Wednesday, January 21, 2009

Home Made Mee and Mee Goreng Mamak

Recap From My FP



Mee Goreng Mamak memang favorite hubby....tp cuma kali ni je cuba buat sendiri.....since Mesin Pasta Master Falcon tu dah sampai....so petang ahad tu terus tuang-tuang semua bahan dalam mesin dan keluarkan mee.....cepat je siap.....malam tu baru masak.....yang seronoknya, buat separuh dari mee yang telah dicelur tu....banyak le jugak.....anak anak dan hubby tambah dan tambah sampai licin bekas tu.....eiii....seronoknya....sampai anak siap cakap.....mama....lain kali buat lagi ekk....sedap ler....untuk resipi kena berterima kasih pada sahabat blog, Mamafami.....dan tuan punya resipi, PhalinOii.....mmg marvelous....cuma tambah sayur dan udang....x de daging.

Untuk mee kuning pula....kali ni guna tepung superfine....sebab tepung biasa dah habis guna....x de stok pulak.....tp mujur le mee jadi elok....ada org kata susah buat keluar....tp dah ikut petua, rendam acuan dlm minyak....cantik je bila mee tu keluar....







MEE KUNING


4 cawan tepung superfine
1 biji telur + air (dijadikan 200-220 ml)
1 sudu teh air abu


MEE GORENG MAMAK

1/2 kilo mee kuning
2 ulas bawang putih
1 in halia - bawang putih dan halia ditumbuk
Sos tiram Kicap pekat
2 biji telur
Sedikit serbuk cili
Udang
Sotong
Sayur lobak
Sayur campuran
Daun Sup
Daun Bawang
Sedikit buah limau nipis
Timun batang

Goreng udang dengan sotong sebentar. Masukkan bawang putih dan halia. Masukkan serbuk cili. Goreng lagi. Pecahkan telur dan gaul rata. Masukkan kicap pekat dengan sos tiram. . Masukkan sayur-sayuran dan goreng sebentar. Masukkan mee dan gaul rata. Kemudian hidangkan dengan limau nipis dan timun batang. Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...