Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

PROJEK DIY


Sekali sekala seronok buat projek DIY nih.....kebetulan kain lama beli dekat IKEA masih ada, jadi buat le projek membalut papan untuk jadikan tempat penggosok, tapi sekarang dah jadi tempat letak TV dah.....ini untuk kegunaan bilik menjahit saya je.


Kerusi ni pula kerusi pusing beralas fabric pvc sebelum nih, saja seronok2 godek2 bubuh alas mcm nih, bukannya susah pun....simple sahaja.....selit2 je masuk celah2 pelapik belakang kerusi, n yang alas duduk tu saya just guna stapler besar.

~Info Untuk Dikongsi~



1. Answer the phone by LEFT ear;
2. Do not drink coffee TWICE a day;



3. Do not take pills with COOL water;
4. Do not have HUGE meals after 5pm;



5. Reduce the amount of OILY food you consume;
6. Drink more WATER in the morning, less at night;



7. Keep your distance from hand phone CHARGERS;
8. Do not use headphone/earphone for LONG period of time;



9. Best sleeping time is from 10 pm at night to 6 am in the morning;
10. Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping;



11. When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as radiation is 1000 times;
12. You can forward this to those you CARE about!

TIPS : TANGANI STRESS


Stress adalah hakikat hidup yang tidak dapat dielakkan.

Ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu tekanan positif dan tekanan negatif.


TIPS TANGANI STRESS


1. Bertenang

2. Bernafas dengan dalam

3. Berkata "Relakslah...", "Saya Boleh...."

4. Beribadat

5. Bercakap Dengan Seseorang

6. Berurut

7. Berehat dan Mendengar Muzik

8. Bersenam

9. Berfikiran Positif

**Ada satu lagi.....dah wrote down tp baru notice ia benda yang sama....

Tips dari Ceramah "Pengurusan Stress Wanita" oleh Kaunselor LPPKN Perlis

TIPS : How To Bake A Cake

Hari ni meh kita sama2 baca sedikit tips yang saya kutip dari majalah berkenaan tips untuk membuat kek dan biskut ni.....harap2 berguna untuk kita semua....


Untuk membuat kek, bahan2 asas yang diperlukan ialah:-

Tepung, Gula, Telur, Lemak, Agen Penaik, Perisa, Karbohidrat dan Sedikit Protein

Terdapat empat jenis kek, iaitu:-

1. Kek Gaul dan ramas, kek ringkas dan kek biasa - Contoh kek bantal
2. Kek cara putar dan kek berlemak - Contoh kek oren, kek nescafe, biskut dan lain2
3. Kek cara enjut dan bahulu - Contoh bahulu gulung dan kek nanas terbalik
4. Kek cara mencair - Contoh kek buahan dan kek halia

Persediaan Untuk Membuat Kek

1. Tin Kek
2. Bahan-bahan
3. Ketuhar

Teknik Penyediaan Tin Kek

1. Sapu minyak atau mentega pada tin kek. Kek yang lebih lemak memerlukan tin tebal, digris rata dan
dialas kertas minyak;
2. Kek lapis sandwich perlu di atas dengan kertas minyak, digris dan ditabur sedikit tepung;
3. Bahulu gulung atau kek span - alas tin pembakar dengan kertas minyak, digris dan tabur gula halus yang
dicampur tepung beras.

KESILAPAN DAN SEBABNYA:

1. Kek yang kasar dan pecah di tengah

i. Terlalu banyak bahan penaik
ii. Ketuhar terlalu panas
iii. Bahan cecair tidak digaul dengan secukupnya

2. Kek yang nampak berat

i. Bahan penaik tidak mencukupi
ii. Ketuhar terlalu sejuk
iii. Kadar lemak tidak tepat
iv. Lemak menjadi cair semasa diramas ke dalam tepung

3. Kek yang kering

i. Terlalu sedikit cecair yang digunakan
ii. Terlalu banyak bahan penaik
iii. Telur yang diperlukan tidak mencukupi
iv. Dimasak terlalu lama

4. Kek berlubang besar di seluruhnya

i. Lemak tidak digaul dengan secukupnya
ii. Adunan dituangkan ke tin pembakar sedikit sedikit dan banyak memerangkap udara

