~New Site for BatriesyiaHomemade~


My old biz blog di http://batriesyiahomemade.blogspot.com sedang dlm proses pengubahsuaian dan akan dimansuhkan sepenuhnya sedikit masa lagi......namun oleh sbb beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, aku terfikir untuk membuat laman web baru......makan masa jugak nak siapkan......apa lagi nak bermain ngan editing yang agak memeningkan kepala.....akhirnya blog siap setelah penat memerah otak......

Pada awalnya aku mahu link terus dengan .com di bawah domain dan hosting yg aku ada tp oleh sbb beberapa masalah teknikal aku terpaksa hold dulu proses ni......mula2 aku tak faham dan tak reti, tp setelah penat mengulangkaji, akhirnya aku tahu membuatnya sendiri......tp kena proceed lain kali ngan hosting tu.....

So, mulai hari ini, link di atas tidak eligible lagi......boleh terus proceed ke blog baru di
http://batriesyia-homemade.blogspot.com.

Transformer 2 : Revenge Of The Fallen

I had my rest day....fully resting day starting this week......just entertaining small orders as i'm still busy making a makeover to my little kitchen......still got few things to wrap up......hoping to finish it by the end of this week......

At the same time, i promised my kids to bring them to watch this movie....Transformer : Revenge Of The Fallen.....i am not a transformer fan but my kids do.......they knew all the characters, but i don't..... they love it, and to be honest, i love it too.....i was so attracted to watch the sequel as i do love the previous one......this movie is 4 times better than the first one.....i love all the sound effect and most of all, i totally enjoyed this movie. The movie didn't even have a chance to put my eyes to sleep. A 2.5 hour movie that really felt just like 10 minutes.....

I mostly love the character of Sam Witwicky played by Shia LaBeouf, Megan Fox, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, and Ramon Rodriguez. The battle between the prime and the decepticons, wow.....i am so amazed.... and Josh Duhamel looks really good as a soldier in this movie...




Transformers 2 Revenge of the Fallen Movie Trailer -

Sam Witwicky's off to college, but his Transformer buddies aren't sitting around idle...or idling. They're neck-deep in a whole new problem that will force them into another battle with Megatron...and worse. Check out the trailer!

Transformers 2 Revenge of the Fallen stars Shia LaBeouf, Megan Fox, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, Kevin Dunn, Julie White, John Benjamin Hickey, Ramon Rodriguez, Isabel Lucas and John Turturro








~Ben 10~




Kek ni order dari Rafizah....tq ya rafizah.....

~Rendang Daging~

Rendang Daging

Daging - seeloknya daging batang pinang

Bahan Kisar

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
10 batang cili kering

Semua bahan ini dikisar hingga halus.

Bahan Lain

2 cawan santan
1 batang serai - dititik
Beberapa helai daun limau purut
Beberapa helai daun kunyit
3-4 hiris lengkuas
3 sudu besar kerisik
Sedikit garam/gula

Satukan santan, bahan kisar dan daging di dalam periuk. Biar ia sebentar di atas api sederhana. Kemudian masukkan semua bahan lain dan biar hingga ia pekat. Masukkan garam/gula dan kerisik dan sedia untuk diangkat.

~Nutty Chocolate Chip Muffin~


Nutty Chocolate Chip Muffins

Bahan A

250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sdu teh serbuk koko
100 gm gula castor

100 gm butter, dicairkan
2 biji telur, pukul sedikit
125 ml susu UHT
1 sudu teh madu
50 gm kacang macadamia (i used walnut)
30 gm chocolate chip

Campurkan bahan A dan gula di dalam acuan yg sedikit besar. Gaul sebati bahan ini. Campurkan butter cair, telur dan susu UHT bersama dan tuangkan ke dalam bahan kering yang dicampurkan tadi. Kacau hingga sebati guna whisk sahaja. Masukkan madu, kekacang dan chocolate chips. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh dan bakar selama 20-25 minit (atau hingga masak mengikut oven masing-masing) pada suhu 180'C.

