Showing posts with label RESIPI. Show all posts
Showing posts with label RESIPI. Show all posts

POP CORN BERKARAMEL

Moh kita buat popcorn sendiri....request dari anak-anak....sambil2 plannya sambil tngk Gegar Vaganza....


POPCORN BERKARAMEL

1 cawan jagung kering - beli di bakeri
1 sudu besar mentega

Cairkan butter, masukkan jagung kering, gaul2kan dan tutup dengan tudung.  Gunakan bekas besar dan biar hingga bunyi meletup berhenti baru buka tudung.

Tuangkan popcorn ke dalam tray dan ratakan.  Bahagikan 2 supaya senang semasa nak gaul2 dengan karamel nanti.

SOS KARAMEL
1 cawan gula castor
1 sudu besar mentega
1/2 cawan whipping cream

Panaskan gula castor dan biar ia menjadi perang.  Masukkan mentega dan kacau2 hingga semua sebati.  Ia akan membuak tetapi pastikan sentiasa kacau dengan senduk kayu.  Kemudian masukkan whipping cream  sedikit demi sedikit, ia akan membuak tapi jangan lupa sentiasa kacau.  Masukkan sampai habis sambil dikacau.  Kacau hingga ia pekat.  Tuangkan ke atas popcorn tadi dan gaul cepat2 biar sekata.  Panaskan oven pada suhu 170'c dan bakar popcorn tadi selama 15-20 minit.  Bila dah siap, karamel akan mencair sedikit, biarkan dahulu jangan pegang.  Selepas 10 minit gitu boleh le diangkat dan isi ke dalam bekas kedap udara.





DAUN TURI MASAK LEMAK

Naa....another kutipan dari kebun gak....kononnya sayang nak petik daun turi tu tp en suami kata dahannya makin membesar dan dah tolak2 pagar, sayang tu sbb bnyk bunga2 ada pada batangnya....bunga2 pun dapat banyak....so buat le gak kutipan besar-besaran boleh le buat masak....


Kita buat masak lemak....itu je yang sinonim dan kesukaan suami n anak2.....


DAUN TURI MASAK LEMAK

Daun Turi + Bunga Turi
Santan secukupnya
Tauhu sekeping - dipotong dadu
Garam/Gula

Bahan Tumbuk:
1 ekor ikan kembung -ambil isinya
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
 1 sudu kecil lada hitam

Masukkan santan dan air ke dalam periuk.  Masukkan bahan tumbuk.  Kacau2 hignga mendidih kemudian masukkan daun turi dan bunga turi.  Masukkan le tauhu tadi.  Masukkan garam dan gula secukup rasa.  Mudah sahaja kan.....dah berselera dah makan....


Asam Pedas Ikan Kembung

Masak Asam Pedas.....kali ni guna hasil dari kebun....daun kesum daun besar2 yang tanam kat atas koridor umah....sebelum jadi sarang bena tu, potong2 n semai lain keratan nanti....bendi tu pun hasil kutipan dari kebun.....berbuah satu satu je, jadi simpan le dpt 3 biji hehe....buah jenis bendi arab, so besar2 gedabak buahnya.....


ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Segenggam lada kering - potong dan rendam dalam air panas - toskan

Kisar bahan di atas hingga lumat.  Ketepikan

5 ekor ikan kembung
Air secukupnya
Daun Kesom
Bendi 
Air asam jawa
Garam/Gula secukupnya

Panaskan kuali, masukkan minyak dan masukkan bahan kisar.  Masak hingga garing terlebih dahulu.  Masukkan air bersama air asam jawa.  Masukkan ikan, Akhir sekali masukkan daun kesum, bendi, garam dan gula.

**guna stok ada di dapur sahaja



DAGING MASAK KERUTUB


Menu kerutub adalah menu tradisional kenduri2 di negeri Kelantan sejak dahulu lagi.  Sama taraf le orang kata ngan masakan kuzi, kira masakan mewah.  Di majlis-majlis perkahwinan dulu2 masak kerutub ni kira mmg special, lagipun dulu2 bukan makan stail buffet seperti sekarang, dulu2 makannya stail hidang ngan 'saprah' n dimakan ramai2 dalam 7-8 orang satu hidang.  Daging ni pun dihidang dalam bentuk 'big chunk', seketul2 gitu....nak dibuat stail buffet tak berapa sesuai le, jenuh lembu kena korban nanti.....

