Tuesday, October 28, 2008

Lauk Pauk.....

Lauk pauk pun nak tayang gak ke??? heheh....apa salahnya kan.....kita sharing dari sekecik2 benda hinggalah sebesar2nya asal dapat memberi ilmu pada kawan2......kdg2 yg simple pun kita godek2 gak mencari resipi sbb terlalu ambik mudah.....jadi rasanya nak membalas budi bagi yang pernah kita ambik resipi mereka untuk dicuba.....mana tahu ada yang x tahu resipinya kan???

Sayur Lemak Bayam

Kari Kepala Ikan Ala Mamak

Bahan2
(sukatan agak2 ya.....)
Kepala Ikan (terserah ikan apa, yg sedap ikan merah)

Bahan Tumis:
Bawang Putih (dihiris halus)
Bawang Merah (dihiris halus)
Halba
Jintan Putih

Serbuk Kari Ikan
Serbuk Jintan Manis
Serbuk Ketumbar
Serbuk Lada Kering
Serbuk Lada Hitam

Air asam jawa
Santan
Daun Kari
Kacang Bendi
Tomato (dibelah)

Cara:
Ikan dibelah atau dipotong sesuka hati. Gaulkan dengan garam dan kunyit sedikit. Rebus sebentar dan toskan.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halba dan jintan putih hingga wangi. Masukkan daun kari. Kemudian, masukkan semua serbuk tadi (anggaran 1 sudu teh tiap satu kecuali serbuk kari dilebihkan) yang telah dijadikan pes dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan santan, biarkan ia mendidih sebentar sebelum dimasukkan ikan tadi. Kemudian, perisakan dengan garam dan gula mengikut selera sendiri.


Kepah Masak Manis

Kepah (anggaran 1 kg)
1 batang serai - diketuk2
1 biji Lada Merah - dihiris2
2 ulas bawang putih - diketuk2
1 ulas bawang merah - diketuk2
Daun Kucai/Daun Bawang - hiris halus
Garam, Gula

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah tadi. Masukkan kepah tadi dan gaul rata. Masukkan serai, lada merah, daun kucai/daun bawang, garam, gula dan sedikit air. Biar hingga masak.


Cuppies....


Cuppies ni tempahan dari my regular customer........very loyal and supportive customer.......thanks for your order........


Hari Ihtifal An Najaah 2008

Hari Ihtifal atau konvokesyen kakak berlangsung hari Ahad lepas di Dewan Kolej Universiti Insaniah Alor Setar.....walaupun cuma majlis untuk tadika, tapi betul ler.....mak mana yg tak rasa happy untuk anaknya......begitu ler jugak kita......excited dan bangga semua ada......masa nak ambik gambar dia di pentas, maknya yang terlebih nervous....bukan anaknya......

Kakak buat persembahan hari tu, jadi penyanyi utama berduet untuk persembahan dari sekolahnya....bakat yang langsung kita tak sangka dia ada......bukan sbb dia menyanyi tapi sebab dia sangat natural di atas pentas.....sbb kat rumah mmg berat mulut yang amat.....sekali di pentas, kakak sangat2 menghayati persembahannya......bila kita tanya tak malu ke dok kat pentas, orang ramai.....dia cakap tak......uuhhh....gitu rupanya anak mama ni......


Lagu yang dinyanyikan hari tu lagu dikir puteri.....ini kali ke dua kakak buat persembahan.....sebelum ni buat persembahan masa majlis sambutan hari raya sekolahnya.....hmmm.....mama bangga ngan anak mama sbb berani mencuba.......dan sebab langsung tak gementar kena berdepan dengan orang ramai.....


Untuk majlis konvokesyen kali ini, kakak menerima anugerah pelajar cemerlang untuk wakil daripada Arau.....ada 4 orang pelajar cemerlang, masing2 bagi tadika masing2....iaitu 2 di Alor Setar, 1 di Selangor dan 1 dari Arau......iaitu kakak.....kita pun tidak tahu dia dapat penganugerahan itu sehinggalah melihat kad undangan daripada sekolah....




