Bagaimana ibu bapa boleh membantu?
1. Tolonglah anak anda untuk menghadapi hari 'bekerja' mereka seperti :-
- ~~Sediakan makanan berkhasiat setiap hari;
- ~~Sediakan pakaian bersih dan sesuai;
- ~~Peralatan sekolah yang mencukupi seperti pen, pensil dan pemadam
2. Di Rumah:
- ~~Tidak perlu besar tetapi selesa;
- ~~Didiklah anak-anak yang masih kecil menghormati sudut bilik ataupun meja khas yang disediakan khusus untuk abang atau kakak mereka semasa belajar; (camne nak buat ni ekkk....hehehe)
- ~~Meja yang disediakan hendaklah jauh dari telefon dan televisyen;
- ~~Sediakan peralatan dan buku yang perlu untuk mereka melaksanakan tugas;
- ~~Pastikan suasana yang sesuai seperti lampu yang terang, suasana yang tenang (boleh sekadar soft music).
Photo from flickr
3. Kenal pasti cara bekerja yang berkesan. Gaya pembelajaran berdasarkan rangsangan tertentu:
- ~~Rangsangan persekitaran - suasana senyap dan tenang membantu anak belajar;
- ~~Rangsangan emosi - perlu diucap selalu oleh para guru/ibu bapa;
- ~~Rangsangan sosiologi - ada anak yang boleh belajar dalam keadaan sunyi manakala ada yang suka belajar secara berpasukan. Ibu bapa boleh galakkan anak-anak mengajak kawan-kawan mereka belajar bersama di rumah, di bawah pemerhatian ibu bapa.
- ~~Rangsangan fizikal - dengan cara melihat, bereaksi mendengar cerita anak-anak; "Setiap individu itu unik dan ada cara tersendiri untuk bekerja dengan produktif. Kalau kita tidak faham nanti kita tersalah anggap".
4. Latih anak-anak pengurusan masa yang berkesan;
- ~~Pastikan anak-anak mempunyai masa untuk belajar, bermain, bersama keluarga dan masa untuk diri sendiri;
- ~~Pecahkan tugasan besar kepada bahagian kecil;
- ~~Peruntukan masa yang berpatutan untuk setiap kerja. "Sebagai contoh untuk karangan sepatutnya diselesaikan dalam masa setengah jam dan bagi ulangkaji pelajaran Matematik antara 10 hingga 30 soalan untuk satu hari";
- ~~Adakah senarai perkara yang perlu dibuat harian dan mingguan dengan membuat jadual waktu peribadi dan diari;
- ~~Tentukan kepentingan tugas - apa yang perlu dilaksanakan dahulu;
- ~~Laksanakan sepertimana yang dirancang.
5. Tunjukkan minat anda secara aktif;
- ~~Bukan setakat tanya, "bagaimana sekolah hari ini? Ok?";
- ~~Pertanyaan hendaklah lebih spesifik dan berkaitan. "Contohnya, tanyalah hari ini belajar apa? Kalau susah boleh ke mak atau abah tolong?";
- ~~Ambil tahu tentang aktiviti, tugas, masalah belajar, masalah dengan rakan sebaya dan sebagainya;
- ~~Pujilah anak-anak sekiranya mereka berjaya melaksanakan tugas dengan baik;
- ~~Tunjukkan minat anda terhadap idea dan pendapatnya;
- ~~Lazimnya anak berasa seronok jika ibu bapa mengambil berat.
6. Kenal pasti kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas;
- ~~Dapatkan ganjaran daripada buku laporan, perjumpaan dengan guru, inventori personaliti dan lain -lain untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan otak;
- ~~Ibu bapa boleh bantu kekurangan anak -anak dengan mengajar sendiri, kelas tambahan, sesi kaunseling, kursus dan lain-lain.
