Saturday, August 29, 2015

SEKETIKA DI RIMBA HERBA, PERLIS

Hari minggu bawa anak2 ke taman herba....sepanjang 13 tahun tinggal di Perlis tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke sini.....alhamdulillah anak2 suka melihat pokok2 dan meninjau hutan yang segar mata memandang.  Tak rugi mengenal pokok2 herba ini dengan 1001 khasiatnya yang ada.  Saya sempat rembat hampir 16 pokok herba, itu pun di hati masih banyak lagi yang teringin untuk ditanam.  Kita tengok sebahagian yang ada.....

 
 
  

  


   

  

  

  

  

  

  

  

  




Friday, August 28, 2015

KEBUN KU : PLANT BOOSTER (PENGGALAK TANAMAN)


Citernya ni plant booster, yang mesti digunakan bersama dengan baja untuk lebih efisien.  Sejauh mana keberkesanannya tidak le dapat dipastikan sebab baru je lepas peram, baru je sekali digunakan.  Resipi nak menyediakan plant booster ni boleh tahan le gak rumit (sebab guna banyak bahan) n kena peram sekurang-kurangnya seminggu.  Maybe boleh le cuba untuk tengok sejauh mana keberkesanannya.....tp kena le sabar untuk satu tempoh masa yang tidak dapat le dikenalpasti lagi.

Untuk bahan2nya saya guna bahan2 almost expired, saya beli dari rak barang2 expired di Tesco jadi semuanya boleh didapati pada separuh harga n kadang2 lebih murah.  Kecuali nenas, yg lain semuanya dah hampir2 rosak.  Gula merah dengan belacan dapat free dari seorang kawan en suami yang bercuti ke Melaka baru2 ini.

Plant Booster
Sumber : Jabatan Pertanian Malaysia

Bahan-bahan

Bahan A (kisar halus)
1. 0.5kg pisang
2. 0.5kg nenas
3. 0.5kg betik
4. 0.5kg kangkung
5. 0.25kg belacan

Bahan B
6. 5 biji telur, sekali dgn kulitnya
7. 0.5kg gula merah
8. 0.25kg dedak (sy gantikan dengan beras yg dihancurkan)
9. 1L susu cair
10. 10L air

Bahan C
11. 0.5kg labu, hiris nipis, lebih kurang 2 mm tebalnya.
12. 3 biji/peket ragi.


1. Campur bahan A (yang dikisar) dengan bahan B. Masukkan dlm satu bekas, kacau.

2. Susun labu yg dipotong nipis atas permukaan bahan. Tabur ragi diatas permukaan labu dan bahan cecair.

3. Tutup bekas samada dengan kain atau penutup lain. Pastikan bekas yg digunakan tidak p enuh. Perlu ada sekurang-kurangnya 1/3 ruang untuk udara dalam bekas peraman.

4. Peram seminggu. Hari ke 5 dan ke 6, kulapuk dah mula banyak dipermukaan. Biar saja begitu (jangan usik usik).

5. Baja matang selepas hari ke 7. Baunya masam masam manis.

6. Bila baja dah matang, kacau dan tapis. Bersabar waktu menapis, sebab proses menapis sangat menguji kesabaran.  BPT ni agak pekat dan sedikit berlendir.


** Lupa nak update psl semburan racun organik tu....ini le rupanya bila jenguk petang tadi, dah keras kejung....tp try le gak dekat ulat yang suka duduk bergulung dalam daun kunyit yg jenis besar2, nampak cam liat je nak mampus......rasanya kena try banyak kali......setakat biar sejam tu masih nampak tak berganjak.....sedap pulak tengok dia gerak ke sana sini.....

Thursday, August 27, 2015

KEBUN KU : Racun Organik

Disebabkan saya tak de dalam simpanan stok racun serangga melainkan baja2 yang pelbagai jenis sahaja, maka try le google2 dalam tenet.....saya terjumpa dalam satu blog resipi yang empunya blog ni gunakan....salin2 atas kertas n lupa le pulak siapa ownernya....anyway, izinkan saya cuba resipi tersebut dan share di sini....ada exact resipi yang diberi tapi saya mmg ala2 suka derhaka, saya campak cili api banyak2 hehe....

Abaikan botol yang digunakan tu sebab yang tu je yang ada....gunasemula gitu.....tak payah susah2 beli botol lain dah....let us go green.....gunakan yang organik dan jauhi racun2 kimia yang merosakkan...