Doa mama semoga anak mama akan terus berusaha menjadi anak yg solehah dan seterusnya meneruskan usaha mencapai cita2 anak mama selama ini.
Selepas ini kakak akan meneruskan persekolahan di sebuah sekolah agama swasta supaya dia dapat teruskan dengan minatnya dalam bidang agama.


Friday, October 24, 2008

Cheese Cake With Peaches and Strawberry Filling



Meh jamu mata jer ler ekk.....sori ler gambaunya kelabu asap pasal kita snap ngan kamera tepon ciput jer.....kamera tertinggal kat opis lak tengahari tadi......


Jamuan Hari Raya

Kali ni jamuan hari raya untuk bahagian kita sahaja......ooo......tengok gambar2 ni......ini bukan gambar kat pasar malam ekkk......ini antara juadah yg bos tempah untuk menjamu tetamu bagi hidangan hari raya......pelik kan menu2.......setup gerai depan opis kita.......pastu buat ler.....mihun goreng ala2 pasar malam, apam balik, keropok lekor, satay.......hehehe.......yg berat2 pun ada......nasi tomato ngan pasangan lauknya, puding dan macam macam lagi.......penat makan....bukan penat buat kerja........hahaha.....


Ini lak makanan orang yang tamak.......tengok.....tak abis pun makan.......belum start acara kita orang dah jadi tukang tester makanan......hahaha......elok orang start acara makan, kita orang dah tersadai kekenyangan.....kikiki......


Puding Ratu


Puding Ratu.....nape lak namanya puding ratu.....nama tu bukan kita yang letak.....mmg nama resipi tu Puding Ratu.....kita ambik dari sebuah majalah......tapi as a reminder, do not rely too much ngan resipi dari majalah.....sbb mmg terbukti resipi di situ ada yang salah....kena perati betul2 resipinya sblm buat ya....dah tentu u all kantoi sbb ada bahan yg tertinggal sedangkan dalam cara membuatnya ada disebut......itu yang kita terperasan......dah elok2 nak buat, tengok2 ada bahan tak ada sukatan dan tak disebut dalam senarai bahan......

Resipi ini bila diteliti bahan-bahannya hampir lebih kurang sama dengan resipi puding marble daripada fp kita tapi berbeza sukatan.....jadi secara tak langsung, menjadikan resipi ini bukan resipi puding yang biasa kita buat.....apa pun, meh tengok apa bahan2nya.....

Puding Ratu

25 gm serbuk agar-agar
2000 ml air biasa
450 gm gula castor
400 gm susu cair
10 biji telur
4 sudu makan tepung kastard
250 gm mentega
Pes Chocolate


Masak serbuk agar2 bersama air biasa dan gula castor hingga hancur. Campurkan susu cair, telur dan tepung kastard dan kacau hingga sebati. Tapiskan sebelum dituangkan ke dalam adunan agar2. Biar ia mendidih. Kemudian masukkan mentega dan biar ia mendidih seketika lagi. Tuangkan 3/4 adunan ke dalam loyang dan lebihan adunan dicampurkan dengan pes chocolate. Corakkan lebihan adunan tersebut mengikut kreativiti anda.

Agar Agar Lumut


Agar-agar ni kita sediakan untuk jamuan hari raya unit kita.....tapi ditempah oleh kawan kita yg mintak nak sediakan agar-agar ala lumut ni......uihhh berpeluh gak kita mencari resipi....sayangnya sampai ler ke malam tadi, mmg resipinya kita tak jumpa.....yg kita jumpa lak langsung kita tak paham cara nak membuatnya.....dengan sukatannya yg tidak particular.....aiseh....kita bab sukat2 ni kena betul2 sbb kureng keyakinan sikit.....hehehe...apa lagi kalu bab buat agar-agar.....karang jadi air lak.....