Yang penting nak buat kerutub mesti le rempah kerutub....orang kata leh je pakai rempah kari, sumer pun rempah....tp sebenarnya cara rempah tu diadun yang menjadikan rempah tu rasanya berlainan.  If ke kedai rempah di atas pasar siti khadijah, rempah kerutub bila dibeli akan dicampur2 pula dengan beberapa jenis rempah lain dan digoncang2 untuk disebatikan.  Kalau pakai rempah kari mmg rasanya lari le sikit....yang pandai mengadun mesti le orang yang biasa bermain ngan rempah2 ni, nak kena mix kisaran rempah pelbagai untuk menghasilkan serbuk rempah yang sebenar.

Saya pula biasanya beli di depan rumah mak di kampung sahaja memandangkan jiran saya adalah taukeh rempah ratus dan kilang dia pun depan rumah tu gak, dan setakat ni mmg suka rasa2 rempah dia, kena ngan selera.  

Untuk hidangan bekal anak ke sekolah ni dagingnya potong lebar2 dari biasa tp tak le seketul2 besar gitu, janji senang anak2 nak kunyah.

DAGING MASAK KERUTUB

Dikisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit hirisan lengkuas

Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Buah Pelaga
Kulit Kayu Manis

Dihiris
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

1 sudu besar kerisik
3 sudu santan pekat
3 sudu besar rempah kerutub } jadikan pes
1/2 sudu besar pes cili }
3/4 keping gula melaka/nise
1 keping asam keping
1 batang serai - diketuk
Daging - secukupnya

Tumiskan bahan hirisan hingga sedikit garing bersama kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang.  Masukkan bahan kisar bersama dengan pes kerutub tadi.  Gaul2 hingga pecah minyak.  Masukkan daging dan gaul sebentar.  Masukkan air.  Masukkan juga asam keping, gula melaka, serai dan garam secukupnya.  Kacau2 sebati.  Masukkan santan pekat dan gaul2.  Masukkan kerisik dan gaul lagi hingga pes kering.  Jika hendak berkuah, tidak perlu masak terlalu lama.

Untuk memasak jenis lauk pauk ni, kita kena pandai main agak2.  Tak perlu ikut spesifik sukatan individu, kena rasa dan rasa biar kena ngan tekak.  Kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita.  Kita yang nak makan, bukan orang lain.  Kita bereksperimen ikut selera kita.  Nak campak apa pun campak je le hehehe....







MENU BEKAL SEKOLAH

Musim exam untuk along....request minta bawa bekal hari2 sepanjang peperiksaannya....demi untuk dia tenang dan gembira, biarpun penat ari2 buatkan le jugak.....dah buatkan untuk along, yang lain pun request nak gak bawak bekal le...first day buat daging ketumbar berempah, then buat ayam kurma....tak sempat nak snap gambar.....tak ada mood le pulak.....arini buat ayam masak tomato ngan kangkung goreng belacan....kangkung fresh ambik dari kebun....cinonet je daunnya.....tp memikirkan lama dah tanam tak besar2 jugak, hentam aje le.....terus rembat je le buat untuk bekal along......lama2 kita pun dah takde idea nak masak apa yang jenis simple dan tak menyusahkan anak2 untuk makan...


Kangkung ngan bunga turi yang dah 2 hari dikutip.....first kutipan dah siap buat masak lemak ngan daun bayam ari minggu aritu....daun turi tak kutip lagi, sayang nak potong2 sbb pokoknya pun masih rendah.....tunggu besar sikit baru buat kutipan besar-besaran.....


Ayam Masak Tomato

Ayam - dipotong  ketulan kecil2
1 ulas bawang besar kuning (blend 3/4, baki dipotong gegelang)
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil pes halia bentong
1 sudu besar pes cili
1 sudu kecil air asam jawa
Sos Tomato + Sos Cili - secukupnya
Gula secukupnya
Garam secukupnya

Ayam disalut garam dan digoreng garing.  Angkat.  Tumiskan bawang besar, bawang putih, pes halia dan pes cili yang telah dikisar bersama hingga betul2 pecah minyak.  Masukkan air, sos tomato, sos cili dan gegelang bawang tadi.  Masukkan ayam.  Masukkan air asam jawa.  Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.



