UPDATE SIKIT CITER KEBUN DAN KOMBUCHA TEA


Kebun tak banyak nak update....cuma hari2 tunggu perkembangan ada ke tidak. Jika ada rasa happy tak keruan le gitu....jika tak sedih je rasa sbb tak menjadi kan....semalam gak tanam semula anak pokok kemunting, ni kira dah kali ke 3 tanam.....2 kali dah membazir duit tp demi nak tanam jugak pokok tu saya beli dan beli.  Hidup atau tidak, tidak diketahui le lagi nasibnya.  Yang sebelum2 ini dalam masa seminggu dah leh nampak nasibnya, tunduk segan tak mau tegak2....dlm masa seminggu sumer daun luruh dan terus mati.  Nanti kita tengok camne perkembangannya.  Tengah tunggu jambu bol kegemaran masa kecik, dulu2 pucuk muda buat makan ngan garam kasar....alahai, tak sabar tunggu pokok sampai.....sekali ngan jambu bol order gak pokok abiu ngan pokok markisa.  Nanti kita citer lain pasal pokok2 tu bila dah sampai.

Oh ya, yang di atas ni pokok sirih cina atau ketumpang air tumbuh besar dalam pasu pokok limau purut, saja biarkan sbb ada merata tumbuh.  Nanti2 boleh kutip2 campur2 semua buat masak.  Belakang tu pokok bunga telang, tak alih2 dr pasu....dah tinggi menjulang....nanti alihkan....dah ada 2 pokok tanam di dalam kebun, nanti alihkan yg ni sekali.


Yang ni pokok tebu selasih.  Tanam bukan le untuk dimakan, saja untuk hiasan.  Tebu ni warnanya hitam, daunnya pun ada sedikit hitam.  Sepatut tebu ditanam di atas tanah, tp saya dah tak de ruang atas tanah, patut tanam serong, saya cucuk tegak je dalam pasu.  Tumbuh jugak le.....ada le 4 pasu untuk tebu selasih nih.  Tebu telor pun ada, yang tu nanti saya snap sbb masih kecik, yang selasih ni cepat naik, yang tebu telor walaupun tanam masa sama baru je keluar 3-4 anak pokoknya.


Yang ini keratan batang, kalau tak silap saya pecah beling, tp saya lupa kalau2 tercampur ngan pokok bismillah.  Jadi kena tunggu besar le nampaknya baru leh cam ini pokok apa.  Ini padahnya bila beli keratan batang untuk beberapa jenis dan lupa nama keratan tu.  Saya main cucuk2 je dalam pasu dan ternyata mmg mudah je bertunas.

Kebun sekarang tengah dikemaskan.  Mana2 anak pokok yang disemai di koridor atas rumah, sekarang dalam proses alih2 sumer ke kebun.  Kita tengok le boleh survive ke tidak memandangkan cuaca sangat2 panas dan daun2 mudah je terbakar.


Ini lak percubaan kombucha tea.  Baru belajar menternak.  Dapat hadiah cendawannya dari kawan, baru 2x salin air jadi tak banyak lagi anak2 cendawannya.  Yang dlm botol tupperware tu dah masam dan boleh menggantikan cuka  dalam masakan.  Baunya bila dah masam tak ubah mcm cuka epal.  

BILIK JAHIT : Tempahan Tudung Labuh


Alhamdulillah selesai jahit yang ni tempahan khas dari pelanggan setia....yang ni pulak khas untuk bonda beliau, special nak pakai sambut rombongan meminang cucu sulung katanya....hehe.....risau juga sbb jarang buat yang berdagu, maklum le bila buat tudung yang berdagu kena le fit2 elok tang mukanya, takut kang ketat ke nanti jadi tak cantik....tp alhamdulillah muat elok2 katanya, tersengih2 bondanya bila pakai.....eee....suka2....

Ada lagi berderet tempahan beliau yang belum siap lagi, yg ni buatkan dulu sbb ada majlis tuh.....

BILIK KEK : Jamu Mata Ngan Kek Dari Bakeri Ku

Kek2 sepanjang cuti hari raya....setakat yang mampu ini aje le....lebih2 pun tak larat gak nak kejor....jadi ikut kemampuan sahaja....alhamdulillah sumer selesai ngan jayanya....meh le layan tengok gambar2 kek kita ya....






