Sunday, August 23, 2015

RESIPI : ROTI

Dah 8 thn citer nih....up balik sbb syok tngk tangan menumbuk doh....masa ni mmg giler2 asik buat roti.....la ni dah malas menumbuk, tak dak tenaga....kiki.........
Sweet Bun Dough
A 
500 gm tepung high protein 
1 sudu teh bread improver - optional 
50 gm susu tepung 
1 sudu kecil garam 
10 gm instant yeast 
100 gm gula castor 
1 biji telur 
220 ml air

B 
75 gm butter

Bahan A dicampur bersama dan diputar hingga sebati kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit. Uli selama beberapa minit hingga semua sebati.
Kemudian masukkan butter dan putar lagi atau uli hingga doh menjadi elastik bila ditarik. Bulatkan doh dan diperam di dalam tempat tertutup sehingga ia naik 2 kali ganda. Doh yg elok adalah bila ditekan dengan jari, ia tidak turun (ia meninggalkan lubang yg kekal bila ditekan - gambar 9).
Doh yg telah diperam tadi dikeluarkan ditumbuk2 sedikit utk mengeluarkan angin. Kemudian boleh dibentuk2 mengikut sesuka hati. Setelah dibentuk, sebaiknya peram lagi sehingga ia naik sekali ganda dari bentuk asal. Kemudian, barulah boleh dibakar pada suhu 180'C selama 20 minit - 30 minit.

Topping utk mexican buns
110 gm butter 
110 gm gula castor 
2 biji telur 
110 gm tepung gandum - diayak 
1 sudu teh serbuk kopi/nescafe 
1 sudu teh air suam 
1 sudu teh coffee paste

Semua bahan dicampur dan digaul hingga menjadi pes. Paipkan ke atas bun setelah dibentuk dan kemudian bun diperam sehingga ia naik sekali ganda.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...