ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG


ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

3 ekor ikan kembung (potong dua)

BAHAN KISAR

1 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit belacan
1 biji buah tomato - potong
Cili kering 3-4 biji + 1 sudu besar cili giling

Kisar semua bahan di atas hingga lumat.

BAHAN LAIN

Bendi
Buah Tomato (potong 4)
2 batang Bunga Kantan (belah 2)
1 sudu teh pes asam jawa (campurkan dengan air)
Garam dan gula secukupnya

Panaskan periuk.  Masukkan minyak dan tumis bahan kisar.  Tumis hingga pecah minyak.  Kemudian masukkan air secukupnya bersama dengan air asam jawa.  Masukkan bunga kantan dan bendi.  Masukkan ikan bersama garam/gula secukupnya.  Akhir sekali baru masukkan buah tomato.

(Tiada penggunaan daun kesum, kalau ada lebih kick....tp stok takde, so janji tekak suka, resipi apa pun kita boleh olah utk kita makan....)

NASI AYAM



Menu berbuka puasa semalam adalah Nasi Ayam.....actually ni le pestime saya buat sbb biasanya asik beli je....dulu2 malas nak merajinkan diri untuk cuba sendiri.....tp semalam rasa mcm tak nak buat lauk2 mcm2....jadi saya pun cari resipi Nasi Ayam.....nak cari yang rasa cam senang nak buat n tak de le mcm2 bahan......so saya pilih resipi yang ni.....mmg sedap.....tawakkal je le dah le bulan pose nak try sos ngan kicap ntah rasa mcm mana.....sup pun sama gak....tp Alhamdulillah.....saya puas hati, lepas ni saya nak buat sendiri je Nasi Ayam......cuma ayam saya tak buat sekor2 sbb dah beli ayam mmg stok siap dah potong2 dah, jadi buat je guna apa yang ada.....untuk orang yang tak biasa buat, bagi saya tak de yang mustahil untuk buat sendiri.....saya ikut bahan2 dari resipi tersebut cuma sukatan tak sama, bab sukatan saya buat ikut sukatan saya je....



NASI AYAM
Resipi : aziejaya

BAHAN NASI

4 cawan beras basmathi
Lemak Ayam + sedikit minyak masak
2 inci halia + 8 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 helai daun pandan (carik dan ikat simpul)
Sedikit garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Air secukupnya seperti biasa masak nasi

Tumiskan  lemak ayam + minyak masak hingga lemak ayam cair.  Masukkan bahan kisar bersama daun pandan.  Kacau hingga wangi.  Masukkan garam, kunyit dan air secukupnya.  Masukkan beras, kacau dan alihkan ke periuk nasi jika menumis menggunakan dapur gas sebelum itu.  Tanak hingga masak.

BAHAN SUP NASI AYAM

Air dari rebusan ayam
Garam + Serbuk Perasa
Daun Bawang + Daun Sup

Masukkan semua bahan ke dalam air rebusan ayam dan masak hingga mendidih.

AYAM MADU

7-8 ketulan ayam
1 biji bawang besar
1 inci halia
5-6 ulas bawang putih
Air secukupnya

Kisar halia, bawang putih dan bawang besar.  Sediakan periuk, tumiskan bahan kisar tadi.   Masukkan air secukupnya untuk merebus ayam.  Masukkan ayam dan rebus hingga masak.  Angkat dan toskan.

BAHAN PERAPAN AYAM MADU

Kicap Pekat Manis
Kicap Saus ABC
Gula
Garam
Madu

Sediakan bekas dan masukkan ayam rebusan tadi.  Campurkan semua bahan bersama, gaul2 sebati dan perap selama 2 jam di dalam peti ais.  Kemudian, sediakan minyak secukupnya dan goreng ayam tadi sebentar.  Angkat.

BAHAN SOS CILI

8 batang cili merah - buang bijinya
1 inci halia
5 ulas bawang putih
2 biji limau nipis - ambil jusnya

Kisar cili merah dengan air masak.  Masukkan halia dan bawang putih dan kisar hingga hancur.  Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukupnya.

BAHAN SOS KICAP

Kicap Pekat + Kicap cair secukupnya
Campurkan dengan air perapan ayam tadi
Garam/Gula secukupnya

Masukkan ke dalam pan campuran di atas dan masak hingga mendidih.  Siap untuk dihidangkan.

