Showing posts with label Kebun Ku. Show all posts
Showing posts with label Kebun Ku. Show all posts

POKOK DUKUNG ANAK aka AMIN BUAH aka KEMAN JOLOK DAN POKOK DURIAN BELANDA


Pokok dukung anak atau pun dikenali sebagai Pokok Amin Buah sebenarnya antara pokok yang banyak tumbuh di dalam pasu dan kebun saya.  Saya tak tahu khasiatnya atau pun namanya sehingga seorang sahabat bertanya jika saya ada menanam pokok tersebut kerana dia ingin gunakan buat mengubati ulcer.  Balik sahaja ke rumah, terus saya geledah2 dalam pasu, banyak rupanya.  Masuk pulak ke kebun, rupanya ada sepasu tumbuh segar je sekelompok mereka.  Terus sahaja angkut pasu tersebut untuk diberikan kepada sahabat tadi.  Tak perlu dah nak cabut2.

Katanya keseluruhan pokok ini berkhasiat untuk digunakan dalam perubatan tradisional seperti mengubati aneamia dan asma.  Juga mampu merawat luka, kudis buta, demam kuning, cirit birit dan juga gigitan ular.  Walau bagaimanapun, pokok ini tidak berbahaya untuk dimakan dan selamat untuk diamalkan.  Wallahuallam.

Nampaknya lepas ni tak perlu le nak dibuang2 lagi pokok tu dari pasu.  Kita biarkan aje.



Anak pokok durian belanda ni antara beberapa pasu yang tumbuh sendiri dr buah yang jatuh ke tanah di kebun.  Kemudian, saya semai balik ke dalam pasu kecik2 untuk diberikan kepada rakan yang berkehendak.  Alhamdulillah, banyak betul pulak anak pokok yang tumbuh.

KEBUN KU : Citer kebun dulu....

Sekarang musim hujan, petang2 sampai malam memang hujan lebat....jadi dah 2-3 hari jugak le tidak menyiram....bendang pun air dah limpah....masa korek2 tanah ada air bertakung dlm tanah, jadi tak perlu le tambah air lagi.....just nak tunjuk buah2 sulung pokok yang kecik2 nih.....jadi le buat ubat penat menanam hehe....


Tomato, tak ingat jenis apa, sbb bercampur aduk dua tiga pokok bermacam jenis tomato.....


Binatang putih ni, apa ke nama ntah, banyak le pulak bersarang kat pokok atas umah....ni pokok dr atas umah alih ke tanah....nampak gaya pun terpaksa alih satu persatu ke tanah gara2 serangan besar-besaran binatang nih.....spray pun tak bape nak jalan, kat bawah leh nampak kalau ada semut, maka ada le mereka di merata2 dahan.....dkt pokok limau ada, dekat pokok akar ginseng ada, dkt pokok belalai gajah ada.....ni alih nih harap2 boleh dikawal.....sbb pokok cili atas umah dah mati dikerjakan benda nih....


Rasa mcm nak gelak tngk pokok timun nih....timun sulung dr pokok yg tak berapa nak hidup sebenarnya.....


Pokok durian belanda menghasilkan banyak bunga tp tak satu pun lekat menjadi buah.....ini je satu2nya yang nampak makin membulat dan membesar....saja le serkup sbb nak tengok perkembangan mcm mana.....


Bunga rumput cina.....belum boleh guna lagi sbb daunnya sikit sangat, sayang lak nak petik.....

KEBUN KU : Sedikit citer kebun....

Moh...tayang citer kebun lagi....ye le....tempat melepaskan penat dan terapi diri....petang hujung minggu leh le jenguk lama-lama tengok mana batang pokok yang dah rosak, cantas-cantas mana yang patut, sembur2 ulat perosak dan macam2 lagi.....


Tuaian hari minggu banyak berkisar pasal pokok bunga telang....ntah dah berapa kali duk kutip....n bersama tu ada lak bunga cheroit yang keluar....terus kutip walaupun tak tahu bila nak makan, boleh buat ulam sebenarnya....yang first keluar tak ambik n tak sempat nak makan, terbiar tua di pokok je...telan pun banyak yang dapat...nanti next entry kita share air herba dengan resipi dapat dari tokey nursery...


Alahai...yang ni banyak keluar bunga....tp sumernya bunga jantan....takde yang betina....dan rasanya satu ni je le yang ada yang betina....tu pun entah hidup ke mati tak tahu le....tengok batangnya pun hidup segan mati tak mau gitu....