7. Bantu anak-anak dengan kerja rumah secara berpatutan;
- ~~Sekiranya ibu bapa mampu, lakukan sendiri, jika tidak dapatkan bantuan daripada guru tuisyen. "Anak-anak biasanya lebih suka dapatkan bantuan luar kerana berasa dirinya tidak dihakimi sebagaimana kesilapan yang sering dilakukan oleh para ibu bapa"
- ~~Pastikan anak-anak tahu usaha ini adalah untuk kebaikan dirinya sendiri;
- ~~Pastikan anak melakukan sebaiknya ikut kemampuan;
- ~~Beritahu anak anda bahawa anda berasa bangga dengan mereka;
- ~~Berikan masa untuk berehat;
- ~~Jangan sampaikan mesej bahawa anda malu sekiranya dia kurang kemahiran, atau dia telah mengecewakan anda;
- ~~Jangan sekali menghukum sekiranya dia kurang mahir;
- ~~Jangan labelkan anak sebagai pemalas, bodoh dan lain-lain.
8. Cara Mengajar Anak-anak;
- ~~Cari jalan untuk memulakan komunikasi untuk kerjasama- mendengar masalah sebenar;
- ~~Pastikan sesi belajar seronok bagi anda dan anak. Anda boleh sediakann keropok dan air kopi untuk meransang semangatnya;
- ~~Duduk bersebelahan, bukan berhadapan serta sama tinggi - situasi ini lebih mesra dan jelas;
- ~~Jika anak kelihatan tidak berminat, cuba dengar alasannya kenapa;
- ~~Jangan terus menghukum. Mungkin anak takut tidak dapat mencapai kehendak anda;
- ~~Pastikan arahan dan langkah jelas dan mudah difahami. Buat dengan perlahan dan teratur;
- ~~Rancang kerja menggunakan langkah kecil yang perlu jawapan dan tumpuan yang baik;
- ~~Lebih mudah untuk kenalpasti di mana kelemahannya;
- ~~Jika anak bercakap, perhatikan wajahnya. Lebih mudah untuk kesan kekecewaan dan kekeliruan yang berlaku;
- ~~Jangan abaikan mana-mana soalan yang agak susah untuk melatih anak supaya tekun walaupun susah;
- ~~Kurangkan kritikan dan kata-kata negatif;
- ~~Jika salah, nyatakan semula soalan dan berikan panduan untuk dia berfikir;
- ~~Sekiranya berjaya, berikan pujian.
9. Jumpa 'bos' anak anda sekali-sekala;
- ~~Bukan hanya kerana dipanggil oleh guru besar;
- ~~Dapatkan laporan perkembangan;
- ~~Dapatkan maklum balas dari guru kelas, guru kaunseling;
- ~~Kenal pasti masalah sekiranya ada;
- ~~Ketahui apa yang anda boleh bantu di rumah.
10. Libatkan diri dengan aktiviti sekolah;
- ~~Tunjukkan sikap ambil berat dan pamerkan kasih-sayang;
- ~~Anak rasa bangga dan dihargai;
- ~~Hadiri majlis sekolah, hari sukan, konsert tahunan, hari penyampaian hadiah, mesyuarat PIBG, gotong-royong, lawatan sambil belajar, hari kerjaya dan sebagainya.
Kenalpasti sekiranya anak anda burn out!
- ~~Ada anak yang bekerja terlalu kuat untuk membuktikan kepada ibu bapa atau orang lain yg dia mampu berjaya;
- ~~Diberi terlalu banyak tugas dan tanggungjawab;
- ~~Berasakan diri berminat dengan semua perkara;
- ~~Elakkan burn out agar tidak terganggu kesihatan dan perkembangan anak.
Ubah Persepsi Anda!
- ~~Bersekolah bukan semudah yang disangka; u have gone through it right?
- ~~Bantuan anda penting untuk anak-anak berjaya;
- ~~Jangan bandingkan diri anda dahulu dengan anak anda, mereka orang yang berbeza sama sekali, dengan situasi yang sudah jauh berbeza; **
- ~~Semua anak ingin berjaya, disayangi dan diberi perhatian.
Sama-sama ler kita membantu anak-anak melaksanakan tugas dengan baik dan menjadi pelajar yang komited, cemerlang, berdisiplin dan mempunyai motivasi kendiri yang tinggi.
Nota ini untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan maklumat untuk rakan-rakan sekelian.
**My own note
PETIKAN DARI : ANIS OGOS 2004
2 comments:
Bersekolah bukan semudah yang disangka..<----wa stuju ngan statement tu kak...
wawa, betul tu wawa....sedar tak sedar kita jer yg pandang remeh tentang anak2 sedangkan kita dulu pun merungut jugak ngan zaman persekolahan kita.....
Post a Comment