CUCUR MALAS

Cucur Malas...sesuai le dengan namanya....menu untuk bekpas untuk orang yang malas....janji leh alas perut sampai tengahari.....eh...teruk betul....tp tak kisah janji kenyang hehehe.....yang penting syok makan sambil tengok tv cicah lak ngan sos cili kikiki.....


1 1/2 cawan tepung gandum
Air secukupnya
Garam secukupnya
Segenggam ikan bilis - basuh 
Bawang Merah - hiris halus
Daun Bawang - hiris 
Lada Merah - hiris halus dan cincang

Campurkan semua bahan dan bolehlah digoreng.  Jika nak bulat2kan, pastikan air yang digunakan sedikit sahaja supaya senang hendak dibulatkan.  Goreng garing supaya masak sekata di dalamnya.
Saya tak suka bulat2kan, suka main sudu2kan aje terus masuk dalam minyak panas.

Mee Kari Ala-Ala



Haha....nape mee kari ala-ala?  Sbb bahan tak cukup....jadi ala2 hampir je le kejadiannya....boleh le buat makan ngan anak2....janji habis depa hadap....mee kari bukan le resipi susah....benda paling mudah nak disediakan sebenarnya.....

Cuma kejadian pada hari tu menyebabkan bahan2 tak complete....suruh le si anak teruna singgah kedai bila abis tuition untuk belikan sayuran buat partner mee kari nih....suruh beli sawi hijau biasa, dia beli lak sawi putih, suruh beli taugeh biasa, dia beli lak taugeh cameron yang hijau tu....suh beli tauhu keras, dia beli lak tauhu telur yang lembik....tak leh salahkan dia le...dah memang di paket2 tu tulis nama taugeh, sawi ngan tauhu....yang belakang dia pun tak kenal.....jadinya makan je la apa yang ada.....

MEE KARI ALA-ALA
(untuk 4 orang makan)

Mee 1 paket - celur dengan air panas
Sawi - celur dan potong2
Taugeh - celur 
Tauhu - goreng sebentar dan potong2
Cili Merah - hiris halus2
2 biji telur - direbus
Limau Nipis - jika perlu
Bahan Kuah:

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil halia (saya guna pes halia bentong)
1 sudu besar udang kering

Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air.

1 1/2 kotak santan kotak
3 sudu besar rempah kari - jadikan pes
1 sudu besar asam jawa (pati pekat)
2 sudu besar gula
2 sudu besar udang kering
Isi Ayam - dihiris kecil2 secukupnya
2 biji ubi kentang - potong sesuka hati
Fish Ball - secukupnya, belah 2
Air secukupnya
Garam secukupnya

Tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan garing sedikit.  Masukkan gula kemudian pes kari dan kacau hingga pecah minyak.  Masukkan sedikit air.  Masukkan ayam dan ubi kentang.  Kacau.  Bila hampir empuk ayamnya, masukkan santan kotak tadi bersama udang kering, asam jawa dan fish ball.  Kuah sedap sedikit pekat, jadi jangan masuk terlalu banyak air.  Perasakan lagi dengan garam dan gula jika perlu. 




BEKAL SEKOLAH : MAC N CHEESE


Siapkan yang simple....ding dong ding dong siap....bahan pun tak banyak, pastu suka hati je masak tak de sukatan....separuh makan dulu, separuh anak2 bawak bekal....masak untuk anak2 ni tak perlu yang berat2 sangat....bagi dia orang janji leh kenyang....sebenarnya godek2 dapur jumpa macaroni.....rasa malas nak masak nasi, jadi bagi cadangan kita buat mac n cheese aje le.....mula2 anak2 tak nak, pastu dia org cakap ok pulak.....dah ada green light, kita proceed aje.....

Anak2 lagi2 baby paling suka makan mac and cheese dekat Kenny Roger's.....saya pun suka jugak.  Tp masih tak dapat rasa nak sama dengan Kenny Roger's.  Setakat nak makan sendiri of course boleh le, perasa tak sekuat makan kat KR, kita buat versi sihat kita sendiri....


