KEBUN KU : CITER KEBUN MINI KU

How fun kan berbudi pada tanah....walaupun tak tentu boleh membesar bagai johan atau tidak, bila berkebun ni dpt tengok putik naik sehelai dua pun rasa mcm berbunga2 hati....sbb maknanya pokok tak merajuk le.....teringat lagi dulu2 masa duduk menyewa di Kelantan, tanah sebelah umah mmg habis dikerjakan buat kebun.  Jiran belakang pun ikut sama tolong berkebun.  Hasil sama2 pakat rasa.  Pagi2 bila tak sempat nak menyiram, mereka tolong siramkan.  Merasa le masa tu makan fresh salad, jagung, bendi, kangkung, bayam n sumer tuh.  En hubby pun rajin berkebun masa tu.  Pastu bila pindah umah lain, tanah dah takde, tanam pun cuma atas tanah sekangkang semut aje depan umah, dah tak bape syok.

Sekarang dah pindah ke Perlis, awal2 pindah semasa masih menyewa, tanah sebelah pun saya kerjakan jugak dengan mcm2 kebun.  Siap tanam ubi kayu, bendi dan sedikit sayuran.  Kemudian bila rumah berpindah milik ke tangan kami, dah renovate rumah....terlupa keinginan nak berkebun.  Habis sudah sumer tanah takada, sumer dah bersimen.  Sekarang mood bercucuk tanam datang balik, tp tanah dah tak de.  Untungnya rumah ada di jalan mati dan depan rumah adalah padang lapang.  Separuh anak2 di taman gunakan untuk bermain bola, depan rumah pulak tanah berbatu dan agak lecah sikit bila hujan.  Jadi, gunakan sahaja ruang yang ada itu untuk menanam pokok2 besar.  Selebihnya mcm dalam gambar, ada dalam pasu sahaja.


Ini sumer yang ada

Dari belakang:

(eh....belakang tu ada pokok atas tanah)
Mata kucing
Belimbing
Limau Purut
Belimbing Buluh
Lemon
Semambu
Halia Bara
Limau Kasturi
Limau Purut
NamNam (Katak Puru)
Lemuni

Barisan belakang semua pokok Mulberi

Yang lain2 yang tak nampak:
Pandan
Kelapa Pandan
Daun Kunyit
Limau Nipis
Kantan
Kari
Pelam Harum Manis
Pelam Telur
Mulberi

Yg belum sampai ke tangan:
Midin
Pokok Turi
Puding Belacan
Mahkota Dewa
Jarum 7 Bilah
Sireh Kampung

Later le tunjuk yg tu bila dah ada di tangan dan dah ditanam dlm pasu


Ini lak boleh le dikatakan tapak semaian saya....lamanya nak tunggu satu2 mengeluarkan hasil.  Entah ada yang terbantut dah agaknya.  Sumer ni saya gunapakai ruang koridor tingkat atas rumah, jadi saya boleh keluar berkebun siang malam sesuka hati tanpa risaukan orang sekeliling.

Fig
Benih2
-Sawi (dah bertunas)
-Cherry Tomato (nampaknya dah mula kuar)
-Cili Solok
-Cili Padi (berlambak, dkt pokok dlm pasu bnyk anak)
-Asparagus
-Hedgehog Cucumber
-Timun 
-Kacang Botol
-Marjoram (dah kuar)
-Telang (dah kuar)
-Sweet Basil (dah kuar)
-Lemon Basil
-Kailan (dah kuar)
-Terung (dah kuar)
-Peria
-kangkung (stok kedua dah naik dah, yg first tunggu lagi 2 minggu leh semai)
-black cherry tomato
-brussel sprout
-salad
dll....tak ingat dah


Ini pun sama di tingkat atas juga

Ketumbar Jawa (Long Coriander)
Belalai Gajah
Sambung Nyawa
Pandan Herba
Pegaga Kampung
Kunyit Merah
Temu Hitam
Temu Pauh
Sagu Bemban
Selasih Thai
Cili Padi
Cili Benggala
Hempedu Bumi
Kaduk
Kesum
Ginseng Jawa


Ini rak hadiah dari en hubby, buat susun pasu2 kecik katanya

Rosemary
Peppermint
Bunga Telang
Bangun2
Stevia
Cekur Batik
Cekur Hijau
Cekur Hitam


Daun kesum yang semai dalam tong pakai buang, tong bekas marjerin bilik bakeri saya.  Yang lain2 tu anak pokok bendi.....dialih dr tapak semaian....nak tunggu besar sikit lagi nanti nak alih ke polibag lebih besar.

Sekarang sedang berfikir nak beli bata2 merah untuk buat pagar rendah buat area berkebun depan umah....tak sabar nak kemaskan rupa kebun2 tuh....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...