KEK BESAR NAIK DI TENGAH-TENGAH

1. Kek diletak terlalu tinggi di dalam ketuhar
2. Ketuhar terlalu panas di peringkat awal dan turun suhu sebelum masak
3. Adunan tidak dirata terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar

KEK TIDAK RATA NAIKNYA

1. Kek tidak diletak di tengah ketuhar
2. Terlalu banyak bahan perasa
3. Ketuhar tidak dipanaskan mengikut suhu yang betul sebelum kek masak

KEK BESAR TENGGELAM DI TENGAH

1. Adunan terlalu lembik
2. Terlalu banyak bahan penaik
3. Membuka ketuhar sebelum kek masak
4. Ketuhar terlalu sejuk
5. Tidak cukup masak
6. Bilik dapur berangin (??)

BUAHAN DI DALAM KEK TENGGELAM KE BAWAH

1. Adunan terlalu lembik
2. Buah buahan basah dicampur ke dalam adunan
3. Kek dimasak di dalam ketuhar yang sejuk menyebabkan buahan tenggelam sebelum kek cukup masak

MASALAH KEK KEJU


Kek terbelah tengah / retak

i. Cheese tidak dipukul dengan rata menyebabkan ada ketulan cheese tertinggal di permukaan kek
ii. Telur dipukul terlalu lama hingga menyebabkan kek naik (utk mendapatkan permukaan kek yang
rata seeloknya kek tidak terlalu naik), kek yg naik akan mengecut dan dalam proses penyejukan tersebut akan lebih menyebabkan kek retak sekiranya ada kelihatan retak2 kecil sblm ini - my observation, make sure telur dipukul sekadar meratakan perlahan2....jangan terlalu dipukul.
iii. Suhu tidak boleh terlalu tinggi - memadai sekitar 140-150'C sahaja, jika belum masak tambah masa
sahaja dan berhenti bila tepi2 kek dah nampak set
iv. Teknik bain marie diperlukan supaya kek tidak 'terkejut' dengan udara panas di dalam oven dan dapat
menghasilkan kek yang tidak mudah hangus dan lebih lembap


Soalan Soalan Umum Berkenaan Kek / Biskut

1. Perlukah tepung dijemur dahulu sebelum membuat kek dan biskut?

Tepung yang digunakan untuk membuat kek dan biskut sebaiknya mestilah kering. Boleh menjemur atau menyangai tepung. Jika lembap, kek mungkin menjadi bantat. Begitu juga dengan biskut, ia tidak rangup dan mudah berkulat.

2. Apakah jenis gula yang sesuai untuk membuat kek dan biskut - gula halus yang dikisar sendiri atau
gula icing?


Gula yang dikisar sendiri tidak sesuai kerana berat dan terlalu manis. Kek mungkin bantat dan biskut lembap. Manakala gula ising pula mengandungi campuran tepung jagung dan rasanya kurang manis.

3. Perlukah mengacau gula dan mentega hingga putih untuk membuat biskut?

Bergantung kepada jenis biskut. Jika biskut gaul dan ramas seperti kuih tat, tidak perlu dipukul lama. Tetapi jika biskut ala2 drop cookies, mungkin perlu dipukul lama supaya bila dibakar ia kembang.


Common Cooking and Baking Problems With Solutions
From books How To Bake


Problem:
The cake falls or comes out uneven.

Solution:
~Overbaking may be the culprit. Follow baking temperature and time instructions (set a timer instead of watching the clock).
~If that doesn't help, check your oven's temperature gauge by placing an oven thermometer on the rack during preheating; if it's off, have it recalibrated. (The manufacturer should be able to recommend a service provider.)
~The oven door was opened too soon, which created a draft.


Problem:
A lumpy cake.

Solution: This is usually the result of undermixed batter. If you're mixing by hand, "use a round-bottom bowl with a sloping side," says Malgieri. This will make it easier to scrape the bowl so you end up with creamy, lump-free batter.

Problem:
The cake gets stuck in the pan.