~Roti Benggali~

Roti Benggali

Bahan A

350 gm tepung high protein/tepung roti
1 tbs shortening
Secubit garam

Bahan B

220 ml air suam
1 tbs yis segera
2 tbs gula castor

Bahan B dicampur bersama. Bahan A digaul sebentar kemudian masukkan bahan B dan uli hingga ia menjadi doh yg lembut. Perap sebentar hingga ia naik 2x ganda. Kemudian keluarkan dan tumbuk2 doh utk mengeluarkan angin. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan susun di dalam bekas. Biar ia naik 2 x ganda, kemudian baru dibakar sehingga masak.

~Order From Rina~





Kedua-dua cuppies ni order dr Rina bersama2 ngan puding marble (gambar tarak aa).....Rupa Elmo pun kelabu2 asap jer........cuppies yg atas tu guna piping jelly as per requested......

Feedback Rina :

"Thanks akak....cupcakes tu cute & sweet"

~A Happy Mickey Mouse Cake~




Kek ni menggunakan kek span seberat 2 kg......mmg seronok dapat melukis karakter kartun ni atas kek yang besar sbb ruangnya yang luas......lebih seronok dpt melukis dengan lebih detail.....aku ambik masa 3 jam nak siapkan lukisan ni.....jangan main2....nampak jer mcm mudah...mmg betul2 ler kerja amatur ni......hehehe.....

Terkejar2 nak deliver kek ni......selalu hari kerja aku tak buat delivery sblm kul 6......kalu customer nak pick up pun sebolehnya kena ler lepas kul 6.....tu pun on the dot aku baru sampai umah.....ada hari anak aku ada kat umah ok ler nak pick up awal.....kalu dak mmg x dapek aku nak tolong.......kerja aku kat opis tetap priority aku lagi......berpeluh2 aku dah ler janji ngan orang lain so terpaksa tunda ngan orang lain, kek tak masuk kotak lagi......kalu ada speed trap dah sahih2 aku kena smlm.....hehehe.......dah kalut2 ada ler yang aku tertinggal....pisau kek.....sori aa......

~Happy Father's Day~


Hari Bapa disambut pada 21 Jun 2009.....tapi abah dah lama tak ada untuk aku berikan ucapan....dan sepanjang hidupnya rasanya aku tak pernah merayakan sambutan itu.....mungkin aku masih kuno ngan budaya2 sebegini......bagi aku menghargai abah adalah dengan membuat dia gembira.....

Abah meninggalkan aku dan keluarga pada usianya 56 tahun dan pada waktu itu aku masih belum dapat membalas semua jasa-jasanya......

Abah seorang ayah yang sangat penyayang walaupun di dalam ketegasannya......mungkin budaya hidup kami membuatkan abah tidak suka menonjolkan kasih sayangnya pada anak-anak....tapi menjelang usiaku yang makin meningkat, aku semakin sedar tindak-tanduk abah dahulu mencerminkan kasihnya pada anak-anak...

Anak-anak abah semuanya nakal-nakal.....tak kurang yang degil-degil...hehe.....tak terkecuali ler aku.....semasa bersekolah tidak pernah aku memberikan abah kegembiraan selain banyak mengecewakan abah.....maklum ler....jiwa muda suka main-main......sebagai salah seorang anak perempuannya, aku merasa bertuah kerana abah tidak pernah sekali menengking anak-anak perempuannya apa lagi angkat tangan pada kami.....kalau dia marah aku tahu bila melihat dia berdiam diri......selalunya dia lebih suka meluahkan rasa tak puas hati atau amarahnya pada mak dengan harapan mak yang akan menegur kami.....berbanding dengan anak-anak lelaki abah, abah lebih tegas.....garang pun memang.....