Pokok kacang bendi....berbuahnya tidak serentak....satu satu je keluar.  Akhirnya terlupa dan tak petik, terus tua di pokok je....ada yang terlindung sebab daun besar sangat dan rapat-rapat tumbuhnya.  Kali ni mmg banyak putik keluar tetapi terperasan ada beberapa dahan pokok tiba2 layu.....rupa-rupanya ulat menyerang kacang2 bendi yang baru berputik tu menyebabkan dahan mati......terpaksa le cantas.....memang tak de rezeki nak makan lagi le....kalau makin banyak ulatnya, terpaksa le nanti pokok tu pun kita korbankan.....


Pokok Patah Tulang.....saya memang ingat yang ini dah tak mau hidup....saya cucuk batangnya rasanya hampir 3 bulan....tak de perubahan....takde daun tapi tak mati....jadi saya biarkan saja dan siram seperti biasa.....alih2 sekarang keluar daun....once dah start kuar daun cepat betul dia bercabang dan skrg nampaknya sumer 4 dari 5 batang yang disemai hidup.....



View kebun kecik......sawi duk rupa tu je....tak membesar2 langsung.....boleh membesar lagi ke atau dah terbantut tumbesaran ke tak tahu le....jadi biarkan saja.....

Pokok kacang botol....akhirnya memunculkan diri...petang tu alihkan ke tanah letak di tepi pagar untuk dia memanjat....alhamdulillah....dapat gak tanam....cuma ada 2 pokok yang keluar tunas....yang sebelum ni pernah semai sampai 4 kali sumernya tak mengeluarkan tunas...



Pokok turi ni cepat membesar.....baru tanam dalam sebulan dua je....sayur kegemaran untuk buat gulai masak lemak....nampaknya dah mula kuarkan bunga....ingatkan pokok ni takde serangan ulat, sekali tilik punya tilik, alahai ada gak yang menyinggah....rasanya ulat ni mmg species untuk pokok turi sebab bentuknya yang duduk di tepi daun dan di dahan turi yang halus.....memang seakan sama je bentuknya....


Ini pucuk midin....gigih kan nak tanam gak....pokok tumbuh dalam hutan tetapi hendak gak tanam sebab susah nak jumpa...kadang2 nasib baik ada le dijual di nat....yang ni pun sama, suka buat masak lemak, tapi saya paling suka letak dalam bubur lambuk....salah satu yang wajib ada untuk bubur lambuk adalah daun ni.....buat masa ni baru nak belajar kuar daun2....tak berapa banyak lagi....jadi sayang nak petik....nak tunggu betul2 merimbum baru le boleh petik2.....


KEBUN KU : Yang Menunggu Hasil

Saya ni bukanlah masuk kategori orang yang pandai berkebun....dulu2 saya anggap diri tangan panas, tanam apa pun tak jadi....jadi dulu2 yang buat kerja menanam ni en suami.  Saya tukang tengok je....punya le saya skeptical takut dengan sebab tangan saya pokok2 tak menjadi.....tapi sekarang, saya dah tak ambik peduli....bagi saya kalau jadi, jadi....tak jadi, tak apa....tapi alhamdulillah, orang kata berkat berkebun tu ada faedahnya, berbudi pada tanah pasti ada hasil.....


Pokok bendi yang sedang menunggu hasilnya membesar....sumer pokok tengah mengeluarkan buah....


Pokok kari ni sudah lama kami bela.....tak pernah pupus....sentiasa hidup segar dan anak2 pokok pun melata melayari kebun....sampai kena cabut2 pun ya...


Buah betik yang tidak pernah putus, berbuah sepanjang masa......


Cubaan menanam pokok lada hitam.....seronok tengok mcm2 pokok....jadi ke tak tak pasti le lagi....


Ulam raja yang mudah tumbuh ni sebenarnya saya beli sbb saya suka makan daun ulam raja.....walaupun en suami gelak bila saya cakap nak beli pokok sbb dulu2 penuh ulam ni tumbuh depan rumah....tp masa tu tak berapa menghargai ulam2 nih hehe....


Anak pokok betik buat kesinambungan ibunya yang sudah tua......nanti nak alih2 letak di keliling kebun di luar pagar....

