Saturday, October 11, 2008

Kek Span Asas



Resipi kek ni sebagai alternatif bila stok sponge mix tak ada....hasilnya tak mengecewakan......tapi rasanya penting mempunyai pengadun berkuasa tinggi kerana jika tidak hasilnya akan menghasilkan kek yg bantat jika adunan tidak diadun dengan kelajuan tinggi kerana amat penting untuk adunan betul2 kembang. Walau apa pun, boleh cuba separuh dari resipi di bawah sebagai percubaan terlebih dahulu.....keknya mmg lembut dan gebu.....kek ni telah diolah serba sedikit oleh saya....

Kek Span Asas
Dipetik dari buku "Romancing With Cakes"

10 biji telur Gred B
180 gm gula castor
180 gm tepung gandum**
20 gm serbuk koko**
2 sudu besar minyak jagung
1 sudu besar ovalette**


Putar telur dengan kelajuan tinggi bersama ovalette selama 8 minit atau sehingga ia menjadi kembang 2x ganda. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil adunan diputar laju. Putar hingga adunan menjadi putih dan pekat. Perlahankan mixer dan masukkan tepung yg telah diayak, kemudian masukkan minyak jagung dan kacau hingga sebati. Jangan terlalu lama. Kemudian masukkan ke dalam acuan yang telah dialas bersaiz 10" dan bakar selama 45 minit atau sehingga kek masak.
**Ini yang telah diolah

Ini pulak satu lagi contoh kek span menggunakan resipi ini, diperisakan dengan orange paste....

3 comments:

Sue dan Nahar said...

suhunyer berapa yer?? esok nak cuba buat nie =)

Nina Babybatriesyia said...

Hai sue.....suhu utk kek biasa kita set dlm 160-170'c...

Sue dan Nahar said...

heheh akak dah buat semalam pukul 11malam hahah..yang best tu akak dapat 2 biji kek saiz 9"..terima kasih sbb sharing..akak tambah lemon colouring sikit dan perasa oren...tekstur agak lembut dan macam kek chifon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...