Monday, November 10, 2008

Telur Masak Beriani


Telur peberet anak2......so kalu buat lauk gini mesti cepat habis......masa godek2 almari jumpa rempah beriani.....so terlintas nak masak dengan telur......ini menu hari minggu.....so sapa nak try leh cuba....kita sedap ratah dengan kuah pekatnya......

Telur Masak Beriani

5 biji telur - direbus dan seeloknya digoreng dengan sedikit minyak terlebih dahulu
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit buah pala
Sedikit bunga lawang
Sedikit kulit kayu manis
1 paket rempah beriani (saya guna yg Faiza)
1/2 tin kecil susu cair
Sedikit air
Garam
Gula

Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang halus tadi bersama dengan buah pala, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan rempah beriani tadi yang telah dijadikan pes. Biarkan hingga ia sedikit kering. Masukkan susu cair dengan sedikit air. Masukkan garam dan gula. Masukkan telur rebus tadi. Biar hingga kering atau jika ingin ia berkuah, tidak perlu dibiarkan terlalu lama.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...