BAHAN SAYURAN

Tomato
Timun
Kobis (pengganti salad)

DAGING PAPRIK


DAGING PAPRIK

3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 biji cili merah + 1 sudu besar cili giling

Kisar bahan di atas.

Daging - dihiris nipis2
Lobak Merah - dihiris panjang2
Putih Jagung - dibelah sesuka hati
Kacang Panjang - potong panjang2
1 labu bawang besar - dihiris nipis2
Tomato - dibelah 6
1 batang serai - diketuk
4-5 helai daun limau purut

Sos Tiram
Sos Tomato
Sos Cili
Kicap Pekat
Kicap Cair secukupnya

Sedikit garam/gula - jika perlu

Tumiskan bahan kisar.  Masukkan daging dan kacau hingga masak.  Masukkan semua sos (semua main agak2 sahaja).  Masukkan semua sayuran, serai, daun limau purut dan kacau sebati.  Masukkan tomato.  Masukkan garam/gula jika perlu.  Biar hingga pekat.

MASAK ACAR LEMAK JANTUNG PISANG


MASAK ACAR LEMAK JANTUNG PISANG

Sebiji Jantung Pisang - dibelah 4 dan direbus hingga empuk, kemudian perah airnya

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar

(Kisar semua bahan bersama hingga sebati)

1 kotak santan pekat
2 senduk cuka makan
Air secukupnya
Gula Garam secukupnya

Tumiskan bahan kisar hingga wangi.  Masukkan cuka dan kacau sebati.  Masukkan juga air dan tambah santan ikut keperluan.  Masukkan garam dan gula secukupnya.  Masukkan jantung pisang yang telah dicelur tadi dan kacau hingga masak.

AYAM YOGHURT WITH TOMATO SALSA



AYAM YOGHURT

6 ketul kepingan ayam
1 bekas yoghurt perasa asli (kecil)
1 bekas (guna bekas yoghurt) air
Sedikit pewarna merah (pewarna nasi beriani)
Sedikit garam
1 sudu teh garam masala

Campurkan bahan di atas dan perapkan ayam di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam.  Panggang di dalam oven dengan suhu 200'c selama 1 jam atau sehingga masak.  Dimakan dengan tomato salsa.



TOMATO SALSA

1 biji tomato - buang isinya
1/2 biji lada benggala merah
1 biji timun jepung
1/2 ulas bawang besar

Semua bahan di atas dipotong dadu.

Campurkan dengan:-

1 sudu teh oregano
1/2 sudu teh lada hitam
Perahan 1/2 biji lemon
Garam/Gula secukupnya
Daun Ketumbar

Campurkan semua bahan dan gaul sebati.

KERABU SARE


Kerabu Sare adalah makanan tradisional berasaskan rumpai laut dari Kelantan.....ini makanan kegemaran saya....kalu kat kampung boleh le main beli je kat pasar....tp sekarang dah hampir setahun tak balik....tu pun nasib baik saya dapat balik sehari untuk pilihanraya aritu....tp pasar kat kampung tu pun dah setahun dah saya tak jejak.....rindunya saya pada kampung halaman hanya tuhan yang tahu....

Rumpai laut ni dijual kering kat pasar2 tapi ada yang dijual siap sekali ngan tumis dan sambal kelapa.....saya mmg buat stok rumpai laut ni, ish...kira dah setahun lebih simpan dalam peti ais.....sbb kering, so tak de expirednya....nak makan kena rendam semalaman dahulu biar sampai dia lembut.....ahh....sedap....hilang kempunan saya.....sapa nak buat kena le pi beli rumpai kering ni dulu.....tak tahu negeri lain ada buat jual ke tak....

KERABU SARE

Rumpai Kering - direndam semalaman atau sehingga lembut....selang seli basuh dan buang keledak dan ganti air baru.....

Tumisan:

2 kotak santan pekat (x perlu campur air)

Bahan Kisar
4-5 helai lada kering (saya tak nak pedas)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai

Kisar bahan di atas.

Campurkan bahan kisar ke dalam santan dan masak di atas api perlahan.  Kacau sentiasa.  Masukkan 1 keping asam keping berserta gula dan garam secukupnya  Kacau lagi hingga ia menjadi pekat.

