Showing posts with label KEK. Show all posts
Showing posts with label KEK. Show all posts

TEMPAHAN KEK

Tempahan kek bertemakan adiwira, Spiderman....alhamdulllah customer puas hati....kek ni 10 inch nyer kek, double layer....dalamnya saya mixkan dengan colour sprinkle so bagi color2 sikit n crunch sikit.....





Next cake ni untuk staf en hubby nyer wedding.....
 

RESIPI : Chocolate Cream Cheese Chiffon Cake


Chocolate Cream Cheese Chiffon Cake 
Source : Chinese Magazine 

Bahan A 
50 gm butter 
120 gm cream cheese 
20 gm susu segar 

Bahan B 
5 biji telur merah 
30 gm tepung gandum 
30 gm tepung jagung 
1 sudu besar serbuk koko 
1 sudu teh esen vanila 

Bahan C 
5 biji putih telur 
80 gm gula castor 
1/4 sudu teh cream of tartar @ boleh gunakan sedikit garam/perahan limau nipis 

Cara menyediakannya 
Bahan-bahan A dimasak secara double boiler. Kacau hingga sebati dan sejukkan. Ketepikan sebentar. 

Kemudian masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga ia sebati. Ketepikan. 
Bahan C diputar hingga menjadi meringue. Ambil sedikit dr meringue tadi dan gaulkan dengan adunan di atas. Kemudian baru campurkan adunan ini ke dalam meringue dan gaulkan hingga ia sebati. 

Tuangkan ke dalam acuan chiffon berukuran 20 cm (tidak perlu griskan) dan bakar kek selama 35-40 minit pada suhu 170-180'C. Angkat acuan dan terbalikkan acuan dan biarkan ia begitu sehingga kek benar2 sejuk. (Saya biarkan hingga keesokan paginya baru dikeluarkan kek dr acuan, waktu ini just renggangkan tepinya dengan pisau). Ini untuk mengelakkan kek chiffon dr jatuh atau mendap.



**Selepas kek masak, telangkupkan seperti ini sehingga kek sejuk.  Jangan sekali2 renggangkan tepi kek dengan pisau sebelum kek sejuk.

RESIPI : Sponge Cake Asas


Resipi sponge cake ni resipi favourite saya.....kerana menghasilkan tekstur kek yang moist walaupun keknya adalah kek span.....resipi ni saya dapat dari google dan dah lupa siapa pemiliknya.....walau apa pun saya repost di sini dan semoga dapatlah semua memanfaatkannya....


SPONGE CAKE ASAS
Resipi untuk loyang 8 @ 9 inci

2 cawan tepung sponge mix
4 biji telur
2 biji putih telur
1 sudu teh ovalette
1/4 cawan air
2 sudu besar minyak masak

Campurkan tepung, telur, ovalette dan air dan putar pada kelajuan maksima hingga adunan menjadi putih gebu dan pekat.  Kemudian, masukkan minyak masak dan putar pada kelajuan sederhana hingga semuanya sebati.  

Alas bawah loyang dengan kertas minyak, tuangkan adunan dan bakar adunan pada suhu 160'C selama 1 jam atau lebih bergantung kepada oven masing-masing.

Bila kek telah masak, keluarkan dan scrap tepi loyang dengan pisau semasa masih panas.



RESIPI : Marshmallows


Marshmallow
Menghasilkan sebanyak 800gm marshmallow

3 sudu besar serbuk gelatin
1/2 cawan air sejuk

2 cawan gula castor
2/3 cawan corn syrup (boleh didapati di hypermarket)
1/4 cawan air
Secubit garam
1 sudu teh esen vanila
Gula serbuk - saya guna snow powder

Siapkan acuan dengan griskan ia menggunakan butter dan disalut dengan snow powder hingga ia rata.

Di dalam mangkuk yang besar, taburkan gelatin tadi ke dalam air sejuk dan biar ia terendam selama 10 minit.

