~Fried Dory With White Sauce~

Esok kita sumer umat Islam dah mula berpuasa.....di kesempatan ini, aku ambik kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan semoga dapat menjalankan ibadah dengan sempurna...Amin....

Lama betul kan aku tak sharing resipi....eksperimen tak pernah sempat nak buat.....tapi malam ni aku rasa kempunan jer nak makan ikan dory ngan kuah white sauce macam yang biasa aku dok makan dkt Mai Cafe.....bila belek2 peti sejuk, mmg ada bnyk lagi dory fish aku.....belek2 sayur ada lagi dalam stok yang boleh aku campak2 dalam masakan ni.....memikirkan dok teringin sangat, nak keluar rasanya malas dah sebab dah lewat.....jadi aku pun apa lagi, buat ler masakan ni ala2 hentam cara aku....

So, apa kata sekali sekala kita cuba resipi western ni pulak....

FRIED DORY FISH WITH WHITE SAUCE

Ikan Dory
Sedikit Butter

Panaskan kuali dan masukkan butter. Ikan dory yang dipotong kecil2 digoreng dengan butter tadi. Tidak perlu butter yang banyak, cukup tipis sahaja. Balik2kan hingga ikan tadi masak.

White Sauce

Sedikit Butter
2 sudu besar Tepung Gandum
250 ml thickened cream @ double cream
Sedikit serbuk buah pala
Sedikit serbuk Lada Hitam
Sedikit Garam
Perasa, ikut suka

Panaskan butter. Masukkan tepung gandum dan kacau rata. Masukkan double cream, serbuk buah pala, serbuk lada hitam, garam dan perasa. Kacau hingga rata, bila mendidih tutup api. Tidak perlu terlalu lama.

Sayuran (Pilihan sendiri)
Dicelur


Kobis bunga
Mixed Vegetables
Kentang
Cendawan Butang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...