Mac And Cheese Versi Mudah
(sukatan adalah anggaran saya)

1 paket macaroni 
(Siapkan air, masukkan minyak masak sekadar perlu dan tunggu mendidih, kemudian masukkan macaroni dan rebus hingga masak)

500 ml susu segar
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
200 gm cheddar cheese
100 gm cheddar cheese emborg (orange)
Garam secukupnya

Panaskan butter, kemudian masukkan tepung gandum.  Kacau2 hingga sebati dan tuang susu segar sedikit demi sedikit.  Kacau hingga sedikit pekat, masukkan cheedar cheese dan kacau hingga sebati.  Masukkan garam.  Siap.  Masukkan kuah ke atas macaroni bila sedia hendak dimakan.  Kalau rasa terlampau pekat, tambahkan susu segar.  Jika kurang rasa cheese, tambahkan saja.


RESIPI : IKAN DORI SWEET SOUR


Cakap kat anak-anak arini bawak bekal nasi je le....stok barang basah kat dapur sebenarnya dah tak ada....belek2 ada frozen dori je....so memandangkan bekas cuma leh muat satu nasi dan satu lauk, maka dapat idea buat ikan dori masak sweet sour....tp tak cukup korum gak sbb sos tomato pun keabisan stok....sayur apa pun tak ada.....buat le telur dadar hiris halus2, itu pun sib baik stok telur sentiasa ada untuk kerja bilik kek....buat anak2 tambah selera makan......rasanya kena cari bekas lain le kalu nak bawak bekal, bekas ni macam tak cukup space nak isi makanan.....arini ujan lebat, spoil nak panaskan nasi semula tadi, tengok2 periuk nasi rosak....huhu.....

IKAN DORI SWEET SOUR

3 filet ikan dori - potong2 dadu
1 biji telur
Tepung gandum
Tepung jagung - anggaran 1/4 dari adunan tepung
Garam/Perasa
Sedikit serbuk lada putih
Air secukupnya

Campur semua bahan biar pekat dan celupkan ikan.  Goreng hingga berwarna kuning keemasan.  Angkat.

Sos:
4 ulas bawang putih - hiris halus
1 ulas bawang merah - hiris halus
1 inci halia - hiris halus
Sos Tomato
Sos Cili
Sos Tiram
Madu dalam 2 sudu besar
Minyak utk menumis
Daun bawang
1 sudu besar tepung jagung + air  untuk memekatkan sos

Tumiskan bahan hirisan hingga naik bau.  Masukkan air dan masukkan sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan madu.  Masukkan tepung jagung yang telah dicairkan dengan air untuk tujuan memekatkan sos.  Tuang sos ke atas ikan yang telah siap digoreng tadi.


RESIPI : SPAGHETTI BOLOGNESE EXPRESS


Ada masanya kesian dengan permintaan anak-anak....mana yang larat kita layankan aje....oleh sebab semalam masih ada lebihan sos dalam tin, jadi daripada dibiarkan nanti kering dan rosak, jadi menu arini seharusnya yang berkaitan jugak, iaitu Spaghetti Bolognese.....tetap menu mudah dan simple.....bila dah namanya bekal ke sekolah, harus bahan2 yang express sebab bekas pun ada 2 ruang je....jadi tak leh letak banyak2....

Yang jenuhnya bila nak berbekal ke sekolah, idea boleh tak de apa lagi nak cari yang paling simple dan mudah.  Sesetengah menu anak2 tak berapa suka bila kita cakap nak buat, jadi tiap kali nak buat kena tanya makan ke tak....n yang pasti kena check dulu kat pantry ada ke stok nak guna....

SPAGHETTI BOLOGNESE EXPRESS

1/2 packet spaghetti - dicelur

Bahan Sos
1/2 tin sos prego
1/2 tin tomato puree - tin saiz sederhana
1 tiub daging cincang
1/2 biji tomato - cincang
6-7 ketul cendawan dalam tin - hiris2 bulat
Minyak Zaitun
5 ulas bawang putih - cincang halus
1 ulas bawang merah - cincang halus
Sedikit garam

Celurkan spaghetti ke dalam air mendidih yang dicampur dengan minyak zaitun.  Angkat bila telah masak, toskan.