Di dalam mangkuk yang lain, campurkan gula, corn syrup dan air. Panaskan dan biar ia mendidih sehingga mencecah suhu 250'C atau nampak gelembung air naik. Tuangkan ia ke dalam taburan gelatin tadi dan kacau dengan mixer perlahan2 selama 3 minit. Masukkan garam dan naikkan kelajuan ke kelajuan tinggi sehingga adunan naik 2 x ganda dan berhenti apabila adunan sudah berhenti kembang. Tuangkan ke dalam adunan yg telah disalut tadi dan biarkan ia sehari semalam.
Bila dah kering, barulah dikeluarkan dari acuan dan dipotong. Potongan tadi disalut dengan snow powder hingga ia habis.

RESIPI : Nutty Chocolate Chip Muffin


Nutty Chocolate Chip Muffins 

Bahan A 
250 gm tepung gandum 
1 sudu teh baking powder 
1/2 sudu teh soda bicarbonate 
1 1/2 sdu teh serbuk koko 
100 gm gula castor 

100 gm butter, dicairkan 
2 biji telur, pukul sedikit 
125 ml susu UHT 
1 sudu teh madu 
50 gm kacang macadamia (i used walnut) 
30 gm chocolate chip 

Campurkan bahan A dan gula di dalam acuan yg sedikit besar. Gaul sebati bahan ini. Campurkan butter cair, telur dan susu UHT bersama dan tuangkan ke dalam bahan kering yang dicampurkan tadi. Kacau hingga sebati guna whisk sahaja. Masukkan madu, kekacang dan chocolate chips. 

Sudukan adunan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh dan bakar selama 20-25 minit (atau hingga masak mengikut oven masing-masing) pada suhu 180'C

KEK KELADI


KEK KELADI 

Bahan-bahan ( Saiz Loyang: 22cm ) 

KEK: 
250 gram sponge cake mix 
5 biji telur (A) 
1/2 sudu besar ovellatte 
40 ml air 
40 ml mentega cair (original recipe x de ni....was-was....so letak gak) 

TOPPING KELADI: 
1 kg keladi 
1/2 cawan gula 
3 biji telur (A) 
120 gram santan pekat 
300 ml air 
1/4 cawan tepung gandum 
20 gram tepung jagung 
25 gram gelatin 
Beberapa titik pewarna ungu 
1/2 sudu teh garam 
Kelapa kering sebagai hiasan 

Cara-cara 

KEK : 
Panaskan oven.Campurkan semua bahan-bahan kek. Pukul dengan mixer hingga kembang. bakar pada suhu 170 darjah. Potong kek tadi kepada tiga bahagian menggunakan cake leveler atau pisau yang panjang. Kemaskan bahagian tepinya dengan memotong bahagian yang berwarna coklat. 

KELADI: 
Kupas keladi dan potong-potongkan. Rebus hingga empuk. Blend keladi dengan air dan telur. Masukkan kedalam periuk.Campurkan bahan-bahan lain hingga sebati- santan,gula,tepung gandum,tepung jagung,gelatin, pewarna ungu dan garam. Kacau hingga mendidih dan masak. Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi keatasnya. Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulang untuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper. Kek keladi yang telah siap diratakan. Taburkan kelapa kering keseluruh bahagian kek. Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.

KEK MARBLE BLACKMORE


KEK MARBLE BLACKMORE
Sumber: Blackmore
Tested by Nina

Bahan A
250gm butter
1 tsp serbuk vanilla
30gm susu tepong...tak kira arr...nespray...dutch lady...dumex pon bley

Bahan-bahan dijadikan satu dan dipukul ngan K-beater sampai adunan sebati dan butter berkilat. Kemudian asingkan dalam bekas yang lain.

Bahan B
160gm gula kastor
7 biji kuning telor
6 biji putih telor
1 sudu makan ovalette

Masukkan Bahan B dalam bekas yang lain dan dipukul dengan kelajuan tinggi sampai adunan nie kembang, selalunya dalam 15 – 20 minit.