Sambal Kelapa

1 cawan kelapa parut - saya guna kelapa parut putih
Goreng hingga garing dan tumbuk hingga halus.

1 ekor ikan kembung - dibakar dan disiat2 isinya
3 ulas bawang merah
2 batang serai
2 sudu besar gula melaka (saya guna gula merah untuk kuih tu)
1 sudu teh lada hitam (saya gunakan yang separuh hancur)
Garam/Gula

Tumbuk bawang merah, serai, gula melaka, lada hitam dan ikan kembung hingga lumat.  Campurkan dengan kelapa yang telah ditumbuk tadi.  Gaul sebati.

Hidangkan ketiga2 bahan bersama bila hendak dimakan, boleh dicampur bersama budu.

AYAM CRISPY



AYAM CRISPY

5-6 ketul ayam

Tepung Salutan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

Telur 2 biji untuk salutan awal

Salut ayam dengan telur terlebih dahulu, kemudian lumurkan ayam dengan tepung hingga menyeluruh.  Goreng dalam minyak terendam hingga masak.

KERABU IKAN BILIS



Kerabu ala-ala Thai ni mmg kegemaran saya.....kalau berpeluang ke kedai2 makan, saya suka order kerabu...tak kira apa jenis pun.....cuma kali ni musim puasa, so kena le buat sendiri.....

KERABU IKAN BILIS

Ikan Bilis - digoreng garing
3 batang serai - dihiris halus
4-5 batang cili padi - dihiris halus
Daun Ketumbar - dihiris halus
2 sudu besar Udang Kering - direndam seketika dalam air panas, toskan
Sebiji Tomato - dibuang isinya, hiris halus
4-5 helai Daun Limau Purut - dihiris halus
1/2 biji Bawang Besar - dihiris bulat
1 batang kacang panjang - dihiris bulat2 kecil
Perahan Limau Nipis secukupnya
Garam jika perlu/Gula secukupnya

Sebatikan semua bahan hingga bergaul rata.  Sedia dihidangkan.

MINI MURTABAK


Kalau ikut asalnya, saya tak plan nak sediakan kuih2...hajatnya nak beli aje.....sbb dah terkejar balik opis nak masak, ingatkan tak sempat nak siapkan kuih2 nih.....tapi turn out bila siap masak, saya ada lebihan masa sejam sebelum masuk waktu berbuka lagi....sian lak kat en hubby yang letih sbb tengahari dah terkejar2 nak ambik anak2 kuar.....jadi saya buat le kuih2 simple buat makan lepas berbuka atau semasa berbuka....

Memandangkan kulit popia ada dalam stok, saya rancang buat mini murtabak aje le.....

MINI MURTABAK

Kulit Popia secukupnya

1/2 paket daging cincang Ramly
1 ulas bawang besar - potong dadu
1 biji kentang sederhana saiz - potong dadu kecil2
2 sudu besar serbuk kari
Sedikit garam

Tumiskan bawang besar hingga naik bau, masukkan daging cincang bersama dengan ubi kentang.  Gaul hingga air daging kering.  Masukkan serbuk kari dan sedikit garam.  Siap dan ketepikan.

Untuk dicampur:

1 ulas bawang besar - potong dadu atau boleh juga dihiris panjang
3 biji telur
Sedikit minyak

Sediakan kulit popia dan bentangkan.  Campurkan isi daging yang siap masak dengan bahan campuran tadi.  Sebatikan.  Letakkan ke atas kulit popia dan tutup kemas.  Boleh dapat 4 keping untuk resipi ni....masak di atas kuali hingga masak.


Untuk kuah:

1 cawan cuka
1/4 cawan gula
Sedikit air
4 ulas bawang merah - dihiris halus
Setitik dua pewarna merah

Campurkan semua bahan.

SIAKAP MASAK ASAM



Kebetulan stok ikan siakap ada le 2 ekor, sekor dah dikorbankan malam tadi untuk berbuka.....biasa buat sweet sour, kali ni try buat masak asam pulak.....mudah je pun...ala2 Thai gitu....