Tapi akhirnya kita dengan tekad 'dare to fail'....hehehe.....menggagahkan diri membuat agar2 dengan cara kita sendiri.....kita pick up cara sana, kita pick up cara sini......dengan lafaz "Bismillah".....alamak....gabra.....tapi kena buat gak......ini resipi yang kita telah olah dari beberapa jenis agar-agar dan akhirnya jadi cara kita sendiri......hehehe....

Agar Agar Lumut

25 gm serbuk agar-agar
2000 ml air biasa
500 gm gula castor
200 ml santan kotak + 250 ml air (nak pekat kurangkan air ya...)
7-8 helai daun pandan + 50 ml air (kisar dan ambil airnya)
5 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau (jika perlu)

Larutkan serbuk agar-agar ke dalam air biasa bersama dengan gula castor dan masak hingga mendidih. Masukkan pati daun pandan tadi bersama sedikit pewarna hijau. Santan tadi dicampur bersama telur dan sedikit garam dan dikacau hingga ia sebati. Masukkan ke dalam larutan agar2 tadi yang telah mendidih biarkan ia mendidih hingga telur nampak berserat dengan api yg besar sedikit.

Tuangkan ke dalam loyang dan biarkan ia keras. Simpan agar-agar di dalam peti sejuk.




JALAN-JALAN CARI MAKAN - Nurmi Seafood

Nurmi Seafood cuma sebuah kedai biasa.....tp ada masa kita suka tukar2 selera......tetap seperti biasa, peberet kita memang hidangan ala-ala thai....antara hidangan yang kita mintak >> kerabu sotong, tomyam campur, kailan ikan masin, telur dadar dan daging paprik.....






Wednesday, October 22, 2008

Basic Cupcake


Lama mencari gambar, dah lupa mana letaknya gambar kek kita yang belum dihias lagi untuk kita selit sebagai contoh bagi resipi asas untuk cupcake ini. Sebetulnya mmg tak jumpa dicari, jadi gambar ini sebagai contoh kepada resipi di bawah, cuma gambar ini kita dah letak sedikit perasa cappucino untuk variasi.

Harap kepada yang meminta, puas hati dengan resipi yang kita kepilkan di bawah ini. Ini resipi peberet kita tiap kali menyediakan cupcake perasa vanila permintaan pelanggan.

Basic Cupcake

113 gm tepung naik sendiri
113 gm gula castor
2 biji telur
113 gm mentega
Sedikit baking powder
Sedikit esen vanila

Cara

Sangat mudah. Semua bahan dicampurkan bersama dan diputar dengan kelajuan tinggi selama 3 minit. Hentikan mixer, jangan over-mixed. Isikan 1/2 adunan ke dalam acuan kerana ia akan naik tinggi nanti.

Jika hasil kek anda bantat, itu bermakna anda telah over-mixing. So, better try resipi ni sikit dahulu untuk trial and error. Jika dibuat dengan betul, hasilnya sangat memuaskan hati.

Tuesday, October 21, 2008

Jamuan Aidilfitri 2008



Majlis Sambutan Aidilfitri 2008
Majlis sambutan aidilfitiri opis kita tahun ini berlangsung sederhana meriah....tahun ni tahun bajet.....makanan yg dihidangkan pun dibahagi2kan ikut bahagian.....semuanya makanan berat2....sampai kita tak larat nak makan......

Bahagian kita tahun ni ditugaskan untuk menyediakan lemang dan ketupat bersama rendang dan kuah kacang.....simple sahaja......tapi rupa2nya yang simple tu pulak jadi kegemaran ramai.....gerai kena serbu sehinggakan yang tinggal hanya kuah kacang dan sedikit nasi impit sahaja.....tahun lepas tak semeriah itu kena serbu......

