NASI AYAM



Menu berbuka puasa semalam adalah Nasi Ayam.....actually ni le pestime saya buat sbb biasanya asik beli je....dulu2 malas nak merajinkan diri untuk cuba sendiri.....tp semalam rasa mcm tak nak buat lauk2 mcm2....jadi saya pun cari resipi Nasi Ayam.....nak cari yang rasa cam senang nak buat n tak de le mcm2 bahan......so saya pilih resipi yang ni.....mmg sedap.....tawakkal je le dah le bulan pose nak try sos ngan kicap ntah rasa mcm mana.....sup pun sama gak....tp Alhamdulillah.....saya puas hati, lepas ni saya nak buat sendiri je Nasi Ayam......cuma ayam saya tak buat sekor2 sbb dah beli ayam mmg stok siap dah potong2 dah, jadi buat je guna apa yang ada.....untuk orang yang tak biasa buat, bagi saya tak de yang mustahil untuk buat sendiri.....saya ikut bahan2 dari resipi tersebut cuma sukatan tak sama, bab sukatan saya buat ikut sukatan saya je....



NASI AYAM
Resipi : aziejaya

BAHAN NASI

4 cawan beras basmathi
Lemak Ayam + sedikit minyak masak
2 inci halia + 8 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 helai daun pandan (carik dan ikat simpul)
Sedikit garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Air secukupnya seperti biasa masak nasi

Tumiskan  lemak ayam + minyak masak hingga lemak ayam cair.  Masukkan bahan kisar bersama daun pandan.  Kacau hingga wangi.  Masukkan garam, kunyit dan air secukupnya.  Masukkan beras, kacau dan alihkan ke periuk nasi jika menumis menggunakan dapur gas sebelum itu.  Tanak hingga masak.

BAHAN SUP NASI AYAM

Air dari rebusan ayam
Garam + Serbuk Perasa
Daun Bawang + Daun Sup

Masukkan semua bahan ke dalam air rebusan ayam dan masak hingga mendidih.

AYAM MADU

7-8 ketulan ayam
1 biji bawang besar
1 inci halia
5-6 ulas bawang putih
Air secukupnya

Kisar halia, bawang putih dan bawang besar.  Sediakan periuk, tumiskan bahan kisar tadi.   Masukkan air secukupnya untuk merebus ayam.  Masukkan ayam dan rebus hingga masak.  Angkat dan toskan.

BAHAN PERAPAN AYAM MADU

Kicap Pekat Manis
Kicap Saus ABC
Gula
Garam
Madu

Sediakan bekas dan masukkan ayam rebusan tadi.  Campurkan semua bahan bersama, gaul2 sebati dan perap selama 2 jam di dalam peti ais.  Kemudian, sediakan minyak secukupnya dan goreng ayam tadi sebentar.  Angkat.

BAHAN SOS CILI

8 batang cili merah - buang bijinya
1 inci halia
5 ulas bawang putih
2 biji limau nipis - ambil jusnya

Kisar cili merah dengan air masak.  Masukkan halia dan bawang putih dan kisar hingga hancur.  Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukupnya.

BAHAN SOS KICAP

Kicap Pekat + Kicap cair secukupnya
Campurkan dengan air perapan ayam tadi
Garam/Gula secukupnya

Masukkan ke dalam pan campuran di atas dan masak hingga mendidih.  Siap untuk dihidangkan.

BAHAN SAYURAN

Tomato
Timun
Kobis (pengganti salad)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...