Friday, August 21, 2009

~Japanese Cream Bread~


Dah 2 hari aku mc.....kena selsema ler pulak....nasib baik bukan H1N1.....ngan musim2 sekarang ni, sapa yang tak takut kan.....mujur ler aku tak ler demam panas.....cuma demam selsema ngan sakit2 badan.....kerja aku sepanjang mc asik bangun tidur, bangun tidur.....sumer benda rasa malas nak buat...tp masa gini ler baru dpt peluang nak belek2 buku tengok resipi....kalu tak, susah betul nak cari masa....

Kebetulan aku baru tangkap sebuah lagi buku dr Alex Goh.....buku pasal roti.....aku pulak dah lama sebenarnya tak buat roti....bila dpt masa pree gini, rugi lak kalu tak cuba2 resipi baru......dan bila belek resipi Alex, sumer dlm kuantiti yang sikit jadi aku teruja lak cuba....cuma part kena simpan 12 jam tu aku main ilat sikit.....sbb kalu simpan lama2 silap haribulan aku buat pekasam jer dlm peti tu.....sepatutnya roti ni ada topping tp aku malas lak nak boh so aku biarkan kosong jer.....kalu korang nak buat, boh ler topping tu.....tentu lebih sedap.....



Japanese Cream Bread

Bahan A

120 gm tepung roti
85 gm air panas

Campurkan kedua bahan, uli hingga sebati
dan simpan di dalam peti sejuk selama 12 jam.

Bahan B

380 gm tepung roti
75 gm gula
6 gm garam (omit)
8 gm instant yeast

Bahan C

120 gm susu segar (sejuk)
100 gm whipping cream
1 biji telur (dr peti ais)

Bahan D

40 gm butter

Bahan Topping

60 gm butter
50 gm
gula

1 biji telur

65 gm tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder

Bahan B dicampur bersama. Gaulkan hingga sebati. Masukkan bahan C, uli lagi doh hingga sebati. Akhir sekali masukkan butter, masukkan bahan A tadi dan teruskan menguli hingga ia kelihatan elastik......simpan doh dlm bekas, peram selama 40 minit atau hingga ia naik 2 kali ganda. Kemudian, tumbuk2 doh.
Bentukkan doh atau susun ke dalam bekas mengikut kesukaan masing2. Paipkan topping di atas roti sebelum dibakar.

Bakar selama 20-25 minit pada suhu
180'C menggunakan api atas dan bawah serentak.

Topping:
Putar butter dan gula hingga berkrim. Masukkan telur, kacau lagi. Akhir sekali masukan tepung dan baking powder.

.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...