Solution: A well-greased (and floured, if directed) pan should release easily, but if you want insurance, line the pan bottom with wax paper, cut to fit. "Smooth out the paper so it has no bubbles," Malgieri says. The paper will make removal a breeze.

Problem:
Your frosting looks unprofessional.

Solution: Apply a thin layer of icing ("like when you butter toast," says Malgieri) to "seal in" the crumbs, then chill the cake for half an hour. This primer coat makes adding a second layer of frosting painless, for you and your cake.

Problem:
Crack in middle of cake.

Solution :
~The oven was too hot to start with or oven was uneven during baking. Disguise crack with icing.
~The oven temperature was too hot, causing the outside of the cake to bake and form a crust too quickly.
~As the mixture in the center of the cake continued to cook and rise, it burst up through the top of the cake.The cake wasn't baked on the center rack of the oven

Problem:
Cake rises too much, overflows pan.

Solution:
~Too much baking powder; too little flour; or pan was filled more than two-thirds.

Problem:
Cake rises in oven, caves in when cooling.

Solution:
~Pan was over-filled; or egg whites were beaten when recipe didn’t call for it. Fill unevenness with frosting.

Problem:
Cake has shiny, sticky streak.

Solution: Poor mixing; too slow baking, or irregular heating of pan in oven.

Problem:
Cake is sticky.

Solution:
~Too much liquid or too much sugar was used
~the baking powder was too old.
~underbaking
~humid conditions after the cake is baked


Problem :
Cake's texture is too heavy

Solution :
~The butter, sugar and eggs were not beaten together long enough.
~The flour was beaten at too high a speed.
~Too much flour was added to the creamed mixture.
~The oven temperature was not hot enough.

COOKING MEASUREMENT CHART

Teaspoon and Tablespoons

1 tablespoon (tbsp) = 3 teaspoons (tsp)
1/16 cup (c) = 1 tablespoon
1/8 cup = 2 tablespoons
1/6 cup = 2 tablespoons + 2 teaspoons
1/4 cup = 4 tablespoons
1/3 cup = 5 tablespoons + 1 teaspoon
3/8 cup = 6 tablespoons
1/2 cup = 8 tablespoons
2/3 cup = 10 tablespoons + 2 teaspoons
3/4 cup = 12 tablespoons
1 cup = 48 teaspoons ·1 cup= 16 tablespoons

Fluid, pint, and quarts

8 fluid ounces (fl oz) = 1 cup
1 pint (pt) = 2 cups
1 quart (qt) = 2 pints
4 cups = 1 quart

Gallon, ounces, milliliter, and inches

1 gallon (gal) = 4 quarts
16 ounces (oz) = 1 pound (lb)
1 milliliter (ml) = 1 cubic centimeter (cc)
1 inch (in) = 2.54 centimeters (cm)

5 Langkah Jika Si Kecil Sering Menangis dan Mengamuk



Temper Tantrum, itulah istilah yang sering digunakan untuk menggambarkan tingkah laku si kecil yang menangis dan berteriak di tempat awam kerana tidak mendapat apa yang diingininya. Perbuatan ini disusuli dengan menendang atau memukul si ayah atau ibu sambil menangis teresak-esak. Ia dilakukan secara berturutan mulai dari 30 saat pertama hingga dua minit terakhir. Temper Tantrum ini biasanya terjadi kepada anak-anak yang berusia satu hingga tiga tahun. Tingkah laku anak-anak ada pelbagai, ada anak2 yang sering melakukan Temper Tantrum, dan ada juga yang tidak. Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui jika anda ingin menangani masalah ini.

Menganggapnya Sebagai Perkara Biasa

PERLU diketahui bahawa anak yang berkelakuan baik sekalipun pernah melakukan temper tantrum kerana perbuatan tersebut adalah sebahagian dari perkembangan seorang kanak-kanak yang tidak seharusnya dipandang negatif. Ditambah pula anak yang belum pandai untuk mengawal emosi mereka seperti orang dewasa. Jadi fahamilah bahawa ini adalah perkara yang biasa tetapi anda harus berusaha untuk mengendalikan situasi ini agar tidak keterlaluan.

