dan biar hingga bunyi meletup berhenti baru buka tudung.

Tuangkan popcorn ke dalam tray dan ratakan.  Bahagikan 2 supaya senang semasa nak gaul2 dengan karamel nanti.

SOS KARAMEL
1 cawan gula castor
1 sudu besar mentega
1/2 cawan whipping cream

Panaskan gula castor dan biar ia menjadi perang.  Masukkan mentega dan kacau2 hingga semua sebati.  Ia akan membuak tetapi pastikan sentiasa kacau dengan senduk kayu.  Kemudian masukkan whipping cream  sedikit demi sedikit, ia akan membuak tapi jangan lupa sentiasa kacau.  Masukkan sampai habis sambil dikacau.  Kacau hingga ia pekat.  Tuangkan ke atas popcorn tadi dan gaul cepat2 biar sekata.  Panaskan oven pada suhu 170'c dan bakar popcorn tadi selama 15-20 minit.  Bila dah siap, karamel akan mencair sedikit, biarkan dahulu jangan pegang.  Selepas 10 minit gitu boleh le diangkat dan isi ke dalam bekas kedap udara.





DAUN TURI MASAK LEMAK

Naa....another kutipan dari kebun gak....kononnya sayang nak petik daun turi tu tp en suami kata dahannya makin membesar dan dah tolak2 pagar, sayang tu sbb bnyk bunga2 ada pada batangnya....bunga2 pun dapat banyak....so buat le gak kutipan besar-besaran boleh le buat masak....


Kita buat masak lemak....itu je yang sinonim dan kesukaan suami n anak2.....


DAUN TURI MASAK LEMAK

Daun Turi + Bunga Turi
Santan secukupnya
Tauhu sekeping - dipotong dadu
Garam/Gula

Bahan Tumbuk:
1 ekor ikan kembung -ambil isinya
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
 1 sudu kecil lada hitam

Masukkan santan dan air ke dalam periuk.  Masukkan bahan tumbuk.  Kacau2 hignga mendidih kemudian masukkan daun turi dan bunga turi.  Masukkan le tauhu tadi.  Masukkan garam dan gula secukup rasa.  Mudah sahaja kan.....dah berselera dah makan....


Asam Pedas Ikan Kembung

Masak Asam Pedas.....kali ni guna hasil dari kebun....daun kesum daun besar2 yang tanam kat atas koridor umah....sebelum jadi sarang bena tu, potong2 n semai lain keratan nanti....bendi tu pun hasil kutipan dari kebun.....berbuah satu satu je, jadi simpan le dpt 3 biji hehe....buah jenis bendi arab, so besar2 gedabak buahnya.....


ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Segenggam lada kering - potong dan rendam dalam air panas - toskan

Kisar bahan di atas hingga lumat.  Ketepikan

5 ekor ikan kembung
Air secukupnya
Daun Kesom
Bendi 
Air asam jawa
Garam/Gula secukupnya

Panaskan kuali, masukkan minyak dan masukkan bahan kisar.  Masak hingga garing terlebih dahulu.  Masukkan air bersama air asam jawa.  Masukkan ikan, Akhir sekali masukkan daun kesum, bendi, garam dan gula.

**guna stok ada di dapur sahaja



CUCUR MALAS

Cucur Malas...sesuai le dengan namanya....menu untuk bekpas untuk orang yang malas....janji leh alas perut sampai tengahari.....eh...teruk betul....tp tak kisah janji kenyang hehehe.....yang penting syok makan sambil tengok tv cicah lak ngan sos cili kikiki.....


1 1/2 cawan tepung gandum
Air secukupnya
Garam secukupnya
Segenggam ikan bilis - basuh 
Bawang Merah - hiris halus
Daun Bawang - hiris 
Lada Merah - hiris halus dan cincang

Campurkan semua bahan dan bolehlah digoreng.  Jika nak bulat2kan, pastikan air yang digunakan sedikit sahaja supaya senang hendak dibulatkan.  Goreng garing supaya masak sekata di dalamnya.
Saya tak suka bulat2kan, suka main sudu2kan aje terus masuk dalam minyak panas.

