Thursday, August 13, 2015

KEBUN KU : BIAK STRAWBERI DARI 'RUNNERS'

Saya sebenarnya tak sangka pokok strawberi yang saya beli di Cameron dlm 3 bulan lepas boleh bertahan hidup sampai ke hari ini.  Cuma sekarang tak berapa galak berbuah, bunga2 keluar banyak tapi sumer kering tak sempat berputik.  Tak mengapa le...tak kisah sangat.  Saja seronok2 tanam pun.  Tapi pokok induk ni giat mengeluarkan runners atau sulur yang boleh mencambahkan anak-anak baru.  Jadi saya cuba buat teknik membiak pokok dari runners2 ni.


Terlebih dahulu saya google dari youtube.  Tak susah pun, sulur2 ni dah panjang, ada yang dah siap langkau menjadi 2 sulur pada satu batang.  Ikut kaedah yang diberi tidak elok biar ada anak kedua dari sebatang sulur ini, takut nanti khasiat tak sampai.



(Dalam video ni menggunakan batang kayu yang dipatahkan, guna sahaja mana yang mudah)

First, saya sediakan 3 pasu berdekatan, sebab dah ada 3 sulur.  Letakkan je sulur yang ada pokok2 ni ke tanah dan saya pastikan ia jejak tanah dengan 'matikan' menggunakan cangkuk besi pada batang pokok.  Cangkuk menggunakan besi untuk penyediaan bunga telur sahaja, bentukkan U dan cengkam pada batang berdekatan akar.  Sulur berlebihan dari induk anak ini saya potong. 

Kita tengok le nanti boleh survive ke tidak menjadi anak2 strawberi yang baru.  Once akar dah betul2 cengkam tanah, boleh keluarkan cangkuk tadi dan potong sulur dari induk ke anak pokok.  Boleh le kita asing2kan pasu tu nanti.

Sekian, dari saya yang baru nak belajar tanam stoberi hehe.....kalu salah tak kisah le, bukan nak komersilkan pun.

Tak sabar rasanya nak naik Cameron lagi....sbb saya nak rembat lagi 3-4 pokok stoberi nih n nak biakkan dari induk.  Nak semai benih sampai sekarang tak keluar2 pun pucuknya.  Dah merajuk rasanya.

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...