Showing posts with label sweetbatriesyiabynina. Show all posts
Showing posts with label sweetbatriesyiabynina. Show all posts

TEMPAHAN TUDUNG/TELEKUNG

22 Ogos 2017

Sebahagian tempahan tudung dan telekung, termasuk alter telekung...alhamdulillah....

 

 

Upah Alteration Telekung (Muka sahaja) (RM10-RM20) 

**Upah bergantung telekung, kerana ada sesetengah telekung sebelum alter terpaksa digunting dari bahagian bawah depan, ada yang perlu tetas sahaja

 


Upah Jahit Telekung (Kain Sendiri) = RM50


Untuk tempahan, klik link di bawah:


TUDUNG FLOWY

22 Ogos 2017


Ini pula namanya Tudung Flowy, versi ini cantuman antara body lycra/moss crepe dengan flowy menggunakan chiffon, saya senang ngan body lycra/moss crepe sebab lebih berat berbanding menggunakan fully chiffon.  

Sangat selesa dipakai, dan nampak lebih terletak.


Harga adalah sebagaimana berikut:-

TUDUNG FLOWY BY  SweetBatriesyia

Body (Plain Moss Crepe) + Plain Chiffon (Kedut)
RM42.00 + RM8 (postage)

Body (Printed Lycra/Printed Moss Crepe) + Plain Chiffon (Kedut)
RM45.00 + RM8 (postage)

Body (Plain Lycra) + Plain Chiffon (Kedut)
RM30.00 + RM8 (postage)

Labuh Hadapan : 16 inci
Instant Satu Muka

Untuk tempahan, klik link di bawah:

TUDUNG SCALLOP

22 Ogos 2017


Tudung Scallop walaupun nampak mudah, tp sedikit tricky part nak buat lipatan pada bahu sbb lycra ni kain licin, so kita buat je le ikut cara sendiri, janji jadi kedut2 gitu....pola dia belajar dari group fb tp dah saya adjust2 supaya sesuai dengan saya dan seimbang labuh depan belakang.  Since tudung ni bahagian muka lain sikit n kurang sesuai pakai brooch, jadi saya ambik bahagian memeri untuk muka, so saya kekalkan 10.5 inci sahaja untuk muka.

Untuk bahagian awning, saya guna saiz 15 x 4.5 inci, untuk saya bersaiz muka kecik dah mmg sesuai ukuran ni, bercakap pasal awning nih, tak semua selesa ngan certain2 saiz, kena ingat if yang bersaiz muka panjang mungkin rasa awning ni pendek, jadi kena tambahkan panjang awning.  Untuk standard, ukuran 15 inci dah lebih dari sesuai.


Finishing tepi tudung kita jahit tepi halus, lebih sesuai supaya nampak curly sbb tudung pun ala2 scallop, nampak beralun gitu.

Buat masa ini saya ambil tempahan tudung jenis ini dengan saiz tudung dan awning standard sahaja, tak ada special request lain.  Awning sahaja boleh buat pilihan, soft awning atau half hard awning.

Harga adalah sebagaimana berikut:-

TUDUNG SCALLOP BY SweetBatriesyia

Body (Kain Printed Lycra + Soft Awning Lycra Cotton Plain @ Half Hard Awning)
RM49.00 + RM8 (postage)

Body (Plain Lycra Cotton/Plain Lycra + Soft Awning Lycra Cotton Plain @ Half Hard Awning)
RM42.00 + RM8 (postage)

Labuh Hadapan : 16 inci
Saiz Muka : 10.5 inci (memeri)

Untuk tempahan, klik link di bawah:



CUSTOM MADE SYRIA SOFT AWNING + DAGU



Siapkan sample untuk tudung printed, soon plan nak buat ready stock satu saiz sahaja....maybe untuk kanak-kanak, maybe untuk dewasa.....soon pertengahan Mac bila mesin coverstitch industri sampai.....versi tudung ni siap berdagu, saiz pun satu je le nak buat either untuk kanak-kanak atau dewasa je, salah satu je le...masih duk pk nak open kat sapa.  Maybe kanak-kanak lebih meriah sikit.  Kita tengok je le mcm mana.  Kalu ada dewasa yang nak, leh custom made.....harga RM35 sepasang tak masuk postage, tapi saiz standard labuh hadapan 18 inci, belakang 27 inci, muka saiz 10.5 inci (memeri). 



Yang ni versi labuh depan 18 inci, kira saiz L le gitu.  Ukuran muka free size dewasa 10.5 inci,kira saiz sendiri....sangat2 selesa pakai.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...