Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

RESIPI : Nutty Chocolate Chip Muffin


Nutty Chocolate Chip Muffins 

Bahan A 
250 gm tepung gandum 
1 sudu teh baking powder 
1/2 sudu teh soda bicarbonate 
1 1/2 sdu teh serbuk koko 
100 gm gula castor 

100 gm butter, dicairkan 
2 biji telur, pukul sedikit 
125 ml susu UHT 
1 sudu teh madu 
50 gm kacang macadamia (i used walnut) 
30 gm chocolate chip 

Campurkan bahan A dan gula di dalam acuan yg sedikit besar. Gaul sebati bahan ini. Campurkan butter cair, telur dan susu UHT bersama dan tuangkan ke dalam bahan kering yang dicampurkan tadi. Kacau hingga sebati guna whisk sahaja. Masukkan madu, kekacang dan chocolate chips. 

Sudukan adunan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh dan bakar selama 20-25 minit (atau hingga masak mengikut oven masing-masing) pada suhu 180'C

~Moist Blueberry Muffin~



Rupa dia tak lawa.....cam tuan dia le gak hehe.....mintak ampun le ya......sepatutnya kena naik merekah gitu tp disebabkan aku bakar ngan suhu rendah - kesnya nak cepat so bakar ngan suhu kecik sekali ngan Cotton Cheese Cake yang aku buat untuk opismate aku......(gambar tak snap le pulak ya).....jadi lambat le masak + tak jadi dome le gitu.....patut kena guna suhu tinggi baru le dia terkejut sikit.....tapi tolak tepi le rupa dia tu.....tapi rasa muffin ni mmg best le....tp kena ingat le k...muffin ni best makan panas2.....so kalu nak dia lembut kena le masuk microwave kejap bagi dia suam2 gitu baru best nak makan.....

Muffin ni mmg moist.....+ sedap sebab tak manis sangat.....i likeee.....asalnya nak guna papercup tapi biasa le ya.....umah aku dah tunggang terbalik....sumer barang dok dalam kotak...maklum le....umah masih dlm proses pengubahsuaian....rasanya makan masa 2-3 bulan lagi  baru settle....tu pun kalu settle....hmmm....entah le apa citer.....sib baik le kontraktor pun dah sihat....kalu bukan sbb tunjuk muka kat umah tadi ni dah tentu2 aku soh en hubby sms komplen lagi hehe.......punya le slow n steady encik2 tukang.......ok...balik citer pasal papercup.....cari papercup pun dah tak jumpa dok kat mana...sbb sumer brg dah bercampur aduk ntah dok kat mana.....jadi nak tak nak guna je le casing solo nih......tak bape sesuwai le bagi aku.....tapi x pe le....kebetulan kawan mintak nak muffin, so aku buatkan sambil2 tu utk dia......aku buat lebih sikit jadi leh test....aku suka....rasa cam Kenny Roger's nye muffin......cuma part tak merekah tu tak puas hati.....rasa dah best dah bagi aku.....nanti ada masa aku try test lagi ya.....kot2 boleh diubahsuai lagi.....maklum le....tertinggal sebiji telur kat belakang bekas adun hehe....tak perasan...



~Moist Blueberry Muffin~
4 biji telur Gred A (alamak....dah masak baru perasan telur sebijik tertinggal kat belakang loyang adun hehe...kesimpulannya cuma guna 3 biji je)
3/4 cawan minyak jagung
2 sudu besar Baking Powder
 1 cawan gula castor
 1 cawan susu segar
 2 3/4 cawan tepung serbaguna/gandum
1 sudu kecil esen vanila
Blueberry Filling secukupnya

Sediakan bahan2 kering dan gaul bersama.  Ketepikan.  Sediakan bahan2 basah seperti susu segar, minyak jagung dan telur.  Kacau seketika dengan mixer biar sebati.  Kemudian, tuangkan bahan2 basah tadi ke dalam adunan bahan kering.  Masukkan sedikit blueberry filling.  Gaul rata sebentar. 

Isikan ke dalam loyang 3/4 penuh secara berlapis dengan blueberry filling.  Bakar selama 40 minit dengan suhu 170'c atau sehingga masak.


~Choc Chip Muffin Order Dari Zu~



Muffin ni order dari Zu....rasanya le sebelum ni pun dah Zu order muffin gak kan? Kali ni Zu order 40 biji......apa pun tima kasih ya Zu sbb sudi order ngan akak ya.....

~Kim's Moist Muffin~


Dah lama rasa berhajat nak buat muffin Kim ni......semalam sambil2 siapkan cuppies untuk jamuan raya sekolah along ngan barbie cake tempahan customer, aku selitkan gak buat muffin nih.....saja nak testing tekstur dia.....muffin ni of course le tak macam kek, tak leh le expect kek naik dome camni sbb adunan kek tak macam adunan muffin yang nih, especially yang stail mix adunan kering dan basah ni agak berketul2.......