Air Herba



Air herba yang refreshing....sedap dan menyelerakan....anak2 pun rupanya suka minum air nih.....buat satu jug ingatkan nak minum sorang2 je....bila suruh try sumer pakat kata sedap lak....meh le cuba......

AIR HERBA

Air secukupnya (saya guna dalam 1 jug air seperti di bawah)
8 helai daun mulbery
8 helai daun pandan
3 batang serai
Segenggam bunga telang - saya guna yang dah kuncup dan kering
Gula batu secukupnya

Campurkan semua bahan dan rebus hingga mendidih.  Jika perlu tambah gula batu, tambah semasa masih panas.


Air Rebusan Halia, Serai & Bawang Putih

Lately ni seperti sedap minum air rebusan ni....dan berhajat menjadikan amalan minuman harian.  Stok serai pun banyak di rumah sampai tak terguna jadi apa salahnya gunakan sahaja apa yang ada secara semulajadi.  Saya pun tak makan ubat2 nak kurus ke nak gemuk ke, jadi saya pilih yang tidak melibatkan ubat2an.  Yang ini nak buat pun mudah sahaja.  Khasiatnya pun banyak untuk diamalkan tanpa berlebihan.  Next time saya nak tambah ubi cekur pula.  Masa buat yang ni sayang pulak nak korek2 ubi cekur sbb tengok pokok pun masih kecil saja lagi.

Air Rebusan Halia, Serai & Bawang Putih

6 batang serai - diketuk2
Halia - sebesar ruas ibu jari, belah 2 sahaja
2 ulas bawang putih
2 sudu makan gula perang
Air secukupnya (anggaran sahaja)

Rebus semua bahan di atas hingga air tinggal separuh.  Minum panas2 dan boleh juga disimpan lebihan di dalam peti ais untuk diminum di hari lain.




Khasiat Bawang Putih

*Sebagai nyahtoksin logam berat di dalam badan
*Mengawal tekanan darah
*Membantu kesihatan tulang
*Mengawal berat badan
*Rawat hipertensi
*Rawat sakit jantung
*Gout, Sesak Nafas, Batuk

Khasiat Serai

*Detoksifikasi
*Menurunkan tekanan darah
*Sebagai diuretik
*Melegakan senggugut

Khasiat Halia

*Membuang angin dalam usus besar/kecil
*Membantu memanaskan badan


Sebenarnya ada banyak khasiat yang tidak le saya ketahui sangat, sekadar merujuk kepada apa kelebihan tumbuhan di atas.  Sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan mungkin perlu terlebih dahulu merujuk pakar kerana sesetengah kita tidak mempunyai ketahanan tubuh yang sama.  Berkesan bagi sesetengah orang, mungkin tidak bagi orang lain.  Untuk saya, apa-apa sahaja jangan le berlebihan digunakan.  Saya amalkan minum setiap hari untuk masalah angin dalam badan dan memudahkan pembuangan setiap pagi.  Alhamdulillah terasa kelegaan dan ringan sedikit tubuh badan.  Maklum le dah tua2 ni macam2 sakit terasa jadi saya memilih untuk sesuatu yang amali dan mudah didapati.


UPDATE SIKIT CITER KEBUN DAN KOMBUCHA TEA


Kebun tak banyak nak update....cuma hari2 tunggu perkembangan ada ke tidak. Jika ada rasa happy tak keruan le gitu....jika tak sedih je rasa sbb tak menjadi kan....semalam gak tanam semula anak pokok kemunting, ni kira dah kali ke 3 tanam.....2 kali dah membazir duit tp demi nak tanam jugak pokok tu saya beli dan beli.  Hidup atau tidak, tidak diketahui le lagi nasibnya.  Yang sebelum2 ini dalam masa seminggu dah leh nampak nasibnya, tunduk segan tak mau tegak2....dlm masa seminggu sumer daun luruh dan terus mati.  Nanti kita tengok camne perkembangannya.  Tengah tunggu jambu bol kegemaran masa kecik, dulu2 pucuk muda buat makan ngan garam kasar....alahai, tak sabar tunggu pokok sampai.....sekali ngan jambu bol order gak pokok abiu ngan pokok markisa.  Nanti kita citer lain pasal pokok2 tu bila dah sampai.