Ketahui Penyebabnya

LANGKAH selanjutnya ialah mengenalpasti mengapa si kecil bersikap demikian. Dengan mengetahui penyebabnya anda akan tahu apa yang harus dilakukan. Pada dasarnya ada beberapa sebab mengapa si kecil bersikap demikian. Pada anak-anak yang berusia kurang satu tahun perkara ini biasanya terjadi kerana mereka merasa tidak selesa, lapar dan takut. Sementara apabila terjadi pada kanak-kanak yang berusia dua tahun hingga tiga tahun bermakna mereka tidak mendapat apa yang mereka hajati atau melakukan sesuatu yang ingin mereka lakukan. Misalnya, mereka gagal menyelesaikan mainan puzzle atau kerana anda menyuruhnya tidur sedangkan dia masih mahu bermain lagi. Akibatnya dia meresa kecewa dan menangis lalu berteriak. Pastinya ini akan membuatkan anda naik darah dan hilang sabar dengan kerenah si kecil.

Anak kecil melakukan temper tantrum ini untuk menguji kasih sayang anda kerana usia antara dua hingga empat tahun mereka biasanya ingin bebas tetapi pada masa yang sama mereka masih memerlukan orang tua mereka. Keadaan inilah yang akan menjadi kecoh antara anda dan anak anda. Apabila anda menyuruh si kecil memakai kasut comelnya ketika bermain tetapi dia enggan berbuat demikian lalu satu-satunya cara untuk menunjukkan kekesalan adalah dengan membuang dirinya ke lantai dan menangis keras sambil menendang -nendang kerana tidak mampu membantah secara verbal.

Jangan Terlalu Menurut Kemahuannya

JIKA si kecil melakukan itu semua kerana ingin mendapatkan sesuatu jangan sesekali menurut kehendaknya semata-mata ingin dia berhenti menangis. Ini kerana jika anda menurut kemahuannya maka itulah satu-satunya cara untuk mendapatkan apa yang dihajatinya pada masa lain. Akibatnya si kecil akan semakin menjadi-jadi. Di sini ada beberapa langkah yang berkesan untuk menangani tingkah si kecil.

..Tetap Tenang

Bertenanglah ketika menghadapi tingkah anak anda. Berteriak memarahinya atau memukulnya tidak akan menyelesaikan masalah. Apabila keadaannya tenang sedikit peluklah tubuhnya dan sapulah wajahnya agar kemarahannya reda. Jika anak kecil membuat hal di tempat orang ramai, cubalah bawanya ke tempat lain agar tidak menggangu orang lain.

..Jangan Memberikan Perhatian

Anak-anak yang temper tantrum selalunya melakukan hal itu untuk menarik perhatian. Jika anda tidak memberikan perhatian seperti yang anak anda inginkan maka dia akan berhenti dari melakukan perbuatannya itu. Tetapi bila ragamnya itu membahayakan dirinya atau orang lain, segeralah bertindak.

..Mengurung Anak Dalam Bilik

Ketika si kecil melakukan aksi temper tantrum, suruhlah dia masuk ke dalam biliknya. Langkah tersebut akan membantu mendinginkan hatinya. Selain itu, mereka juga akan tahu bahawa perbuatan mereka itu tidak baik.

..Tinggalkan Dia Sejenak

Cara ini memerlukan anda supaya lebih berhati-hati sekiranya berlaku di khalayak ramai. Tapi pastikan cara ini tidak akan membuatkannya terasa diabaikan dan berfikir yang anda tidak sayang kepadanya.

..Alihkan Perhatiannya

Cubalah alihkan perhatian si kecil dengan perkara lain yang akan membuatkannya berhenti menangis. Misalnya memberi mereka minum atau mengajaknya keluar untuk berjalan-jalan.
Petikan dari Perempuan Jan'06

PETUA MEMOTIVASIKAN ANAK DALAM 'KERJAYA'

Found these tips in one of my magazines.....Anis.....dated August '04......rasanya tip ini baik untuk kita sebagai ibu bapa......why not kita revise semuanya......in case kita terlupa.....



Bagaimana ibu bapa boleh membantu?

