Tuesday, August 18, 2009

~SAPA NAK HADIAH?~



Di sebalik kutukan yang aku terima....ahaks....(nasib baik aku tak tarik balik keputusan ni....hampir2 aku tak mau jadi orang baik sangat)......dan hajat yang dah mmg aku dah tanam sejak beberapa minggu ni, maka aku ingin tunaikan jugak.....niat dah ada so aku teruskan......

Istimewa aku tujukan untuk pengunjung setia blog aku yang dapat menjawab pantun di bawah ni, maka pantun yang terbaik aku akan hadiahkan sebuah buku ni.....sapa yang dah ada buku ni tak perlu ler ikut serta nooo.....kita bagi can kat sapa yang belum ada......itupun kalu ada yang sudi ikut serta balas pantun aku ni.....kalu ada yg berkunjung ke blog aku ler......kalu sorang jer yg jawab kira bertuah ler dpt kat dia ler buku ni.....

Tolong balas pantun ini:
(Petikan dari http://www.scribd.com/)

BAIK BERGALAS BAIK TIDAK
BULI BULI BERTALI BENANG
BAIK BERBALAS BAIK TIDAK
ASAL BUDI SAMA DIKENANG


Balas entry ni dalam komen......

Yang dapat buku ni aku akan publish pantunnya dan jangan lupa letak nama untuk aku email nanti.....

SELAMAT BERPANTUN!!

Product Description:

This quirky collection of
celebration cakes boasts the unique but easily achievable modelling skills of
internationally renowned cake designer and sugercrafter Maisie Parrish. Each
design has true character and unique charm and is ideal for a celebration with a
difference, from birthday ballerina mice to carol-singing penguins. Each project
is accompanied by quick-to-make cupcakes and minicakes to complement the main
cake or to make when time is short. With simple sugarcrafting techniques and
clear step-by-step photography, designs are ideal for both beginner and
intermediate sugarcrafters. Whether creating a single animal topper or a whole
singing and dancing theme, this book shows readers how to do it the fun and easy
way.

About the Author:

Maisie Parrish specializes in creating
cute and colourful characters for cakes. She is an International Tutor and
Demonstrator for Wilton in the US and also demonstrates for Squires Kitchen in
the UK. Maisie has appeared on QVC and UKTV for The Good Food Show. She also
contributes to magazines including Cakes & Sugarcraft and Cake Craft &
Decoration. Maisie is based in South Wales.

6 comments:

@zura said...

wahhh bestnyer ada pertandingan pantun... nak buku tuuuuuuuuuu... tp x reti berpantun.......... huhuhuhu..

CT Delima said...

Hai nina... nak cuba berpantun gak ni.tak tau betul ker tidak ni.suka kalau dapat buku tu hehehe. cuba ya :-)

Buli buli bertali benang,
Benang digulung dengan rapi,
Asal budi sama dikenang,
Akan ku ingat sehingga kemati.

Resepi disini amat lah senang,
Kalau tak cuba memanglah rugi,
Jangan dikisah apa katanya orang,
Penat mulut pandai lah berhenti.


p/s: Banyakkan bersabar ya nina..dugaan dr tuhan untuk hamba2 nya. Teruskan dengan apa yang nina hajati selama ini.

zaihasra said...

salam...saya selalu juga lwt fp akak ni..teruja dgn hasil baking yg akak usahakan.tak sangka pulak ada pertandingan pantun.blh saya try???

BAIK BERBALAS BAIK TIDAK
ASAL BUDI SAMA DIKENANG
BERBEZA KAUM MESTINYA TIDAK
1 MALAYSIA SEMANGAT DIJUANG

hi..hi..ok tak?

jesmondhr said...

ermm..sonok nih..!! dah lama tak main pantun-pantun nih.cuba nasib jer nih kak nina..hehe.entah kena ngan tema tak nih! huhuhu

hari-hari menumbuk padi,
simpan pula di dalam peti,
apa diharap balasan budi,
segala amalan bekalan si mati.

-wardah-

boxhousestudio said...

Salam Ramadhan Nina

ni nak jawab pantun..gegara kemaruk buku he he he...gini pantunnya

dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kuching belang
dua tiga boleh ku cari
mana nak sama cik nina sorang...ewah...bodek baik ni ha..

cari cari si ikan gelama
dapat pula si buah delima
aduhai tak tahan menunggu lama
cepat-cepat la bagi tahu nama.he he he

BabyBatriesyia aka NINA said...

alahai k tun....pemenangnya dah ada.....mesti k tun x baca entry lepas yg ni....hehe......x pe....lenkali ada rezeki nina buat lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...