Dari segi rasa aku rasa muffin ni ok, cukup rasa.....tak terlalu manis....usually muffin ni better makan panas2, baru le dia lembut....kalu korang biasa makan kat Kenny Roger's pun mesti korang perasan muffin dia orang pun selalu dlm rak pemanas supaya sentiasa lembut....if biar gitu je, muffin ni cepat keras......so better sebelum makan if dah buat dari semalam, letak dlm microwave dulu kejap bagi lembut.....

Ni resipinya, aku malas le pulak nak translate, main copy paste je......

Kim's Moist Muffin

220g self-raising flour
½ cup vegetable oil
¾ cup milk
½ cup sugar
1 egg, lightly beaten
1 tsp vanilla essence
150g your choice of flavour (frozen berries, choc bits, mashed banana, grated apple ect.)

Preheat oven to 180C and line a muffin tin with muffin cases.
Mix all dry ingredients together and make a well.
Mix all wet ingredients together and pour into the well.
Add your choice of flavourings and mix until just combined.
Fill muffin cases with mixture and bake for 15-20 minutes until lightly browned and a skewer comes out clean.

~2 Jenis Muffin~



Dlm kotak ni bukan pizza tp 100 pcs muffin order dari seseorang dari Kraftangan Perlis.....mmg emergency gak le sbb dpt order lewat petang, nak ambik esoknya.....aku buat 2 jenis, satu muffin perasa stoberi ngan atasnya letak manik gula merah....sekali gula tu hilang rupa le pulak bila dah masak.....2nd mcm biasa buat muffin coklat......

TQ...

~600 pcs Orange Choc Chip Muffin~



600 pcs Orange Chocolate Chip Muffin ni order dari Hazura untuk majlis perkahwinannya, untuk diletakkan dalam goodie bag.....semua muffin aku isikan dalam plastik tapi tak sempat nak snap gambar sbb bila dah bnyk benda nak buat satu masa, mmg ada le yg tertinggal nak buat...

TQ pada Hazura kerana membuat tempahan dengan aku.....senang sangat berurusan dengan Hazura dari awal sampai akhir......mmg seorang customer yang tak banyak kerenah dan langsung tak cerewet.......jadi kerja aku pun jadi senang......walaupun aku sorang2 terkontang-kanting bergelumang menyiapkan 600 biji muffin ni tp secara keseluruhannya aku puas hati...aku mula kul 9 pagi, siap bakar semua dlm kul 4 petang......malam baru start packing......masa packing en hubby sudi menolong jadi ringan sikit kerja.....

~Chocolate Chip Muffin~



Chocolate Chip Muffin order dari Ayu......tq ya Ayu....sbb ini sambungan dari order Ayu yang terdahulu, Ayu pernah order Kek Ben 10 untuk anakanda Ayu nyer besday....kata Ayu ada nak jamu2 tetamu, Ayu order bersama ngan Puding....it turned out that hubby Ayu sama bahagian ngan en hubby aku dan aku....hehe....kecik je dunia ni.....

~Chocolate Muffin~


Panas2 dalam oven......tunggu masa nak kuar....

Muffin ni order dari Zue.....aritu Zue dah order cuppies rasanya.....tak sempat nak jumpa sbb x dak kat umah, datang pagi Sabtu tu pun tak sempat nak jumpa gak.....sbb timing silap hehe......dok dlm 'bilik kecik' le zue.....hahaha.......x dapek gak le nak jumpa......kena le soh anak teruna tu gak berurusan......sori sangat2 le zue.....harap2 next time kena timing hehe......

Zue order muffin sebanyak 50 pcs.....thanks ya Zue....

~Yellow Theme Bow Cake~



Nothing fancy, just mengikut contoh atas permintaan customer.....cuaca yang lembap dengan hujan tidak berhenti semasa proses penyediaan tidak banyak membantu.....akibatnya riben yang dibuat mengambil masa yang terlalu lama untuk mengeras......bila keras je, asal hujan jadi lembap pulak fondantnya.....asalnya tali riben tegak je aku buat, sekali bila dah lembap, melentuk lak jatuhnya....adeiihh.....

Apa pun, terima kasih buat Sharifah yang membuat order.....kek ni hadiah Pah untuk sepupunya kalu tak silap.....


~Nutty Chocolate Chip Muffin~


Nutty Chocolate Chip Muffins

Bahan A

250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sdu teh serbuk koko
100 gm gula castor

100 gm butter, dicairkan
2 biji telur, pukul sedikit
125 ml susu UHT
1 sudu teh madu
50 gm kacang macadamia (i used walnut)
30 gm chocolate chip

Campurkan bahan A dan gula di dalam acuan yg sedikit besar. Gaul sebati bahan ini. Campurkan butter cair, telur dan susu UHT bersama dan tuangkan ke dalam bahan kering yang dicampurkan tadi. Kacau hingga sebati guna whisk sahaja. Masukkan madu, kekacang dan chocolate chips. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh dan bakar selama 20-25 minit (atau hingga masak mengikut oven masing-masing) pada suhu 180'C.