Bahan C
200gm tepong naik sendiri + 1/2 tsp baking powder - diayak
200gm tepong optima (yang nie tak payah diayak)
3 sudu makan susu cair...tak kira apa brand..asal susu cair...susu dumex pon ok

Selepas Bahan B kembang, pelankan kelajuan mesin pemukul dan masukkan susu cair. Masukkan tepung-tepong tu, dipukul sebentar saja hingga sebati then stop the machine. Masukkan Bahan A dan kacau hingga rata dan sebati menggunakan senduk kayu.Selepas itu bahagikan pada dua bahagian. Satu bahagian campurkan serbuk koko. Kalau nak letak perasa tambahan pun boleh. Bagi 3 bahagian, kemudian campurkan perasa strawberi, nanti bila dah siap ada 3 warna.Loyang pembakar disapu ngan sedikit butter dan alas ngan kertas pembakar. Oven set kepanasan 190 darjah C. Gunakan loyang pembakar 11” x 11” dan bakar selama 45 minit – 1 jam.Selepas satu jam, bila hendak keluarkan kek dan lihat dibahagian tengah kek macam “bergoyang-goyang” jangan angkat dulu, boleh bakar lagi selama 20 – 30 minit. Sebab lain oven lain suhunya. Ini selalu berlaku bila menggunakan loyang pembakar yang kecil dari 11”. Nak pastikan kek dah betul-betul masak, cucuk dengan lidi pengguji dan bila ia keluar kering dan bersih, kek pun dah masak.

KEK PISANG

Resipi recap....petang2 pekena kek pisang panas2 mmg nyum nyum....


250 gm butter
1 cawan gula castor
3 biji telur Gred A
6-7 biji Pisang (yg telah ranum) - dikisar
60 ml susu segar
100 ml plain yoghurt
1 3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Cara


Butter dengan gula diputar hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan pisang yang telah dikisar halus tadi. Masukkan yoghurt dan putar lagi perlahan-lahan. Kaup balikkan tepung, soda dengan baking powder (yg telah diayak bersama terlebih dahulu) dan diselang selikan dengan susu segar tadi. Bakar selama 60 minit pada suhu 180'c atau sehingga masak.

SWISS ROLL

Ini resipi recap dr zaman fotopages.  Tak pasti dah simpan ke belum.  Jadi ambil balik dan simpan semula di sini untuk rujukan di masa2 akan datang.


Swiss Roll
Recipe by Shida
Tested by Nina @ babybatriesyia

6 biji telur
4 biji kuning telur
190gm gula castor
1sk serbuk penaik
1 sudu besar ovalette
30gm air
100gm tepung
60gm tepung jagung
60gm mentega cair
1sk vanilla

sedikit jem atau cream untuk inti

caranya:

1. Campurkan semua bahan kecuali mentega cair ke dalam mangkuk pembancuh.
2. Putar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga kembang & kental
3. Kaup balikkan mentega cair ke dalam adunan sehingga rata
4. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar hingga masak dengan suhu 190C

Tips:

1. Biasanya untuk bakar swiss roll, kita memerlukan loyang yang lebar & agak besar. Jangan bakar terlalu lama. Kek ni kena masak cepat. Gunakan api yang agak kuat dalam 180 darjah celcius. Agak-agak dalam 10-15 minit sahaja.
2. Kalau nak buat perasa koko, kurangkan 20gm tepung dan tambahkan 20gm serbuk koko.

Tambahan:
1. gunakan acuan 14 x 14 cm
2. Adunan mesti benar2 kental - bila angkat x jatuh....
3. Satu lagi tip, yg saya buat - lepas jer kek masak, keluarkan dari acuan - gulung kek terlebih dahulu sebelum disapu buttercream, then baru bukak gulungan, baru disapu krim....gulung semula, insyaAllah kek x akan patah, elok jer gulungan dia nanti....
4. Jgn lupa, hanya kaup balikkan mentega cair dlm adunan, jgn kacau....supaya kek tetap kembang elok

Congo Bars


Congo Bars ( 10 x 10 in)

1/2 cawan butter
2 cawan gula perang
3 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar kismis
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan walnut - cincang kasar
250 gm chocolate chip
Almond Flakes - utk ditabur di atas adunan sebelum dibakar

Putar butter, gula perang, telur, esen vanila, kismis sehingga kembang. Kemudian masukkan tepung gandum bersma baking powder. Kemudian gaulkan walnut, chocolate chip. Tuangkan ke dalam acuan yang telah dialas dengan kertas minyak, ratakan dan taburkan almond flakes.

Bakar selama 40-45 minit bergantung oven masing2. Saya guna suhu 150'C sahaja.

