Peach Crumble Cheesecake

Peach Crumble Cheesecake

Untuk base

250 gm biskut marie
120 gm butter - dicairkan

Kisar biskut marie hingga halus dan masukkan butter sedikit demi sedikit sehingga semuanya sebati. Tekan pada base acuan kek dan sejukkan di dalam fridge sebentar.

Untuk Filling

500 gm cream cheese
100 gm gula castor
3 biji telur Gred B
250 ml whipping cream (x cukup just ada 230 ml, so i add 20 ml lagi susu segar....hehehe)
3 tbs tepung jagung

Putar cream cheese bersama gula castor hingga ia sebati dan gebu. Masukkan telur satu demi satu. Masukkan whipping cream dan putar lagi hingga sebati. Masukkan tepung jagung dan kacau biar ia serata. Susun peach halved ke dalam acuan yang telah disediakan base tadi ikut suka ler camne pun.....then tuangkan adunan cream cheese. Taburkan crumble di atasnya dan bakar selama 1 jam 20 minit secara bain marie pada suhu 160'C. Kemudian biarkan di di dalam oven selama beberapa jam sebelum dialihkan ke dalam peti sejuk untuk dibekukan. Seeloknya dipotong keesokannya.

Untuk top crumble

70 gm butter
40 gm gula castor
250 gm tepung gandum

Combine semua bahan crumble hingga jadi crumb. Tabur atas kek. Untuk inti 250 gm halved canned peach or lebih kurang 8-10 halves peach

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...