RACUN ORGANIK

4 ulas bawang putih (saya guna dalam 6 ulas)
Cili Api (saya lupa owner guna berapa, saya campak 10 biji cili api kecil saya)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar minyak masak/minyak neem
1 sudu besar sabun cecair pembasuh pinggan (saya guna axion)
Air (dalam 500 ml - tp botol ni x sampai 500 ml rasanya)

Saya kisar cili api, bawang putih, serbuk kunyit dengan separuh air sehingga hancur dan tapis.  Kemudian mix sekali dengan lebihan air bersama minyak neem dan cecair pembasuh pinggan.  Spray pada daun2 tadi.

Lambat sikit reaksi tapi x pe....slow and steady.....tadi tengahari terus buat n spray, nampak dah kejung dah ulatnya.....later le check balik masih idup ke idok.....

KEBUN KU : Siputox dan Ulat Bulu


Sebelum ni mmg terpaksa ari2 control siput....lagi2 selepas hujan mmg berduyun2 mereka berpesta, mcm konvoi keluar beramai-ramai.  Penat gak le sampai abis berpaket2 garam hanya sbb nak menghapuskan cik2 sivut vavi ini...maklum le, baru je alih anak2 pokok ke batas.  Kalau sumer dia bantai, buat penat je tunggu berminggu2 anak pokok ni nak bertunas.  Smlm cuba letak SIPUTOX, sejenis racun siput keliling pagar, n semalam gak hujan lebat turun jadi tak sempat le malam tadi buat operasi menghapuskan cik2 sivut ini.  Pagi tadi cuba tengok, selamat lagi anak2 pokok n tak nampak bayang2 mereka di sekitar atau cuba melarikan diri.  Okay, kita tengok mcm mana hari seterusnya.  Berjaya atau tidak racun itu menghapuskan siput tanpa perlu tabur hari2.


Peneduh ni dibuat menggunakan plastik dengan kadar 70% ketembusan cahaya.  Ini gara2 semasa mengalih anak pokok, anak2 pokok masih fragile n cuaca sangat panas.  Tanam lewat petang, esok petang sumer dah layu sampai patah2 dahan rapuh mereka.  Ada yang dah tak survive berbanding anak2 pokok yang saya masih simpan di koridor atas, masih segar dan giat membesar.  Tengok le gak mcm mana.....kalau survive ada le rezeki.  Kalau tak, lain kali kena tunggu betul2 besar baru alihkan le.


Patut le compang camping pokok lemon saya.  Bertuahnya si ulat ini....pagi tadi jenguk2 tengok ada sedap duk meratah.  Rasanya balik2 ptg nanti togel dah daun kat situ sbb tak sempat nak buang.  Geli geleman pun ya.....saya sangat geli ngan ulat bulu n lintah yg kadang2 jumpa melepak kat pokok2 nih.....balik nanti spray ridsect aje le.  Ptg2 lepas siram baru sembur neem oil.

Monday, August 24, 2015

Citer Bakery

Lama x citer psl baking2 biz...sejak dah ada page baking kat fb dah malas nak update kat blog....tp nak tunjuk gak le arini kerja lukis2 nih....







Lenkali tayang lagi.....ngeeee......
posted from Bloggeroid

KEBUN KU : Batas Sayuran

Berkebun tu sebagai salah satu riadah juga sebenarnya.  Mana taknya, mmg menitik2 peluh tiap kali berkebun walaupun sekadar susun2 bata buat batas, pastu pacak2 sayuran yg baru bertunas tu.....harap2 sayur cinonet tu selamat le dari dibaham belalang ngan siput.....setakat ni dah bersih2kan kebun n tiap2 petang tabur je garam sampai le selamat membesar.

Buat batasnya yang simple2 sahaja.....itu pun rasa masih tak cukup....nak kena tambah lagi sbb banyak lagi semaian baru.....nak kena buat penudung anak2 pokok tu sebab bila tengahari anak2 pokok tu layu terkulai teruk sangat.....cuaca kadang2 hujan, kadang2 panas tak menentu....





Bunga Cekur Hitam.....tak tahu rupanya berkhasiat boleh dimakan.....dah 3-4 kali tengok berbunga, asik tengok aje le.....tak petik untuk makan pun....pasni kalu keluar lagi kena ambik ngap le....