~Hokkaido Chiffon Cupcakes~


Dah lama dengar sembang2 pasal cupcake ni.....saya pun dah lama tak bape rajin dari testing sebarang resipi....minggu ni angin rajin saya datang le pulak....jadi saya tekad nak buat gak eksperimen nih....bila datang seru, saya bergerak aje le ya....kang lari lak seru tu.....maka lambat lagi le nak mula balik.....

Hokkaido Chiffon Cupcake ni, as you all boleh tengok....is a version of chiffon cake je le.....very light nyer cake.....just yg ni ramai serve ngan inti kastard di tengahnya.....so sapa suka kek yang light n tak bape manis (except manis dari kastard) boleh le buat untuk makan2 petang.....

Untuk testing ni saya buat sikit sahaja....muat2 diisi dalam 6 biji square cup ni n sumer dah selamat dirembat anak2 malam tadi jugak.....sedap dia orang cakap.....bagi saya biasa2 sahaja, sbb saya bukan penggemar kek chiffon.....tp selera orang tak sama, jadi terserah masing2....janji anak2 ngap, saya pun suka hati nak buat eksperimen lagi lain kali....


~Hokkaido Chiffon Cupcakes~
Sumber asal : cornercafe
Olahan : babybatriesyia

2 biji kuning telur
25 gm gula castor
1 sudu teh ovalett
30 gm susu segar - pada suhu bilik
1/2 sudu teh esen vanila
55 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
30 gm minyak jagung
2 biji putih telur
Sedikit garam
30 gm gula castor

Filling
(yang ini resipi saya sendiri)

250 gm susu segar
50 gm gula castor
30 gm tepung kastard
1 biji kuning telur

Sebatikan bahan di atas dan kacau di atas api perlahan hingga adunan pekat.  Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.

Cara:-

Panaskan oven terlebih dahulu.  Saya set oven pada suhu 165'C atas, 165'c bawah....however yang ni tergantung oven masing2 ya....harus kenal function ur own oven....

Putar kuning telur, ovalett bersama dengan gula castor hingga pekat.  Masukkan susu segar dan putar lagi hingga ia agak kembang n lebih pekat.  Masukkan esen vanila bersama. 

Untuk next stage, saya masukkan tepung gandum bersama dengan baking powder dan gaul dengan spatula sahaja.  Kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit...Biar rata dan ketepikan.

Putarkan di dalam bekas lain 2 biji putih telur bersama garam.  Biar hingga ia berbuih dan kemudian sedikit demi sedikit masukkan gula yang 30 gm tadi hingga adunan jadi stiff peak.  Stiff Peak ya....means putih telur tu bila angkat whisk dia tegak je....tak lembik....

Gaulkan putih telur tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan kuning telur.  Biar sebati ya....

Tuangkan ke dalam acuan tersedia, make sure yang agak stabil mcm solo cup ya.....boleh tuang guna spatula, saya scoop ke dalam piping bag, senang nak agak isipadu bahan biar sama banyak....

Bakar selama 45-50 minit, tergantung oven...selalu le jenguk2 ya.....saya agak bila dah nampak brownish permukaan kek, saya angkat dan sejukkan sebelum saya paip ke tengah2 cupcake dengan filling.....

**InsyaAllah, jika buat dengan betul, kek dari resipi ni tak renggang atau mengecut dengan ketara.  If tak jadi, means something tak kena dengan cara buat.....sbb saya dah test resipi ni n puas hati....yang lain terpulang le ya....




~Tiramisu~

Dah lebih sebulan tidak menjengah blog.....not really in the mood to blog at the moment.....so kira takat sebulan sekali update kira ok le tu ya.....setakat untuk tatapan diri sendiri......

Baru2 ni dapat request dari kawan untuk buat Tiramisu.....so ambil kesempatan buat untuk diri sendiri jugak....sedap rupanya.....saya makan n makan tak ingat diri le pulak....anak2 pun suka makan....



~Tiramisu~

Sebiji kek span (saya buat sponge cake in sheet sbb saya nak buat banyak layer)

Bahan Cheese
400 gm cream cheese
130 ml plain yoghurt
250 gm whipping cream
60 gm gula icing
1 sudu besar serbuk gelatin
2 sudu besar air panas (larutkan gelatin bersama air panas, ketepikan)

4 sudu teh nescafe
4 sudu makan air panas (larutkan kedua bahan)

Serbuk koko

Putar cream cheese bersama gula icing hingga sebati.  Masukkan plain yoghurt dan whipping cream.  Putar hingga kembang.  Masukkan campuran gelatin tadi dan sebatikan lagi.