Sekarang, bila aku imbas kembali.....aku sedar segala tindak tanduk abah.....aku dapat menilai sekarang kasih sayangnya yang tak pernah aku sedari dahulu.....aku masih ingat bagaimana abah mengusung kami adik beradik mengharung pesta banjir dan singgah di pasar membeli baju sejuk, aku ingat lagi waktu dia berikan aku kereta untuk ke tempat kerja kerana hujan sedangkan dia bermotosikal ke sekolah, aku masih ingat dia berkorban menghantar aku menaiki motor menghadiri temuduga, aku masih ingat pertama kali melihat abah gembira semasa dia menatap keputusan peperiksaan aku di ipt selepas menentang keras pilihan aku untuk ke ipt waktu itu, aku masih ingat abah mengirimkan vcd majlis persaraan beliau di sekolah untuk dikongsi dengan aku, dan x sampai 6 bulan selepas persaraannya, dia pergi meninggalkan kami......sekarang semuanya berlegar-legar di kepala...

Aaahh....sedihnya.....lebih sedih sbb tak dapat berada di sisi abah saat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.........sesungguhnya Allah lebih sayangkan abah.....hanya Al Fatihah ku kirimkan buat abah di alam sana.....doa ku moga arwah dilapangkan kuburnya, dijauhkan dari siksa api negara dan semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.....AMIN.....



Ok ler....berbalik kepada cerita tentang hari bapa ni......ada satu artikel yang aku petik dari laman web http://www.islam.gov.my/ berkenaan perkara ini.....meh baca dan sama2 menghayatinya....


PERANAN BAPA SEMAKIN MENCABAR
Oleh: Lokman bin Ismail

Masyarakat menghargai pengorbanan ibu. Hari Ibu disambut meriah setiap
tahun. Bermacam-macam program diadakan sempena Hari Ibu. Tetapi
pengorbanan bapa seperti dilupakan. Ramai tidak menyedari wujudnya
sambutan Hari Bapa. Tidak ada pihak mengadakan program meraikan Hari
Bapa. Tidak ada tokoh Bapa Mithali atau Bapa Soleh seperti dianugerahkan
kepada ibu sempena Hari Ibu.

Persoalan ini ditimbulkan bukan atas rasa irihati kaum bapa terhadap
kaum ibu. Tujuannya lebih menumpukan untuk melahirkan rasa kesedaran
kaum bapa terhadap tanggungjawab yang terpaksa ditanggung kerana manusia
mudah lupa jika tidak diulang sebut tentang tanggungjawab mereka. Manusia
kurang motivasi jika apa yang dilakukan tidak dihargai. Wajar benar sambutan
hari Bapa turut dimeriahkan seperti sambutan Hari Ibu.
Perkara penting untuk melahirkan keluarga bahagia terletak kepada
kepimpinan bapa. Perkara itu meliputi keupayaan mendidik, menjaga
keselamatan, memberi kasih sayang, menyara perbelanjaan dan
mempertahankan maruah. Justeru, bapa perlu banyak berkorban demi
melaksanakannya.

Sesungguhnya dalam hal ini bapa menanggung amanah yang besar.
Maka dalam melaksanakan tugas tersebut memerlukan keikhlasan, kesediaan,
kesungguhan, pengetahuan tentang tugas kebapaan, kemampuan dan
ketakwaan kepada Allah SWT.

Semua aspek ini mempunyai pendekatan berbeza yang wajar dilakukan
oleh setiap bapa dengan perasaan yakin dan tenang. Setiap aspek memerlukan
kemahiran dan kemampuan khusus yang perlu dikuasai oleh kaum bapa.
Kemahiran kebapaan bukan lahir secara ‘kebetulan’ apabila bergelar bapa.
Semuanya memerlukan usaha ke arah itu. Seorang bapa dapat mendalami ilmu
kebapaan dengan menghadiri kursus, berkongsi pengalaman, pembacaan dan
penghayatan terhadap tugas.

