Friday, January 9, 2009

Soft Chanel Butter Bun




Soft Butter Bun (Chanel) - i made some modification......

250 gm tepung high protein
50 gm tepung gandum halus >> i used about 330 gm tepung high protein sahaja
50 gm gula castor
2 sudu besar tepung susu
Secubit garam
1 biji telur Gred C
2 sudu besar yis segera mauripan
140 ml air (guna air paip sahaja)
30 gm butter

Cara saya:-

Campurkan semua bahan di atas kecuali butter hingga ia menjadi doh. Kemudian masukkan butter dan uli hingga ia sebati selama lebih kurang 10 minit. Doh agak melekit, saya uli di atas papan marble sebentar dengan sedikit tepung ditabur sekali sekala.

Kemudian, saya bulatkan dan simpan di dalam bekas dan dibiarkan selama 30 minit -1 jam (bergantung suhu dapur anda). Jika adunan telah naik berganda dari yg asal, tekan doh tadi dengan hujung jari anda perlahan2. Jika doh tersebut tidak turun selepas ditekan, maknanya doh tersebut telah diuli dengan betul dan telah sedia untuk dibentukkan. Saya keluarkan doh tadi dan uli sebentar dalam seminit. S

aya bahagikan tiap2 doh sebanyak 60 gm (doh ini menghasilkan lebih kurang 9 ketul roti) dan diletakkan di dalam acuan. Terserah bagaimana hendak dibentuk ya.....nampak gambar pertama roti saya tu.....itu setelah doh naik. Saiz asal adalah 1/3 lebih kecil dari yg dapat dilihat....terlupa nak snap gambar masa tu pulak......doh tersebut telah dibiarkan naik selama lebih kurang 1 jam (sbb smlm agak sejuk, doh pun lambat naik.....hehehe)......dah naik tu, saya renjiskan dengan air dan taburkan dengan badam cincang.....kemudian dibakar pada suhu 200'C selama 25 minit dengan menggunakan api bawah sahaja. Roti yang telah masak saya sejukkan di luar sahaja dengan menggunakan sehelai tuala bersih untuk menutupnya. Ini untuk mendapatkan bahagian atas roti yang lembut. Dan hasilnya pagi ni roti tersebut masih lembut......fuuuhhh lega saya.....takut gak roti jadi keras......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...