Untuk sos, panaskan minyak zaitun.  Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.  Masukkan daging cincang dan masak hingga airnya kering.  Masukkan semua sos dan sedikit air jika perlu.  Letakkan mushroom bersama tomato dan garam.  Biar hingga masak.  Angkat.

Selalunya saya sediakan awal2 sebelum tidur pada malamnya, masukkan dalam bekas dan pagi esoknya saya akan panaskan semula sebelum packing dalam lunch box anak-anak.


RESIPI : Mini Pizza Express


Anak-anak nyer request nak bawak bekal ke sekolah.  Lama tak masak untuk bekal sbb ada 3 idea yang nak kena buat, bila banyak sangat kepala yang bagi idea, last2 pening kepala hehehe.....ye le kan, sorang nak nasi sorang tak mau sayur, sorang nak itu ini.....dulu2 buat tp lama2 pakat malu le pulak nak bawak bekal, tp smlm request nak bawak bekal le pulak, siap beli bekas dekat kedai DIY 2-3 hari lepas.

Idea paling mudah dan express je le yang pentingnya.  Maklum le, kelam kabut pagi2 mmg tak sempat nak mengadap di dapur lama2.  Maka jadi le express nyer mini pizza.

Mini Pizza Express

Roti Gardenia 6 keping
Isi Ayam Cincang - dalam 8 sudu besar
1/2 tin sos prego
5 ulas bawang putih - cincang halus
Oregano & Mix Herbs
3 slice cheddar cheese
Mozarella cheese - shredded
Cendawan - hiris bulat
Tomato 1 biji - dipotong dadu
Lada Benggala - 1 biji - potong dadu
Tomato Puree - untuk sapu di atas roti

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan masukkan ayam cincang tadi.  Kacau2 sampai masak.  Masukkan sos prego (bekas merah) dan kacau2 lagi hingga ayam betul2 masak.

Masukkan oregano dan mix herbs dan sedikit air.  Masukkan cendawan dan separuh tomato cincang tadi.  Biar sedikit kering.  Tutupkan api dan sediakan roti.  Lumurkan roti dengan tomato puree, letakkan isi ayam tadi dan tabur tomato, lada benggala, susun cheddar cheese yang dicarik2 dan last sekali mozarella cheese.  Panaskan oven dan bakar dalam 10-15 minit hingga cheese cair.  Siap.


KEK KELADI


KEK KELADI 

Bahan-bahan ( Saiz Loyang: 22cm ) 

KEK: 
250 gram sponge cake mix 
5 biji telur (A) 
1/2 sudu besar ovellatte 
40 ml air 
40 ml mentega cair (original recipe x de ni....was-was....so letak gak) 

TOPPING KELADI: 
1 kg keladi 
1/2 cawan gula 
3 biji telur (A) 
120 gram santan pekat 
300 ml air 
1/4 cawan tepung gandum 
20 gram tepung jagung 
25 gram gelatin 
Beberapa titik pewarna ungu 
1/2 sudu teh garam 
Kelapa kering sebagai hiasan 

Cara-cara 

KEK : 
Panaskan oven.Campurkan semua bahan-bahan kek. Pukul dengan mixer hingga kembang. bakar pada suhu 170 darjah. Potong kek tadi kepada tiga bahagian menggunakan cake leveler atau pisau yang panjang. Kemaskan bahagian tepinya dengan memotong bahagian yang berwarna coklat. 

KELADI: 
Kupas keladi dan potong-potongkan. Rebus hingga empuk. Blend keladi dengan air dan telur. Masukkan kedalam periuk.Campurkan bahan-bahan lain hingga sebati- santan,gula,tepung gandum,tepung jagung,gelatin, pewarna ungu dan garam. Kacau hingga mendidih dan masak. Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi keatasnya. Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulang untuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper. Kek keladi yang telah siap diratakan. Taburkan kelapa kering keseluruh bahagian kek. Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.

KEK MARBLE BLACKMORE


KEK MARBLE BLACKMORE
Sumber: Blackmore
Tested by Nina

Bahan A
250gm butter
1 tsp serbuk vanilla
30gm susu tepong...tak kira arr...nespray...dutch lady...dumex pon bley

Bahan-bahan dijadikan satu dan dipukul ngan K-beater sampai adunan sebati dan butter berkilat. Kemudian asingkan dalam bekas yang lain.