Cara susun : Mula2 letak lapisan kek yang pertama, sapukan dahulu dengan air nescafe tadi, sapukan campuran cream cheese tadi dan ayak serbuk koko, dan ulang melapis hingga selesai.  Simpan dahulu di dalam peti ais selama 4 jam atau lebih sebelum dipotong.

**abaikan rupa kek yang sememeh sbb saya layer kek dalam tupperware.....yang penting sedap....






~Chocolate Caramel Cake~



Chocolate Caramel Cake ni buat sebab nak menghabiskan baki kek mini tempahan opismate.....opismate tempah cupcake untuk besday anak dara beliau dan request mini kek untuk anak bongsu beliau....takut kang berebut kek ngan kakaknya lak....so balance kek tinggal sikit je, saya tak tahu nak buat apa.....tiba2 teringat boleh guna buat kek karamel.....jadi saya nak testing aje le.....buat kecik je......tp utk karamel tu saya buat tebal....kira satu resipi......tp part nak tunggu karamel keras saya tak sabar sbb nak kuar ke kedai, jadi kalut nak tutup oven.....patut tunggu karamel set dulu kejap, baru tuang adunan coklat....tp saya hentam je boh ngan karamel masih gendang gendut tu...mmg bercampur le ngan isi karamel..tp kira ok le....sbb bawah karamel dah set so ganggu separuh je le rupa karamel hehe.....




Untuk resipi kek coklat, leh refer sini

Untuk Puding Karamel, saya guna resipi ni:-

Karamel
60 gm gula castor
Sedikit air

Panaskan di dalam loyang kek, dan biar bertukar warna keperangan.  Biarkan keras.

Puding
3 biji kuning telur Gred A
1/2 tin susu cair
60 gm gula castor
2 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh esen vanila

Kacau sebentar semua bahan dengan whisk, tapis ke atas karamel yang telah siap dikeraskan tadi.  Bakar secara bain marie dalam 30 minit atau sehingga tengah dah set baru tuangkan adunan kek coklat sebab adunan kek coklat ni berat, so tak boleh buat mcm buat kek karamel guna adunan sponge yang ringan ya....lepas tu baru sambung bakar.

~Chocolate Layer Cheese Cake Kukus dan Jamuan Hari Raya Sekolah~

 

 Bila anak2 bagitau hari ini ada jamuan hari raya di sekolah....alamak.....not in the mood of making anything le.....tp dua hari lepas si kecik dah mengamuk sbb dia nak bawak fried hot dog untuk bekpas pagi kat sekolah (saja nak meniru bespren dia, tp kat sekolah tu cikgu dah pesan tak boleh bawak bekpas sbb sekolah tu mmg prepare bekpas untuk budak2, tiap2 bulan kena bayar utk makan2 dia orang), tp saya cakap 2-3 hari ni a bit busy sbb asik tidur lambat....letih nak bangun awal2 sangat hehe....alasan......jadi, bila dia cakap nak bawak kek untuk jamuan, saya dah pening....tak buat kang mengamuk lagi.....baby ni kalu mengamuk mengalahkan orang tua....siap bagi amaran kalu tak buat nanti dia cubit saya.....hehe.....along lak dah siap pesan nak kek coklat....kawan2 dia tahu mama dia buat kek, so dia soh saya prepare kek coklat......

Well....petang tu google2 resipi sbb tak mau buat kek coklat versi dah biasa buat.....beria le copy paste resipi....sekali bila balik umah baru perasan resipi tak print out pun.....adesh.....camne saya nak buat kek versi baru.....pastu menggodek le resipi sedia ada.....saya lupa sapa penyumbang tp saya rasa lebih kurang resipi yang saya copy paste sblm tu.....idea asal dari Munirah rasanya....tp saya tak ikut exactly as recipe....saya buat ikut sedap saya je....this one saya tak bukak untuk order....so kalu nak buat, resipi dah ada....sila buat sendiri ya......versi kukus2 ni not interested kalu orang tempah....untuk info, resipi ni saya double.....loyang 9 in 4 segi.....resipi ni main ingat apa yang buat semalam....tak rujuk resipi so maybe tak ikut susunan resipi asal....