Tugas bapa bukan setakat menyediakan keperluan hidup seperti tempat
tinggal, makanan dan pakaian kepada anak-anak. Bahkan belum sempurna
tugas tersebut biarpun telah berjaya memberi kemewahan material kepada
anak-anak. Keperluan bapa melaksanakan tanggungjawab adalah meliputi
keperluan fizikal dan rohani. Kedua-dua keperluan itu sama penting.
Bapa tidak patut menganggap tugas yang dilakukan sebagai satu beban.
Perasaan teras terbeban dengan tanggungjawab akan menghilangkan rasa
ikhlas. Ini menjadikan keadaan lebih kusut dan bercelaru. Tanggungjawab
kebapaan tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Sebenarnya memimpin keluarga ke jalan yang diredhai Allah SWT adalah
satu jihad bagi seorang bapa untuk mendapat ganjaran besar di sisi Allah SWT.
Setiap masa yang diluangkan untuk mendidik dan bermesra dengan anak dan
ahli keluarga juga adalah sebahagian daripada jihad. Apa yang dilakukan tidak
sia-sia. Setiap tenaga yang dicurahkan dan wang yang dibelanjakan untuk
keluarga adalah sedekah
. Balasan pahala yang disediakan amat besar. Bapa
mithali mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW adalah contoh ikutan terbaik. Rasulullah
SAW menjelaskan aspek pergaulan dan kasih sayang adalah intipati kebahagiaan
sesebuah keluarga. Oleh itu Rasulullah SAW menganjurkan agar setiap bapa
sentiasa melakukan yang terbaik untuk keluarganya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli
keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan
dengan ahli keluargaku.” (Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

Ramai bapa mengabaikan aspek kemesraan dalam pergaulan dengan anak-anak
mereka. Mereka menganggap perkara tersebut tidak penting dalam
membina kebahagiaan keluarga. Ada sebilangannya yang lebih suka
menunjukkan sikap bengis sebagai cara mendidik anak. Dengan itu anak tidak
berpeluang ‘duduk rapat’ dengan bapa. Cara ini mengikut mereka lebih
berkesan agar anak-anak mudah mendengar kata dan tidak berani melakukan
perbuatan yang ditegah.

Namun begitu cara sedemikian mungkin berkesan ketika mana anak-anak
masih kecil tetapi hakikatnya kepatuhan anak kepada setiap larangan bukanlah
atas kesedaran atau kefahamannya mengapa sesuatu itu perlu dilakukan atau
dijauhi. Sebaliknya, anak tersebut tidak melakukan perbuatan dilarang hanya
disebabkan takut kepada hukuman.

Sebenarnya, bapa wajar sentiasa mengambil pendekatan terbaik untuk
membentuk hubungan mesra dan ceria dengan anak-anak. Ajarkan kepada anak
apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Beritahu mereka mengapa begitu dan
begini terjadi. Malah, bapa sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik.
Di waktu itulah juga masa yang sesuai dijelaskan kaitan larangan dengan
kehendak agama dan undang-undang kerana semua yang betul dan salah
mempunyai alasan yang perlu diperjelaskan kepada anak. Jika ada perkara yang
belum mampu mereka fahami, beritahu mereka “apabila dewasa nanti baru
faham. Sekarang ini cukuplah tahu kena buat, jangan buat, boleh dan tidak
boleh buat”.

Amat penting bagi bapa agar sentiasa berpegang bahawa konsep
mendidik anak hendaklah berterusan. Bapa adalah contoh ikutan untuk
membentuk peribadi anak. Oleh itu anak memerlukan masa bersama-sama bapa
untuk memerhati dan mencontohi apa yang dilakukan oleh bapanya. Bapa
adalah guru yang paling berkesan. Anak mudah ‘percaya’ apa yang diberitahu
oleh bapanya.

Hal ini amat penting dalam soal akidah dan keimanan kerana bapa yang
mencorakkan akidah anak mengikut apa yang diajarkan dan anak ‘sedia’
menerima apa yang diberikan kepada mereka. Sekiranya bapa tidak
menjalankan tanggungjawab tersebut akan ada pihak lain akan mengambil alih.
Oleh itu amat penting bagi seseorang bapa memastikan apa yang sepatutnya
diterima oleh anak.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam
keadaan suci bersih. Ibu bapalah bertanggungjawab mencoraknya anak itu
menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Bukhari dan Muslim)
Pengaruh negatif persekitaran dan rakan sebaya contohnya boleh
menyebabkan anak-anak hilang pedoman jika tidak dibimbing. Anak yang
bermasalah dan terlibat dengan gejala yang tidak baik kebanyakannya adalah
berpunca dari kurangnya perhatian daripada bapa.

