Lagi tudung2 dari SweetBatriesyia...


Alhamdulillah...tudung tempahan customer untuk sesi ni dah selamat disampaikan kepada customer....tudung hitam ni versi tak pernah dijahit, cuma berpandukan tudung contoh yang customer minta ikut....sukar sedikit sbb tak pasti cara menjahitnya jadi main agak2 sahaja....apa pun alhamdulillah, respon dari customer sangat2 menggembirakan.....siap nak tempah lagi n bagi cadangan suruh buat jual katanya....



Yang inner ni pulak untuk customer kami yang kecik betul mukanya....hatta saya sendiri tak muat nak masuk, jadi saya sarung pada patung budak nih.....tp dah mmg sebelum ni dia dah pernah tempah, dah selesa jadi mintak nak jahit warna lain pulak.....ukuran tu dah mmg request yang diminta, jadi kita ikut sahaja...


Untuk rakan2 sekolah anak....entah mcm mana maklumat dlm pendrive, mesin tak boleh baca pulak....jadinya ada yang x dpt nak disiapkan....siapkan yang ni sahaja dulu....

Pavlova


Pavlova untuk my regular customer.....ada lebihan choc ganache, so kita hiaskan atasnya bagi lebih yummy....saya sendiri pun suka sangat ngan pavlova nih.....lagi2 makan masa sejuk2.....mmg boleh bangkit selera...


Almond Chocolate Crunchy


Biskut ni so yummy.....anak2 makan pun tak berenti....nak kena tambah stok lagi nampaknya....rasa dah hampir2 dah ngan famous amous nih.....



Melting Cheesecake.....yummy....


Melting Cheesecake sangat2 yummy....letak lak mangga, letak lak stoberi....lenkali leh tambah lagi chocolate ataupun kiwi atau whatsoever le yang suka.....alhamdulillah customer suka sangat2....



Cheese Tart Gebu Mix Kaler



Cheese tart gebu tempahan customer gak...kali ni mix ngan warna pink untuk bagi naik seri sikit gitu hehe....

2 tier birthday cake


Meh layan 2 tier birthday cake ni untuk my customer......kek bawah tu 6 layer, flavour oren, vanila n mocha....krimnya butterscotch cream, dlm filling ngan butterscotch sauce mix ngan walnut praline gitu....atasnya theme bola sbb kek ni untuk besday 2 orang pada satu masa.....

PUDING LAPIS BUAH




Puding Lapis Buah buat menu minum petang.  Nyaman tekak je rasa sebab sekarang kan musim panas kaw kaw gitu.  Next time leh try versi buah lain dan pesen2 lain pulak.

KEK PISANG GEBU



Yeah....utk budak yg teriak ghau ghau tadi hahaha...kalu x suka pisang, jamu org lain le ya...hehe...satu utk kita, satu untuk awak....eppy besday fren....Kek Pisang gebu fresh from oven..



KEK PISANG GEBU
Sumber : Internet/ MAHN/Azlina Ina
**with my own alteration

2 biji telur
1 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula perang
2 sudu besar gula castor
1 sudu teh pes vanila

Putar je sumer bahan sampai gula hancur dan kembang.

4 biji pisang berangan

Lecekkan dan masukkan dlm adunan telur. Sebatikan.

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonat

Masukkan bahan tepung ke dalam adunan mula2 tadi, kaup balik sahaja dengan spatula. Susun pisang diatasnya dan tabur choc chip. Bakar 30 minit 160'C atau hingga masak.


posted from Bloggeroid

MENU DINNER "SHELL OUT"





Lama mengidam nak ber"shell-out"...nak makan di kedai rasa mcm bazir duit...lama gak duk perati n google gimana rasanya... last jumpa resipi mak nyer si hanis zalikha....belek2 resipi n main agak2 rasa mcm boleh je buat sendiri...

Hari minggu aritu ke nat (pasar pagi)...hajatnya nak cari shell food le...tp cuma jumpa ketam...versi anak cinonet le pulak...sumer seafood kecik2 je...pun boleh aje le redah cuba...

Ini resipi berdasarkan panduan dr puan nani tp not exact sbb masa buat just letak sesuka hati sbb x hafal, main ingat2 lupa je...