SIAKAP MASAK ASAM
1 ekor ikan siakap sederhana besar - dibersihkan, kelar, dilumur garam dan kunyit dan digoreng garing

2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 sudu besar pati asam jawa
1 sudu teh sos ikan
3-4 biji cili api
Gula secukupnya - dalam 1-2 sudu besar
2 tangkai daun ketumbar

Hiris halus bawang putih, bawang merah dan cili api.  Panaskan minyak dan tumis bahan ini.  Kemudian sebatikan pati asam jawa tadi dengan air (agak2 nak kuah bnyk mana) dan masukkan ke dalam bahan tumis tadi.  Masukkan sos ikan dan gula secukupnya.  Biar hingga kuah pekat sedikit.  Tuangkan ke atas ikan tadi dan taburkan daun ketumbar yang dihiris halus.

DAGING BAKAR DAN AIR ASAM



DAGING BAKAR

Lumurkan daging dengan kunyit dan garam, baru dipanggang hingga masak dan baru dihiris2 halus



AIR ASAM

1 cawan air asam jawa (saya guna pati asam jawa + air kosong 1 cawan)
Sedikit belacan
1 biji cili merah
3 biji cili api
2 ulas bawang putih
Gula secukupnya

Bahan Hiris
Tomato - hiris halus
Bawang Merah - hiris halus
Cili Padi - potong kecil2

Kisar bahan di atas separuh lumat.  Kemudian masukkan bahan hiris.  Sebatikan semua bahan.

GULAI LEMAK REBUNG BERSAMA UDANG DAN KACANG PANJANG

Sebelum saya mulakan dengan posting pasal juadah berbuka pagi ni, sama2 le kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah Nur Aleya Batrisha (6 tahun) yang meninggal dalam kemalangan semalam.....arwah takde kaitan dengan saya, tapi saya melihat arwah dan kakaknya semalam yang kemalangan betul2 dekat rumah saya....setiap kali tutup mata saya terbayang2 lagi kedua2 mereka....tiba2 saya jadi trauma.....arwah dan kakak arwah adalah pelajar pra Sek Keb Kubang Gajah (sekolah anak saya dulu)....kejadian pukul 7.10 pagi tu baru berlaku sejurus sebelum saya keluar rumah....mujur juga pagi tu saya keluar terlewat sedikit....biasa waktu2 macam tu saya dah keluar.....saya tak boleh bayangkan kalu saya nampak apa yang berlaku....mau saya trauma seumur hidup....saya nampak basikal di depan kereta, cermin kereta yang pecah, kakak mangsa yang berlumuran darah dipangku oleh orang yang melalui tempat kejadian, dan arwah yang juga dipangku oleh seseorang yang berhenti sebaik kejadian berlaku dan juga seorang lelaki yang melanggar beliau sedang mundar mandir bercakap melalui telefon bimbit.....apa pun, saya bersyukur kakak arwah selamat, itu le doa saya.....sbb saya teringatkan anak2 saya bila melihat mereka....

AL FATIHAH

Berita selanjutnya boleh dibaca di sini



Menu berbuka hari kedua semalam, dah hampir2 hilang idea juga.....tapi biasa le, kena bukak peti ais tngk apa benda yg ada baru boleh pk menu apa nak buat.....belek2 tngk ada rebung yang beli ari minggu aritu, so dapat idea nak buat masak lemak....ada udang so nak campur aje le....

GULAI LEMAK REBUNG BERSAMA UDANG DAN KACANG PANJANG

4 ekor udang (saiz besar)
2 ketul rebung (potong bulat2 dan rendamkan dulu seketika dengan air biasa)
2 urat kacang panjang (potong panjang2)

3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
 Seketul kunyit hidup
1/2 biji cili hijau (saya x de cili merah, tak nak pedas sbb anak2 nak makan)
1 inci halia

Kisar bahan di atas hingga halus.

1 batang serai - diketuk
1 keping asam keping
1 kotak santan pekat + air secukupnya
Garam dan Gula secukupnya

Campurkan semua bahan di dalam periuk dan masak secukupnya.

NASI KUNING



NASI KUNING
Resipi Asal: K Nor @ Secubit Garam
Olahan : Nina

4 cawan beras basmathi
1 batang Kulit kayu manis
Bunga cengkih
1 ulas bawang besar - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 inci halia - dihiris halus
2 helai daun pandan
Garam secukupnya
Air secukupnya (ikut sukatan masak nasi biasa)
Minyak sapi
Pewarna Egg Yellow - pewarna khas Nasi Beriani

Gunakan periuk rice cooker untuk memasak nasi terlebih dahulu di atas dapur.  Masukkan minyak sapi, masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan.  Biar hingga naik bau.  Masukkan beras dan garam bersama air.  Masukkan pewarna egg yellow dan kacau sebati.  Alihkan ke rice cooker dan set hingga masak.