Hadith riwayat at-Tirmizi bermaksud: “Tidak ada sesuatu pemberian yang
lebih baik daripada seseorang ayah kepada anaknya selain daripada budi pekerti
yang baik.”

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang beriman! Peliharalah diri
kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya ialah
manusia dan batu (berhala),” (at-Tahrim: 6)

Bapa mithali akan sentiasa mencari peluang untuk menghabiskan masa
bersama-sama dengan anak dan ahli keluarga. Bahkan anak menjadi inspirasi
kepada seseorang bapa untuk terus berusaha lebih gigih dan sentiasa
mengutamakan keluarga. Sebab itulah keletihan dan tekanan kerja akan hilang
apabila melihat wajah anak-anak serta mendapat layanan mesra daripada isteri.
Sebaliknya, bapa yang tidak bertanggungjawab akan menganggap anak
dan isteri sebagai beban dan menambahkan tekanan jiwa. Akhirnya mereka
menjadi mangsa melepas geram akibat tekanan perasaan yang sebenarnya
berpunca daripada masalah lain. Keadaan ini memburukkan lagi interaksi dan
kasih sayang dalam keluarga sehingga kehidupan menjadi lebih tertekan.
Sebab itulah, bapa bermasalah lebih suka berada di luar rumah bersamasama
rakan. Mereka lebih mengutamakan kawan-kawan daripada apa yang
diperlukan oleh anak-anak dan isteri. Tindakan ini sebenarnya tidak akan
menyelesaikan masalah.

Ramai juga para bapa yang sentiasa menghabiskan masa di luar rumah
akan mudah terlibat dalam aktiviti kurang baik. Akibatnya tanggungjawab
terhadap keluarga semakin diabaikan.

Oleh itu para bapa janganlah mengambil mudah kasih sayang dan
perhatian yang diperlukan oleh anak. Para bapa tidak boleh beranggapan
bahawa sudah memadai kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh ibu.

Diriwayatkan oleh Bukhari satu kisah bahawa pada satu hari semasa
Rasulullah mencium cucunya, perbuatan itu dilihat oleh Aqra bin Habis at-Tamimi
lalu beliau mengatakan: “Aku mempunyai sepuluh anak, tetapi tidak seorang
pun daripada mereka pernah aku cium.” Rasulullah SAW lalu menjawab: “Apa
dayaku apabila Allah telah mencabut kasih sayang daripada hatimu”.
Rasulullah SAW tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa
terhadap anak biarpun yang sudah berumahtangga. Rasulullah SAW sentiasa
mengunjungi rumah Fatimah dan bertanya khabar, serta memberi nasihat
berguna dalam menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu. Malah, Rasulullah SAW
sentiasa memberi sambutan mesra setiap kali ketibaan Fatimah mengunjungi
baginda. Baginda bangun menyambut ketibaan Fatimah, memberi kucupan dan
memimpinnya ke tempat duduk.

Sesungguhnya kasih sayang berterusan seorang bapa terhadap anak
biarpun yang sudah berkahwin bukanlah mengganggu urusan hidup anak,
kerana ikatan kasih sayang bapa terhadap anak adalah kasih sepanjang hayat.
Kesimpulannya, anak-anak akan lebih menghormati dan kagum kepada
bapa yang sedia memahami dan menghormati keperluan mereka. Anak tidak
akan mensia-siakan pengorbanan bapa yang menjalankan tanggungjawab yang
terbaik.

Kesimpulannya:
1. Berapa rapat anda dengan anak-anak anda?
2. Berapa kali anak-anak anda duduk di sisi anda dan menceritakan tentang perjalanan sehariannya di sekolah misalnya?
3. Bolehkah anda bergelak ketawa dengan anak-anak anda?
4. Bagaimana persepsi anak-anak terhadap anda sebagai bapa?
5. Bagaimana anda memenangi hati anak-anak anda? Dengan wang ringgit atau kasih sayang anda?

Sekiranya anda dengan tenang dapat menjawab persoalan ini dengan positif, maka anda sememangnya bapa yang cemerlang......