Sunday, August 23, 2015

RESIPI : ROTI

Dah 8 thn citer nih....up balik sbb syok tngk tangan menumbuk doh....masa ni mmg giler2 asik buat roti.....la ni dah malas menumbuk, tak dak tenaga....kiki.........
Sweet Bun Dough
A 
500 gm tepung high protein 
1 sudu teh bread improver - optional 
50 gm susu tepung 
1 sudu kecil garam 
10 gm instant yeast 
100 gm gula castor 
1 biji telur 
220 ml air

B 
75 gm butter

Bahan A dicampur bersama dan diputar hingga sebati kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit. Uli selama beberapa minit hingga semua sebati.
Kemudian masukkan butter dan putar lagi atau uli hingga doh menjadi elastik bila ditarik. Bulatkan doh dan diperam di dalam tempat tertutup sehingga ia naik 2 kali ganda. Doh yg elok adalah bila ditekan dengan jari, ia tidak turun (ia meninggalkan lubang yg kekal bila ditekan - gambar 9).
Doh yg telah diperam tadi dikeluarkan ditumbuk2 sedikit utk mengeluarkan angin. Kemudian boleh dibentuk2 mengikut sesuka hati. Setelah dibentuk, sebaiknya peram lagi sehingga ia naik sekali ganda dari bentuk asal. Kemudian, barulah boleh dibakar pada suhu 180'C selama 20 minit - 30 minit.

Topping utk mexican buns
110 gm butter 
110 gm gula castor 
2 biji telur 
110 gm tepung gandum - diayak 
1 sudu teh serbuk kopi/nescafe 
1 sudu teh air suam 
1 sudu teh coffee paste

Semua bahan dicampur dan digaul hingga menjadi pes. Paipkan ke atas bun setelah dibentuk dan kemudian bun diperam sehingga ia naik sekali ganda.

Saturday, August 22, 2015

RESIPI : Nasi Goreng Seafood Daun Selasih

Saya suka makan daun selasih sejak2 mencuba masakan daging bakar di Danok, Thailand....sejak2 itu memang jadi kegemaran....sekarang dah gile berkebun, saya cuba menanam beraneka jenis basil/selasih nih.....hari ni guna hasil dr kebun kecik.....



Nasi Goreng Seafood Daun Selasih

Nasi Putih dalam 4 cawan

Kisar:
2 ulas bawang besar
1 inci halia
5 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis
2 sudu besar cili boh

2 ekor sotong - hiris halus
Isi ketam - dalam 1 cawan
Ikan bilis
2 biji telur
10 helai daun selasih thai - hiris halus
5 putik jagung muda - potong bulat2
Garam/Gula

Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumis bersama 2 sudu gula. Kacau hingga kering. Masukkan sotong dan isi ketam. Kacau lagi. Masukkan ikan bilis dan putik jagung. Kemudian masukkan nasi, kacau sebati. Letakkan garam dan perasa jika perlu.Then pecahkan telur...kacau2 sebati. Akhir sekali masukkan daun selasih.

Siap!!!


posted from Bloggeroid

RESIPI : Chocolate Cream Cheese Chiffon Cake


Chocolate Cream Cheese Chiffon Cake 
Source : Chinese Magazine 

Bahan A 
50 gm butter 
120 gm cream cheese 
20 gm susu segar 

Bahan B 
5 biji telur merah 
30 gm tepung gandum 
30 gm tepung jagung 
1 sudu besar serbuk koko 
1 sudu teh esen vanila 

Bahan C 
5 biji putih telur 
80 gm gula castor 
1/4 sudu teh cream of tartar @ boleh gunakan sedikit garam/perahan limau nipis 

Cara menyediakannya 
Bahan-bahan A dimasak secara double boiler. Kacau hingga sebati dan sejukkan. Ketepikan sebentar. 

Kemudian masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga ia sebati. Ketepikan. 
Bahan C diputar hingga menjadi meringue. Ambil sedikit dr meringue tadi dan gaulkan dengan adunan di atas. Kemudian baru campurkan adunan ini ke dalam meringue dan gaulkan hingga ia sebati. 

Tuangkan ke dalam acuan chiffon berukuran 20 cm (tidak perlu griskan) dan bakar kek selama 35-40 minit pada suhu 170-180'C. Angkat acuan dan terbalikkan acuan dan biarkan ia begitu sehingga kek benar2 sejuk. (Saya biarkan hingga keesokan paginya baru dikeluarkan kek dr acuan, waktu ini just renggangkan tepinya dengan pisau). Ini untuk mengelakkan kek chiffon dr jatuh atau mendap.