Bahan B
160gm gula kastor
7 biji kuning telor
6 biji putih telor
1 sudu makan ovalette

Masukkan Bahan B dalam bekas yang lain dan dipukul dengan kelajuan tinggi sampai adunan nie kembang, selalunya dalam 15 – 20 minit.

Bahan C
200gm tepong naik sendiri + 1/2 tsp baking powder - diayak
200gm tepong optima (yang nie tak payah diayak)
3 sudu makan susu cair...tak kira apa brand..asal susu cair...susu dumex pon ok

Selepas Bahan B kembang, pelankan kelajuan mesin pemukul dan masukkan susu cair. Masukkan tepung-tepong tu, dipukul sebentar saja hingga sebati then stop the machine. Masukkan Bahan A dan kacau hingga rata dan sebati menggunakan senduk kayu.Selepas itu bahagikan pada dua bahagian. Satu bahagian campurkan serbuk koko. Kalau nak letak perasa tambahan pun boleh. Bagi 3 bahagian, kemudian campurkan perasa strawberi, nanti bila dah siap ada 3 warna.Loyang pembakar disapu ngan sedikit butter dan alas ngan kertas pembakar. Oven set kepanasan 190 darjah C. Gunakan loyang pembakar 11” x 11” dan bakar selama 45 minit – 1 jam.Selepas satu jam, bila hendak keluarkan kek dan lihat dibahagian tengah kek macam “bergoyang-goyang” jangan angkat dulu, boleh bakar lagi selama 20 – 30 minit. Sebab lain oven lain suhunya. Ini selalu berlaku bila menggunakan loyang pembakar yang kecil dari 11”. Nak pastikan kek dah betul-betul masak, cucuk dengan lidi pengguji dan bila ia keluar kering dan bersih, kek pun dah masak.

KEK PISANG

Resipi recap....petang2 pekena kek pisang panas2 mmg nyum nyum....


250 gm butter
1 cawan gula castor
3 biji telur Gred A
6-7 biji Pisang (yg telah ranum) - dikisar
60 ml susu segar
100 ml plain yoghurt
1 3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Cara


Butter dengan gula diputar hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan pisang yang telah dikisar halus tadi. Masukkan yoghurt dan putar lagi perlahan-lahan. Kaup balikkan tepung, soda dengan baking powder (yg telah diayak bersama terlebih dahulu) dan diselang selikan dengan susu segar tadi. Bakar selama 60 minit pada suhu 180'c atau sehingga masak.

SWISS ROLL

Ini resipi recap dr zaman fotopages.  Tak pasti dah simpan ke belum.  Jadi ambil balik dan simpan semula di sini untuk rujukan di masa2 akan datang.


Swiss Roll
Recipe by Shida
Tested by Nina @ babybatriesyia

6 biji telur
4 biji kuning telur
190gm gula castor
1sk serbuk penaik
1 sudu besar ovalette
30gm air
100gm tepung
60gm tepung jagung
60gm mentega cair
1sk vanilla

sedikit jem atau cream untuk inti

caranya:

1. Campurkan semua bahan kecuali mentega cair ke dalam mangkuk pembancuh.
2. Putar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga kembang & kental
3. Kaup balikkan mentega cair ke dalam adunan sehingga rata
4. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar hingga masak dengan suhu 190C

Tips:

1. Biasanya untuk bakar swiss roll, kita memerlukan loyang yang lebar & agak besar. Jangan bakar terlalu lama. Kek ni kena masak cepat. Gunakan api yang agak kuat dalam 180 darjah celcius. Agak-agak dalam 10-15 minit sahaja.
2. Kalau nak buat perasa koko, kurangkan 20gm tepung dan tambahkan 20gm serbuk koko.

Tambahan:
1. gunakan acuan 14 x 14 cm
2. Adunan mesti benar2 kental - bila angkat x jatuh....
3. Satu lagi tip, yg saya buat - lepas jer kek masak, keluarkan dari acuan - gulung kek terlebih dahulu sebelum disapu buttercream, then baru bukak gulungan, baru disapu krim....gulung semula, insyaAllah kek x akan patah, elok jer gulungan dia nanti....
4. Jgn lupa, hanya kaup balikkan mentega cair dlm adunan, jgn kacau....supaya kek tetap kembang elok
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...