Showing posts with label Menu Bekal. Show all posts
Showing posts with label Menu Bekal. Show all posts

KITA TERUSKAN MENU BEKAL..



Menu arini ayam masak kurma ngan goreng telur peria ngan karot.....

AYAM MASAK KURMA

1 ulas bawang merah (ulas besar)
3 ulas bawang putih
4 hiris kecil halia
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Sedikit air


Bahan2 di atas dikisar.

3 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 sudu besar serbuk kurma - jadikan pes

Ayam - potong2 kecil
1 biji ubi kentang - potong saiz disukai
Santan - dalam 2 senduk kecil atau sesuka rasa
Garam/Gula

Tumiskan bahan kisar dengan bunga cengkih dan buah pelaga hingga pecah minyak.  Masukkan serbuk kurma pes tadi dan gaul rata.  Masukkan ayam bersama ubi kentang dan gaulkan sebati.  Biar mereneh sebentar bersama sedikit air.  Kemudian masukkan santan, biar api kecil dan gaul2 selalu hingga masak.  Jangan lupa garam/gula untuk perasa.

MENU BEKAL


Bekal arini buat extra, ikan talang masin goreng ngan lada kering n bawang besar.....ni pembuka selera en hubby le....saja je le tambah, anak2 sorang tak makan sayur, sorang lak sayur2 berdaun je makan, jadi lauk extra sumer mak ngan pak le dapat....

Pagi ni terlewat sikit bangun, gara2 semalam duk adjust mesin jahit coverstitch masih tak puas hati tak dpt nak jahit elok awal2 tu....jenuh dah setting, tengok2 jam dah kul 1 pagi....tutup mesin, tinggal dulu le...perut pun sakit tak bape selesa, terus tidur....jam dah gerak kul 5.30 leh lagi sambung tutup mata hahaha....

Anyway, sbb dlm kepala plan dan bersusun siap2, maka on the dot kul 6.30 siap masak.  Menu lain ayam masak merah bermadu ngan sayur campur goreng.

AYAM MASAK MERAH BERMADU

1 labu bawang merah (yang besar)
5-6 hiris halia muda
2 ulas bawang putih

Kisar halus bahan di atas

Ayam - dipotong kecil2, salut garam dan digoreng separuh masak
1 senduk sederhana cili boh
1 senduk sederhana sos cili
2 senduk sos tomato
Air secukupnya
3 sudu besar madu
1 sudu kecil pes asam jawa adabi (mix ngan air)
Garam/Gula
Daun Pandan - untuk mewangikan

Tumis bahan kisar hingga naik bau.  Masukkan cili boh dan tumis lagi hingga pecah minyak.  Masukkan gula sekali untuk warna.  Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, madu, air asam jawa, air secukupnya dan ayam.  Perasakan dengan garam dan gula jika masih perlu. Jangan lupa simpulkan daun pandan dan masak lagi hingga ayam betul2 masak dan kuah sedikit pekat.



Ni menu hari Isnin....Ayam Gulai Darat ngan Telur Dadar yang dicampur ngan bilis dan bawang tumbuk.

PAGI NI NYER MENU...

Berselera kita pagi ni bekpas kari ayam....biasa2 kat kedai kari2 ayam mmg kita tak ambik makan, kurang lalu....tp buat sendiri terasa mcm makan nasi berlauk kelantan lak....cuma tak complete tak de sambal lada tp since nak buat bekpas, tak perlu le pedas2...satgi jenuh ulang alik pi jamban lak kan....

Menu bekal pagi ni cuma kari ayam (kurang santan) ngan acar mentah kobis....berselera makan gituh....



JOM BAWAK BEKAL TIAP2 HARI


Breakfast pack for today....kita prepare ayam mazak kuzi ala2 redah aje...hehe...meaning no exact recipe, bahan utama kita guna rempah kuzi, bahan2 selebihnya tak perlu le strict sangat kita ikut resipi asal....so nak letak nama apa suka hati le.....yang penting makanan yang masuk ke perut dan kita yang nak makan.....tak payah claim ni resipi ori atau tidak.....tu pasal tak de nama menunya.....asasnya je rempah kuzi, nak letak ubi ke, nak letak sayur ke suka hati kita le....

Yang penting bila dah terbiasa bawa bekal ni, terasa seronok pulak bangun pagi2 masak....tak perlu lama memadai 1/2 jam pun dah cukup dr mula turun dapur, letak nasi, standby dr malam kuarkan lauk2 yang beku, pagi ni just buat je apa terlintas di kepala.....

AYAM MASAK REMPAH KUZI ALA2 REDAH


Ayam - potong kecil2 untuk mudah pack masuk bekas
Lumurkan dengan garam dan sedikit kunyit, goreng separuh masak

2 sudu besar rempah kuzi - jadikan pes
Sos Tomato (anggaran mengikut rasa)
3 sudu besar kismis besar
Susu Cair (anggaran, tidak perlu berkuah sangat so senang nak pack dlm bekas)
Gula/Garam
Ubi Kentang - potong dadu
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Kisar halus bawang dan halia

Tumiskan bawang hingga wangi dan kering.  Masukkan rempah kuzi, masak hingga agak kering.  Masukkan sesudu gula.  Kacau.  Masukkan air, sos tomato dan ayam.  Kacau2 biar sebati.  Masukkan susu cair secukupnya.  Masukkan kismis dan ubi kentang.  Masak lagi hingga masak dan rempah sedikit kering.  Jangan lupa perisakan dengan garam dan gula.  Siap untuk dimakan dengan nasi panas.

RESIPI : AYAM MASAK TOMATO

  Mencari menu untuk bekal sekolah mesti sahaja yang simple2....yg boleh makan dengan nasi cuma sekadar satu lauk memadai le rasanya....arini menunya nasi putih dengan ayam masak tomato.  Resipi lebih kurang sama seperti biasa cuma kali ni penambahan pes halia bentong membangkitkan aroma satu rumah.  Berbaloi beli buat stok.



AYAM MASAK TOMATO

3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 sudu besar cili boh

Kisar bersama bahan di atas.

2 ketul dada ayam - potong2 dadu ikut size disukai
Garam

Lumur dengan garam dan goreng separuh masak.

1/2 sudu besar pati asam jawa
Air secukupnya
Sos Tomato - dalam 5 sudu besar
Sos Cili - 3 sudu besar
1/2 sudu teh pes halia bentong Vias
Garam (Jika Perlu)
Gula secukupnya

Panaskan minyak.  Tumiskan bahan kisar bersama dengan pes halia bentong dan gula hingga naik bau.  Masukkan air secukupnya bersama sos dan air asam jawa.  Masukkan ayam.  Perasakan jika perlu.  Masak hingga sedikit pekat.  Angkat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...