1. Tolonglah anak anda untuk menghadapi hari 'bekerja' mereka seperti :-

  • ~~Sediakan makanan berkhasiat setiap hari;
  • ~~Sediakan pakaian bersih dan sesuai;
  • ~~Peralatan sekolah yang mencukupi seperti pen, pensil dan pemadam

2. Di Rumah:

    Photo from flickr

  • ~~Tidak perlu besar tetapi selesa;
  • ~~Didiklah anak-anak yang masih kecil menghormati sudut bilik ataupun meja khas yang disediakan khusus untuk abang atau kakak mereka semasa belajar; (camne nak buat ni ekkk....hehehe)
  • ~~Meja yang disediakan hendaklah jauh dari telefon dan televisyen;
  • ~~Sediakan peralatan dan buku yang perlu untuk mereka melaksanakan tugas;
  • ~~Pastikan suasana yang sesuai seperti lampu yang terang, suasana yang tenang (boleh sekadar soft music).

3. Kenal pasti cara bekerja yang berkesan. Gaya pembelajaran berdasarkan rangsangan tertentu:

  • ~~Rangsangan persekitaran - suasana senyap dan tenang membantu anak belajar;
  • ~~Rangsangan emosi - perlu diucap selalu oleh para guru/ibu bapa;
  • ~~Rangsangan sosiologi - ada anak yang boleh belajar dalam keadaan sunyi manakala ada yang suka belajar secara berpasukan. Ibu bapa boleh galakkan anak-anak mengajak kawan-kawan mereka belajar bersama di rumah, di bawah pemerhatian ibu bapa.
  • ~~Rangsangan fizikal - dengan cara melihat, bereaksi mendengar cerita anak-anak; "Setiap individu itu unik dan ada cara tersendiri untuk bekerja dengan produktif. Kalau kita tidak faham nanti kita tersalah anggap".

4. Latih anak-anak pengurusan masa yang berkesan;

  • ~~Pastikan anak-anak mempunyai masa untuk belajar, bermain, bersama keluarga dan masa untuk diri sendiri;
  • ~~Pecahkan tugasan besar kepada bahagian kecil;
  • ~~Peruntukan masa yang berpatutan untuk setiap kerja. "Sebagai contoh untuk karangan sepatutnya diselesaikan dalam masa setengah jam dan bagi ulangkaji pelajaran Matematik antara 10 hingga 30 soalan untuk satu hari";
  • ~~Adakah senarai perkara yang perlu dibuat harian dan mingguan dengan membuat jadual waktu peribadi dan diari;
  • ~~Tentukan kepentingan tugas - apa yang perlu dilaksanakan dahulu;
  • ~~Laksanakan sepertimana yang dirancang.

5. Tunjukkan minat anda secara aktif;

  • ~~Bukan setakat tanya, "bagaimana sekolah hari ini? Ok?";
  • ~~Pertanyaan hendaklah lebih spesifik dan berkaitan. "Contohnya, tanyalah hari ini belajar apa? Kalau susah boleh ke mak atau abah tolong?";
  • ~~Ambil tahu tentang aktiviti, tugas, masalah belajar, masalah dengan rakan sebaya dan sebagainya;
  • ~~Pujilah anak-anak sekiranya mereka berjaya melaksanakan tugas dengan baik;
  • ~~Tunjukkan minat anda terhadap idea dan pendapatnya;
  • ~~Lazimnya anak berasa seronok jika ibu bapa mengambil berat.

6. Kenal pasti kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas;

  • ~~Dapatkan ganjaran daripada buku laporan, perjumpaan dengan guru, inventori personaliti dan lain -lain untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan otak;
  • ~~Ibu bapa boleh bantu kekurangan anak -anak dengan mengajar sendiri, kelas tambahan, sesi kaunseling, kursus dan lain-lain.