~Order From Zakiah~


Yg nampak gelap ni sbb ini guna ganache.....so dah tentu dah hitamnya....hehe......simple sahaja.....biasa ler.....hari bapa.....tarak idea aa......order ni kali ketiga dari customer ni......terima kasih ya.....

~Black & Red Theme~



Sejujurnya, aku sangat susah hati kalu customer mintak warna terang2 seperti hitam ke, merah ke atau apa2 warna yang seangkatan dengannya......aku ni lebih kepada warna yang lembut2 sahaja......oleh kerana aku guna paste, jadi warna2 ni sebetulnya mmg makan kos.....sebotol kecik sebesar ibu jari dah dkt RM10 reganya.....nak warna terang aku terpaksa pakai banyak.....aku tak suka guna pewarna biasa sbb kalu guna banyak, krim akan jadi pahit.....

Sekali tengok warna hitam dah jadi cam warna kelabu.....itu kira dah makan bnyk warna jadi aku stop takat tu jer......apa pun aku harap customer suka....

~Surprise Cuppies 4 Father's Day~



Cuppies ni surprise dr seorang isteri buat suami tercinta sempena hari bapa....tang tema hari bapa ni aku kurang arif sikit.....mmg tak dak idea compare kalu suruh buat untuk hari ibu......so memikirkan sbb hari bapa maka takan nak deco ala2 feminin kan.....jadi buat jer simple2 nyer deco.......temanya customer nak merah dan putih....

Feedback Hanim:

Tima kasih byk kak nina. Alhamdulillah, dpt gak sy wat surprise ngan pertolongan akak, cupcake tu cute sgt & sedappp...Nnt bley order lg :)

~Red and White Theme Cake~




Kek ni juga request dari orang Johor Bahru......kek buttercream.....designnya terpaksa aku ubahsuai sbb contoh yg customer nak seperti pattern kek fondant....so susah ler sikit aku nak jadikan exactly the same......bunga tu aku leraikan dari jambak dia....tp bila dah lerai2, mcm secotet jer lak jadinya....tp apa nak buat......mmg bnyk tu jer bunga yang dapat.....

~Gubahan Sireh Junjung~




Sireh Junjung ni tempahan khas dari orang Johor Bahru yang turun ke Perlis kerana menyempurnakan majlis perkahwinan anak teruna beliau, menantunya pula di Utan Aji.....dah lama tempahan dibuat....gubahannya aku dah siapkan malam tadi sbb pada awalnya hendak diambil pada petang nanti.....sekali dapat lak maklumat baru nak ambik esok pulak.....ngan cuaca panas terik ni alahai susah hati ngan daun sireh tu.....terpaksa ler bertapa kat dalam peti ais nak tak nak.....kalu letak kat luar alamak layu ler nanti.......nampaknya malam nanti kena gulung daun sireh baru sbb ada setengahnya daun muda yg nampaknya dah makin mengerekot ler pulak....hehe.....


~Everything Is Simple~




Hai....kali ni malas nak update entry satu2.....kira sekali rembat jer le......lagipun bukan orang nak tengok sangat pun....sbb pernah ler kengkawan aku bagitau ada ler few bloggers ni (yang biasa ler dulu2 dok chat2 ngan aku yg sekarang ni dah tak sudi singgah umah aku sbb katanya umah aku tak pernah update dan tak pernah maju, pesen kuno mcm zaman tok nadom dulu........hehe)......biasa ler bila kita tak dak orang kenal.....pastu orang tu lak dah jauh menapak ke depan dah skrg w/pun dulu biasa dok tanya aku mcm2.....tp hari ni dah mcm tak kenal ler pulak ya......hmmm......tak pe.....tak kisah sangat.....kawan yg baik adalah yg ikhlas nak kawan bukan takat nak cari kesempatan......so apa2 ajer le.........hak masing2 ler kan....

Minggu ni saja dok sibuk buat 5S kat dapur umah yang cinonet tu.....aku dok teruja tengok orang organize dapur bagi kemas walaupun kira umah aku tu tak leh nak compete ngan orang yang ada kabinet dapur coz umah aku tak dak built in kabinet ni......so aku kena pandai2 organize bagi mudah cari barang2......kalau tidak mmg ada barang2 yang aku salah letak ler, tak ingat letak ler.....ada yg aku beli berkali2 padahal dah ada tp ingat2 lupa dah beli ke belum....hehehe.......