UPDATE SIKIT CITER KEBUN DAN KOMBUCHA TEA


Kebun tak banyak nak update....cuma hari2 tunggu perkembangan ada ke tidak. Jika ada rasa happy tak keruan le gitu....jika tak sedih je rasa sbb tak menjadi kan....semalam gak tanam semula anak pokok kemunting, ni kira dah kali ke 3 tanam.....2 kali dah membazir duit tp demi nak tanam jugak pokok tu saya beli dan beli.  Hidup atau tidak, tidak diketahui le lagi nasibnya.  Yang sebelum2 ini dalam masa seminggu dah leh nampak nasibnya, tunduk segan tak mau tegak2....dlm masa seminggu sumer daun luruh dan terus mati.  Nanti kita tengok camne perkembangannya.  Tengah tunggu jambu bol kegemaran masa kecik, dulu2 pucuk muda buat makan ngan garam kasar....alahai, tak sabar tunggu pokok sampai.....sekali ngan jambu bol order gak pokok abiu ngan pokok markisa.  Nanti kita citer lain pasal pokok2 tu bila dah sampai.

Oh ya, yang di atas ni pokok sirih cina atau ketumpang air tumbuh besar dalam pasu pokok limau purut, saja biarkan sbb ada merata tumbuh.  Nanti2 boleh kutip2 campur2 semua buat masak.  Belakang tu pokok bunga telang, tak alih2 dr pasu....dah tinggi menjulang....nanti alihkan....dah ada 2 pokok tanam di dalam kebun, nanti alihkan yg ni sekali.


Yang ni pokok tebu selasih.  Tanam bukan le untuk dimakan, saja untuk hiasan.  Tebu ni warnanya hitam, daunnya pun ada sedikit hitam.  Sepatut tebu ditanam di atas tanah, tp saya dah tak de ruang atas tanah, patut tanam serong, saya cucuk tegak je dalam pasu.  Tumbuh jugak le.....ada le 4 pasu untuk tebu selasih nih.  Tebu telor pun ada, yang tu nanti saya snap sbb masih kecik, yang selasih ni cepat naik, yang tebu telor walaupun tanam masa sama baru je keluar 3-4 anak pokoknya.


Yang ini keratan batang, kalau tak silap saya pecah beling, tp saya lupa kalau2 tercampur ngan pokok bismillah.  Jadi kena tunggu besar le nampaknya baru leh cam ini pokok apa.  Ini padahnya bila beli keratan batang untuk beberapa jenis dan lupa nama keratan tu.  Saya main cucuk2 je dalam pasu dan ternyata mmg mudah je bertunas.

Kebun sekarang tengah dikemaskan.  Mana2 anak pokok yang disemai di koridor atas rumah, sekarang dalam proses alih2 sumer ke kebun.  Kita tengok le boleh survive ke tidak memandangkan cuaca sangat2 panas dan daun2 mudah je terbakar.


Ini lak percubaan kombucha tea.  Baru belajar menternak.  Dapat hadiah cendawannya dari kawan, baru 2x salin air jadi tak banyak lagi anak2 cendawannya.  Yang dlm botol tupperware tu dah masam dan boleh menggantikan cuka  dalam masakan.  Baunya bila dah masam tak ubah mcm cuka epal.  

KEBUN KU : Citer Selepas Hujan

Hujan dah reda dari tengahari semalam....tp pagi tadi terkejut pulak tengok paras air makin naik....akar pokok limau purut dah tenggelam lak ngan air....jarak bendang ke paras tar tu dekat 2 kaki jugak.....pagi2 ni tengok dah separas jalan.....yang paras pagar hijau tu adalah kebun mini saya.....huhuhu.....harap2 air tak turun lagi ke kawasan ni melimpahkan kebun saya pulak.....





Petang semalam menjenguk kebun.....bagitau en hubby sepertinya kenal je pokok nih.....tp was was.....maka cari en google....eh betul.....pokok maman......tp cumanya tak reti nak makan.....awal2 masa en hubby suruh cabut dah ckp jangan dulu.....ni bukan rumput rampai biasa, ni ada kegunaannya gak.....macam tu gak ngan pokok Susu Nabi/Ara Tanah.....siap ambik tanam balik hehe....

Sesetengah sayuran biar kat tanah....rasanya yang tanam dalam polibeg dah lagi besar.....




Tapi bendi membesar dengan jayanya.....harap2 leh survive.....yang ni satu dah nampak mcm keluar buah dah.....