Chocolate Layer Cheese Cake Versi Kukus
Idea Asal : Munirah Baharum
Ubahsuai : Nina

2 cawan gula castor
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
2 cawan serbuk koko
2 cawan minyak masak (saya guna minyak jagung daisy)

Masak atas api yang sederhana kesemua bahan di atas sehingga sebati.  Matikan api bila semua dah sebati.

8 biji telur Gred B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Telur dipukul sebentar dengan whisk.  Kemudian masukkan tepung dan telur berselang seli ke dalam adunan yang telah dipanaskan tadi hingga semua sebati.

Adunan Cheese

500 gm cream cheese
2 biji telur
100 gm gula castor

Putar adunan cheese dan ketepikan.

Sediakan kukusan, 1/2 adunan coklat tadi dikukus terlebih dahulu.  Kemudian, masukkan adunan cheese, teruskan mengukus....akhir sekali leh masukkan baki kek coklat dan teruskan mengukus hingga masak.....saya ambil masa dkt 2 jam untuk menyiapkan mengukus kek nih....





Bila dah masak kek ni bergendang-gendut gitu....so tak leh potong masa panas.....saya simpan semalaman dulu dalam fridge, baru mudah nak potong....



Kek span untuk baby bawak ke jamuan hari raya di sekolah....kakak lak nak bawak biskut2 sahaja....nasib baik ada berbaki biskut raya aritu....



Siap2 potong untuk along bawak ke sekolah......pagi tu along try kek ni....dia kata sedap (or tak sedap eh long.....mama try sedap je....papa pun kali ni rembat makan gak.)....dia tak nak bawak pi sekolah katanya soh simpan di rumah.....dia nak makan......pulak dah.....lepas kena marah, angkut gak pi sekolah.....sapa nak perabih kalu simpan di rumah.....

Tapi my verdict, mmg best!!!  Terangkat gitu......rugi tak buat.....saya pun rugi sbb ni baru nak try.....sblm ni tak minat nak cuba sbb malas nak bereksperimen....

~Kek Marble 3 Rasa~

Cuti sekolah telahpun bermula.....anak2 tentu seronok kerana dapat berehat dari belajar selama 2 minggu ni.....kita mak2 budak cuma harap jangan le anak2 ni menyelerakkan rumah sementara kita bekerja....hehe....yang paling best cuma tak perlu berkejar2 menghantar mereka ke sekolah untuk 2 minggu ni......jadi leh le kuar kerja lewat2 sikit......sementara tu belikan anak2 buku2 latihan dengan harapan rajin2 le dia orang buat ulangkaji kat umah, jangan asik tengok channel 611 je ari2....

Sementara tu, meh le layan kek buatan saya nih......



Kek Marble 3 Rasa.....saja2 je bagi nama.....basicnya hanya butter cake ngan teknik berlainan daripada biasa dibuat.....just suka teknik ni sbb menghasilkan kek butter yang tinggi untuk 8 in nyer loyang....compare buat guna teknik biasa, rasa mcm tak bape puas hati walaupun beratnya sama lebih kurang 1 kg ++ ngan resipi yang ini....

Kek ni a bit sweet sikit, so sapa yang rasa tak suka manis, kurangkan je gulanya ya....

~Kek Marble 3 Rasa~

250 gm Butter
100 gm Gula Castor (leh kurangkan ke 80 gm)
1 sudu teh esen vanila
3 biji Kuning Telur (Gred A)
200 gm Tepung Gandum
1 sudu teh serbuk penaik

5 biji Putih Telur (Gred A)
100 gm Gula Castor (leh kurangkan ke 80 gm)

Pewarna Merah + Perasa Strawberi
Pewarna Coklat + Perasa Chocolate Emulco

Putar butter dengan gula dan esen vanila hingga gebu.  Kemudian masukkan kuning telur satu persatu dan putar hingga sebati.  Masukkan tepung gandum bersama serbuk penaik.  Kaup balikkan biar sebati.  Putih telur tadi diputar bersama dengan gula castor hingga soft peak dan gaulkan ke dalam adunan butter tadi. 