DALCA SAYURAN


Dalca kali ni buat cara lain sikit....alhamdulillah.....orang kata puasa2 nih ada berkat kan sebab tak boleh nak rasa masin manis camne....jadi main bubuh je....tapi hasilnya elok2 je...


DALCA SAYURAN

1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Seinci halia
1 batang serai

Kisar semua bahan di atas.

Sebatikan:
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih

2 ikat daun kari
Sedikit bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang
Sedikit daging - dipotong2 halus
1 biji ubi kentang - potong dadu
2 ikat kacang panjang - potong
2 biji putik jagung - belah2
1/2 batang terung - dipotong dadu
3 batang bendi
1 biji tomato - di belah 6
Air Asam Jawa secukupnya

Santan 1/2 kotak (dlm 100 ml) + air
Garam & Gula

Tumiskan bahan kisar bersama dengan bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang dan daun kari.  Kemudian, masukkan serbuk yang telah dijadikan pes tadi.  Biar hingga masak, kemudian masukkan sedikit air.  Masukkan daging dan ubi kentang.  Masukkan santan dan air asam jawa, garam dan gula.  Agak2 kentang dah masak, masukkan sayuran lain. Akhir sekali baru masukkan buah tomato.


AYAM MASAK LEMON BERMADU



Resipi yang ini memang sedap.....anak2 siap soh buat lagi, tp saya kata lain kali le sbb bnyk benda nak kena siapkan untuk siapkan satu menu nih.....tp puas hati sbb dapat gak buat resipi nih.....resipi ni saya dapat dari tenet sebenarnya.....terima kasih sangat2 yang telah berkongsi resipi nih sbb menu ni mmg menu kegemaran saya kalau singgah makan2 kat kedai mamak.....resipi ni saya bnyk olah2 ikut kesesuaian saya....ada yang saya skip sebenarnya....




AYAM MASAK LEMON BERMADU
Resipi Asal : balanambiar
Olahan : Nina

8 ketul ayam - salut dengan kunyit dan garam dan digoreng dahulu separuh masak

Sedikit kulit kayu manis
Sedikit buah pelaga
Sedikit bunga cengkih
Sedikit bunga lawang
Sehelai daun pandan - dicarik dan diikat
3 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
1 ulas bawang besar - dikisar halus
1 ulas bawang besar - dihiris bulat2
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar sunquick
1/2 biji lemon - perah ambil airnya
3 sudu besar Madu
Air secukupnya
Pewarna Red Orange - pewarna khas nasi beriani
Garam & Gula secukupnya

Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang bersama dengan bawang besar yang dihiris bulat2 tadi hingga wangi.  Kemudian masukkan daun pandan.  Masukkan pes bawang putih tadi diikuti serbuk2 cili, jintan manis dan jintan putih.  Gaul sebati....masukkan pula bawang merah yang dikisar halus tadi.  Pastikan masak secukupnya.  Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.  Masukkan sedikit air (ini untuk kuah saja), tambah sunquick bersama perahan lemon, tambahkan pewarna khas red orange, gaul lagi.  Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan hingga masak.    Dah masak tu, masukkan madu dan gaulkan.


IKAN BILIS GORENG GARING DENGAN PETAI



Satu lagi menu paling mudah buat membuka selera time berbuka......

IKAN BILIS GORENG GARING DENGAN PETAI

Segenggam ikan bilis - basuh dan goreng terendam dalam minyak hingga garing
6-7 biji lada kering - potong halus dan rendam dulu untuk mengurangkan kepedasan
1 biji bawang besar - potong bulat2
Petai - ambil biji sahaja dan hiris2 halus

Tumiskan bawang besar dengan lada kering hingga garing dan masukkan ikan bilis bersama dengan petai, gaul sebati.

~Butir Nangka~

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK buat semua....walaupun dah terlepas sehari berpuasa.....masih dalam mood awal2 lagi kan....dah masuk pose baru nak update blog kan....



