Monday, November 9, 2015

BILIK KEK : Tema Harimau Malaya Football Theme


Alhamdulillah rezeki....tempahan ni dari regular customer....untuk delivery pada anak beliau di Beseri.....buat tema ala2 t shirt pasukan bola sepak Harimau Malaya.....untuk tempahan beliau kali ni special siap ngan pizza sekali....tp pizza saya tolong belikan sahaja di Shala Pizza sebanyak 5 kotak sbb last minute tak dapat nak tolong buatkan sendiri....saya tolong belikan juga bekas untuk tapau, pinggan ngan sudu untuk makan2 tu nanti....ada sekali gak saya buatkan cupcake choc tp lupa nak snap gambar....cupcake kosong sahaja.....


Chocolate Cake 2 kg

POP CORN BERKARAMEL

Moh kita buat popcorn sendiri....request dari anak-anak....sambil2 plannya sambil tngk Gegar Vaganza....


POPCORN BERKARAMEL

1 cawan jagung kering - beli di bakeri
1 sudu besar mentega

Cairkan butter, masukkan jagung kering, gaul2kan dan tutup dengan tudung.  Gunakan bekas besar dan biar hingga bunyi meletup berhenti baru buka tudung.

Tuangkan popcorn ke dalam tray dan ratakan.  Bahagikan 2 supaya senang semasa nak gaul2 dengan karamel nanti.

SOS KARAMEL
1 cawan gula castor
1 sudu besar mentega
1/2 cawan whipping cream

Panaskan gula castor dan biar ia menjadi perang.  Masukkan mentega dan kacau2 hingga semua sebati.  Ia akan membuak tetapi pastikan sentiasa kacau dengan senduk kayu.  Kemudian masukkan whipping cream  sedikit demi sedikit, ia akan membuak tapi jangan lupa sentiasa kacau.  Masukkan sampai habis sambil dikacau.  Kacau hingga ia pekat.  Tuangkan ke atas popcorn tadi dan gaul cepat2 biar sekata.  Panaskan oven pada suhu 170'c dan bakar popcorn tadi selama 15-20 minit.  Bila dah siap, karamel akan mencair sedikit, biarkan dahulu jangan pegang.  Selepas 10 minit gitu boleh le diangkat dan isi ke dalam bekas kedap udara.





DAUN TURI MASAK LEMAK

Naa....another kutipan dari kebun gak....kononnya sayang nak petik daun turi tu tp en suami kata dahannya makin membesar dan dah tolak2 pagar, sayang tu sbb bnyk bunga2 ada pada batangnya....bunga2 pun dapat banyak....so buat le gak kutipan besar-besaran boleh le buat masak....


Kita buat masak lemak....itu je yang sinonim dan kesukaan suami n anak2.....


DAUN TURI MASAK LEMAK

Daun Turi + Bunga Turi
Santan secukupnya
Tauhu sekeping - dipotong dadu
Garam/Gula

Bahan Tumbuk:
1 ekor ikan kembung -ambil isinya
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
 1 sudu kecil lada hitam

Masukkan santan dan air ke dalam periuk.  Masukkan bahan tumbuk.  Kacau2 hignga mendidih kemudian masukkan daun turi dan bunga turi.  Masukkan le tauhu tadi.  Masukkan garam dan gula secukup rasa.  Mudah sahaja kan.....dah berselera dah makan....


Asam Pedas Ikan Kembung

Masak Asam Pedas.....kali ni guna hasil dari kebun....daun kesum daun besar2 yang tanam kat atas koridor umah....sebelum jadi sarang bena tu, potong2 n semai lain keratan nanti....bendi tu pun hasil kutipan dari kebun.....berbuah satu satu je, jadi simpan le dpt 3 biji hehe....buah jenis bendi arab, so besar2 gedabak buahnya.....


ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Segenggam lada kering - potong dan rendam dalam air panas - toskan

Kisar bahan di atas hingga lumat.  Ketepikan

5 ekor ikan kembung
Air secukupnya
Daun Kesom
Bendi 
Air asam jawa
Garam/Gula secukupnya

Panaskan kuali, masukkan minyak dan masukkan bahan kisar.  Masak hingga garing terlebih dahulu.  Masukkan air bersama air asam jawa.  Masukkan ikan, Akhir sekali masukkan daun kesum, bendi, garam dan gula.

**guna stok ada di dapur sahaja



KEBUN KU : Citer kebun dulu....

Sekarang musim hujan, petang2 sampai malam memang hujan lebat....jadi dah 2-3 hari jugak le tidak menyiram....bendang pun air dah limpah....masa korek2 tanah ada air bertakung dlm tanah, jadi tak perlu le tambah air lagi.....just nak tunjuk buah2 sulung pokok yang kecik2 nih.....jadi le buat ubat penat menanam hehe....


Tomato, tak ingat jenis apa, sbb bercampur aduk dua tiga pokok bermacam jenis tomato.....


Binatang putih ni, apa ke nama ntah, banyak le pulak bersarang kat pokok atas umah....ni pokok dr atas umah alih ke tanah....nampak gaya pun terpaksa alih satu persatu ke tanah gara2 serangan besar-besaran binatang nih.....spray pun tak bape nak jalan, kat bawah leh nampak kalau ada semut, maka ada le mereka di merata2 dahan.....dkt pokok limau ada, dekat pokok akar ginseng ada, dkt pokok belalai gajah ada.....ni alih nih harap2 boleh dikawal.....sbb pokok cili atas umah dah mati dikerjakan benda nih....


