Ada someone request nak resipi kek coklat.....cuma ni baru berkesempatan nak update entry.....so harap yang tanya2 tu dah puas hati le ya....sori le ya, saya bukan pro yang pandai2 create resipi, kebanyakannya yang saya cari online and tru buku2 dan saya tested....mana yang ok saya kekalkan dalam senarai menu pilihan saya....kecuali menu lauk pauk tu kadang2 mmg hentam saja.....kek2 tak berani le saya.....so bagi resipi yang tak ok, saya diam saja le letak tepi.....yg ni antara peberet saya le sbb rasanya sangat moist.....
~Chocolate Moist Cake~
Sumber asal : HaSue
100 gm serbuk koko
180 gm gula pasir
1 tin susu sejat (saya guna full cream milk dutch lady)
200 minyak sayuran (saya guna minyak jagung)
250 gm susu pekat manis
4 biji telur (saya guna telur Gred A)
150 gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Campur serbuk koko, gula pasir, susu pekat, susu sejat, minyak jagung dan masak atas api perlahan hingga gula cair. Tidak perlu menggelegak. Telur tadi dipukul sekejap dan campur sekali dengan bahan tadi. Masukkan bahan kering iaitu tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat dan gaul sebati. Bakar selama 30-40 minit bergantung oven anda hingga betul2 masak.