SHELL OUT

Seafood saya guna:-
Ikan (ikan dgn isi tebal)
Udang
Kepah
Sotong
Ketam

Sumer seafood ni saya celur terlebih dahulu

Bahan hiris:
Halia
Bawang Merah
Bawang Putih
Bawang Holland

Bahan Kisar:
Bawang Putih
Belacan
Udang Kering
Lada kering yg telah direbus

Sos tiram
2 sudu besar rempah kari
Daun Kari
Air
Garam/Gula
1/2 ketul kiub Pati Ayam

Mentega
Minyak
Bunga Kobis - celur
Broccoli - celur
Jagung - rebus hingga masak

Panaskan minyak + butter. Tumiskan bahan hirisan dengan daun kari hingga lembut. Masukkan bahan kisar. Biar hingga pecah minyak. Masukkan serbuk kari, air sedikit dan masukkan seafood tadi. Masukkan sos tiram, pati ayam. Gaul sebati. Masukkan sayuran. Perasakan. Hidang.

posted from Bloggeroid

DAPUR TEMPAT BEREKSPERIMEN



Dapur kami kecik saja, tp syukur dengan apa yang ada.  Kecik2 ni pun tak sempat nak menjaganya gak.  Kami pernah dah update citer psl dapur ni masa awal2 renovate rumah dulu, kali ni ada yang kami tampal wall paper je sikit2.....nak ubah kaler kabinet mcm susah je, jadi tampal je wallpaper...

Skrg ni memandangkan ari2 masak walaupun pagi je (petang tetap kita tapau sbb dah lapor sblm sempat balik umah dr opis), penting le untuk nampak dapur tu bersih dan kemas.  Kalu dak, mood leh ilang gitu...idea pun tak sampai...janji tersusun elok memadai le rasanya...



Meja island ni jarang2 kami makan kat sini sebenarnya, biasa lagi seronok duk bersila depan tv je sambil makan.  Meja ni khusus untuk simpan buku2 masakan, belakang depan meja ni adalah rak buku psl masak2 sahaja.  Di dapur ni le gak tempat membasuh, di belakang island table tu freezer buat simpan stok2 barang basah, beli dr Lazada sahaja....petik di hujung jari sampai depan pintu umah.



Corner memasak kita....sinki penuh le pulak sbb baru lepas kuarkan brg2 dari dalam kabinet n basuh balik.  Sekali sekala kena selongkar baru jumpa setengah barang yang punya le jenuh duk mencari sebelum ni tak jumpa hehe...




Kabinet sebelah ni tempat kita letak buku2 pasal cake deco, n kabinet tinggi sampai siling sebelah oven ni pulak tempat kita letak sumer loyang-loyang kek...



Cara kita labelkan rempah2 supaya senang anak2 kenal dan cari.

KITA TERUSKAN MENU BEKAL..



Menu arini ayam masak kurma ngan goreng telur peria ngan karot.....

AYAM MASAK KURMA

1 ulas bawang merah (ulas besar)
3 ulas bawang putih
4 hiris kecil halia
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Sedikit air


Bahan2 di atas dikisar.

3 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 sudu besar serbuk kurma - jadikan pes

Ayam - potong2 kecil
1 biji ubi kentang - potong saiz disukai
Santan - dalam 2 senduk kecil atau sesuka rasa
Garam/Gula

Tumiskan bahan kisar dengan bunga cengkih dan buah pelaga hingga pecah minyak.  Masukkan serbuk kurma pes tadi dan gaul rata.  Masukkan ayam bersama ubi kentang dan gaulkan sebati.  Biar mereneh sebentar bersama sedikit air.  Kemudian masukkan santan, biar api kecil dan gaul2 selalu hingga masak.  Jangan lupa garam/gula untuk perasa.

MENU BEKAL ARINI.....


Alhamdulillah...slmt pagi...menu out of idea....jadi masuk je mana rempah yg rasa nak letak, blend2 je sumer...pastu x tau apa nama menunya hehe....ada ketumbar, ada jintan manis, jintan putih, santan bla bla....n abiskan kcg peas yg berbaki, goreng mudah2 je....


