~Puding Roti~




Puding ni untuk pencuci mulut semasa berbuka puasa......mulanya ingat nak buat Tepung Bunga atau pun Onde-Onde.....tp entah ler.....lenkali ler kot.....Puding ni aku reka2 jer resipinya......pada tekak aku ok jer, tp tekak orang aku tak tahu ler......aku buat ni sbb nak menghabiskan roti yang ada dlm stok....

Puding Roti

15 gm serbuk agar-agar
1200 ml air
300 ml susu cair
250 gm gula pasir
6 keping roti (aku guna lebihan roti yg aku buat sblm ni)
3 biji telur

Kisar roti dengan telur (boleh tambah sedikit air untuk memudahkan proses mengisar).

Panaskan serbuk agar-agar dengan gula, susu cair dan air. Biarkan hingga ia mendidih. Kemudian masukkan roti yang telah dikisar bersama telur tadi. Kacau hingga ia mendidih dan sedikit pekat. Masukkan ke dalam acuan dan biarkan ia mengeras, kemudian simpan di dalam peti ais sblm dipotong.

*Yang merah atas puding tu cuma pewarna, korang boleh bereksperimen ikut suka korang.....kalau korang nak makan dengan kuah pun boleh....tentu lebih lemak rasanya.....tapi yang aku buat ni takde kuah.....ini cadangan jer ya....

Cadangan Untuk Kuah

1 tin Susu Cair
Sedikit Gula
Sedikit Tepung Kastard (dlm 1 sudu shj)

Masakkan di atas api, tidak perlu terlalu lama....cukup hingga suam2 jer rasanya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...