Oh ya, yang di atas ni pokok sirih cina atau ketumpang air tumbuh besar dalam pasu pokok limau purut, saja biarkan sbb ada merata tumbuh.  Nanti2 boleh kutip2 campur2 semua buat masak.  Belakang tu pokok bunga telang, tak alih2 dr pasu....dah tinggi menjulang....nanti alihkan....dah ada 2 pokok tanam di dalam kebun, nanti alihkan yg ni sekali.


Yang ni pokok tebu selasih.  Tanam bukan le untuk dimakan, saja untuk hiasan.  Tebu ni warnanya hitam, daunnya pun ada sedikit hitam.  Sepatut tebu ditanam di atas tanah, tp saya dah tak de ruang atas tanah, patut tanam serong, saya cucuk tegak je dalam pasu.  Tumbuh jugak le.....ada le 4 pasu untuk tebu selasih nih.  Tebu telor pun ada, yang tu nanti saya snap sbb masih kecik, yang selasih ni cepat naik, yang tebu telor walaupun tanam masa sama baru je keluar 3-4 anak pokoknya.


Yang ini keratan batang, kalau tak silap saya pecah beling, tp saya lupa kalau2 tercampur ngan pokok bismillah.  Jadi kena tunggu besar le nampaknya baru leh cam ini pokok apa.  Ini padahnya bila beli keratan batang untuk beberapa jenis dan lupa nama keratan tu.  Saya main cucuk2 je dalam pasu dan ternyata mmg mudah je bertunas.

Kebun sekarang tengah dikemaskan.  Mana2 anak pokok yang disemai di koridor atas rumah, sekarang dalam proses alih2 sumer ke kebun.  Kita tengok le boleh survive ke tidak memandangkan cuaca sangat2 panas dan daun2 mudah je terbakar.


Ini lak percubaan kombucha tea.  Baru belajar menternak.  Dapat hadiah cendawannya dari kawan, baru 2x salin air jadi tak banyak lagi anak2 cendawannya.  Yang dlm botol tupperware tu dah masam dan boleh menggantikan cuka  dalam masakan.  Baunya bila dah masam tak ubah mcm cuka epal.  

BEKAL SEKOLAH : MAC N CHEESE


Siapkan yang simple....ding dong ding dong siap....bahan pun tak banyak, pastu suka hati je masak tak de sukatan....separuh makan dulu, separuh anak2 bawak bekal....masak untuk anak2 ni tak perlu yang berat2 sangat....bagi dia orang janji leh kenyang....sebenarnya godek2 dapur jumpa macaroni.....rasa malas nak masak nasi, jadi bagi cadangan kita buat mac n cheese aje le.....mula2 anak2 tak nak, pastu dia org cakap ok pulak.....dah ada green light, kita proceed aje.....

Anak2 lagi2 baby paling suka makan mac and cheese dekat Kenny Roger's.....saya pun suka jugak.  Tp masih tak dapat rasa nak sama dengan Kenny Roger's.  Setakat nak makan sendiri of course boleh le, perasa tak sekuat makan kat KR, kita buat versi sihat kita sendiri....


Mac And Cheese Versi Mudah
(sukatan adalah anggaran saya)

1 paket macaroni 
(Siapkan air, masukkan minyak masak sekadar perlu dan tunggu mendidih, kemudian masukkan macaroni dan rebus hingga masak)

500 ml susu segar
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
200 gm cheddar cheese
100 gm cheddar cheese emborg (orange)
Garam secukupnya

Panaskan butter, kemudian masukkan tepung gandum.  Kacau2 hingga sebati dan tuang susu segar sedikit demi sedikit.  Kacau hingga sedikit pekat, masukkan cheedar cheese dan kacau hingga sebati.  Masukkan garam.  Siap.  Masukkan kuah ke atas macaroni bila sedia hendak dimakan.  Kalau rasa terlampau pekat, tambahkan susu segar.  Jika kurang rasa cheese, tambahkan saja.


RESIPI : AYAM MASAK TOMATO

  Mencari menu untuk bekal sekolah mesti sahaja yang simple2....yg boleh makan dengan nasi cuma sekadar satu lauk memadai le rasanya....arini menunya nasi putih dengan ayam masak tomato.  Resipi lebih kurang sama seperti biasa cuma kali ni penambahan pes halia bentong membangkitkan aroma satu rumah.  Berbaloi beli buat stok.



