RESIPI : Puding Dwi Warna


Puding Dwi Warna 
Source : Masakan Bistro 
By Babybatriesyia

700 ml air 
10 gm serbuk agar-agar 
3 sudu makan serbuk kastard 
2 biji telur 
100 ml susu cair 
80 gm gula pasir 
1 sudu teh esen vanila 
Sedikit Pewarna 

Masak air, serbuk agar-agar dan gula pasir hingga mendidih. Tutupkan api. 
Telur, susu cair dan serbuk kastad dan esen vanila dikacau sebentar dan ditapis, kemudian dituangkan ke dalam adunan agar-agar tadi. Masak lagi adunan tadi sebentar. Kemudian bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan satu bahagian tadi. Tuangkan mengikut kreativiti masing-masing. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...