Wednesday, January 21, 2009

Red Velvet Cake



Recap From My FP

Kek ni nama Red Velvet - kek ni sejenis kek coklat juga sebenarnya tp kandungan dia sedikit berbeza....yg jadikan dia Red Velvet ni sebab warnanya dark red atau dark brown gitu....tp x letak le warna banyak-banyak, takut org terkejut nak makan....kek ni mmg sedap dan gebu....untuk kek ni, me cuma guna tepung gandum biasa sahaja....

RED VELVET

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bicarbonate
1 cawan/226 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
1 1/2 cawan gula castor
4 biji telur - sederhana besar
1 cawan krim masam / sour cream
1/2 cawan susu segar
1 sudu teh perasa vanila
Pewarna Merah - terserah mengikut terang warna dikehendaki

Cara

Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170'C. Sediakan acuan 9" yang telah digriskan. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan soda bicarbonate. Ketepikan dahulu. Putar butter dan gula hingga kembang selama lebih kurang 5-7 minit. Kemudian masukkan telur satu demi satu. Adunkan sour cream, susu, pewarna dan perasa vanila. Kaup balikkan tepung sehingga bercampur rata. Jangan terlebih putar.

Tuangkan acuan ke dalam bekas dan bolehlah dibakar selama lebih kurang 1-1 1/2 jam atau sehingga lidi yang dicucuk ke tengah kek keluar bersih. Sejukkan dahulu sebelum dialihkan ke atas rak dawai. Potong kek bila kek telah benar-benar sejuk atau ia akan mudah berderai.

1 comment:

KSWSK said...

kak nina...wa guna resepi akk yer..mekasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...