AYAM MASAK TOMATO

3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 sudu besar cili boh

Kisar bersama bahan di atas.

2 ketul dada ayam - potong2 dadu ikut size disukai
Garam

Lumur dengan garam dan goreng separuh masak.

1/2 sudu besar pati asam jawa
Air secukupnya
Sos Tomato - dalam 5 sudu besar
Sos Cili - 3 sudu besar
1/2 sudu teh pes halia bentong Vias
Garam (Jika Perlu)
Gula secukupnya

Panaskan minyak.  Tumiskan bahan kisar bersama dengan pes halia bentong dan gula hingga naik bau.  Masukkan air secukupnya bersama sos dan air asam jawa.  Masukkan ayam.  Perasakan jika perlu.  Masak hingga sedikit pekat.  Angkat.

RESIPI : SANDWICH OMALETTE


Walaupun sekadar simple, puas hati dapat bagi bekal dekat anak2....tak ada yang susah nak siapkan pun setakat yang mudah mcm ni, pejam mata pun boleh je hahaha.....jangan layan eksen saya hahaha......memandangkan masih belum restock apa-apa, baki roti aritu masih ada n bakal expired....jadi gunakan untuk buat sandwich dengan simple omalette.....kalau saya dah ok dah sebab bakal mengenyangkan perut dah ni sementara tunggu tengahari....

SANDWICH OMALETTE
Roti Sandwich

Bahan Omalette:

4 biji telur
5 ulas bawang putih - cincang halus
1 ulas bawang merah - cincang halus
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada putih

Sedikit cendawan butang - dihiris2
Cheddar Cheese Slice

Sebatikan semua bahan telur bersama dan goreng seperti telur dadar biasa.  Bahagikan kepada 2-3 kali gorengan.  Semasa memasak, sebelah bahagian telur tadi diletakkan dengan cendawan butang yang dihiris bersama dengan cheddar cheese yang dicarik2.  Biar sebentar dan angkat separuh bahagian telur dan telangkupkan ke atas separuh bahagian lagi menjadi separa bulatan.  Biar hingga cheese cair sedikit.  Angkat.  Jadikan seperti inti sandwich.  Sandwich tadi dibakar pula dengan pan sebentar.  Siap.

RESIPI : IKAN DORI SWEET SOUR


Cakap kat anak-anak arini bawak bekal nasi je le....stok barang basah kat dapur sebenarnya dah tak ada....belek2 ada frozen dori je....so memandangkan bekas cuma leh muat satu nasi dan satu lauk, maka dapat idea buat ikan dori masak sweet sour....tp tak cukup korum gak sbb sos tomato pun keabisan stok....sayur apa pun tak ada.....buat le telur dadar hiris halus2, itu pun sib baik stok telur sentiasa ada untuk kerja bilik kek....buat anak2 tambah selera makan......rasanya kena cari bekas lain le kalu nak bawak bekal, bekas ni macam tak cukup space nak isi makanan.....arini ujan lebat, spoil nak panaskan nasi semula tadi, tengok2 periuk nasi rosak....huhu.....

IKAN DORI SWEET SOUR

3 filet ikan dori - potong2 dadu
1 biji telur
Tepung gandum
Tepung jagung - anggaran 1/4 dari adunan tepung
Garam/Perasa
Sedikit serbuk lada putih
Air secukupnya

Campur semua bahan biar pekat dan celupkan ikan.  Goreng hingga berwarna kuning keemasan.  Angkat.

Sos:
4 ulas bawang putih - hiris halus
1 ulas bawang merah - hiris halus
1 inci halia - hiris halus
Sos Tomato
Sos Cili
Sos Tiram
Madu dalam 2 sudu besar
Minyak utk menumis
Daun bawang
1 sudu besar tepung jagung + air  untuk memekatkan sos

Tumiskan bahan hirisan hingga naik bau.  Masukkan air dan masukkan sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan madu.  Masukkan tepung jagung yang telah dicairkan dengan air untuk tujuan memekatkan sos.  Tuang sos ke atas ikan yang telah siap digoreng tadi.


