KEBUN KU : Siputox dan Ulat Bulu


Sebelum ni mmg terpaksa ari2 control siput....lagi2 selepas hujan mmg berduyun2 mereka berpesta, mcm konvoi keluar beramai-ramai.  Penat gak le sampai abis berpaket2 garam hanya sbb nak menghapuskan cik2 sivut vavi ini...maklum le, baru je alih anak2 pokok ke batas.  Kalau sumer dia bantai, buat penat je tunggu berminggu2 anak pokok ni nak bertunas.  Smlm cuba letak SIPUTOX, sejenis racun siput keliling pagar, n semalam gak hujan lebat turun jadi tak sempat le malam tadi buat operasi menghapuskan cik2 sivut ini.  Pagi tadi cuba tengok, selamat lagi anak2 pokok n tak nampak bayang2 mereka di sekitar atau cuba melarikan diri.  Okay, kita tengok mcm mana hari seterusnya.  Berjaya atau tidak racun itu menghapuskan siput tanpa perlu tabur hari2.


Peneduh ni dibuat menggunakan plastik dengan kadar 70% ketembusan cahaya.  Ini gara2 semasa mengalih anak pokok, anak2 pokok masih fragile n cuaca sangat panas.  Tanam lewat petang, esok petang sumer dah layu sampai patah2 dahan rapuh mereka.  Ada yang dah tak survive berbanding anak2 pokok yang saya masih simpan di koridor atas, masih segar dan giat membesar.  Tengok le gak mcm mana.....kalau survive ada le rezeki.  Kalau tak, lain kali kena tunggu betul2 besar baru alihkan le.


Patut le compang camping pokok lemon saya.  Bertuahnya si ulat ini....pagi tadi jenguk2 tengok ada sedap duk meratah.  Rasanya balik2 ptg nanti togel dah daun kat situ sbb tak sempat nak buang.  Geli geleman pun ya.....saya sangat geli ngan ulat bulu n lintah yg kadang2 jumpa melepak kat pokok2 nih.....balik nanti spray ridsect aje le.  Ptg2 lepas siram baru sembur neem oil.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...