BILIK MENJAHIT KU : SULAMAN TAG NAMA



Walaupun bekerja sepenuh masa, saya suka mencari masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang saya suka seperti menjahit, menyulam, berkebun, membuat kek dan sebagainya.  Kerjaya part time sebagai tukang jahit ngan baker adalah kerja ke 2 dan ke 3 saya, selain terikat sepenuh masa dengan tugasan dari jam 8 hingga 5 petang.  Berkebun adalah kerja ke 4 saya tapi bukan le kerja part time untuk income.  Berkebun lebih kepada keperluan mendapatkan bekalan2 harian dengan lebih mudah.

Menjahit telekung dan tudung adalah kesukaan saya.  Saya tidak mengambil tempahan pakaian melainkan untuk diri sendiri dan keluarga sahaja.  Sekarang ni seronok menyulam tag nama tempahan rakan2 dan rakan2 anak.  Sebelum ni hampir2 putus asa untuk meneruskan kegiatan sulaman, hampir2 juga mesin saya jual tp Alhamdulillah jodoh dengan mesin masih panjang.  Sekarang saya bersyukur kerana tidak berjaya melepaskan mesin ini ke tangan orang lain.  Meh cuci mata ngan sulaman tag yang simple ini.









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...