KEBUN KU : Meh Kita Tengok Apa Ada Di Kebun

Sudah 2-3 hari hujan lebat tidak berhenti sepertinya musim bah sudah kunjung tiba.  Pokok2 segar disiram hujan tetapi sayur2an yang diletak di batas rasanya tidak mampu survive air yang mencurah2 kerana pokoknya baru dalam proses tumbesar, masih tidak kuat batangnya.  Tawakal sahaja le, apa pun hujan itu satu rahmat setelah panas terik.  Syukur juga di Perlis ni keadaan jerebu juga agak terkawal, awal2 bulan aritu ternampak jerebu teruk lepas tu sekarang paras API dah ada pada kedudukan 25 bermakna sangat bagus.  Cuma kalau hujan masih berterusan untuk beberapa hari, nampaknya penduduk Perlis terpaksa bersiap sedia menghadapi banjir.  Parit2 di sesetengah kawasan rendah nampaknya sudah tidak mampu menampung air yang melimpah, dan ada kawasan yang sudah ditakungi air.  Semoga banjir tidak seteruk pada 2010 dan 2011...masa tu rumah kami pun hampir ditenggelami air dan seluruh Perlis dan Kedah hampir lumpuh kerana ditenggelami air juga.   Sekarang selepas renovation, kedudukan rumah agak tinggi tp kalau banjir, tak pasti pokok2 yang ditanam di tanah boleh survive atau tidak.

Kenangan 2010 di taman perumahan saya.....













KEBUN KU : UPDATE KEBUN AND TAMBAHAN POKOK BARU LAGI

Mengemaskini sedikit citer pokok2 di kebun mini....ada yang berusaha menumbuhkan diri, ada yang senyap membisu seribu bahasa hehe.....apa2 le ya.....apa pun, yang dicambahkan dlm 10 hari lepas sudah selamat mengeluarkan diri, tapi tempat nak dialihkan pulak tak ada.....jadi biar di situ aje dulu....siap cambahkan pokok moringa mcm le ada tanah nak disemai nanti.....ku jadikan ala2 bonsai boleh dak??? hehehe......


Jangan heran tengok sumer condong ke situ.....mencari cahaya matahari le tu sbb pagi2 matahari halanya dr situ....jadi sumer pun pakat le condong mcm menara condong gayanya....


Ini antara yang nampaknya tetap setia membesarkan diri.....pokok kacang renek....2 pokok cuba tanam kat batas di bawah, yang ni di atas koridor....tengok2 yang dekat batas tak sampai sehari letak dah compang camping daunnya....ada pulak cik ulat sedap duk makan.....jadi dah fobia nak letak kat bawah....


Yang besar ni pokok bendi ...yg lain lupa tagging jadi tak ingat pokok apa dah....boleh gitu....kita tunggu dia besar aje le....


Ni pokok ketumpang air, tumbuh dalam pasu pokok daun kaduk...banyak le pulak anaknya.....dalam pasu2 di bawah tak jumpa pulak.....since pokok ni berguna dan boleh dimakan, jadi dibiarkan sahaja hidup dengan pokok kaduk....sebelah tu pokok kacang buncis....pandai dah melilit, dah abis batang kayu tu dia panjat, dah lilit tali rafia tp mcm kecik je tmpt melilit yang ada.....tngk le mcm mana dia nak lilit lagi....


Tambahan baru dalam kebun, pokok limau kiah ngan pokok tenggek burung.....beli dari Seri Subuh....delivery ngan KTM....mmg terbaik nyer packaging, tanah pokok pun kedap elok, siap berpagar ngan tali lagi.....petang nanti kita tanam ya....


Ini pokok buluh madu yang dulu tanam dalam pasu....pastu pindah ke tanah gara2 hampir mati....eh hidup elok pulak.....3-4 hari lepas nampak rebung keluar, rendah je lagi.....arini tengok dah naik dekat 4 kaki dah....tup2 tengok2 belakang ada keluar lagi satu rebung....tp saya tak berapa makan sangat rebung jadi biarkan je le sampai jadi buluh.....


Ada dua lagi tambahan tak termasuk ulam raja....gelak je en hubby bila ckp beli ulam raja sbb sebelum ni tumbuh merata liar je....tp bila nak, satu pun tak jumpa....nak tak nak beli gak le.....yang ini pokok ubi kemili atau ubi keling ngan pokok sambung nyawa ungu.....esok sambung nyawa batik lak sampai.....yeay.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...