Ini antara lauk2 sampingan lain.....yg biasa2 tu tak perlu ler tahu.....korang pejam mata pun leh buat......tapi entry ni kita nak bagi resipi Ayam Masak Bermadu......selalu buat masak pedas2 jer, so tukar kita buat ala2 manis tapi berkhasiat sikit......kita letak madu.....ini caranya, mudah jer.....
Ayam Masak Bermadu
Ayam - dipotong kecil, gaul dengan garam dan digoreng sebentar
Bahan Kisar
3 ulas bawang merah
1 biji tomato
Sedikit serbuk lada
Madu - dicairkan dengan sedikit air
Sedikit air asam jawa
Garam - tak perlu bnyk, sikit sahaja sbb ayam dah digoreng dengan garam tadi
Gula
Tomato - dibelah2
Cara
Tumiskan bahan kisar tadi hingga garing sedikit. Masukkan serbuk cili yang dijadikan pes. Masukkan air asam jawa dan madu yang dicampurkan air tadi. Bila dah mendidih, masukkan ayam dan biarkan hingga agak pekat. Masukkan garam dan gula jika perlu. Masukkan tomato yang dibelah akhir sekali.
No comments:
Post a Comment