SALAM AIDILADHA DAN NASI DAGANG

Hari raya bagi saya x de makna jika x de nasi dagang....ibarat pengubat rindu saya pada kampung halaman dan pada bonda tersayang yg sedang sakit....tak de upaya saya....ikut hati hendak ada di sisi bonda setiap masa....tp itu le....huhu.....hanya Allah maha mengetahui kesusahan saya dan moga Allah menjaga bonda dan diberikan bonda kesihatan yang baik....harap bonda bertahan dengan ubat tahan sakit yg doctor bagi sebelum dibekalkan ubat lain yg baru ditempah.....kalau doc ckp kena buat operation buatlah sahaja ya bonda....jgn takut pergi hospital....in shaa Allah adik2 ada di sisi bonda sentiasa....jgn menggagahkan diri depan orang...x sihat tu jgn buat kerja mcm2....

Pagi raya saya sediakan nasi dagang bersama gulai ayam...biasa ada je lauk udang sbb saya lebih suka makan dengan udang tp fulus kali ni sempit untuk menyediakan bermacam lauk jadi makan ayam sahaja le....







Nasi Dagang

7 pot beras nasi dagang - rendam 5-6 jam
Hirisan halia - dlm 4 inci diracik halus
Bawang Putih - dlm 10 ulas dihiris halus
Bawang Merah - dlm 6 biji saiz sederhana dihiris halus
3 sudu besar halba
Santan 2 kotak (1 dicampur air dan satu kotak untuk digaul pekat akhir kukusan)
Garam

Slps direndam, kukus nasi dagang kosong tanpa apa2. Slps 15 minit angkat dan masukkan hirisan bwg halia dan halba, gaul dan kukus lagi bersama sedikit air digaul2 sebati. Kukusan kali ke 3 masukkan santan cair bercampur garam dan gaul. Akhir sekali angkat dan gaul dengan santan pekat bercampur garam (rasa jika dah cukup lembut) dan kukus hingga masak.

GULAI AYAM NASI DAGANG

1 ekor ayam - dipotong mengikut suka

Bahan kisar:
Halia
Lengkuas
Bawang Merah
Bawang Putih
Serbuk Kari Ikan/Ayam
Serbuk Kunyit
Serai

Sukatan sila agak2 sahaja hehe.

Lada merah
Asam keping
Garam
Gula
Perasa
Santan
Air secukupnya

Masukkan ayam ke dalam periuk. Masukkan bahan kisar...gaul2 sebati. Hidupkan api dan masak hingga sedikit kering. Kemudian masukkan santan bersama air (jika perlu) dan masukkan juga asam keping bersama gula dan garam/perasa. Biar mereneh di atas dapur hingga pecah minyak. Angkat.

posted from Bloggeroid

BILIK JAHIT : Beg Telekung Simple

Settle menjahit beg telekung simple tempahan my friend....pola tak de main redah aje.....sbb pola yang ada pun saiz kecik sahaja....yg ni besarkan sedikit, lepas tu kita tembak aje le camne nak buat....untuk orang yang tak pernah ambik tahu psl teknik menjahit beg, kira boleh le hahaha.....sebenarnya patut jahitan dalam beg kena sorok di dalam tp dah siap buat beg baru perasan terlupa nak adapt teknik tuh.....kikiki.....


BILIK KEK : Cuci Mata Projek Minggu Ni

Cuci mata sikit je le ngan projek2 minggu ni....kesihatan tak bape memuaskan so mmg sedikit keletihan bila nak siap2kan kerja....









BILIK JAHIT : Testing Shopper Bag Ala Cath Kidston

Saja testing sbb nak buatkan satu lagi untuk jadikan beg telekung tempahan kawan....first time gak testing mesin nv untuk jahit lubang butang....satu2 eksperimen yg tak pernah diterokai ngan mesin jahit hehe...

Oleh sbb pola dah ada maka senang je cantum2....tp next nak jahit ni kena buatkan lining....yg ni kain keras x payah le lining2 nih....






posted from Bloggeroid

KEBUN KU : Citer Selepas Hujan

Hujan dah reda dari tengahari semalam....tp pagi tadi terkejut pulak tengok paras air makin naik....akar pokok limau purut dah tenggelam lak ngan air....jarak bendang ke paras tar tu dekat 2 kaki jugak.....pagi2 ni tengok dah separas jalan.....yang paras pagar hijau tu adalah kebun mini saya.....huhuhu.....harap2 air tak turun lagi ke kawasan ni melimpahkan kebun saya pulak.....





