Fussili With Tomato Sauce

Namanya cam biasa......cam makan spaghetti......tp kali ni ubah sikit cara sediakan sosnya....resipinya kita dapat dari buku The Pasta Bible.....asalnya nak makan spaghetti tp stok spaghetti lak takde, cendawan butang pun tak ada.....lada benggala pun tak ada.....oleh sebab hubby tak de kat rumah, sibuk ngan mesyuarat parti dia......so malas nak masak nasi.....lagipun yg nak makan cuma kita ngan anak2 ajer......anak2 lak makan berat2 tak laju sangat.....jadi godek2 resipi ala2 western ler utk dinner.....

So, apa kata kita cuba.....sedap dan yang paling penting mengenyangkan.....hehehe.....


Fussili With Tomato Sauce

250 gm pasta Fussili (rebus dengan sedikit garam dan minyak)

Untuk Sosnya

2 ulas bawang putih

1 ulas bawang merah
Sebiji buah zaitun (olive in bottle)
Beberapa batang Sosej (hiris serong)
1 tin kecil pes tomato
Sedikit mixed herbs
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk paprika
Sedikit air
Untuk taburan : Grated Parmesan Cheese

Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang dihiris halus bersama dengan buah zaitun yang dipotong kecil. Masukkan sosej tadi dan goreng hingga sosej masak. Masukkan pes tomato dan sedikit air. Masukkan serbuk lada hitam, mixed herbs dan sedikit serbuk paprika. Jika suka, boleh tambahkan lada merah yang dipotong.

Toskan fussili tadi dan gaulkan dengan sos. Sedia untuk dihidangkan.


2 comments:

Aishah @ UmmiAqil said...

nanti leh cuba nih... nampak sedap tu...

BABYBATRIESYIA said...

cuba ler aishah.....sekali sekala tukar selera apa salahnya kan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...