Friday, August 28, 2015

KEBUN KU : PLANT BOOSTER (PENGGALAK TANAMAN)


Citernya ni plant booster, yang mesti digunakan bersama dengan baja untuk lebih efisien.  Sejauh mana keberkesanannya tidak le dapat dipastikan sebab baru je lepas peram, baru je sekali digunakan.  Resipi nak menyediakan plant booster ni boleh tahan le gak rumit (sebab guna banyak bahan) n kena peram sekurang-kurangnya seminggu.  Maybe boleh le cuba untuk tengok sejauh mana keberkesanannya.....tp kena le sabar untuk satu tempoh masa yang tidak dapat le dikenalpasti lagi.

Untuk bahan2nya saya guna bahan2 almost expired, saya beli dari rak barang2 expired di Tesco jadi semuanya boleh didapati pada separuh harga n kadang2 lebih murah.  Kecuali nenas, yg lain semuanya dah hampir2 rosak.  Gula merah dengan belacan dapat free dari seorang kawan en suami yang bercuti ke Melaka baru2 ini.

Plant Booster
Sumber : Jabatan Pertanian Malaysia

Bahan-bahan

Bahan A (kisar halus)
1. 0.5kg pisang
2. 0.5kg nenas
3. 0.5kg betik
4. 0.5kg kangkung
5. 0.25kg belacan

Bahan B
6. 5 biji telur, sekali dgn kulitnya
7. 0.5kg gula merah
8. 0.25kg dedak (sy gantikan dengan beras yg dihancurkan)
9. 1L susu cair
10. 10L air

Bahan C
11. 0.5kg labu, hiris nipis, lebih kurang 2 mm tebalnya.
12. 3 biji/peket ragi.


1. Campur bahan A (yang dikisar) dengan bahan B. Masukkan dlm satu bekas, kacau.

2. Susun labu yg dipotong nipis atas permukaan bahan. Tabur ragi diatas permukaan labu dan bahan cecair.

3. Tutup bekas samada dengan kain atau penutup lain. Pastikan bekas yg digunakan tidak p enuh. Perlu ada sekurang-kurangnya 1/3 ruang untuk udara dalam bekas peraman.

4. Peram seminggu. Hari ke 5 dan ke 6, kulapuk dah mula banyak dipermukaan. Biar saja begitu (jangan usik usik).

5. Baja matang selepas hari ke 7. Baunya masam masam manis.

6. Bila baja dah matang, kacau dan tapis. Bersabar waktu menapis, sebab proses menapis sangat menguji kesabaran.  BPT ni agak pekat dan sedikit berlendir.


** Lupa nak update psl semburan racun organik tu....ini le rupanya bila jenguk petang tadi, dah keras kejung....tp try le gak dekat ulat yang suka duduk bergulung dalam daun kunyit yg jenis besar2, nampak cam liat je nak mampus......rasanya kena try banyak kali......setakat biar sejam tu masih nampak tak berganjak.....sedap pulak tengok dia gerak ke sana sini.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...