
KEK MARBLE BLACKMORE
Sumber: Blackmore
Tested by Nina
Bahan A
250gm butter
1 tsp serbuk vanilla
30gm susu tepong...tak kira arr...nespray...dutch lady...dumex
pon bley
Bahan-bahan dijadikan satu dan dipukul ngan K-beater sampai
adunan sebati dan butter berkilat. Kemudian asingkan dalam bekas yang lain.
Bahan B
160gm gula kastor
7 biji kuning telor
6 biji putih telor
1 sudu makan ovalette
Masukkan Bahan B dalam bekas yang lain dan dipukul dengan
kelajuan tinggi sampai adunan nie kembang, selalunya dalam 15 – 20 minit.
Bahan C
200gm tepong naik sendiri + 1/2 tsp baking powder - diayak
200gm tepong optima (yang nie tak payah diayak)
3 sudu makan susu cair...tak kira apa brand..asal susu
cair...susu dumex pon ok
Selepas Bahan B kembang, pelankan kelajuan mesin pemukul dan
masukkan susu cair. Masukkan tepung-tepong tu, dipukul sebentar saja hingga
sebati then stop the machine. Masukkan Bahan A dan kacau hingga rata dan sebati
menggunakan senduk kayu.Selepas itu bahagikan pada dua bahagian. Satu bahagian
campurkan serbuk koko. Kalau nak letak perasa tambahan pun boleh. Bagi 3
bahagian, kemudian campurkan perasa strawberi, nanti bila dah siap ada 3
warna.Loyang pembakar disapu ngan sedikit butter dan alas ngan kertas pembakar.
Oven set kepanasan 190 darjah C. Gunakan loyang pembakar 11” x 11” dan bakar
selama 45 minit – 1 jam.Selepas satu jam, bila hendak keluarkan kek dan lihat
dibahagian tengah kek macam “bergoyang-goyang” jangan angkat dulu, boleh bakar
lagi selama 20 – 30 minit. Sebab lain oven lain suhunya. Ini selalu berlaku
bila menggunakan loyang pembakar yang kecil dari 11”. Nak pastikan kek dah
betul-betul masak, cucuk dengan lidi pengguji dan bila ia keluar kering dan
bersih, kek pun dah masak.

No comments:
Post a Comment