Petang semalam menjenguk kebun.....bagitau en hubby sepertinya kenal je pokok nih.....tp was was.....maka cari en google....eh betul.....pokok maman......tp cumanya tak reti nak makan.....awal2 masa en hubby suruh cabut dah ckp jangan dulu.....ni bukan rumput rampai biasa, ni ada kegunaannya gak.....macam tu gak ngan pokok Susu Nabi/Ara Tanah.....siap ambik tanam balik hehe....

Sesetengah sayuran biar kat tanah....rasanya yang tanam dalam polibeg dah lagi besar.....




Tapi bendi membesar dengan jayanya.....harap2 leh survive.....yang ni satu dah nampak mcm keluar buah dah.....

KEBUN KU : Meh Kita Tengok Apa Ada Di Kebun

Sudah 2-3 hari hujan lebat tidak berhenti sepertinya musim bah sudah kunjung tiba.  Pokok2 segar disiram hujan tetapi sayur2an yang diletak di batas rasanya tidak mampu survive air yang mencurah2 kerana pokoknya baru dalam proses tumbesar, masih tidak kuat batangnya.  Tawakal sahaja le, apa pun hujan itu satu rahmat setelah panas terik.  Syukur juga di Perlis ni keadaan jerebu juga agak terkawal, awal2 bulan aritu ternampak jerebu teruk lepas tu sekarang paras API dah ada pada kedudukan 25 bermakna sangat bagus.  Cuma kalau hujan masih berterusan untuk beberapa hari, nampaknya penduduk Perlis terpaksa bersiap sedia menghadapi banjir.  Parit2 di sesetengah kawasan rendah nampaknya sudah tidak mampu menampung air yang melimpah, dan ada kawasan yang sudah ditakungi air.  Semoga banjir tidak seteruk pada 2010 dan 2011...masa tu rumah kami pun hampir ditenggelami air dan seluruh Perlis dan Kedah hampir lumpuh kerana ditenggelami air juga.   Sekarang selepas renovation, kedudukan rumah agak tinggi tp kalau banjir, tak pasti pokok2 yang ditanam di tanah boleh survive atau tidak.

Kenangan 2010 di taman perumahan saya.....













KEBUN KU : Berkebun Dalam Hujan

Sehari dua ni hujan sangat lebat....paras jerebu pun sangat sihat...cuma 50....sebab hujan agaknya ya....hati tetap nak turun berkebun walaupun hujan sangat lebat sampaikan bendang tu pun x nampak batasnya dah....

En hubby dpt kayu2 palet dr kedai kayu masa beli bata2....arini siap gak satu bench ala2 simple konon buat tempat lepak dlm kebun hehe....kebun seciput sumbat lak bench tu....boleh le buat duduk.bila penat berkebun.....


posted from Bloggeroid

BEKAL SEKOLAH : MAC N CHEESE


Siapkan yang simple....ding dong ding dong siap....bahan pun tak banyak, pastu suka hati je masak tak de sukatan....separuh makan dulu, separuh anak2 bawak bekal....masak untuk anak2 ni tak perlu yang berat2 sangat....bagi dia orang janji leh kenyang....sebenarnya godek2 dapur jumpa macaroni.....rasa malas nak masak nasi, jadi bagi cadangan kita buat mac n cheese aje le.....mula2 anak2 tak nak, pastu dia org cakap ok pulak.....dah ada green light, kita proceed aje.....

Anak2 lagi2 baby paling suka makan mac and cheese dekat Kenny Roger's.....saya pun suka jugak.  Tp masih tak dapat rasa nak sama dengan Kenny Roger's.  Setakat nak makan sendiri of course boleh le, perasa tak sekuat makan kat KR, kita buat versi sihat kita sendiri....


Mac And Cheese Versi Mudah
(sukatan adalah anggaran saya)

1 paket macaroni 
(Siapkan air, masukkan minyak masak sekadar perlu dan tunggu mendidih, kemudian masukkan macaroni dan rebus hingga masak)

500 ml susu segar
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
200 gm cheddar cheese
100 gm cheddar cheese emborg (orange)
Garam secukupnya

Panaskan butter, kemudian masukkan tepung gandum.  Kacau2 hingga sebati dan tuang susu segar sedikit demi sedikit.  Kacau hingga sedikit pekat, masukkan cheedar cheese dan kacau hingga sebati.  Masukkan garam.  Siap.  Masukkan kuah ke atas macaroni bila sedia hendak dimakan.  Kalau rasa terlampau pekat, tambahkan susu segar.  Jika kurang rasa cheese, tambahkan saja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...