Rasa mcm nak gelak tngk pokok timun nih....timun sulung dr pokok yg tak berapa nak hidup sebenarnya.....


Pokok durian belanda menghasilkan banyak bunga tp tak satu pun lekat menjadi buah.....ini je satu2nya yang nampak makin membulat dan membesar....saja le serkup sbb nak tengok perkembangan mcm mana.....


Bunga rumput cina.....belum boleh guna lagi sbb daunnya sikit sangat, sayang lak nak petik.....

Thursday, November 5, 2015

DAGING MASAK KERUTUB


Menu kerutub adalah menu tradisional kenduri2 di negeri Kelantan sejak dahulu lagi.  Sama taraf le orang kata ngan masakan kuzi, kira masakan mewah.  Di majlis-majlis perkahwinan dulu2 masak kerutub ni kira mmg special, lagipun dulu2 bukan makan stail buffet seperti sekarang, dulu2 makannya stail hidang ngan 'saprah' n dimakan ramai2 dalam 7-8 orang satu hidang.  Daging ni pun dihidang dalam bentuk 'big chunk', seketul2 gitu....nak dibuat stail buffet tak berapa sesuai le, jenuh lembu kena korban nanti.....

Yang penting nak buat kerutub mesti le rempah kerutub....orang kata leh je pakai rempah kari, sumer pun rempah....tp sebenarnya cara rempah tu diadun yang menjadikan rempah tu rasanya berlainan.  If ke kedai rempah di atas pasar siti khadijah, rempah kerutub bila dibeli akan dicampur2 pula dengan beberapa jenis rempah lain dan digoncang2 untuk disebatikan.  Kalau pakai rempah kari mmg rasanya lari le sikit....yang pandai mengadun mesti le orang yang biasa bermain ngan rempah2 ni, nak kena mix kisaran rempah pelbagai untuk menghasilkan serbuk rempah yang sebenar.

Saya pula biasanya beli di depan rumah mak di kampung sahaja memandangkan jiran saya adalah taukeh rempah ratus dan kilang dia pun depan rumah tu gak, dan setakat ni mmg suka rasa2 rempah dia, kena ngan selera.  

Untuk hidangan bekal anak ke sekolah ni dagingnya potong lebar2 dari biasa tp tak le seketul2 besar gitu, janji senang anak2 nak kunyah.

DAGING MASAK KERUTUB

Dikisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit hirisan lengkuas

Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Buah Pelaga
Kulit Kayu Manis

Dihiris
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

1 sudu besar kerisik
3 sudu santan pekat
3 sudu besar rempah kerutub } jadikan pes
1/2 sudu besar pes cili }
3/4 keping gula melaka/nise
1 keping asam keping
1 batang serai - diketuk
Daging - secukupnya

Tumiskan bahan hirisan hingga sedikit garing bersama kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang.  Masukkan bahan kisar bersama dengan pes kerutub tadi.  Gaul2 hingga pecah minyak.  Masukkan daging dan gaul sebentar.  Masukkan air.  Masukkan juga asam keping, gula melaka, serai dan garam secukupnya.  Kacau2 sebati.  Masukkan santan pekat dan gaul2.  Masukkan kerisik dan gaul lagi hingga pes kering.  Jika hendak berkuah, tidak perlu masak terlalu lama.

Untuk memasak jenis lauk pauk ni, kita kena pandai main agak2.  Tak perlu ikut spesifik sukatan individu, kena rasa dan rasa biar kena ngan tekak.  Kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita.  Kita yang nak makan, bukan orang lain.  Kita bereksperimen ikut selera kita.  Nak campak apa pun campak je le hehehe....







Wednesday, November 4, 2015

MENU BEKAL SEKOLAH

Musim exam untuk along....request minta bawa bekal hari2 sepanjang peperiksaannya....demi untuk dia tenang dan gembira, biarpun penat ari2 buatkan le jugak.....dah buatkan untuk along, yang lain pun request nak gak bawak bekal le...first day buat daging ketumbar berempah, then buat ayam kurma....tak sempat nak snap gambar.....tak ada mood le pulak.....arini buat ayam masak tomato ngan kangkung goreng belacan....kangkung fresh ambik dari kebun....cinonet je daunnya.....tp memikirkan lama dah tanam tak besar2 jugak, hentam aje le.....terus rembat je le buat untuk bekal along......lama2 kita pun dah takde idea nak masak apa yang jenis simple dan tak menyusahkan anak2 untuk makan...


Kangkung ngan bunga turi yang dah 2 hari dikutip.....first kutipan dah siap buat masak lemak ngan daun bayam ari minggu aritu....daun turi tak kutip lagi, sayang nak potong2 sbb pokoknya pun masih rendah.....tunggu besar sikit baru buat kutipan besar-besaran.....


Ayam Masak Tomato

Ayam - dipotong  ketulan kecil2
1 ulas bawang besar kuning (blend 3/4, baki dipotong gegelang)
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil pes halia bentong
1 sudu besar pes cili
1 sudu kecil air asam jawa
Sos Tomato + Sos Cili - secukupnya
Gula secukupnya
Garam secukupnya

Ayam disalut garam dan digoreng garing.  Angkat.  Tumiskan bawang besar, bawang putih, pes halia dan pes cili yang telah dikisar bersama hingga betul2 pecah minyak.  Masukkan air, sos tomato, sos cili dan gegelang bawang tadi.  Masukkan ayam.  Masukkan air asam jawa.  Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...