Friday, July 12, 2013

MINI MURTABAK


Kalau ikut asalnya, saya tak plan nak sediakan kuih2...hajatnya nak beli aje.....sbb dah terkejar balik opis nak masak, ingatkan tak sempat nak siapkan kuih2 nih.....tapi turn out bila siap masak, saya ada lebihan masa sejam sebelum masuk waktu berbuka lagi....sian lak kat en hubby yang letih sbb tengahari dah terkejar2 nak ambik anak2 kuar.....jadi saya buat le kuih2 simple buat makan lepas berbuka atau semasa berbuka....

Memandangkan kulit popia ada dalam stok, saya rancang buat mini murtabak aje le.....

MINI MURTABAK

Kulit Popia secukupnya

1/2 paket daging cincang Ramly
1 ulas bawang besar - potong dadu
1 biji kentang sederhana saiz - potong dadu kecil2
2 sudu besar serbuk kari
Sedikit garam

Tumiskan bawang besar hingga naik bau, masukkan daging cincang bersama dengan ubi kentang.  Gaul hingga air daging kering.  Masukkan serbuk kari dan sedikit garam.  Siap dan ketepikan.

Untuk dicampur:

1 ulas bawang besar - potong dadu atau boleh juga dihiris panjang
3 biji telur
Sedikit minyak

Sediakan kulit popia dan bentangkan.  Campurkan isi daging yang siap masak dengan bahan campuran tadi.  Sebatikan.  Letakkan ke atas kulit popia dan tutup kemas.  Boleh dapat 4 keping untuk resipi ni....masak di atas kuali hingga masak.


Untuk kuah:

1 cawan cuka
1/4 cawan gula
Sedikit air
4 ulas bawang merah - dihiris halus
Setitik dua pewarna merah

Campurkan semua bahan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...