RESIPI : SPAGHETTI BOLOGNESE EXPRESS


Ada masanya kesian dengan permintaan anak-anak....mana yang larat kita layankan aje....oleh sebab semalam masih ada lebihan sos dalam tin, jadi daripada dibiarkan nanti kering dan rosak, jadi menu arini seharusnya yang berkaitan jugak, iaitu Spaghetti Bolognese.....tetap menu mudah dan simple.....bila dah namanya bekal ke sekolah, harus bahan2 yang express sebab bekas pun ada 2 ruang je....jadi tak leh letak banyak2....

Yang jenuhnya bila nak berbekal ke sekolah, idea boleh tak de apa lagi nak cari yang paling simple dan mudah.  Sesetengah menu anak2 tak berapa suka bila kita cakap nak buat, jadi tiap kali nak buat kena tanya makan ke tak....n yang pasti kena check dulu kat pantry ada ke stok nak guna....

SPAGHETTI BOLOGNESE EXPRESS

1/2 packet spaghetti - dicelur

Bahan Sos
1/2 tin sos prego
1/2 tin tomato puree - tin saiz sederhana
1 tiub daging cincang
1/2 biji tomato - cincang
6-7 ketul cendawan dalam tin - hiris2 bulat
Minyak Zaitun
5 ulas bawang putih - cincang halus
1 ulas bawang merah - cincang halus
Sedikit garam

Celurkan spaghetti ke dalam air mendidih yang dicampur dengan minyak zaitun.  Angkat bila telah masak, toskan.

Untuk sos, panaskan minyak zaitun.  Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.  Masukkan daging cincang dan masak hingga airnya kering.  Masukkan semua sos dan sedikit air jika perlu.  Letakkan mushroom bersama tomato dan garam.  Biar hingga masak.  Angkat.

Selalunya saya sediakan awal2 sebelum tidur pada malamnya, masukkan dalam bekas dan pagi esoknya saya akan panaskan semula sebelum packing dalam lunch box anak-anak.


RESIPI : Mini Pizza Express


Anak-anak nyer request nak bawak bekal ke sekolah.  Lama tak masak untuk bekal sbb ada 3 idea yang nak kena buat, bila banyak sangat kepala yang bagi idea, last2 pening kepala hehehe.....ye le kan, sorang nak nasi sorang tak mau sayur, sorang nak itu ini.....dulu2 buat tp lama2 pakat malu le pulak nak bawak bekal, tp smlm request nak bawak bekal le pulak, siap beli bekas dekat kedai DIY 2-3 hari lepas.

Idea paling mudah dan express je le yang pentingnya.  Maklum le, kelam kabut pagi2 mmg tak sempat nak mengadap di dapur lama2.  Maka jadi le express nyer mini pizza.

Mini Pizza Express

Roti Gardenia 6 keping
Isi Ayam Cincang - dalam 8 sudu besar
1/2 tin sos prego
5 ulas bawang putih - cincang halus
Oregano & Mix Herbs
3 slice cheddar cheese
Mozarella cheese - shredded
Cendawan - hiris bulat
Tomato 1 biji - dipotong dadu
Lada Benggala - 1 biji - potong dadu
Tomato Puree - untuk sapu di atas roti

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan masukkan ayam cincang tadi.  Kacau2 sampai masak.  Masukkan sos prego (bekas merah) dan kacau2 lagi hingga ayam betul2 masak.

Masukkan oregano dan mix herbs dan sedikit air.  Masukkan cendawan dan separuh tomato cincang tadi.  Biar sedikit kering.  Tutupkan api dan sediakan roti.  Lumurkan roti dengan tomato puree, letakkan isi ayam tadi dan tabur tomato, lada benggala, susun cheddar cheese yang dicarik2 dan last sekali mozarella cheese.  Panaskan oven dan bakar dalam 10-15 minit hingga cheese cair.  Siap.


~Butir Nangka~

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK buat semua....walaupun dah terlepas sehari berpuasa.....masih dalam mood awal2 lagi kan....dah masuk pose baru nak update blog kan....



Menu kuih untuk berbuka paling mudah nak buat.....boleh buat sikit2 je untuk takat satu famili makan.....tak de le membazir dari beli kuih2 di kedai.....tak plan nak buat kuih tp since lepas siapkan lauk pauk, tngk ada banyak masa lagi sebelum sampai waktu berbuka puasa....jadi teruskan le hajat nak buat kuih ni.....