7. Bantu anak-anak dengan kerja rumah secara berpatutan;

  • ~~Sekiranya ibu bapa mampu, lakukan sendiri, jika tidak dapatkan bantuan daripada guru tuisyen. "Anak-anak biasanya lebih suka dapatkan bantuan luar kerana berasa dirinya tidak dihakimi sebagaimana kesilapan yang sering dilakukan oleh para ibu bapa"
  • ~~Pastikan anak-anak tahu usaha ini adalah untuk kebaikan dirinya sendiri;
  • ~~Pastikan anak melakukan sebaiknya ikut kemampuan;
  • ~~Beritahu anak anda bahawa anda berasa bangga dengan mereka;
  • ~~Berikan masa untuk berehat;
  • ~~Jangan sampaikan mesej bahawa anda malu sekiranya dia kurang kemahiran, atau dia telah mengecewakan anda;
  • ~~Jangan sekali menghukum sekiranya dia kurang mahir;
  • ~~Jangan labelkan anak sebagai pemalas, bodoh dan lain-lain.

8. Cara Mengajar Anak-anak;

  • ~~Cari jalan untuk memulakan komunikasi untuk kerjasama- mendengar masalah sebenar;
  • ~~Pastikan sesi belajar seronok bagi anda dan anak. Anda boleh sediakann keropok dan air kopi untuk meransang semangatnya;
  • ~~Duduk bersebelahan, bukan berhadapan serta sama tinggi - situasi ini lebih mesra dan jelas;
  • ~~Jika anak kelihatan tidak berminat, cuba dengar alasannya kenapa;
  • ~~Jangan terus menghukum. Mungkin anak takut tidak dapat mencapai kehendak anda;
  • ~~Pastikan arahan dan langkah jelas dan mudah difahami. Buat dengan perlahan dan teratur;
  • ~~Rancang kerja menggunakan langkah kecil yang perlu jawapan dan tumpuan yang baik;
  • ~~Lebih mudah untuk kenalpasti di mana kelemahannya;
  • ~~Jika anak bercakap, perhatikan wajahnya. Lebih mudah untuk kesan kekecewaan dan kekeliruan yang berlaku;
  • ~~Jangan abaikan mana-mana soalan yang agak susah untuk melatih anak supaya tekun walaupun susah;
  • ~~Kurangkan kritikan dan kata-kata negatif;
  • ~~Jika salah, nyatakan semula soalan dan berikan panduan untuk dia berfikir;
  • ~~Sekiranya berjaya, berikan pujian.

9. Jumpa 'bos' anak anda sekali-sekala;

  • ~~Bukan hanya kerana dipanggil oleh guru besar;
  • ~~Dapatkan laporan perkembangan;
  • ~~Dapatkan maklum balas dari guru kelas, guru kaunseling;
  • ~~Kenal pasti masalah sekiranya ada;
  • ~~Ketahui apa yang anda boleh bantu di rumah.

10. Libatkan diri dengan aktiviti sekolah;

  • ~~Tunjukkan sikap ambil berat dan pamerkan kasih-sayang;
  • ~~Anak rasa bangga dan dihargai;
  • ~~Hadiri majlis sekolah, hari sukan, konsert tahunan, hari penyampaian hadiah, mesyuarat PIBG, gotong-royong, lawatan sambil belajar, hari kerjaya dan sebagainya.

Kenalpasti sekiranya anak anda burn out!

  • ~~Ada anak yang bekerja terlalu kuat untuk membuktikan kepada ibu bapa atau orang lain yg dia mampu berjaya;
  • ~~Diberi terlalu banyak tugas dan tanggungjawab;
  • ~~Berasakan diri berminat dengan semua perkara;
  • ~~Elakkan burn out agar tidak terganggu kesihatan dan perkembangan anak.

Ubah Persepsi Anda!

  • ~~Bersekolah bukan semudah yang disangka; u have gone through it right?
  • ~~Bantuan anda penting untuk anak-anak berjaya;
  • ~~Jangan bandingkan diri anda dahulu dengan anak anda, mereka orang yang berbeza sama sekali, dengan situasi yang sudah jauh berbeza; **
  • ~~Semua anak ingin berjaya, disayangi dan diberi perhatian.

Sama-sama ler kita membantu anak-anak melaksanakan tugas dengan baik dan menjadi pelajar yang komited, cemerlang, berdisiplin dan mempunyai motivasi kendiri yang tinggi.

Nota ini untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan maklumat untuk rakan-rakan sekelian.

**My own note

PETIKAN DARI : ANIS OGOS 2004

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...