Menu kuih untuk berbuka paling mudah nak buat.....boleh buat sikit2 je untuk takat satu famili makan.....tak de le membazir dari beli kuih2 di kedai.....tak plan nak buat kuih tp since lepas siapkan lauk pauk, tngk ada banyak masa lagi sebelum sampai waktu berbuka puasa....jadi teruskan le hajat nak buat kuih ni.....



BUTIR NANGKA

200 gm tepung pulut
Sedikit air - sambil menguli tngk le kondisi tepung, biar boleh dikepal n tak melekit
Sedikit pewarna hijau

Bahan Untuk Kuah:

100 ml santan pekat
100 ml air biasa
1/2 sudu teh halba
Sedikit hirisan halia
Garam secukupnya
Gula secukupnya

Campurkan semua bahan kuah dan masak di atas api sederhana sambil dikacau setiap masa.  Kemudian tutupkan api.

Untuk butir nangka, sediakan air di dalam periuk dan didihkan, kemudian kepalkan adunan tadi membentuk biji2 ala2 almond london tu dan masukkan dalam air yang mendidih tadi, bila dah terapung boleh diangkat dan dimasukkan ke dalam kuah tadi.

~Cake In Jar di Batriesyiahomemade~



Tambahan produk kat kedai online saya je....Baked Rich Blueberry Cheese Cake......nyum....nyum....leh check it out dkt website kedai saya ya....under Cake In Jar....



~Rendang Simple~



Rendang simple......menu hari minggu aje sebenarnya.....saya letak nama rendang simple sebab bab buat rendang ni sumer main campak2 sekali harung aje.....tak susah pun.....cuma saya buat kali ni tak guna rempah....just bahan2 kisar aje....kena buat tak pedas sebab anak2 pun nak makan.....oleh sebab rendang ni kena masak lama sikit, jadi ayamnya pun lembut aje nak makan......since nak makan ngan nasi, saya lebihkan le kuahnya....tak keringkan sangat.....



~Rendang Simple~

Ayam - anggaran 300 gm dipotong2

Bahan Kisar:
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 hiris lengkuas
2 batang serai
5-6 biji cili kering
1 sudu teh serbuk kunyit

Kisar bahan di atas dengan sedikit air untuk dijadikan pes.

Daun Kunyit - dihiris halus
Daun Limau Purut - carikkan
1/2 ketul manisan (saiz besar)
2 sudu besar kerisek
1 keping asam keping

1 cawan santan pekat
Air secukupnya
Garam secukupnya

Campurkan ayam, pes, air dan santan secukupnya.  Kacau2 selalu, masukkan daun kunyit, daun limau purut, manisan, asam keping dan garam secukupnya.  Bila hampir masak, masukkan kerisek dan biarkan hingga kering jika mahu, jika hendak berkuah, tak payah masak terlalu lama.
 

~Cuti Blogging n Menjahit~

Lama betul saya cuti dari berblogging......antara mood ada ngan tak ada.....ada gak hajat nak tutup aje blog n private untuk tatapan saya sahaja...tp tak sampai seminggu tutup ada lak yg tanya2..tak sangka ada jugak rupanya yang follow n mintak saya bukak balik blog saya.....tak jadi pulak hajat nak lari dari dunia blogging.....citer2 banyak tapi dah malas nak citer2 sangat.....sekali sekala je le saya update sekadar ikut mood blogging aje le....

Saya masih sibuk hari2 ngan macam2 urusan.....ngan urusan kerja, ngan urusan baking ngan urusan rumah...sumer sama sibuk.....lately ni pun selalu tak sihat jadi banyak aktiviti slow down sikit.....agaknya dah overdose ngan mcm2 kerja.....stress di opis, stress baking lagi, stress di umah lagi.....biasa le, mana2 pun ada stress....cuma kekurangan jadi orang mcm saya, stress ada banyak cabang sbb bukan surirumah semata2.....jadi banyak benda nak kena fikir.....x pe le.....sebahagian hidup.....dah ini jalan yang dipilih, jadi kita redha aje le....