BUTIR NANGKA

200 gm tepung pulut
Sedikit air - sambil menguli tngk le kondisi tepung, biar boleh dikepal n tak melekit
Sedikit pewarna hijau

Bahan Untuk Kuah:

100 ml santan pekat
100 ml air biasa
1/2 sudu teh halba
Sedikit hirisan halia
Garam secukupnya
Gula secukupnya

Campurkan semua bahan kuah dan masak di atas api sederhana sambil dikacau setiap masa.  Kemudian tutupkan api.

Untuk butir nangka, sediakan air di dalam periuk dan didihkan, kemudian kepalkan adunan tadi membentuk biji2 ala2 almond london tu dan masukkan dalam air yang mendidih tadi, bila dah terapung boleh diangkat dan dimasukkan ke dalam kuah tadi.

~Hokkaido Chiffon Cupcakes~


Dah lama dengar sembang2 pasal cupcake ni.....saya pun dah lama tak bape rajin dari testing sebarang resipi....minggu ni angin rajin saya datang le pulak....jadi saya tekad nak buat gak eksperimen nih....bila datang seru, saya bergerak aje le ya....kang lari lak seru tu.....maka lambat lagi le nak mula balik.....

Hokkaido Chiffon Cupcake ni, as you all boleh tengok....is a version of chiffon cake je le.....very light nyer cake.....just yg ni ramai serve ngan inti kastard di tengahnya.....so sapa suka kek yang light n tak bape manis (except manis dari kastard) boleh le buat untuk makan2 petang.....

Untuk testing ni saya buat sikit sahaja....muat2 diisi dalam 6 biji square cup ni n sumer dah selamat dirembat anak2 malam tadi jugak.....sedap dia orang cakap.....bagi saya biasa2 sahaja, sbb saya bukan penggemar kek chiffon.....tp selera orang tak sama, jadi terserah masing2....janji anak2 ngap, saya pun suka hati nak buat eksperimen lagi lain kali....


~Hokkaido Chiffon Cupcakes~
Sumber asal : cornercafe
Olahan : babybatriesyia

2 biji kuning telur
25 gm gula castor
1 sudu teh ovalett
30 gm susu segar - pada suhu bilik
1/2 sudu teh esen vanila
55 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
30 gm minyak jagung
2 biji putih telur
Sedikit garam
30 gm gula castor

Filling
(yang ini resipi saya sendiri)

250 gm susu segar
50 gm gula castor
30 gm tepung kastard
1 biji kuning telur

Sebatikan bahan di atas dan kacau di atas api perlahan hingga adunan pekat.  Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.

Cara:-

Panaskan oven terlebih dahulu.  Saya set oven pada suhu 165'C atas, 165'c bawah....however yang ni tergantung oven masing2 ya....harus kenal function ur own oven....

Putar kuning telur, ovalett bersama dengan gula castor hingga pekat.  Masukkan susu segar dan putar lagi hingga ia agak kembang n lebih pekat.  Masukkan esen vanila bersama. 

Untuk next stage, saya masukkan tepung gandum bersama dengan baking powder dan gaul dengan spatula sahaja.  Kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit...Biar rata dan ketepikan.

Putarkan di dalam bekas lain 2 biji putih telur bersama garam.  Biar hingga ia berbuih dan kemudian sedikit demi sedikit masukkan gula yang 30 gm tadi hingga adunan jadi stiff peak.  Stiff Peak ya....means putih telur tu bila angkat whisk dia tegak je....tak lembik....

Gaulkan putih telur tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan kuning telur.  Biar sebati ya....

Tuangkan ke dalam acuan tersedia, make sure yang agak stabil mcm solo cup ya.....boleh tuang guna spatula, saya scoop ke dalam piping bag, senang nak agak isipadu bahan biar sama banyak....

Bakar selama 45-50 minit, tergantung oven...selalu le jenguk2 ya.....saya agak bila dah nampak brownish permukaan kek, saya angkat dan sejukkan sebelum saya paip ke tengah2 cupcake dengan filling.....