DAGING REMPAH ALA RENDANG (HAHAHA)

Daging - hiris nipis2

Kisar halus :

1 ulas bawang merah (bawang besar)
2 ulas bawang putih
Halia 5-6 hiris
Kunyit 5-6 hiris
1 batang serai - potong kecil
Sedikit jintan manis
Sedikit jintan putih
Sedikit ketumbar
Sedikit daun limau purut - carik2
5-6 biji cili kering - potong kecil dan buang biji
1 biji cili padi (nak pedas letak le lebih)

1 biji ubi kentang - potong dadu
Santan
Air
Sedikit air asam jawa/asam keping
Garam/Gula/Perasa

Tumiskan bahan kisar halus tadi, kemudian masukkan daging, gaul dan biar sebentar. Kemudian masukkan santan, air, air asam jawa/asam keping, ubi kentang dan masak lagi hingga hampir kering.

ASTRO TERMINATION



Saya adalah pelanggan Astro sudah agak lama.  Dari pakej biasa, kemudian upgrade ke pakej HD....dr cuma simple pakej, upgrade gak mcm2, then tambah lagi 2nd decoder.  Kos sebulan untuk langganan astro termasuk GST adalah sekitar RM201.00.

Sudah lama sebenarnya berkira-kira untuk menamatkan perkhidmatan, tapi saya menunggu satu tempoh kontrak sejak penambahan 2nd decoder kerana tidak mahu terikat ngan sebarang tunggakan pembayaran.

Semalam, by hook or by crook....dengan nekadnya saya menelefon Service Centre Astro.  Selepas survey beberapa blog, ramai yang saya lihat tersangkut kes tunggakan pembayaran.  Tapi saya standby sahaja apa yang patut.  Bab payment rasanya tiada masalah sejak dari awal saya melanggan.

Sebelum menelefon, saya standby dulu bil astro yang setiap bulan diposkan ke alamat rumah.  Ini untuk memudahkan bila customer service request no akaun astro 10 digit.  Of course, saya tak hafal jadi kena le ada bil tersebut.  Tiap2 bulan pun dah mmg payment via M2U dah under permanent account so main click sahaja.

Once ringing, akan ada pilihan nombor yang kita kena tekan.  Saya pilih sahaja Bahasa Malaysia (1)...kemudian ada pilihan lain....part ni saya tak tahu nak pilih yang mana, jadi saya main tekan saja.  Luckily ada orang pick up.

Astro : Boleh saya bantu?
Me : Saya nak buat pertanyaan, saya nak terminate astro...nak berhubung dengan siapa?
Astro : Boleh saya dapatkan no account astro?
Me : bla bla bla....
Astro : Boleh saya tahu puan kenapa puan nak terminate astro?
Me : emm....tak de sebab, saja je...
Astro : Ok, boleh puan....kami bagi penggunaan sebulan sehingga tarikh termination, slps tarikh tu akaun puan akan terminate.  Adakah puan pemilik akaun?
Me : Ya saya
Astro : Boleh bagi no kad pengenalan puan untuk pengesahan?
Me : bla bla bla....
Astro : Ok puan, semua ok.....
Me : oo..ok....itu aje ke? Ada pembayaran apa2 kena buat?
Astro : x de puan, mengikut akaun, puan dah buat pembayaran pada tarikh ....... dan ada baki puan terlebih bayar, pihak Astro akan buat refund
Me : oo....ok....so saya tunggu termination je le ya
Astro : ya puan....

TQ Astro for such a good response.  Perbualan di atas sekadar apa yang teringat je, Astro ada buat rakaman perbualan untuk rujukan sebenarnya.

Alamak....mudah pulak mcm ABC.  So the end le Astro by Mac 2017 nanti.  Anak2 this year akan berdepan ngan exam besar so no more le korean movie, no more korean pop nak dilayan.  My kids antu korean, siap boleh baca, siap boleh cakap lagi.  Nak kata bad influence idok le juga, cumanya non stop tv ngan korean dah mcm melekat le pulak.  Tegur dah tak jalan so kita sekat terus je penggunaan.  Akhirnya ngan mak nyer gak tak dpt dah nak layan cake bos kesukaan.....terpaksa berkorban supaya masa anak2 ditumpu pada pelajaran dahulu buat masa ini.