**Selepas kek masak, telangkupkan seperti ini sehingga kek sejuk.  Jangan sekali2 renggangkan tepi kek dengan pisau sebelum kek sejuk.

Friday, August 21, 2015

RESIPI : Puding Dwi Warna


Puding Dwi Warna 
Source : Masakan Bistro 
By Babybatriesyia

700 ml air 
10 gm serbuk agar-agar 
3 sudu makan serbuk kastard 
2 biji telur 
100 ml susu cair 
80 gm gula pasir 
1 sudu teh esen vanila 
Sedikit Pewarna 

Masak air, serbuk agar-agar dan gula pasir hingga mendidih. Tutupkan api. 
Telur, susu cair dan serbuk kastad dan esen vanila dikacau sebentar dan ditapis, kemudian dituangkan ke dalam adunan agar-agar tadi. Masak lagi adunan tadi sebentar. Kemudian bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan satu bahagian tadi. Tuangkan mengikut kreativiti masing-masing. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.

Thursday, August 20, 2015

RESIPI : Sponge Cake Asas


Resipi sponge cake ni resipi favourite saya.....kerana menghasilkan tekstur kek yang moist walaupun keknya adalah kek span.....resipi ni saya dapat dari google dan dah lupa siapa pemiliknya.....walau apa pun saya repost di sini dan semoga dapatlah semua memanfaatkannya....


SPONGE CAKE ASAS
Resipi untuk loyang 8 @ 9 inci

2 cawan tepung sponge mix
4 biji telur
2 biji putih telur
1 sudu teh ovalette
1/4 cawan air
2 sudu besar minyak masak

Campurkan tepung, telur, ovalette dan air dan putar pada kelajuan maksima hingga adunan menjadi putih gebu dan pekat.  Kemudian, masukkan minyak masak dan putar pada kelajuan sederhana hingga semuanya sebati.  

Alas bawah loyang dengan kertas minyak, tuangkan adunan dan bakar adunan pada suhu 160'C selama 1 jam atau lebih bergantung kepada oven masing-masing.

Bila kek telah masak, keluarkan dan scrap tepi loyang dengan pisau semasa masih panas.



RESIPI : Marshmallows


Marshmallow
Menghasilkan sebanyak 800gm marshmallow

3 sudu besar serbuk gelatin
1/2 cawan air sejuk

2 cawan gula castor
2/3 cawan corn syrup (boleh didapati di hypermarket)
1/4 cawan air
Secubit garam
1 sudu teh esen vanila
Gula serbuk - saya guna snow powder

Siapkan acuan dengan griskan ia menggunakan butter dan disalut dengan snow powder hingga ia rata.

Di dalam mangkuk yang besar, taburkan gelatin tadi ke dalam air sejuk dan biar ia terendam selama 10 minit.

Di dalam mangkuk yang lain, campurkan gula, corn syrup dan air. Panaskan dan biar ia mendidih sehingga mencecah suhu 250'C atau nampak gelembung air naik. Tuangkan ia ke dalam taburan gelatin tadi dan kacau dengan mixer perlahan2 selama 3 minit. Masukkan garam dan naikkan kelajuan ke kelajuan tinggi sehingga adunan naik 2 x ganda dan berhenti apabila adunan sudah berhenti kembang. Tuangkan ke dalam adunan yg telah disalut tadi dan biarkan ia sehari semalam.
Bila dah kering, barulah dikeluarkan dari acuan dan dipotong. Potongan tadi disalut dengan snow powder hingga ia habis.

Wednesday, August 19, 2015

BILIK MENJAHITKU : Tempahan Tudung



Mood ok walaupun rasa sangat letih.....bila ok menjahit pun dengan tenang je...maka cepat je le kerja siap....

Walaupun dah hampir habis tahun, masih ada yg tempah tudung sekolah....terselit gak tempahan bag tag....masih ada tudung2 lain belum diselesaikan, harap2 diberi kesihatan dan tenaga yg lebih baik.

Yang ini saiz XS tp still labuh utk kanak2 7-8 thn utk ketinggian normal, dalam 13 inci labuh depan. Soft awning dengan jahitan tetulang lebih selesa dan lasak untuk mereka, menggunakan kain lycra gred yg terbaik.




posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...