~Another Simple Cake~


Another simple cake.....oleh sbb deco time yang sama maka hiasan dan warna pun sama saja sbb tak ada tema warna.....hehe.....

~Simple Cake~



Kek ni request dr ustazah tempat anak mengaji quran tiap2 malam......time ni not in the mood untuk deco2 jadi ambik jalan mudah, letak bunga ready made jer atas kek......lagipun kek nak travel jauh so harap2 ia lebih praktikal untuk dibawa....

~Eye On Malaysia, Melaka~






Last port of the day, tempat singgahan kita orang pada hari itu adalah ke Eye On Malaysia......geng2 opis masa tu dok sibuk naik bot untuk river cruise.....tp sbb dulu dah naik, malas ler nak naik lagi......

Pusing2 punya ler jauh tak jumpa cari mana jalan nak ke Eye On Malaysia ni......sign board lak kecik ajer.......sampai kat situ, hubby siang2 dah cakap......"sakit kepala ni".....hehehe.......so apa lagi.....aku naik ngan anak2........kena lak tak bape ramai orang hari tu, so coach tu dpt kat kita orang jer......apa lagi.....riuh rendah ler anak2 aku.......sebenarnya en hubby mmg gayat......susah nak pujuk dia naik benda2 yang tergantung2 gini.......

~Singgah Sebentar Di Masjid Pulau Melaka~





Singgah sebentar ke sini disebabkan tersesat......hehe....tapi pemandangannya sangat cantik.....lupa lak nak snap gambar dr depan.....

~Live Sketching in Melaka~

Entahlah ini untuk ke berapa kali sudah ke Melaka.....tapi kali ni memandangkan anak2 tidak ke mana2 semasa cuti sekolah, kasihan pulak kepada dia orang.....kebetulan opis aku ada buat rombongan ke Melaka, jadi aku mintak join last minute......travelling sendiri jer.....rakan2 sumer naik bas sebanyak 2 buah.....

Rakan2 sumer menginap di UiTM Lendu......tapi sbb dah x ada bilik kosong, maka aku ngan famili stay di Hotel Naza.....tak jauh dari UiTM Kampus Bandaraya......very the cozy jer bilik kat hotel w/pun tidak terlalu luas.....tp selesa dan for sure menjadi pilihan aku dan famili di lain masa.....cuma anak2 tetap terkilan sbb di hotel tu tak ada kolam renang......apa nak buat.....

Oleh sbb dah selalu sangat ke Melaka, maka tidak ler jalan2 pusing Melaka sangat.....dah selalu dah turun naik muzium.......tak larat lak nak jalan2 di tengah2 panas terik ni......cuma cari port yang teduh2 dan sejuk2....hehe.....

So aku ajak hubby ngan anak2 ronda2 ke Dataran Pahlawan Mall selepas makan pagi......tak pernah masuk lagi ke situ sblm ni.....kebetulan semasa ronda2 tu terlihat sekumpulan painter tengah melukis......4 orang dari mereka lebih kepada karakter karikatur......2 lagi lebih kepada potret wajah.......oooo.....aku sangat2 mengagumi mereka yang memiliki kemahiran melukis sebegini kerana aku juga sangat berminat dengan seni2 seperti itu.......itu ler pertama kali aku melihat pensil lukisan 8B berbanding yang selalu kita semua selalu guna iaitu 2B......aku mesti dapatkan pensil itu jugak.....ini hobi lama aku yang dah lama aku tinggalkan......masa untuk menggilap nanti....









Saudara Zakir Ali sedang khusyuk melukis potret seorang pengunjung pada hari itu....alahai....very the curly rambut dia......kalah anak aku.....hehe....




Bersama pelukis potret anak2 aku.....Saudara Zakir Amir.....terima kasih atas lukisan yang sangat cantik itu....semua orang terpegun ngan hasil kerja beliau.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...