Bahagikan kepada 3 bahagian, dengan 2 bahagian diwarna merah dan diberikan perasa strawberi manakala satu bahagian lagi diwarnakan coklat dan diberikan perasa chocolate emulco.  Bahagian satu lagi dibiarkan asal.  Kemudian, tompok2kan sahaja adunan tadi berselang seli hingga adunan habis.....bakar selama 1 jam atau sehingga adunan betul2 masak bergantung oven masing2.  Jangan lupa alaskan loyang kek dengan baking paper yang dialas minyak.  Bakar pada suhu 160'C dalam loyang 8 in.



~Sesi Update Kek & Cari Mood~

Konon2nya saya tutup order tempahan kek....sbb agak sibuk ngan urusan rumah dan proses nak pindah masuk.....tp bila regular customer request, tak sampai hati nak tolak.....maka tetap saya buatkan di sebalik ruang kecik di dalam umah yang disewa sekarang....dan barang pun separuh2 saya dah angkut masuk rumah baru....a bit hectic le separuh barang umah lama, separuh dah masuk umah baru kan.....terkejar2 saya....tapi untuk customer baru mmg saya terpaksa reject sbb saya tak mau buat kerja terkejar2, lagipun bulan ni saya agak kepenatan.....



Oreo Cheese Cake untuk kawan lama yang dah pindah opis lain.....asal2 tuan empunya kek yang pesan, last2 sekali orang lain lak yang tolong buat surprise dan tolong bayarkan hehe....tak jadi tuan punya nak bagi kek untuk diri sendiri....



Blueberry Cheese Tart (2 box L) order dari Nadiah......walaupun last minute order, order masuk kul 1 pagi lebih rasanya....kebetulan belum tidur, kata Nadiah nak order ambik malam esoknya....maka balik kerja baru le saya siapkan tart.....nasib baik sempat siap huhu.....

Anyway, Nadiah sangat suka....katanya tersangat le sedap, cayalah.....hehe....




Cuppies ngan kek tema hitam putih ni order dari Syahida.....yg ni sbb order masuk sebelum saya tutup order jadi saya selesaikan tanggungjawab.....untuk kek tu syahida soh ikut kreativiti sendiri tp syahida ada tunjuk sample fondant kek yang pernah saya buat.....tp since syahida nak yang murah sikit, saya kata saya cuba aplikasi kat kek buttercream teknik sama....of course lebih senang kerja ngan fondant....tp saya buat gak ikut permintaan syahida.....



Yg ni cuma simple kek....mmg tak sempat nak deco lebih2 sebab order last minute dari opismate.....saya buat takat yang mampu je le.....opismate pun tak dak idea nak soh deco camne, so saya tak mau le over2.....the simpler the better.....

Sori le blog ni asik ngan entri lama.....mood nak update tak bape nak ada.....mmg bz giler2 ngan umah sekarang.....ngan nak membasuh, mengelap, mengangkat barang, mengemas dan sumer benda nak buat....saya ni dah masuk kategori over exhausted....tp kena gagahkan diri gak le untuk siapkan apa yang patut ngan umah.....setakat ni barang2 besar2 mcm chiller, oven, peti ais lama sumer tu belum berangkat.....yg tu mmg dah tak larat nak buat, kena upah orang.....silap2 leh tercabut skru saya....skrg nak alih2 brg2 kecik je dulu....langsir pun tak sempat nak berjahit lagi.....separuh2 benda saya upah je jahit, dah tak larat nak pk dah untuk buat sendiri.....saya nak buat sendiri yang simple2 sahaja.....

Setakat semalam bilik anak2 sumer dah siap berperabut.....esok trip ke 3 perabut akan sampai, jadi siap le sumer perabut dah masuk.....bilik bakeri dah siap kemas separuh.....baru saya perasan sumer hitam putih.....hehe.....ruang membakar kena pk lain sbb bilik kecik je, barang2 lak banyak....berselerak je saya boh dlm tray bawah meja banquet tu.....nak kena tutup ngan skirting le pulak.....huhu.....

Smlm en hubby dok sibuk cat2 perabot umah lama nak bawak masuk umah baru.....salah satu tu meja mini island ikea punya.....saja syorkan kat en hubby....so dia catkan le.....suka betul dpt tengok sumer tukar kaler jadi putih.....at least nampak rupa baru walaupun dah lama hehe....