Bahagian lain ada yg sediakan Mee Kari....ada yang buat Nasi Daging, ada yang buat ala-ala gerai (gambar kat ke dua kat atas tu)......masak mee sumer panas2......ada yang buat lontong, nasi dagang. mihun sup dan sebagainya......kontraktor2 lak ditugaskan untuk prepare bahagian minuman.....

Yang larat kita telan cuma rendang ngan lemang.....lepas tu yang lain kita dah x larat nak makan.....ada bahagian yang betul2 kreatif, kiranya pulun giler siapkan gerai.....siap ada yang buat peraduan teka berat tulang gear box.....hehehe.......mcm2 dia orang ni kan.....tp salute ler....dia orang dari dulu bab kreatif mmg tahap gaban punya.....


Merahnya Tak Menyala Ler Ngah....


Request dari k ida untuk siapkan cuppies, tart dan puding.....cuppiesnya simple jer, cuma nak theme merah dan putih......tulis Liverpool FC.....tp sedihnya.....jenuh letak kaler, tak dpt kaler merah tu....lepas tu kita dah x berani nak taruk kaler lagi sbb takut krim jadi pahit rasa pewarna.....so kita biarkan dengan kaler yang ada sahaja.......harap2 anak k ida tak mengamuk....sbb kita tahu kaler liverpool mmg merah darah.....kita tak dpt nak adakan warna tu......

Thursday, October 16, 2008

Temanya GOLD


Tempahan dari seorang customer nun jauh di Butterworth......sangat ringkas sahaja tempahannya sehingga kita susah pulak nak membentuk designnya......bukan apa, sbb nak kena pk pk ni malas benor.....heheeh.....nak kena cari idea sendiri....dalam hati berfikir tentu tidak mahu terlalu sarat, jadi design utk cuppies kita sediakan simple sahaja dengan casing emas, ditabur dengan silver dragees.....supaya lebih menyerlah...lagipun jauh, takut kalu design lebih2 nanti rosak lak cuppiesnya....

Untuk keknya pun begitu, ringkas sahaja.....diadun dengan drape putih dan bunga oren....sbb stok bunga kuning jenuh menjelajah kedai tapi tidak ada pulak.....pening gak dok berfikir di kedai apa nak dikombinasikan dengan tema gold customer....jadi warna ini lebih menyerlah....harap2 customer suka..

Wednesday, October 15, 2008

Tae Kwon Do


Kek ni tempahan dari seorang customer untuk diusung ke Pulau Pinang......program kejohanan tu di Pulau Pinang......untuk cikgu rai budak2 sekolah yg masuk kejohanan.....tak tahu ler program itu dah selesai ke belum.....Kejohanan TaeKwonDo ke XXVIII (berapa tu ekk????) hehehe......lukisnya simple sahaja kerana ini yg kita disuruh......tapi lagi kosong deco lagi rasa mcm nak top up top up jer......kan...

Tuesday, October 14, 2008

Happy Birthday Along!!!





Hari ni tanggal 14 Oktober 2008 adalah hari lahir along yg ke 10......sekejap sahaja masa berlalu......mama nak buatkan kek celebrate kat sekolah tp along kata tak payah.....penyegan betul budak lelaki ni nak bawak kek ke sekolah.......dia nak suruh bawak dia celebrate tempat lain.......hmmm.....tak pe ler.....tengok ler camne nanti.....


Teringat dua malam lepas semasa mama muntah2 sbb silap makan, along datang gosok belakang mama.....selalunya dia tak tahan tengok orang muntah tp mlm tu dia siap urut2 mama pulak......lepas tu along suruh mama tidur, beberapa minit kemudian, along datang bawak gelas.....rupanya dia bancuhkan air teh dekat mama.......ish...ish...ish......terasa beruntungnya mama ada peneman seperti along.....satu2nya anak teruna mama......along ler peniup semangat mama......SAYAANGGGGG ALONG.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...