For note, decoder and piring tetap milik kita gak, setakat ni takde diberitahu mesti dipulangkan.

SULAMAN - LOGO BATMAN


Cantik tak?  Sulaman ni request dari customer, nak dijahit di baju katanya.  Saya prepare from scratch, customer akan jahit sendiri di baju nanti.

Sulaman ni saya digitize sendiri, mujur le tak memerlukan banyak warna so boleh le buat sendiri.  Hasil dari frame 4 x 4 in sahaja.

Alhamdulillah customer dah dapat dah sulamannya dan dia sangat2 happy dengan hasilnya.

Hasil sulam yang telah dijahit oleh customer di baju anaknya yang akan celebrate besday ngan theme batman....




MENU BEKAL


Bekal arini buat extra, ikan talang masin goreng ngan lada kering n bawang besar.....ni pembuka selera en hubby le....saja je le tambah, anak2 sorang tak makan sayur, sorang lak sayur2 berdaun je makan, jadi lauk extra sumer mak ngan pak le dapat....

Pagi ni terlewat sikit bangun, gara2 semalam duk adjust mesin jahit coverstitch masih tak puas hati tak dpt nak jahit elok awal2 tu....jenuh dah setting, tengok2 jam dah kul 1 pagi....tutup mesin, tinggal dulu le...perut pun sakit tak bape selesa, terus tidur....jam dah gerak kul 5.30 leh lagi sambung tutup mata hahaha....

Anyway, sbb dlm kepala plan dan bersusun siap2, maka on the dot kul 6.30 siap masak.  Menu lain ayam masak merah bermadu ngan sayur campur goreng.

AYAM MASAK MERAH BERMADU

1 labu bawang merah (yang besar)
5-6 hiris halia muda
2 ulas bawang putih

Kisar halus bahan di atas

Ayam - dipotong kecil2, salut garam dan digoreng separuh masak
1 senduk sederhana cili boh
1 senduk sederhana sos cili
2 senduk sos tomato
Air secukupnya
3 sudu besar madu
1 sudu kecil pes asam jawa adabi (mix ngan air)
Garam/Gula
Daun Pandan - untuk mewangikan

Tumis bahan kisar hingga naik bau.  Masukkan cili boh dan tumis lagi hingga pecah minyak.  Masukkan gula sekali untuk warna.  Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, madu, air asam jawa, air secukupnya dan ayam.  Perasakan dengan garam dan gula jika masih perlu. Jangan lupa simpulkan daun pandan dan masak lagi hingga ayam betul2 masak dan kuah sedikit pekat.



Ni menu hari Isnin....Ayam Gulai Darat ngan Telur Dadar yang dicampur ngan bilis dan bawang tumbuk.

CUSTOM MADE SYRIA SOFT AWNING + DAGU



Siapkan sample untuk tudung printed, soon plan nak buat ready stock satu saiz sahaja....maybe untuk kanak-kanak, maybe untuk dewasa.....soon pertengahan Mac bila mesin coverstitch industri sampai.....versi tudung ni siap berdagu, saiz pun satu je le nak buat either untuk kanak-kanak atau dewasa je, salah satu je le...masih duk pk nak open kat sapa.  Maybe kanak-kanak lebih meriah sikit.  Kita tengok je le mcm mana.  Kalu ada dewasa yang nak, leh custom made.....harga RM35 sepasang tak masuk postage, tapi saiz standard labuh hadapan 18 inci, belakang 27 inci, muka saiz 10.5 inci (memeri). 



Yang ni versi labuh depan 18 inci, kira saiz L le gitu.  Ukuran muka free size dewasa 10.5 inci,kira saiz sendiri....sangat2 selesa pakai.....

SEPAGI DI PASAR KARAT TMN TUNKU SARINA, JITRA






Ini dah masuk kali ke tiga ke pasar karat ni. Saja seronok2 tngk mcm2 brg lama. Selalunya pun singgah nak cuci2 mata je pun. Kali ni sbb nak bawak Along pi tngk2 sbb sblm ni dia x dpt join sama sbb ada di kampus. Kali ni raya cina so leh le dia join sblm antar dia balik petang nanti.

PASAR KARAT TAMAN TUNKU SARINA
JITRA, KEDAH

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...