**InsyaAllah, jika buat dengan betul, kek dari resipi ni tak renggang atau mengecut dengan ketara.  If tak jadi, means something tak kena dengan cara buat.....sbb saya dah test resipi ni n puas hati....yang lain terpulang le ya....




~Tiramisu~

Dah lebih sebulan tidak menjengah blog.....not really in the mood to blog at the moment.....so kira takat sebulan sekali update kira ok le tu ya.....setakat untuk tatapan diri sendiri......

Baru2 ni dapat request dari kawan untuk buat Tiramisu.....so ambil kesempatan buat untuk diri sendiri jugak....sedap rupanya.....saya makan n makan tak ingat diri le pulak....anak2 pun suka makan....



~Tiramisu~

Sebiji kek span (saya buat sponge cake in sheet sbb saya nak buat banyak layer)

Bahan Cheese
400 gm cream cheese
130 ml plain yoghurt
250 gm whipping cream
60 gm gula icing
1 sudu besar serbuk gelatin
2 sudu besar air panas (larutkan gelatin bersama air panas, ketepikan)

4 sudu teh nescafe
4 sudu makan air panas (larutkan kedua bahan)

Serbuk koko

Putar cream cheese bersama gula icing hingga sebati.  Masukkan plain yoghurt dan whipping cream.  Putar hingga kembang.  Masukkan campuran gelatin tadi dan sebatikan lagi.

Cara susun : Mula2 letak lapisan kek yang pertama, sapukan dahulu dengan air nescafe tadi, sapukan campuran cream cheese tadi dan ayak serbuk koko, dan ulang melapis hingga selesai.  Simpan dahulu di dalam peti ais selama 4 jam atau lebih sebelum dipotong.

**abaikan rupa kek yang sememeh sbb saya layer kek dalam tupperware.....yang penting sedap....






~Non Baked Durian Cheesecake~



Non Baked Durian Cheesecake ni buat untuk settle balance durian dalam stok peti ais.....malas nak bakar2 so saya reiki2 jenis kek yang ala bekukan saja.....mudah dan senang kerja.....tebal giler le pulak kek ni sampai terlebih melimpah loyang sbb sepatutnya pakai loyang 8 in jenis tapak loose tp cari punya cari, tapak loyang tu lak ilang ntah ke mana....terjumpa loyang 6 in je yang tapaknya loose.....mana ntah tercampak tapak loyang tu....adeih.....menyusahkan aje.....jadi sumer nampak tebal...abaikan je le ya.....patut kena nipis je pun base tu.....agak sememeh sbb saya  tak sabar nak rasa, tak sempat nak keras pun kek dah kalut2 saya bukak dari loyang.....hehe....

Resipi ni saya google online, dapat dari Wen yang dapat dari Bakericious...very rich nyer rasa kek.....saya modified sikit2 ikut apa yang ada.....sbb malas nak bazirkan durian yang dah thaw sebelum tu....




~Non Baked Durian Cheesecake~

150 gm biskut Marie (resipi asal digestive biscuit)
70 gm butter (cairkan - next time tambah lagi dalam 10 gm sbb berderai)

Filling
*400 gm durian flesh (asal 350 gm sahaja)
*1 sudu besar gula castor
(Masak sebentar kedua bahan ini di atas dapur dengan api kecil hingga panas)

350 gm cream cheese
60 gm gula castor
1 sudu besar gelatin*
3 sudu besar air*
(*campurkan kedua bahan dan biar 5 minit, kemudian double boil di atas dapur hingga jernih/gelatin hancur)
350 gm whipping cream
1 sudu teh esen vanila

Untuk base, mix biskut marie dalam blender n masukkan butter cair.  Tekan di dalam loyang 8 in dan sejukkan di dalam peti ais sehingga hendak digunakan.

Sediakan gelatin terlebih dahulu dan sejukkan.  Putar whipping cream hingga kental dan masukkan sebentar di dalam peti ais hingga hendak digunakan.  Putar cream cheese + gula castor, kemudian masukkan campuran gelatin tadi, gaul sebati.  Masukkan whipping cream yang telah diputar tadi bersama esen vanila.  Tuangkan ke dalam adunan base tadi.  Taburkan hiasan di atasnya ikut kemahuan.  Sejukkan terlebih dahulu di dalam peti ais selama 4 jam atau lebih lama lagi...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...