Baiklah.....stop pasal baking sekejap......saya nak citer pasal hobi lama saya yang dah lama saya tak ambil kisah....sayang betul ilmu lama terpendam gitu sahaja...apa yang cikgu ajar pun saya dah ingat ingat lupa....lately ni mood menjahit saya datang balik.....biasa setakat rajin jahit langsir di umah aje le....sekadar untuk freshen up.....untuk dapatkan mood balik, saya grab 2 biji mesin jahit baru....mood nak jahit tudung sebenarnya yang datang....dah tabiat saya kalu nak buat apa2, mesti ada complete untuk mudahkan kerja saya.....jadi lepas survey2, saya dapatkan satu coverstitch ngan satu overlock.....overlock ni mesin ke dua saya....sblm ni yang lama bila dah hantar serivis, boleh le guna slow n steady gitu.....hajat nak dapatkan mesin industri, tp tunggu le bagi rajin kayuh yang ni dulu.....



Projek tudung untuk anak2....1 meter kain lycra dapat le 2 helai tudung....mahal gak kain tu....RM28 semeter kot masa beli.....tu pasal design nak sama, satu untuk kakak, satu untuk adik....sehari dapat le jahit 4 pasang....senang jahit lycra sbb tak mudah kedut n senang nak jaga.....berbanding tudung berawning....saya mmg tak suka tudung awning....sumer tudung saya tudung syria saja....bab jahit tudung ni saya tak pergi kelas, saya buat dari pemerhatian ngan nota pada buku sahaja.....ngan terkial2, saya dapat siapkan gak le.....

Bab belajar menjahit mmg saya suka pergi kelas.....saya boleh je redah ngan nota tapi rasa tak puas tak dapat berguru.....buat kek tak sama, menjahit lebih complicated bagi saya.....tp buat kek pun saya tetap berguru untuk dapatkan basic......supaya yakin ngan diri sendiri aje, selebihnya saya redah sahaja.....ada masa free mmg saya suka pergi belajar menjahit.....tak kisah kat mana pun.....tak perlu ada orang tahu bila n di mana sbb saya bab2 belajar tak suka le pulak nak pakat2 ngan orang, sorang2 pun saya sanggup redah....malu saya tolak tepi.....lagipun kalu nak tunggu pakat ngan kawan, ntah bila saya boleh belajar....kadang2 walaupun dah tahu nak jahit baju kurung pun, saya tetap redah belajar lagi sbb seronok belajar dan mengorek ilmu nih....kdg2 ngan anak2 pun saya heret....sib baik cikgu2 yang pernah mengajar jenis baik2.....ini penting bagi saya sbb saya tak suka pergi kelas yang restricted tak bagi anak2 ikut sekali....takut agaknya ilmu bocor pada anak2 ke apa ntah le....

Lepas servis mesin lama, reiki harga ngan tokey kedai.....dpt le harga bodek....


Mesin Overlock Brother
**lepas bodek punya bodek, saya dapat pada harga RM1150.00 (asal RM1299)


Mesin CoverStitch Brother
**bodek lagi....dapat le RM1550.00 (Harga asal RM1699....ada gak yg jual murah dr harga asal)


Barisan mesin2 yang dok bertapa di sudut bilik.....ada 2 mesin jahit biasa, ada 2 overlock n satu coversttich.....mesin industri ada kat tingkat bawah.....


Sini je le saya stock up barang2 menjahit saya.....ada sedikit lagi kain langsir untuk next project.....pasni nak mula projek jahit baju raya anak2 pulak....anak2 dah sebut nak baju peplum.....entah jadi ke dak tak tahu le.....

~Hokkaido Chiffon Cupcakes~


Dah lama dengar sembang2 pasal cupcake ni.....saya pun dah lama tak bape rajin dari testing sebarang resipi....minggu ni angin rajin saya datang le pulak....jadi saya tekad nak buat gak eksperimen nih....bila datang seru, saya bergerak aje le ya....kang lari lak seru tu.....maka lambat lagi le nak mula balik.....

Hokkaido Chiffon Cupcake ni, as you all boleh tengok....is a version of chiffon cake je le.....very light nyer cake.....just yg ni ramai serve ngan inti kastard di tengahnya.....so sapa suka kek yang light n tak bape manis (except manis dari kastard) boleh le buat untuk makan2 petang.....

Untuk testing ni saya buat sikit sahaja....muat2 diisi dalam 6 biji square cup ni n sumer dah selamat dirembat anak2 malam tadi jugak.....sedap dia orang cakap.....bagi saya biasa2 sahaja, sbb saya bukan penggemar kek chiffon.....tp selera orang tak sama, jadi terserah masing2....janji anak2 ngap, saya pun suka hati nak buat eksperimen lagi lain kali....


