Showing posts with label Bilik Bakeri. Show all posts
Showing posts with label Bilik Bakeri. Show all posts

TEMPAHAN DARI PUAN ZAZA, KL


Terima kasih Puan Zaza atas tempahan sempena hari jadi anakanda tersayang.  Pn Zaza ada di Kuala Lumpur, jadi tempahan ni untuk anak beliau di Perlis.  Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  




Pavlova


Pavlova untuk my regular customer.....ada lebihan choc ganache, so kita hiaskan atasnya bagi lebih yummy....saya sendiri pun suka sangat ngan pavlova nih.....lagi2 makan masa sejuk2.....mmg boleh bangkit selera...


Almond Chocolate Crunchy


Biskut ni so yummy.....anak2 makan pun tak berenti....nak kena tambah stok lagi nampaknya....rasa dah hampir2 dah ngan famous amous nih.....



Melting Cheesecake.....yummy....


Melting Cheesecake sangat2 yummy....letak lak mangga, letak lak stoberi....lenkali leh tambah lagi chocolate ataupun kiwi atau whatsoever le yang suka.....alhamdulillah customer suka sangat2....



Cheese Tart Gebu Mix Kaler



Cheese tart gebu tempahan customer gak...kali ni mix ngan warna pink untuk bagi naik seri sikit gitu hehe....

2 tier birthday cake


Meh layan 2 tier birthday cake ni untuk my customer......kek bawah tu 6 layer, flavour oren, vanila n mocha....krimnya butterscotch cream, dlm filling ngan butterscotch sauce mix ngan walnut praline gitu....atasnya theme bola sbb kek ni untuk besday 2 orang pada satu masa.....

BILIK KEK : Tema Harimau Malaya Football Theme


Alhamdulillah rezeki....tempahan ni dari regular customer....untuk delivery pada anak beliau di Beseri.....buat tema ala2 t shirt pasukan bola sepak Harimau Malaya.....untuk tempahan beliau kali ni special siap ngan pizza sekali....tp pizza saya tolong belikan sahaja di Shala Pizza sebanyak 5 kotak sbb last minute tak dapat nak tolong buatkan sendiri....saya tolong belikan juga bekas untuk tapau, pinggan ngan sudu untuk makan2 tu nanti....ada sekali gak saya buatkan cupcake choc tp lupa nak snap gambar....cupcake kosong sahaja.....


Chocolate Cake 2 kg

BILIK KEK : Kek Minggu Ni....

Sedikit je citer kek minggu ni....kesihatan tak bape mengizinkan untuk tumpuan sepenuhnya pada kek, perlu berehat banyak sikit....cuaca tak menentu, kesihatan pun agak kelam kabut nampaknya....layan le gambar kek nyer ya....


BILIK KEK : Merah Hati



Kek kali ni tempahan dari seseorang untuk tunangnya.  Kek coklat deco ala hati.  Simple sahaja.  Layan je....

BILIK KEK : Kek lagi....


Minggu ni sedikit busy....kebun pun tak sempat nak dijenguk dan disapu daun2 yang gugur.  Jerebu pun dah hilang sepenuhnya.  Terperasan ada pulak cik siput memanjat pokok ubi kayu...tp tak sempat nak meninjau sekeliling.....takut pulak nanti ada pula yang terkam sayur2an yang ada.  Sebelum ni dah tabur Siputox tp oleh sebab kerap sangat hujan, mungkin dah tak berapa berkesan.  Gigih juga siput2 tu memanjat pagar dawai yang saya buat keliling kebun, ada yang berjaya menyelinap masuk melalui celah2 lubang dawai tu.....yang tak berjaya ramai jugak berkumpul di luar pagar.  Kalau sempat saya ngan si kecik akan berperang dengan garam2 tabur dan mencari siput2 di sekeliling.

Oh ya...pokok2 Abiu, pokok Markisa, pokok Jambu Bol sudah sampai.  Saya lambat tanam jambu bol, nak letak dalam pasu tapi tengok2 dahannya sangat panjang, jadi tak ada pasu yang sesuai.  Jadi saya tanam di atas tanah.  Pagi tadi bila tengok sumer daun mcm kering kelayuan.  Saya harap boleh survive tp tak tahu le.  Kalau ini tak jadi nampak gaya saya kena usaha cari di nurseri dan beli terus dari dalam polibag.  Teknik2 pos dengan tanah sedikit ni nampaknya tak berapa bersesuaian dengan saya.  Seperti pokok kemunting yang ke 3 dah semakin mati, saya beli lagi yang ke 4 ingatkan datang dalam polybag, pun datang dengan sedikit tanam dibalut kertas sahaja.  Cuma satu sahaja nurseri online yang buat postage yang memuaskan hati saya setakat ini kerana pokok tidak bertindih, tidak rosak dan siap dalam polybag, jadi sumer masih segar.  Pokok ke 4 ni pun saya tak tahu le boleh survive atau tidak, sbb nampak daun2 dah mula bergulung seperti yang sebelum ini.  Tawakal sahaja le, saya bagitau en suami kalau mati juga maknanya lepas ni saya kena beli sendiri dan bawa balik sendiri dari nurseri, tak boleh by pos lagi.....

Ok le...meh tngk hasil dari bilik kek hari ni yang sempat diupdate di sini.  Sesetengah malas nak letak bila hasil biasa2 sahaja hehe....




BILIK KEK : BLACK N WHITE CAKE N CHEESE LELEH

Tadi citer bilik jahit, ni citer bilik kek pulak.....gitu le, sat kiri sat ke kanan......sumer kerja jalan serentak.....kerja pun iya jugak.....berkebun pun iya jugak.....nak jadi superwoman le kononnya.....hehe.....takde le...sebenarnya sebab sumer suka buat, saya jenis tak suka let go.....selagi mampu, sumer nak buat....itu pun bnyk hobi2 yang tak tercapai nak dilaksana sebab kekangan masa.  Maklum le, bekerja dari pagi sampai petang, utk buat kek ngan menjahit haruslah mengorbankan masa rehat.  Kalau tidak, sumer tak boleh jalan.....penat tu penat, tp bila dah biasa buat kerja, bila duk saja terasa lagi penat dan sangat2 pemalas....ini yang nak kena elak.  Hari minggu masa rehat saya hanyalah waktu tengahari sebentar boleh le tidur sekejap.



BILIK BAKERI : Citer Hari Minggu Dari Bilik Kek


 MU Theme Cupcake
Tempahan Customer di Behor Mali


Kek Sheriff Kelly
Tempahan orang Changlun


Doorgift Vanila ngan Choc
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...