Chocolate Chunk Muffin


CHOCOLATE CHUNK MUFFIN

Bahan A

80 gm mentega
80 gm dark cooking chocolate

Bahan B

275 gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/8 sudu teh garam

Bahan C

200 gm gula perang

Bahan D

1 biji telur
80 gm plain yoghurt
120 gm susu segar
2 sudu teh esen vanila

Inti

150 gm dark cooking chocolate - cincang kasar

Utk hiasan

Almond flakes

Panaskan oven ke suhu 180'C. Alaskan bekas muffin dengan acuan kertas. Cairkan bahan A di atas api sederhana atau guna microwave. Angkat. Ayak bahan B. Gaulkan Bahan C. Kemudian dengan menggunakan whiskers, gaul telur, yoghurt, susu dengan vanila hingga sebati. Tuangkan adunan coklat tadi dan gaul sebati. Kemudian masukkan adunan ini ke dalam adunan B yg telah bercampur dengan bahan C. Kaup balikkan sahaja. Masukkan coklat yang telah dicincang kasar. Masukkan adunan ke dalam acuan hanya 3/4 penuh sahaja kerana adunan ini akan naik. Bakar selama 20-30 minit bergantung oven. Sejukkan sebentar sebelum dimakan.

p/s makes 12 large muffins

Orange Chocolate Chip Muffin



Bahan Kering

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam

Bahan Basah

1/2 cawan @ 80 gm mentega, dicairkan
1/2 cawan gula castor
45g cream cheese, dicairkan
1 biji telur, dipukul sedikit
1/4 cawan orange juice (sunquick)
1/2 cawan chocolate chips (salut dengan sedikit tepung gandum)

Cara

Panaskan oven ke suhu 180'C. Ayak bahan2 kering ke dalam bekas besar dan kacau rata. Buatkan lubang ditengahnya. Ketepikan. Cairkan butter, angkat dari api dan masukkan gula. Kacau hingga gula hancur. Masukkan bahan2 lain dan kacau sebati. Tuangkan adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau hingga ia jadi berketul2 gitu...jangan terlalu kacau atau muffin akan jadi keras. Taburkan chocolate chips tadi dan gaul sedikit. Masukkan adunan ke dalam acuan 3/4 penuh dan bakar selama 20-25 minit.

Chocolate Chip Muffin


CHOCOLATE CHIP MUFFIN (with pineapple dice)

115 gm mentega
70 gm gula castor
30 gm gula perang
2 biji telur
215 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
125 ml susu segar
Sedikit coklat chips
Sedikit pineapple dice kering

Cara Panaskan oven ke suhu 190'c. Ayak tepung dan serbuk penaik sebanyak 2 kali. Putar mentega hingga lembut dan gebu. Masukkan kedua2 gula tadi dan kacau hingga ringan. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kaup balikkan tepung gandum ke dalam adunan butter. Selang selikan dengan susu segar. Tuangkan ke dalam bekas muffin separuh adunan, masukkan chocolate chip dan tutup dengan separuh adunan lagi. Taburkan atasnya dengan pineapple dice tadi. Bakar selama 25 minit dan siap utk dihidangkan.


Choco Cheese Muffin

Cocoa Cheese Muffin

100 gm cream cheese
80 gm butter
140 gm chocolate chip (saya pakai black white choc chip)
60 gm gula castor
100 gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
2 biji telur

Masak cream cheese bersama butter dan choco chip secara double boiler hg ia cair. Tutup api dan masukkan telur dan kacau hingga sebati. Masukkan gula castor, kacau lagi. Kemudian dengan menggunakan sudip, gaul tepung gandum yg diayak dengan baking powder hingga adunan sebati. Isi sebanyak 70% adunan ke dlm acuan dan bakar selama 20 minit pada suhu 160’C.

BLUEBERRY MUFFIN

Blueberry Muffin

140 gm mentega
120 gm gula castor
2 biji telur (saya gunakan 3 biji telur gred C)
125 ml susu segar
200 gm tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
Blueberry Filling

Tepung dan serbuk penaik diayak 3x. Ketepikan. Mentega dan gula castor dipukul hingga kembang dan putih. Masukkan telur satu persatu dan teruskan diputar. Kemudian masukkan susu segar dan akhir sekali kaupbalikkan tepung gandum sekadar meratakannya sahaja. Isi ke dalam acuan 3/4 penuh dengan diselangselikan dengan inti blueberry. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180'C sehingga ia masak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...