~Hokkaido Chiffon Cupcakes~
Sumber asal : cornercafe
Olahan : babybatriesyia

2 biji kuning telur
25 gm gula castor
1 sudu teh ovalett
30 gm susu segar - pada suhu bilik
1/2 sudu teh esen vanila
55 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
30 gm minyak jagung
2 biji putih telur
Sedikit garam
30 gm gula castor

Filling
(yang ini resipi saya sendiri)

250 gm susu segar
50 gm gula castor
30 gm tepung kastard
1 biji kuning telur

Sebatikan bahan di atas dan kacau di atas api perlahan hingga adunan pekat.  Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.

Cara:-

Panaskan oven terlebih dahulu.  Saya set oven pada suhu 165'C atas, 165'c bawah....however yang ni tergantung oven masing2 ya....harus kenal function ur own oven....

Putar kuning telur, ovalett bersama dengan gula castor hingga pekat.  Masukkan susu segar dan putar lagi hingga ia agak kembang n lebih pekat.  Masukkan esen vanila bersama. 

Untuk next stage, saya masukkan tepung gandum bersama dengan baking powder dan gaul dengan spatula sahaja.  Kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit...Biar rata dan ketepikan.

Putarkan di dalam bekas lain 2 biji putih telur bersama garam.  Biar hingga ia berbuih dan kemudian sedikit demi sedikit masukkan gula yang 30 gm tadi hingga adunan jadi stiff peak.  Stiff Peak ya....means putih telur tu bila angkat whisk dia tegak je....tak lembik....

Gaulkan putih telur tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan kuning telur.  Biar sebati ya....

Tuangkan ke dalam acuan tersedia, make sure yang agak stabil mcm solo cup ya.....boleh tuang guna spatula, saya scoop ke dalam piping bag, senang nak agak isipadu bahan biar sama banyak....

Bakar selama 45-50 minit, tergantung oven...selalu le jenguk2 ya.....saya agak bila dah nampak brownish permukaan kek, saya angkat dan sejukkan sebelum saya paip ke tengah2 cupcake dengan filling.....

**InsyaAllah, jika buat dengan betul, kek dari resipi ni tak renggang atau mengecut dengan ketara.  If tak jadi, means something tak kena dengan cara buat.....sbb saya dah test resipi ni n puas hati....yang lain terpulang le ya....




~Daging Masak Merah~



Eee....merahnya ngah Daging Masak Merah nih....hehe....nama pun masak merah, kalu kuning tak le namanya masak merah kan....lagipun saya kalu ke kedai pesan menu ni n yg kuar tak kaler merah, rasa macam order paprik le pulak.....anyway, ni menu peberet anak2 kalu makan kat kedai, so saya redah buat sendiri je le kali ni....

Saya suruh along ambilkan serai kat luar rumah.....tiba2 along masuk bawak daun serai.....hahaha.....adeh.....nampak sangat tak biasa tu.....boleh dia gunting daun serai tu....saya ckp apa ke hal ambik daun serai, saya suruh ambik serai.....batang dia tu......ok le...dia kuar, sekali lagi masuk bawak serai tu.....kali ni dia potong batang serai....tp bukan potong dr bawah bahagian akar, dia potong terus batangnya aje.....alahai anak mak....



~Daging Masak Merah~

Daging (dlm anggaran 300 gm saja rasanya)
3 sudu besar sos tomato
Sedikit air
Sedikit pewarna merah
Sedikit garam

Rebus sekejap bahan2 ini, kemudian angkat dan daging boleh dipotong2 mengikut suka masing2).  Biarkan air rebusan tadi untuk digunakan nanti.

Bahan Tumis

4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 batang serai - dititik

Daun Limau Purut
Tomato - dibelah
Sos Tiram

Tumiskan bahan tumis yang dihiris halus bersama serai.  Masukkan daging tadi dan goreng sebentar.  Masukkan sos tiram bersama dengan air rebusan tadi.  Masukkan garam dan gula jika perlu.  Masukkan daun limau purut bersama tomato.  Kacau hingga masak.

 



Extra menu brokoli goreng bersama sotong, sayur air bayam ngan ayam goreng.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...