Wednesday, January 7, 2009

Roti Naik

Hujung minggu x de kerja lain asyik roti, roti, roti je.....tp anak2 suka makan roti....so tu pasal kerja buat roti je.....siap demand macam macam.........x pe le....boleh gak tumpang makan....roti kali ni ambik dr resipenet, ROTI NAIK namanya......mmg naik pun.....teramatlah gebu.....masa putar tu nampak lembik je....risau pulak takut x jadi...even masa bulat2kan pun.....lembik je....tp lepas 2 jam proofing, mmg naik elok.....sampai nak pegang pulak naik takut, punyale teramatlah gebu.....

ROTI NAIK

400 gm tepung roti
100 gm tepung superfine
280 gm air
40 gm tepung susu
180 gm soft brown sugar
100 gm butter
11 gm yis kering
pewarna kuning
1 sudu kecil esen vanila
5 gm garam
6 gm bread improver

Cara

Masukkan semua bahan kering ke dalam pemutar. Gunakan speed rendah, tuangkan air yang telah dicampurkan dengan esen vanila dan pewarna kuning sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.. Bila adunan telah rata, masukkan butter dan gunakan speed yang laju untuk mendapatkan tektur yang elastik. Biarkan adunan rehat selama 10 minit sahaja dan timbangkan adunan 35 gm setiap doh. Ambil satu doh dan lumurkan dengan butter. Ulang untuk setiap doh. Susun setiap doh dalam loyang, jarakkan dan biarkan naik 2x ganda. Doh akan mengambil masa yang lama untuk naik (untuk kali ni, saya biarkan doh lebih kurang 2 jam lebih) - bakar selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga masak. Sapukan marjerin di atas untuk mengilatkannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...