Nanti le saya update pasal umah lagi ya....jangan boring dah le.....tak sempat nak snap2 gambar dlm proses.....tunggang langgang je rasanya skrg nih.....

~Butter Fruit Cupcake~


~Butter Fruit Cupcake
~

315 gm tepung naik sendiri
250 gm butter
250 gula castor
4 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan mixed fruit
Sedikit air panas**

Cara menyediakannya:-

Putar butter dan gula hingga kembang.  Masukkan telur satu persatu dan gaul sebati dengan whisk sahaja, jangan overmixed ya....masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit hingga sebati.  Masukkan esen vanila.  Jika adunan terlalu pekat, boleh masukkan air panas sedikit demi sedikit.  Gaulkan mixed fruit dan bakar adunan selama 30-40 minit untuk cupcake atau sehingga masak.


~Red Velvet 2~


Red Velvet gak....tapi yg ni try resipi lain sedikit.....this one jenis yang a bit gebu sikit....so saya rasa tak sesuai bake dalam solo cup.....buat kek if nak a bit spongy ok le kot.....ini saja testing resipi red velvet yang lain....so far 3 version saya try dan satu version saya stick untuk guna ngan solo cup....utk kek saya suka tukar2 resipi dan cara.....red velvet ni selalunya saya rasa kek dia a bit tawar, tu sbb kena partner ngan cream cheese frosting, baru bangkit rasanya.....

~RED VELVET CAKE~
Recipe From : Baking 911
Olahan : Babybatriesyia

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1 cawan buttermilk (1 cawan susu + perahan lemon - biar 10 minti)
4 sudu teh pewarna merah (saya guna americolor)
1 cawan butter
1 1/2 cawan gula castor
4 biji telur

Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan baking soda dan diayak bersama.  Ketepikan.  Buttermilk tadi dicampur bersama dengan pewarna merah.  Kacau sebati.  Di dalam mixer, adunkan butter dan gula castor dan mix telur satu persatu hingga sebati.  Masukkan bahan kering hingga sebati dan akhir sekali masukkan adunan buttermilk tadi dan sebatikan.  Bakar pada suhu 160'c selama 45-1 jam bergantung oven masing2 atau sehingga ujian lidi menunjukkan kek sudah masak.

Untuk topping saya tak guna cream cheese, this one cuma guna topping buttercream biasa sahaja....

~Poppy Seed Butter Cake~



Kek ni saya siapkan actually untuk pot luck majlis tamat pra persekolahan baby Sabtu lepas.....resipi dapat dari kawan tapi saya ubahsuai sedikit cut sana sini dan tambah sana sini.....very buttery nyer cake, sedap je bau.....sori le ya skrg ni tak bape nak rajin buat eksperimen kek......dulu2 rajin gak saya boh resipi, tp sekarang ni busy saya teramat2 le sangat....saya tunggu angin rajin datang sbb ada bnyk resipi yang saya nak trial n tested.....once saya rajin, saya share lagi ya.....
 


Untuk kek ni saya buat adunan dua kali ganda ya...asal pakai 250 gm butter je.......so if nak sikit, kena cut resipi le ya....kek butter ni dia padat so tak naik tinggi sangat.....so kena ingat sukatan buat kek, if biasa buat kek bulat 8 in, utk kek 4 segi kena kurangkan 1 inci saiz loyang, iaitu pakai 7 in sahaja....or else lagi le kek nampak rendah je.....

~Poppy Seed Butter Cake~

500 gm butter
460 gm gula castor (nak kurang manis, cut down gula ya...)
500 gm tepung gandum
8 biji telur Gred A
2 sudu besar baking powder
2 sudu besar esen vanila
40 gm poppy seed

Putar butter dan gula hingga gebu dan ringan.  Masukkan telur sebiji demi sebji dan pastikan diputar hingga betul2 kembang.  Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder (guna teknik kaup balik sahaja).  Akhir sekali baru masukkan esen vanila dan poppy seed tadi.  Gaul rata.  Saya guna loyang 10 x 10 in dan bakar selama 1 1/2 jam pada suhu 160'C.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...